BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » e-Penyata Gaji | Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Pendapatan Tahunan / EC

e-Penyata Gaji | Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Pendapatan Tahunan / EC

Share

Makluman untuk semua penjawat /kakitangan awam, kerajaan, mulai Oktober  2010 ini anda semua tidak akan lagi menerima slip gaji ataupun penyata gaji. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan perlu diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.

 

images

Rupa slip gaji ataupun penyata gaji bulanan kakitangan awam sebelum ini.

Adv: Iphone FREE?

Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji  dan eLaporan. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan.

 

Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Tetapi, selepas ini, semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata yang telah dibangunkan selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan (strategi ke-4 Bajet 2011).

 

 

Cara Mendapatkan Penyata Gaji Bulanan secara Online:

1. Pergi ke laman web Akauntan Negara Malaysia dan klik akses sistem

>> http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php

 

2. Paparan berikut akan dikeluarkan. LOGIN dengan menggunakan No.KP dan Kata Laluan yang telah dipilih untuk terus masuk ke dalam Sistem e-Penyata Gaji.

form1

 

3. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem, klik Pertama Kali Mendaftar. Skrin berikut akan terpapar. Penuhkan ruangan yang diperlukan. Bila dah lengkap, Klik OK

gaji2

 

4. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem untuk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan anda.

penyatagaji

 

Jadi, penyata gaji ataupun slip gaji bulanan yang akan didapati selepas ini ialah berupa lebih terang dan akan dapat diakses sehari sebelum pembayaran gaji bagi setiap bulan. Tapi yang tak bestnya, kena cetak sendiri, dah takde sesi mengoyak sisi slip gaji ler lepas ni.

 

gajiku

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa untuk muat turun PEKELILING Bil 3/2010 untuk membaca senarai tanggungjawab pengguna individu iaitu Penjawat Awam, Pusat Pembayar Gaji, dan Pusat Tanggung Jawab (PTJ).

 

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji  dan eLaporan (klik untuk download)

 

Nasihat daku, simpan kata laluan anda baik-baik dan jangan dedahkan kepada orang lain agar tiada orang menyalahgunakan slip gaji anda. Sekarang ni macam-maca kes tau!

 

DSC01977 (1)Dah tiada keseronokan mengoyak bucu-bucu slip gaji selepas ini…

Sumber Gambar : Blog Doktor Murni Hayati

128 komen :

sekamar rindu said... [Reply to comment]

salam..

laaa ya ke?....

Zyash said... [Reply to comment]

Bagus la ade penyata ne coZ boleh kurang'n penggunaan kertas..hehe, print bila2 memerlukan aje cth nak bli kete ke, umah ke..ape2 ker...

CELLNIQUE BLIV

suzie rahman said... [Reply to comment]

hihi baca jelah info ni.suzie xkje g.hihi.bila nk dpt kje tah.haish~

Eryati said... [Reply to comment]

ooo..senang kerja la ni..tapi cian la yg buta it...hihih

akubiomed said... [Reply to comment]

Bagus juga kerajaan memperkenalkan penyata gaji secara online banyak perbelanjaan dijimatkan. Bayangkan banyak belanja nak dikeluarkan dari mula penyata dicetak dan sampai pengedaran. Selamat bumi

Tn.Punya said... [Reply to comment]

kalau dpt tahu password..kantoi gaji tu..hehehe

suffer8zine said... [Reply to comment]

oleh itu semua kene celik it

sumpit said... [Reply to comment]

wa... xmerasa lg la sesi kumpul slip gaji ni...hohoho
ape pon timegaji kompom bz line kan hehehe
http://sumpit2u.blogspot.com/2010/10/pak-lebai-bersenam.html

tehr said... [Reply to comment]

saya dah tengok laman ni, sekali dan sekejap
nampak ok

Anonymous said... [Reply to comment]

izin share ya . Tks

aZLiNa aZiZ said... [Reply to comment]

Thanks berkongsi maklumat :p Selalu online bab2 macam ni, lagi senang. Hope tak berlaku kejadian yang tak diingini. So far, tak ada lagi la.

