Harga Rokok Naik 70sen mulai hari ni? Bagi yang memang perokok tegar, rasanya naik ke turun ke, tetap takde masalah, rokok dah jadi perkara wajib dalam hidup. Sebabnya harga rokok memang naik sokmo. Kalo masa pembentangan budget, memang dua benda je yang biasa aku akan pasang telinga betul-betul. Pasal harga rokok dinaikkan, dan pasal bonus untuk kakitangan awam. Ni naik 70sen terus ni, nampaknya ada can ler aku dan kakitangan awam lain merasa bonus 2 bulan gaji tahun ni. Aminnnn!
Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok. Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek. Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14. Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.
Ops, aku sebok2 nak dengar pasal rokok ni bukan sebab apa, dah memang lelaki-lelaki dalam rumah aku ni perokok. Arwah abah masa hidup pernah cakap “Mana pernah ada orang mati sebab rokok” . Maksud arwah, kat sijil kematian tak tertulis pun seseorang tu meninggal kerana rokok, kerana sakit lain memang la.. Arwah memang pernah cuba berhenti, lama laa jugak tapi bila tak boleh. Memang payah ke nak berhenti rokok ni eh?
Mostly yang perokok mesti cakap, kalo tak merokok sehari mesti rasa macam ada tak kena. Ada jugak yang cakap, bila dia merokok, dapat release tension dia, dapat memberi inspirasi/idea untuk dia, dan dapat tahan dia daripada makan banyak. Tapi, rokok boleh buat seorang lelaki tu buncit. Betul ke? Macam aku sendiri, dah memang biasa hidup, bekerja dalam kalangan perokok, rasa tak kisah pun dengan perokok ni. Kalo lelaki tak merokok, rasa macam tak macho lak tapi kalo perempuan yang merokok, memang nampak macam jalang je. Sorry to say! Maybe aku guna reverse psikologi kut.
Yang ni lagiiii macho!!!!!!!
Apapun, aku sangat berharap ramai yang akan meninggalkan tabiat merokok ni sebab dah sah-sah banyak keburukan daripada kebaikan. Bukan sahaja bagi kesan buruk pada perokok tu sendiri, tapi juga pada orang sekeliling yang bau asap tu. Macam aku sendiri, memang tak boleh! Nanti mula la penyakit aku nak datang. Walaupun aku tak kisah orang tu nak merokok ke tak, tapi janganlah depan aku, lemas!
Walau macam mana buruk kotak rokok, tapi tetap je beli. Macam takde effect je Kempen Tak Nak dengan memaparkan gambar ngeri perokok ni. Aku tengok adik-adik lelaki aku sendiri, takde feel apa pun, tetap beli dan merokok macam biasa. Aku je yang tengok geli geleman. Tapi sokmo aku persoalkan ayat yang tertulis dekat kotak rokok tu sendiri: “Merokok Membahayakan Kesihatan”. Dan mesti terfikir, dah bahaya, kenapa jual? Tapi yer lah, ini kan penyumbang ekonomi.
Last but not least, ada Video Iklan Anti Merokok yang best untuk ditontonkan kepada perokok tegar. Very nice Video! Boleh share dengan perokok ya :D Nahh, kan aku dah reverse psikologi!
Anyway, ada terjumpa produk namanya Smokers Haven masa beraya kat Giant Damansara bebaru ni. Adik aku laa yang mecubanya..Smokers Heaven ni rokok tapi tak membahayakan. Kalo nak tengok rupanya, gi blog Peej Burhan ni.







40 komen:
terkejut jugak harga rokok naik harini.
patutla semalam rokok tak banyak stok kat kedai.
mesti reseller simpan stok ni.
hehe! jujur zaer cakap,tadi masa baru bangun lebih kurang pul 3 pagi,terus g 7E cari rokok.duit bawak cukup untuk sekotak rokok,then bila nak bayar,casher tu usha pelik je.tanye2.....Bang ooo bang!Rokok da naik harga derr..hehe..Malu..Tapi xpe,berenti slow2!hehe
sesungguh nyer mereka yg merokok itu... tergoLong dlm mereka yg rugi dan kurang pandai... hehehehe
err... bukan ka dah keluarkan fatwa kata HARAM merokok ni kan... hmm ehh bulan puasa boleh tak merokok sampai 12 jam sehari patut teruskan jer.. banyak kawan yg dah berjaya berenti masa bulan ramadhan ari tu..
iklan yang effective ehehh
kuman "bantut.." Entry
bagus gak naik harga ni.... hmmmm agak2nya kalau jual RM20 org beli lagi tak?
Hadiah Dari Australia
memang susah nak berenti.even org yg sakit pun masa jatuh sakit tu berenti la sekejap, dah sihat on balik
ALL IN ONE
naik lagi?? hehehe...bagus lah tu. letak RM50 sekotak lagi bagus...
tapi rasanya kenaikkan harga rokok bukan jalan penyelesaian sebab rokok seludup tu jual dengan harga lagi murah...
selamba badak je jual kat kaki lima, pelanggan pula rata-rata orang tempatan...
gambar-gambar kat kotak rokok tu dah cukup ngeri tapi people still nak beli...hmmmm
belia benci rokok..!!!
ex kite ckp, gamba2 sume tuh, langsung x beri kesan pon...bile dh ckp camtu, apa boleh buat ?...adesss~~~
setuju.. haram kan terus lagi bagus.. :D
naik ler bnyak mn pn..
tetap ada org beli
mmg parah...
abis duit Sop.. huhuh
rokok ni..
klau harga 2 inggit sbatang pun orang ttp beli..
hihi sokong..tp mereka si perokok still xinsaf pon.
kalu letak gambar mayat sekalipun kt kotak tu rasanya tadak effect langsung pun..ada member bgtau suami dia kalu beli rokok satu gambar je dia taknak..yg gambar bayi..kalu dapat yg tu dia mintak tukar..
huhu tukar kotak je tp tak insaf2 gak..
ROKOK IS HARAM.. tapi mereka tetap merokok
New Entry ProfHariz
Pembohongan Sejarah Dan Dunia Akhir Zaman
Masalah perokok tegar kesukaran bila hendak memberhenti merokok adalah Nikotin didalam rokok. Jadi mereka ni ketagihan akibat kesan kekurangan Nikotin didalam badan. Memang bahaya bagi perokok tegar bila hendak berhenti merokok secara mengejut yang mana mereka perlu pengurangan kuantiti merokok seara beransur-ansur
@9W2PJU
oh, dari semalam lagi dah sorok ek?
itulah, mender2 gni paper Cina yang kuar dulu
@Zaer!!
haha...berhenti ke sanggup teruskan walaupun mahal?? hmmm
@mR Gee.!!
tapi kaya raya,,,wakakakka..
@Kuman Chaos
erk ada kuar FATWA pun, dah sumber ekonomi kan...sama macam Arak, Judi, Kelab Malam..dah sah2 membawa keburukan..tapi kalo dah itula punca pendapatan...apa lagi nak buat?
@Sharinginfoz
of kos punyer... :D
rokok ni macam dadah kan,,ketagihhh
@nur
betul tu, time sakit barulah beringat, bila dah kembali sihat, mulalah back to normal
@Sumandak Kinabalu
betul, buatlah apa pun, semua masalah kena tangani dari punca, bukannya dr jalan tengah...naik harga pun untuk kepentingan siapa ...huhuh
@Nizam Limited
yeeeahhh!!!
@tieha ismail
tu laa pasal, depa beli rokok, bukan tgk apa kat kotak rokok pun..lagipun, takat gambar, lelaki ni kan jenis yg kurang sensitif dgn perkara mcm tu
@Zairie Husin
yup.sekat je penjualan... :D
@shark
tu ler pasal..
perokok ni dari kalangan yg kaya raya..
jangan pasni ada orang report polis sbb rokok kena curi udah
@sop
bawak-bawaklah berhenti Sop..hehehee
@toyolkiut
betul, setuju dengan toyol :D
@suzie rahman
kenaikan harga rokok ni untuk menginsafkan ke? rasanya lebih kepada keuntungan...huhuh
@Kalamhati
uiks, siap leh men tukar2...
tukar laa gmbr apa sekalipun, sama jer...kalo dah naama perokok tegar
@ProfHariz
erm...HARAM tapi masih dijual...
@akubiomed
owh, so nikotin laa yg menyebabkan ketagihan kan...kalo kita buang nikotin mcm mana??
bagus sangat harga makin naikk..
@miss cloudy
leh laaa sis merasa bonus..hehehehe
Jangan salah faham kak... Kerajaan kehilangan 20-30% pendapatan cukai tembakau tiap kali harga rokok naik. Kalau nak harapkan bonus lebih2 tahun nie rasanya tak dapet nak menolong...
Kenaikan harga rokok menyebabkan taraf kesihatan rakyat malaysia semakin merosot.. Apa tak nya.. sekarang budak tadika pun mampu beli rokok.. Perokok beralih ke rokok seludup dari indon yang harganya cuma 1/4 dari rokok bercukai.
Kerajaan rugi.. Rakyat sakit.. Tak der pekdahnya naik harga..
Perokok ni bagusnya, support kilang pembuatan rokok, even naik harga, dorang lagi ligat...secar tak langsung, kerajaan dapat benifitnya...hohoho
tak payah jual rokok dan tak payah kutip cukai, tak payah tanam tembakau tengok apa yang akan terjadi pada ekonomi negara
hadkan umor org nk merokok ni...masa dia produktif kita halangkan mereka merokok...then bila dia x produktif lg bolehlah dia merokok...
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...