Bilakah tarikh melihat anak bulan Syawal 2010? Diam tak diam, bulan Ramadhan yang merupakan bulan dengan seribu keberkatan ini akan meninggalkan kita dalam masa beberapa hari sahaja lagi dan Bulan Syawal pula akan menyusul. Mudah-mudahan puasa menahan lapar , dahaga dan penentangan terhadap hawa nafsu yang kita perjuangkan hari ini diterima sebagai satu ibadah puasa oleh Allah s.w.t.
Berbicara tentang 1 Syawal ini, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan). Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini 2010/1431M ialah pada 8 September 2010 ini yang akan dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara seperi berikut:
- Pontian Kecil di Johor;
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi,
- Kampung Balik Batu,
- Tanjung Bidara (Melaka);
- Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan);
- Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor);
- Pulau Angsa (Selangor);
- Bukit Jugra (Selangor),
- Pantai Pasir Panjang (Perak);
- Pantai Aceh (Pulau Pinang);
- Kampung Pulau Sayak (Kedah);
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
- Menara Alor Setar (Kedah).
- Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
- Bukit Kemuning (Terengganu);
- Pulau Perhentian (Terengganu);
- Balai Cerap KUSZA,
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
- Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
- Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
- Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
- Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
- Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
- Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
- Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
- Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
- Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang).
- Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
- Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.



1 komen:
cepat jer masa berlalu, tau2 dah nak habis ramadhan
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...