DaHLia said... [Reply to comment]

@sekamar rindu

mcm tu laa yg ditulis dalam Pekeliling tu..Oktober ni mula

DaHLia said... [Reply to comment]

@Zyash

memang senang dan memudahkan, tapi pasni kesian pada yg tak tahu IT..lagi2 kalo cikgu dah veeteran, tungu pencen tu

DaHLia said... [Reply to comment]

@suzie rahman

takpe, info ni penting ni..
mana tahu nnti keje gomen..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Eryati

tu laa pasal...nanti daku gak tempat dsuruh print penyata gaji nanti...

anyway, memang senang tp bahaya kalo orang tahu password, sbb tu kena hati2

DaHLia said... [Reply to comment]

@akubiomed

yup, tu memang betul..
tu yg skrg ni semuanya tanpa kertas..tp susah untuk rekod

DaHLia said... [Reply to comment]

@Tn.Punya

tula pasalll :D
ada yg gi apply loan memana kang

DaHLia said... [Reply to comment]

@suffer8zine

memang, tp kesian yg dah nk pencen..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@sumpit

tu la pasal..
kan best kalo dpt koyak2 hujung tu...

DaHLia said... [Reply to comment]

@tehr

pasni cikgu tehr kena standby cikgu2 nak print slip gaji

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

ok, beres..silakan :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@aZLiNa aZiZ

yup, senang kalo time terdesak nak guna slip. :D

Anonymous said... [Reply to comment]

memang jimat... kos ink, bil elektrik,jalur lebar kita kene tanggung, poket sendiri gak yg terkempis sokmo...

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

tu laa..xcampur lagik yang xtahu IT..

Anonymous said... [Reply to comment]

Memang tak patut..... kat Malaysia jer.....macam tu makin lama kita kerja bukan nak senang makin susah...sikit2 dia tarik.....kalu nak beza dengan negara lain....kita bagi dia untung....dia kasi kita rugi balik.......nak buat sesuatu tak kaji ngan mendalam dan meyeluruh....contoh PTK....PPSMI....Baru ni LINUS......macam2 buat tapi hampes...sebab

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

sebab ???

Anonymous said... [Reply to comment]

patutnya biar seimbang, memang bagus jimat kertas. tapi jimat kertas bahagian diorang je la....menda2 cam gini diorang nak kita wat sendiri...ini melibatkan kos di bahagian kita pulak. kerajaan mestilah menaikkan gaji pekerja2nya...barulah sesuai dengan apa yg dibuat ni....

~aSHa~ said... [Reply to comment]

salam singgah...

sy dpt emel berkenaan ni dari kawan jpa semalam....
then jumpa link kamu atas gambar2....
terima kasih atas pengkongsian ini...

Anonymous said... [Reply to comment]

Bagi yang ade komputer dan internet tu bolehlah print.\
Bagi yang x de tu cam ner ? Penyata gaji ni penting juga.

Manalah tau kalau ade kesilapan kekurangan pembayaran ? Kalau lebih x pe. Al-maklumlah,yang buat semuanyer manusia.
Human error... Kalau kurang kesian.. terutamnyer pada orang
yang berpendapatan rendah. Sampai ke matilah kurang dibayar...

Nasib2...

Anonymous said... [Reply to comment]

Susah ataupun senang semuanya bergantung pada pemikiran kita. Andainya di fikiran kita anggap senang maka perkara tersebut akan jadi senang begitu juga sebaliknya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Kesusahan yang menimpa kita mungkin berpunca dan bermula dari perbuatan kita sendiri. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita kembali berpegang dengan ajaran Agama Islam dan Sunnah Nabi Muhamad S.A.W.

Anonymous said... [Reply to comment]

Baru jer td diriku bgtau pengetua yg gj la ni kena print dr tenet. so kena la daftar dulu. dia ckp tgu kpm suruh sebab skolah x mau tanggung kos pendaftaran. kos pndftrn apantah. aku dgn kngkawan dh siap dftar sume. kos print mgkn la. tp kos dftr mana ada. ni cth x celik IT hehehe

gomen gurl said... [Reply to comment]

alah...kadang2 lambat tol nak login...saye dr semalam sampai sekarang ni nak masuk e penyata gaji....pesal asyik error je memanjang...boring ar...asyik2 problem loading....

Anonymous said... [Reply to comment]

pe nk komennye....janji tiap2 bulan dapt gaji
udah le......

Anonymous said... [Reply to comment]

buleh daftar sendiri ke?....atau hanya c.c / kerani je yg berhak daftar.

