BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , » Sosilawati Mati Dibunuh, Dibakar di Pantai Morib

Sosilawati Mati Dibunuh, Dibakar di Pantai Morib

Share





KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.


Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

23 komen:

Eliyana said... [Reply to comment]

Ya Allah, kenapalaa ada org berhati kejam di bulan mulia ni..

Nek Aki said... [Reply to comment]

dunia dah tak aman.
jadi org kaya susah, jadi org miskin lagilah susah
bersederhana sahaja lah.....

Dii Nur Hidayah said... [Reply to comment]

kejamnya manusia .

Siti said... [Reply to comment]

Innalillah wa inna ilaihi rooji'un..
Dah sampai ajal die meninggal dlm keadaan yg menyedihkan macam tu..

ecah said... [Reply to comment]

innalillah..

Polis Sahkan 4 Mayat yang Ditemui

ardinihumaira said... [Reply to comment]

dni soakan keselamatn beliau... huhu.. semoga ianya hanya rekaan semata-mata... kesian anak2 mereka... kalau betul diorang dibunuh, pembunuh tu jahat sejahat2 manusia.. bunuh masabulan puasa... jahat! huhu

Anonymous said... [Reply to comment]

Ini satu perjalanan hidup
Dari orang biasa hingga begelar Dato
dan Jutawan.....
Mungkin Allah telah memberi ujian pertama
semasa kemelut perkahwinan dan tuntut menuntut
dengan bekas suami..
perjalanan berikut nya mungkin lebih hanyut
terlibat dengan sindiket penimpuan dan pejenayah
tanpa di sedari...
Moga ia menjadi iktibar tetang tipu helah
kehidupan dunia
Moga Allah mengampun dosa mangsa
di tempat di kalangan orang beriman
dan syahid

Sang Pujangga Utara said... [Reply to comment]

alhamdulillah...misteri telah dirungkai

Anonymous said... [Reply to comment]

harap orang yg bersalah dpt pengajaran yg setimpal

Anonymous said... [Reply to comment]

dari allah kita datang kepada allah kita kembali......semoga rohnye dicucuri rahmat....al-fatihah...

Anonymous said... [Reply to comment]

actually, she deserves it..but still sadist to the 3 man followed..

gadisBunga said... [Reply to comment]

aku cuma nak keadilan untuk sosilawati. kesian anak2 dia....

Anonymous said... [Reply to comment]

takziah,kini sudah pun jelaslah kehilangan Datuk Susilawatie adalah akibat dibunuh oleh pembunuh yang licik dan merupakan mereka yang arif tentang undang2 dunia bagaimana hendak menghapuskan bukti yang sedia ada. walaubagaimanapun pendapat saya Polis juga harus dipersalahkan kerana tanpa mengambil tindakan pantas hanya menunggu maklumat lanjut untuk tindakan seterusnya sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh dato; Ku Chin Wah selaku KJSJ Kuala Lumpur. seharusnya polis lebih aware kerana mangsa adalah seorang yang berduit lagi jutawan semestinya ada yang tidak kena memandangkan hari raya akan menjelang tidak lama lagi. Sekian.

Anonymous said... [Reply to comment]

polis pun ade mood raya gak...hehe..tengah2 raya nk cari org..agak problem gak 2..

Anonymous said... [Reply to comment]

dunia ni adalah satu sandiwara kehidupan, saya pun takut yang amat membaca kisah kehidupan seorang hamba Allah yang penuh warna.

Kita insan kerdil yang hanya mampu menerima dan berdoa.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka.
Allah sahaja yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Pembunuh-pembunuh itupun kini menyesal yang tidak terhingga.

Anonymous said... [Reply to comment]

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. untuk yang dah pergi dan untuk yang ditinggalkan.. semoga Allah merahmati Roh orang-rang yang beriman denganNya..Amin

Anonymous said... [Reply to comment]

Baik hidup sederhana...cukup makan minum keluarga. Kaya membawa maut. Yang heranya..napalah Datuk Sosilawati berani bertindak...membawa RM4 juta hanya dgn diawasi oleh 3 orang yg turut terkorban. Apa punya jual beli yg mengambil masa 3 hari seperti apa yg pegawai CIMB maklumkan kepada wife dia. Kesihan Datuk. Juta...juta...juta..ini endingnya.
Semoga roh mereka selamat.

Anonymous said... [Reply to comment]

sy pesan kepada saudara mgsa...d harap mmbls dndm blk trhdp pembunuh/???bernazar la,,,,bnykn bersbar....emiey kuching sarawk

tina said... [Reply to comment]

ya allah ya tuhan Engkau tempatkan la mereka(mangsa) d antara orang2 beriman. kasihani la mereka, ampuni la segala dosa2 mereka.
sesungguhnya Engkau maha pemurah, penyanyang dan pemaaf...
amin.

sampai hati org kejam itu, langsung takda hati perut sebagai manusia... kerana wang dan kekayaan sanggup mencabut nyawa orang lain...

ayie said... [Reply to comment]

walaubagaimanapun kita harus muhasabah diri sama ada apa yg kita cari betul ke.. adakah rezeki yg kita cari tu diredhoi ke tk. kesilapan kdng2 boleh membuatkan orng menjadi musuh.. walauapapun sebagai manusia.. pembunuhan bukn jalan terbaik.. insaflah.. moga roh arwah2 dicucuri rahmat dan diletakkn dikalangan mereka2 yg beriman. dan pembunuh menerima pembalsan yg setimpal. pd keluarga mangsa. salam takziah.. pd semua pembaca sekalian.. marilah kita muhasabah diri. sekian wallahhualam!

Anonymous said... [Reply to comment]

Kemungkinan..time Pegawai CIMB cal wife dia...pisau diajukan oleh penjenayah. Diarah bagi tau wife urusniaga memakan masa 3 hari supaya wife x worry dan x report polis.
Dan inilah masa syaitan2 semua itu bunuh Datuk Sosilawati dan 3 yg lain....betul tak??

Anonymous said... [Reply to comment]

mahal ke gaji 'bodyguard'.....

Anonymous said... [Reply to comment]

manusia akhir zaman...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais