Alhamdulillah…akhirnya siap jugak kerja yang aku tangguhkan sejak 2minggu lepas lagi. Bukan sengaja, tapi disebabkan kekurangan maklumat yang sepatutnya dan ditambah pulak dua tiga hari sebelum ni, aku agak busy ke Subang, dan semalam pula baru sampai dari Kelantan. Siapa perasan, blog ni pun lama tak aku update dengan entry terbaru. Mujurlah aku dah persiapkan blog ni dengan segala kemungkinan, so trafik taklah jatuh merudum sangat. Thanks kepada korang semua yang setia berkunjung ke sini oke.
Ok, ni aku nak share design banner dan buku program yang aku buat secara ad hoc petang tadi. Sampaikan tak keluar rumah, rela home alone, sebab nak siapkan design ni hari ni jugak. Korang yang power design janganlah perkecilkan hasil design aku ni ya. Aku ni masih lagi newbie. Guna Photoshop pun boleh dikira dengan jari. uhuk… Ni nak mintak pendapat korang, yang mana warna background yang ok.

No 1 : Oranje!

No 2 : Hijau … bukan Hijau PAS kan?

No 3 : Warna campur2…
So, pendapat korang, yang mana paling ok? Bagi cadangan cepat2 yer sebab esok aku dah nak gi anta cetak. Bawah ni pulak buku program yang aku buat..ada lagi 10% tak siap..

Aku dah subkan pada anak2 buah aku untuk siapkan sebab esok direct seminggu aku tak masuk sekolah..Mesyuarat sampai lebam..meeting dekat jer ngan sekolah, tapi malas nak singgah sekolah,sebab takut tambah kerja… Tugasan untuk student aku pun dah aku sedia atas meja dan dah pesan suruh diorang susun sendiri. Kesianlah sapa yang kena merelief minggu ni..sebab ramai cikgu kuar minggu ni utk Meeting PMR.
Owh ye, jangan lupa ok pilihkan background mana yang paling ok.. dan kalau ada cadagan tambahan, aku alu2kan sebelum aku hantar kedai untuk cetak petang esok.






19 komen:
Banner no. 2 tu ok kot..tapi pada pendapat akak..warna oren yang kt banner no.1 tu ganti warna kuning kt banner no.2 lagi menyerlah..means oren campo ijau muda tu
@Kalamhati
aiyark...buat campur2 kaler ni tak pandei ni..adeh.. huhuh
bannner no 1 sis DAHLIA..nampak ceria aka terang gitu..hahaha
vote for kaler hijau yg 2nd tu
sy rasa no 3 ok...kaler nmpk sesuai...
pilih no 1 je cikgu
banner ni orang baca dari jauh
perlu terang dan jelas
no 1. nampak lebih mantap dan ceria. keh keh keh ;P
No 1 ke no 2.. Hurmmm.. No 1 ke no 2 erk? No 2 okey je :)
Banner no 3 sbb lebih ceria TAPI kena tukat color
utk text " SMK TENGKU ABDULLAH..." dan lain2 text utk nampak tak tenggelam.
Banner no 1 & 2 tu nmpk mcm dah UZUR..
saya tengok, semua ok je .. saya pun tak pandai sangat bab2 nie =)
no 1.. sebab kadang2 ada fanatik politik yang allergik kaler hijau
yep.. alasan tak boleh blah tapi tu yang jadik masa buat montaj untuk event MARA kat PWTC kaler ijau.. terjojol mata VIP tengok hahahaha
banner no 1 ok..
yeasss.... saya pun nak pilih no.1 ORANJE....;-p
kalau saya,sy pilih background nom 2 sebab nampak ceria sikit..nom 3 pun comel gak cuma nampak gelap sikit
sis...qiqi ske no 1..terang sikit..yg len kaler malap^_^
no 2..
yeah!!!
sempat lagi ker ni...saye pilih no 1...ceria dan terang..cantik!
bagus btullah cikgu dahlia ni..kreatif!
bagi mia no 1... nampak ceria
design belah dalam... kalau boleh biar kat hujung2 je... nampak simple...
oic..sekolah TA rupanya...hehe
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...