Anonymous said... [Reply to comment]

bagus juga di buat slip gaji online ni... senang. bila2 masa kita perlukan, boleh print d rumah je... tak menyusahkan org lain..... tapi, bagi yg x ceik IT tuu.... kena belajar lah. sampai bila kita nak ketinggalan mcm ni... dunia dah moden.

norbahira said... [Reply to comment]

bg pengguna baru yg nak mendaftar tu kan, kt no gaji tu nk tulis ape ek?
sbb sy belum pernah dpt slip gaji lg

Anonymous said... [Reply to comment]

memng la kerajaan jimat...semua kos kita tanggung...duit yg kerajaan jimat tu boleh la bagi bonus kat kakitgn awam....heheheheheh.....

Anonymous said... [Reply to comment]

dah dua hari ana buka sesawang tapi tak dapatpun?

Anonymous said... [Reply to comment]

kerajaan ni xblh buat slip gji mcm ni,klau p/o atau pta tgok ktoi lah gaji ak skit....

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

haha bab naik gaji aku sokong jerk :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@~aSHa~

sama-sama..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

yg xleh print tu, nak kena suruh laaa memana staf tlg printkan..tapi ni yg jadi bahaya, silap2 dia tlg guna penyata kita...wallahualam.

ifhana said... [Reply to comment]

utk simpanan kerani sekolah...cikgu kena print dan beri pd mereka ke?

DaHLia said... [Reply to comment]

@ifhana

mereka ada penyata lain yg perlu diprint jugak

Anonymous said... [Reply to comment]

meyusahkn guru..memudhkn kerja org lain...klu org kat pedalaman mcmna plak?...???

Anonymous said... [Reply to comment]

sepuloh tahun aku dok koyak slip gaji ... sekarang lega sikit..

Fairuz Faizul Firdaus said... [Reply to comment]

ok gak macamni tak payah lagi nak ambil ka kerani dan nak tanda tangan ,pernahjuga satu ketika dulu tak dapat satu slip gaji sampai arini coz dorang letak dalam kotak surat masing-masing ka ofice mukin ada orang yang terambil.

Anonymous said... [Reply to comment]

terima kasih banyak2 cikgu atas informasi ini...

Anonymous said... [Reply to comment]

setiap yg kerajaan buat ni ade kelebihan & kelemahan...kita patut nye leh nilai mane baek buruk..

Anonymous said... [Reply to comment]

THANKS A LOT FOR THE INFOS...SENANG KERJA SAYA...SEMOGA TUHAN MERAHMATI ANDA... :-)

pojie said... [Reply to comment]

banyak bagus lah..... terima kasih atas info yang baik baik di sini.... baguzzz

Anonymous said... [Reply to comment]

nak tanye..org pencen kerajaan ada slip pencen ke??

Anonymous said... [Reply to comment]

ada slip pencen utk org yg dh pencen tpi ko la jdi org tua 2...hahahahah..waklu

ena said... [Reply to comment]

i ada problem

mama67 said... [Reply to comment]

ada baiknya..tpi dlu lagi senang...tiap blan dapat slip...
tapi skrang ..nak slip kena cari sendiri..

♠Mя_Mrs.$k!n™♠ 91 said... [Reply to comment]

x dpt apa2 pun...

Anonymous said... [Reply to comment]

Mohon Share yer...tq

Anonymous said... [Reply to comment]

mmg bgus buat sstm mcm nie.. tp klau asik xbleh nak accses pn xguna jgak.. baik wat manual mcm dulu..

ila said... [Reply to comment]

mmg btul...nak wat pape pn kene download dl br print...pada yg xde n x tau nk gne IT terpaksa la tumpang2...kan ssh,

nuargto said... [Reply to comment]

Terima kasih di atas informasi yang diberikan.. Nak tanya sikit.. Bila masa yang sesuai untuk print slip gaji? Saya dah cuba beberapa kali nak semak slip gaji, tapi tak dapat-dapat..

Anonymous said... [Reply to comment]

klu slip pencen dpy semak gak ke???

WorldofAntivirus said... [Reply to comment]

Wah makin modern sekarang ye.
Sekarang dah senang x mcm dulu, semua guna online je.
save paper, save forest :)

Anonymous said... [Reply to comment]

kalau dh daftar, tp lupa kata laluan..then tba2 nk masuk no ic dia ckp salah..padahal no ic yg d bagi tu betol? pa yg slh nya??nk kena buat baharu ke or tggu len hari nk sign in lagi???

