12 bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi. Terkesan pulak aku baca berita pasal ni sebab malam tadi, memang aku melalui Jalan Pengkalan Chepa ni, sebab hantar adik aku naik flight untuk balik Subang. Kami lalu jalan tu dah dekat2 pukul 10 malam, so memang jalan masih lengang lagi sebab perlawanan Piala Malaysia 2010 Kelantan lawan Kedah. Tahniah kepada Kelantan sebab menang 1-0 semalam.
Balik dari PC – Pasir Mas – USM, terserempak pulak dengan penyokong-penyokong Red Warriors meraikan kemenangan di atas jalan raya. Ops, jangan salah anggap, tiada apa2 kejadian aneh pun di traffic light KFC Kubang Kerian tu, just pemandangan merah di sana sini je.
Then, terkejut lak aku dengar berita kat TV3 pasal 12 bas ekspres budaya terbakar di depoh simpanan yang mana kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta!!!![]()
Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam. Kesemua bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi. Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar. Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada ia membabitkan jenayah atau tidak. Harapnya tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini.







20 komen:
fuhhh 12 buah terbakar mcm tu je.
Kasi Pecah! : http://goo.gl/TOwP
Mungkin juga cikgu,,
dah 12 sekali terbkar.. mana taknya ade unsur jenayah.
Guard tmpt tu pun mesti disiasat..
laju ar cikgu update, bagus2...he3.
dahsyat jugak tu. sampai 12 buah bas terus.
kemungkinan unsur jenayah tu macam ada...kita tunggu~~
Oleh kerana siasatan sedng dijlnkan, xleh la nak komen lebih2...
Apepun dharap ianya bukan perbuatan khianat...
salam sis..12 biji bas terbakar angka yg besar 2..sure pas ni pengurusan bas budaya akan start drp bawah smula..kt PC 2 tmpat mieran membesar la..tp dah lama x balik sana, jenguk2 umah kt sana..huhuu..sis sihat ke?lama x ikuti perkembangan blog sis..mlm ni terdetik d hati nk jenguk sis kesayanganku ni :)
tak dapat la nak naik budaya lagi pasni
Anastasyea pun tgk TV3 mlm tadi .. mungkin ada unsur jenayah. Kalau tak .. takkan senang2 je bas tu nak terbakar. Harap2 tak ada kaitan dengan Kelantan menang 1-0 dgn Kedah =)
sampai 12 bas terbakar...mcm ade unsur jenayah jerk..or taktik nk claim insurans ni
http://www.hazwan.com/2010/10/perhatian-kepada-semua-wanita-yang-cun.html
dni tengok real malam tu... meletup2 sampai bergegar kawasan situ. ingatkan ada orang main mercun rupanya depo bas tu yang meletup. memang ngeri sangat.
macam ada unsur2 balas dendam jer ..
baru dengar td kat hot fm...
Sapa la dok bakar ni?
tengok berita tadi.. isk.. kesian lak kat driver2 bas tu.. hilang punca pendapatan
ALL IN ONE
huish..habis ranap..
mesti kes tak puas hati la nie.. :)
adoilaaa...mcm2 hal dah skang nie...takut2..
hmmmm.... atau pun mungkin perbuatan sabotaj untuk dapatkan claim insurans....
Seperti dirancang kebarangkalian.. huhu
ni cerita panassss nih..
BAS EKSPRESS BUDAYA...PERKHIDMATAN ANDA AMAT MEMUASKAN TAPI ALANGKAH SEDIHNYA APABILA MENDENGAR BERITA TENTANG KEJADIAN NIE...!PIHAK YANG MENGKHIATI MEMBAKAR BAS ESKPRESS BUDAYA NIE HARUS DIBAGIKAN HUKUMAN YANG SEWAJAR WAJARNYA...!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...