Anonymous said... [Reply to comment]

slip gaji camni klo terlepas kat tangan orang len kira laku gak ke sdangkn atas nama kita

Anonymous said... [Reply to comment]

sedih ler,xdpt koyak kertas,ttp kalu pk2 banyak ketas bleh save,yang buruk nya orang bleh check kita pnya gaji ler

Anonymous said... [Reply to comment]

apa suda jadi pada e-penyata gaji mcm susah betul nak cek gaji

Anonymous said... [Reply to comment]

bgus la jugak...tp 2,3 hari nk dpt gaji tp slip gaji x dpt tgk lg..perlu kemodenan lg..

Anonymous said... [Reply to comment]

DA JIMAT TU KASI NAIK LA GAJI SIKIT..BARU MODEN..NI GAJI STAIL JEPUN JGK..IBARAT PC CANGGIH TAPI PROSSESOR ZAMAN BATU..KE GUANE..

Anonymous said... [Reply to comment]

hari ni gaji, tapi tak leh cek gaji lagi...

Anonymous said... [Reply to comment]

kenape hari nie tak leh check slip gaji yew????????? mcm mane nak buat?????

Anonymous said... [Reply to comment]

slip gaji on9 nie......... utk haku ler kan......... mmg bengang sgt2 bile nk download asyik cant connect je.... nk guna jer, cant connect..... jimat mmg jimat ada masa nk perlu... system problem n mcm2 lg ler..... bengang tau... huhu.....

Anonymous said... [Reply to comment]

ala.gomen ni bknyer aper,nk jimat sbb mmg dh xde duit! aku tgh bgg btl ni psl dh sehari nk msk web anm nk tgk gj br dh dple blm tp asyik cant connect je. diaorg ni klu sistem cap ayam,jgn le nk kecoh2 psl e-gaji ler,mcm2 yg ekk jer lebihhhhh!

boy9 said... [Reply to comment]

slip tak dak tak pa gaji mau byk

Anonymous said... [Reply to comment]

tu la pasal...xdpt nk bukak page nyer....adoi laaaaaa...

Anonymous said... [Reply to comment]

btl la...x dpt bukak pn

Anonymous said... [Reply to comment]

apa kesnya nie x dpt bukak....huhuhu

Anonymous said... [Reply to comment]

apo page ni.dr smlm x dpt bukak

Anonymous said... [Reply to comment]

kenapa sistem sentiasa berubah-ubah???????e-maklum x dapat buka2

Anonymous said... [Reply to comment]

dah dekat berpuluh kali cuba login egaji utk bulan ni...hempeh!

Anonymous said... [Reply to comment]

NAPE TAK DPT BUKAK

Anonymous said... [Reply to comment]

xlh nk bkk...

Anonymous said... [Reply to comment]

ni yang sedih ni.x dapat bukak pun

Anonymous said... [Reply to comment]

lupe nak buat penyata kot. Ini la keburukannya pulok.

Anonymous said... [Reply to comment]

benda ni bagus.... tapi kalau menyusahkan sampai website pun takleh bukak ape citer..... nak check menda. Harap2 pada yang mengendalikan hal ni cepat2 settlekan masalah nie.

Anonymous said... [Reply to comment]

NAPE XLEH CEK NI? DUIT PE SAMPAI LEBIH RM500 NI? LAU TUNGGAKAN KENAIKAN GAJI 4BLN RM200 JE... BONUS RAYE KE PE?

Anonymous said... [Reply to comment]

apa pun yang kita dapat takkan kekal, jadi tak payah nak fikir sangat tentang jumlah rezeki yg kita dapat tak perlu gembira. kita akan berdepan dengan sesuatu!? di masa atau alam yg akan datang! Bertenang adalah sebaik-baiknya.

Anonymous said... [Reply to comment]

Sudah banyak kali buka e-penyata ni tapi xblh juga sampai sekarang. Mcmane nk tahu gaji sedangkan kita tak tahu duit apa masuk dalam akaun kita.

Anonymous said... [Reply to comment]

knpa laman web www.anm.gov.my x dpt bkak ah..????

Anonymous said... [Reply to comment]

BULAN NI NAK BUAT (PCB)potongan cukai berjadual, rasanya seluruh malaysia kut,tu nak kena print slip lah dah 2 hari ni try x boleh2 bukak...hak krja krjaan ni...memng terperinci gila, kalu sdn bhd...main letak ja....ana anak 8, suami pun dah pencen....tu kalau tolak hutng2 umah, keta ,ubat, sek anak2,dan mcm2 lg...tinggal ??????tak leh nak simpan mcm cik mah..

Wind (Nokia E51) said... [Reply to comment]

dah tukar dah... alamat terkini:

http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

sila update.. ^^

Anonymous said... [Reply to comment]

siapa tau knp x leh bukak? ke server dh tutup... huhuhu...
alahaiiiiiiiii.... sabor je la!

Anonymous said... [Reply to comment]

aper ker hel lembab xleh nk buke'...

Anonymous said... [Reply to comment]

dah puas cuba tak dapat2 ni ... ape ke lembab sangat ni?.Nampaknya makin canggih makin menyusahkan.

warga kkm said... [Reply to comment]

Penyata gaji online ni bkn memudahkan tp menyusahkan lg ja...kalo sng nk login tak pa,ni berhari2 cb tp tak boleh2 login..mcm mn la kalo urgent nk gna slip gaji tu..hampeh!

Anonymous said... [Reply to comment]

Penujud sistem ini tidak ingat anggota kerajaan yang kerja ditempat yang tidak ada bekalan talian internet atau letrik.Mau ambil gaji pun susah apohpula slipnya.Patutlah kebanyakan anggota kerajaan tidak suka kidmat ditempat ulu.

Anonymous said... [Reply to comment]

internet malaysia tak laju seperti d singapore, walaupun bagitu canggih sistem bayar gaji bila nak akses mesti lembab...apalah menyusah pulak..

Anonymous said... [Reply to comment]

btol tu..sy mmg urgent sgt nak guna slip gaji..tup2 nak login pun xblh....aduhhh...susah btoll..

intan said... [Reply to comment]

thank u share...


http://sucikasihcollection.blogspot.com

sensei beranang said... [Reply to comment]

hampeh punyo sistem...maso muloi2 dulu ok...skrng langsung x lij akses...tak guno kalau teknologi menyusahkan...bukan menyonangkan.....tolonlah pengendali sisitem ni copek botulkan....den nk print slip gaji...nk buek loan ambik rumah lelong ni............tolooooooooooonnnngggggggggg!

sensei beranang said... [Reply to comment]

polak aka den.....apo bondo sisitem ni,,,dulu ok gak....la ni cam hampeh....woin pengendali sisitem ni...copek la repair....bank rakyat dj menelipon den ni....nk pinjam loan ko tidak...slip gaji x beranta2.....tungulah bank woi....ni masalah bosa tang sisitem ni x elok2 lg...melopeh la den nk ambik umah lelong ni....

akw..sabah.. said... [Reply to comment]

ya...banyak benor sya setuju kata2 di atas,dah kena pun.susah sgt nak dpt slip sendri..buat apa sistem canggih...menyusahkan org adalah..karang nak buka sek.perlunya pengesahan gaji majikan ...harruuu lagi nak dapat...nak print pun susah...kerja nak cepat..kebjikan gurunya lambat sikit..nyesal aku..nasib baik dah makan gaji...sabah!!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

sistem ini bukan memudahkan pengguna tetapi menyusahkan kerana selalu tergendala

Anonymous said... [Reply to comment]

PERKHIDMATAN E-MAKLUM TERLALU TERUK BOLEH BAGI 0 MARKAH

Anonymous said... [Reply to comment]

PERKHIMATAN E-MAKLUM TERAMAT TERUK 0 MARKAH

Anonymous said... [Reply to comment]

services e-maklum hampeh 0 markah

Nurhanisah Lin said... [Reply to comment]

saya sangat suka penyata gaji boleh disemak melalui online. Paper less, good policy from janm. Congratulation.

unit kewangan said... [Reply to comment]

Saya Sokong On-line salary slip.... Nyusahkan nak cari org utk serah slip gaji..ada yg tak ambik walaupun dah beritahu berulang kali..aku pulok jadi stor tempat simpan slip gaji mereka....

Anonymous said... [Reply to comment]

ada saper2 tak yang yang pernah kaji baper penjimatan dr sistem nie,kalau ada boleh share tak?

Anonymous said... [Reply to comment]

BODOH CAP ANJING MENYUSAHKAN ORG NK PRINT JE DGN ADE LAMAN INI

Anonymous said... [Reply to comment]

UNTUK TENTERA BLH KE DGN SLIP GAJI ON LINE NI

FiFiyra said... [Reply to comment]

sya sedang mencari gaji seorang doktor perubatan untk menyiapkan keje sekolah yg ckgu beri jga kelebihan,ciri-ciri n sebab diorang ingin menjadi doktor perubatan..brapa agak-agak nya..tlng jwb..

Anonymous said... [Reply to comment]

btol....btol...btol....lmbap la sistem ni npe tak blik guna sistem lama.huhuhuhu.....

Anonymous said... [Reply to comment]

nak tgk tak lkeh lagi ni

Moh Sodikin said... [Reply to comment]

ini bukan kes gaji , just info saja yg nak cari perisian perakaunan percuma sila download http://saturnus-software.blogspot.com/2012/04/download-software-perakaunan-percuma.html , kalaulah cocok , bolehlah pakai , kalau tak cocok cari lagi yg lain , free pun , terimakasih dah boleh komen

Anonymous said... [Reply to comment]

OK arrrr...xyah koyak payslip lagi..Kalo x Tunggu gaji naik baru koyak..

Anonymous said... [Reply to comment]

yeeee...memang tak payah koyak slip gaji lg tp cara ni lagi membuatkan tension....asyik2 server x bagus....di bandar ok la...tp yg jauh di pelusuk dunia tu mcm mana..buat sistem tak fikir dari semua segi....lagi satu...orang suka hati je nak tengok gaji kita...bukan sulit lagi la namanya....sebab ape?...kata laluan dapat diubah dengan senangnya...lepas tu,org yg empunya badan,bila nak tengok gaji sendiri terpaksa kena tukar lagi kata laluan sebab ada org yang dah ubah.....poning kopala den

Anonymous said... [Reply to comment]

memang banyak kali xbleh log in.. agaknyela pelayan x cukup untuk melayan org yang log ramai2 nih.. sebab dah makin ramai yang terpakse gune cara on line nih.. dalam kajian dunia yang ana terbaca.. malaysia merupakan antara perkhidmatan atas talian paling hampeh.. terlalu banyak kekurangan ilmu dan prasarana ict..

Anonymous said... [Reply to comment]

bgus jga dpt online..tp kekadang berhari2 nak msuk x dpt2 jg, bikin panas..sakit ati..benci betul??????????????

Anonymous said... [Reply to comment]

tentera boleh ker tengok melalui sini

Anonymous said... [Reply to comment]

TD DAH MASUK.. PASTU NAK SEMAK GAJI BULAN LEPAS TAK LEH PLAK.. . SAPS PUN SAMA... CACAT BETUL...UMPAMA KAT JALAN KENDERAAN MAKIN BANYAK JALAN MACAM TU JA.. HAMPEH

Anonymous said... [Reply to comment]

MANA TAK HAMPEH.. DUIT BANYAK BELANJA BENDA2 LAIN...

Anonymous said... [Reply to comment]

npe xleh ni????

Anonymous said... [Reply to comment]

Susah betul nak semak gaji, kalau dpt semak pun malam. Dengar cakap banyak kena potong macam-macam. kalau cukai pendapatan rasanya boleh lah faham. Ni potong ANGKASA pulak! bagi bonus Raya RM 500 tapi potong sampai RM 700 pun ada.Pi mai pi mai tang tu juga. Maknanya RM 500 yang diberikantu tak bermakna apa-apa, gempak je lebih.

Erwan Thalib said... [Reply to comment]

jom kalau pening tengok slip gaji kita tengok laman nie pulak..(http://www.ladyheartgallery.com/) TQ..

Anonymous said... [Reply to comment]

Macam mana nk tukar password...ade kawan dh tawu password asek tgk gaji kite grrrr

hakim said... [Reply to comment]

kat luar Negara harga kereta 1500 dollar sebuah, gaji guru mereka 3000 dollar.... kt msia gaji rm3000 tp harga kereta kena bayar 9tahun...gud2

Anonymous said... [Reply to comment]

Sistem yang kadang2 lebih menyusahkan dari memudahkan..nak log in pun punyalah payah..bila time nak pakai slip gaji time tu lah xleh nak masuk..ape ke halnya..wat system yang menyusahkan..bek mcm dulu jer..xpenah ade mslh untuk guna slip gaji..adoi..pening kepala kdg2 kalu ramai pulak nk guna slip gaji cth beli umah or kete..kepada yang membuat system2 E ni..cubalah wat yang lebih berkualiti daripada kuantiti..sampai melambak2 system kat online nie..

william said... [Reply to comment]

Nak daftar mcm mna..,

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais