BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Oktober – 12 Maut, 40 Cedera di Tol Simpang Ampat

Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Oktober – 12 Maut, 40 Cedera di Tol Simpang Ampat

Share

Ini adalah berita penuh tentang kejadian Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera - Gambar MyVi dihempap Bas Ekspres Delima – Bas JKM semalam. Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian masih lagi belum dikenalpasti.

muka_hadapan

*Sumber Berita: Utusan : 12 Maut Tragedi Lebuh Raya 

Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

accdent

 

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu. Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal. Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

 

101011005007 

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau. Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

 

2

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

 

Untuk gambar dan Video berkaitan kemalangan, sila rujuk di Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera - Gambar MyVi dihempap Bas Ekspres Delima – Bas JKM

54 komen:

ron said... [Reply to comment]

kemalangan ni memang mengerikan...
tak tau nak bayangkan mcm mane...
memang ade segelintir pemandu bas yang memandu tak berhemah...
takziah kepada semua keluarga yang meninggal dunia...

sesegar said... [Reply to comment]

wahh,tragik sungguh..
boikot ekspress DELIMA!

eyriqazz said... [Reply to comment]

ngeri....itu yang buat saya takut nak balik kampung naik bas..pemandu bas bawa bas memang laju dan kadang2 menakutkan...

mijie said... [Reply to comment]

memang jem teruk semalam, highway ditutup dan kena lalu jalan biasa tampin, rembau seremban

Anonymous said... [Reply to comment]

sy pun terperangkap semalam...bertolak dari kl pukul 10 malam...sampai melaka 3 pagi...sedihnya dengan insiden ni...dulu biasa naik ekspres delima masa study kat kl.

Anonymous said... [Reply to comment]

sy pon tersangkut dlm jem jugak smlm... dlm pkl 11 mlm... seb baik dpt kuar kat tol simpang ampat... takziah kpd keluarga mangsa... bas mmg slalu dipandu laju... kdg2 memotong pon dlm keadaan bahaya... menakutkan...

nur said... [Reply to comment]

takziah keluarga mangsa

ALL IN ONE

kak ina kl said... [Reply to comment]

kalau accident mesti jalan jem giler..ala jalan kat situ kalau hari cuti pun selalu jem..betul tak?

ProfHariz said... [Reply to comment]

Ajal diorang kat situ kan :( Ya Allah...

Anonymous said... [Reply to comment]

wah...sy selalu naik bas delima...rasanya saya x berani naik bas tu lagi

cik goyos said... [Reply to comment]

semalam lalu dikawasan kemalangan.. xcedent ni mg teruk.. salam takziah pd keluarga mangsa kemalangan

sauhah said... [Reply to comment]

saye berase sedih sbb salah seorang kwn punye kwn sye trkorban dlm nahas tersebut..
Takziah buat keluarganya berkait..
al-fatihah..

Snoop said... [Reply to comment]

takziah kepada keluarga mangsa...
ni buat terasa makin takut nak naik bas ni...
tak habis2 dengan kemalangan...

Razis said... [Reply to comment]

kesian kepada pemandu kereta yang tak bersalah tu...
sangat tragik..

Khairi said... [Reply to comment]

gila betul drebar bas delima tu kalau idup inject sianida kasi mati. aku paling benci drebar kenderaan besar bawa macam celaka.

kalau dia yang mati lantak dia, ini orang lain, budak kecik, gadis, bapak budak, mak budak lain yg meninggal.

d_LA said... [Reply to comment]

Ya Allah..sangat ngeri ni..
Al-Fatihah & takziah tuk keluarga mangsa2 yang terlibat.

NuRuL iZZa said... [Reply to comment]

salah seorang mangsa merupakan pelajar UPSI yang akan berkonvo jumaat ini..al-Fatihah buat arwah...

Amy said... [Reply to comment]

Astagfirullah... Al-fatihah buat mangsa... X dpt bayangkan klw slh stu mangsa tu keluarga kita,kwn2 kita, org yang kita kenal...

eT said... [Reply to comment]

tragis sungguh...

Ida Hussin said... [Reply to comment]

Al Fatihah buat semua mangsa.
Kali ni dh kali ke brapa yg melibatkan bas ekspress laju yang menjadi punca. Sy pun slalu guna PLUS tu and tiap kali lalu pasti jumpa bas ekspress yg laju, berani potong kereta and guna lane yang paling kanan utuk memotong. Tgk meter mmg lebih 100km/j.. dasyat!! BOIKOT BAS EKSPRESS!!

Anonymous said... [Reply to comment]

takziah..jugak kepada yg pergi..cuma kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif yg tinggi bagi mengelak kemalangan seperti ini berlaku..

raden ahmad said... [Reply to comment]

speechless

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam takziah untuk keluarga mangsa. Lepas ni kluarlah mcm2 lg garis panduan untuk driver & sykt bas ekspress. Lps tu masuk angin kluar asap. Xcident lg... crite sama kluar dan strusnya. Apa daj jd dng penguat kuasaan. Ckp x srupa bikin.

Hidayah Ismawi said... [Reply to comment]

Al-Fatihah :(

Anonymous said... [Reply to comment]

kalo dah mengantok...tido jer laaaa....kalo dah laju ni la segala jawapanya...sy semalam sangkut jem dari pukul 8.10pm sapai pkul 12 lebih....teruk giler jem!
TAKZIAH BUAT SEMUA KELUARGA TERLIBAT...harap semuanya bersabar..dugaan dan cobaan hidup...

KusmaShoppe said... [Reply to comment]

subhanallah..rasa diri ini kecil sungguh di muka bumi ini..nyawa manusia hanya dihujung tanduk. insaf saya tgk gambar2 dan video nih..tq for sharing

jj said... [Reply to comment]

Al fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa...apa kena laa pemandu2 kat malaysia ni? sedih betul!

azihashim said... [Reply to comment]

Tak payahlah nak menyalah mana mana pihak. itu semua kan dah takdir ilahi

nba-Nur said... [Reply to comment]

Al-Fatihah buat mangsa.. Kemalangan sungguh dahsyat dan melibatkan ramai mangsa utk tahun ni.

eyriqazz said... [Reply to comment]

dahlia..dpt e-mail saya tak?

cplud miera said... [Reply to comment]

mmg tragis dan mengerikan..sy pon lau kt tmpt kejadian,terpergkap dlm jam sejam lebih dari johor..takziah kpd keluarga mgse dan alfatihah utk mgsa semua

gadisBunga said... [Reply to comment]

ya Allah.....

Anonymous said... [Reply to comment]

Pemandu bas kebajikan macam mana pula?? Dah la pemandu kerajaan tak di beri insuran.. naya jugak jadi pemandu kerajaan ni....

Anonymous said... [Reply to comment]

kesian jugak pada pemandu jkm 2. dah la x da insuran...

mohd hafidz said... [Reply to comment]

doakan mereka :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Kawan saya terlibat dalam kemalangan tu. Doakan kesejahteraannya yang kini berada di wad ICU Hospital Melaka..-insan trauma

Anonymous said... [Reply to comment]

al-fatihah kpd smue penunpang

Anonymous said... [Reply to comment]

masyaallah...
Malaysia kena buat sesuatu...
siapkan cepat keretapi laju Utara Selatan...

Simpati said... [Reply to comment]

Pihak JPJ harus ambil tindakan tegas..jangan lagi bagi muka pada pengusaha bas berkenaan..ambil tindakan hukum berat,biar memberi pengajaran pada pengusaha bas2 lain..taril sahaja lesen pengusaha bas berkenaan dan ambil tindakan dengan segara..orang yg membunuh org akan dihukum gantung..samalah seperti kejadian ini die telah bunuh ramai org..driver nye pon dah mati so hukum sahaja pengusahanya..

pelangi said... [Reply to comment]

Allah dah jemput ajal mereka takat tu, dalam keadaan tu...janji ALLAH pada mereka dah dipanggil pada waktu..kita hanya perlu menyedakahkan doa sahaja...semoga roh mereka sentiasa diberkati ALLAH s.w.t...SETIAP kejadian ALLAH dah tentukan, kita hanya perlu redha dan tawakal sahaja...insya ALLAH

eve said... [Reply to comment]

takziah kepada keluarga semua mangsa. insaf xnk naik bus lg. huhu

AriFara said... [Reply to comment]

xpayah takut nk naik bas...yg patut dipersalahkan ialah pemandu yg memandu secara cuai...kdg2 terasa gak bas dipandu "orang gila"...
diharap kerajaan dpt mengetatkan lagi syarat untk memiliki lesen untk memandu bas...

shafinaz azizan said... [Reply to comment]

semua kejadian yg berlaku atas keizinan ilahi .tak baek blame mane2 pihak . kite merancang je ,tuhan yg menentukan . berdoalah untuk arwah .moge dtempatkan dlm kalangan org beriman.

nurihime said... [Reply to comment]

hmm..ajal maut memang la dah ditentukan..tapi kita manusia ni kenalah juga berhati2...mungkin pemandu tu lupa..dia bertanggung jawab bawa puluhan nyawa..semuanya ada yang menunggu untuk menyambut...tapi saya memang setuju..kebanyakan pemandu bas,sama ada ekspress atau bukan,sama sahaja kurang ajar dijalan raya.saya sendiri pernah melihat pemandu bas rapid kl memarahi seorang warga tua yang bertanya bas mana yg perlu dinaiki untuk ke destinasi yg ingin dituju..tapi makian pula yang diterima..kemudian bawa laju...lepas tu meninggalkan penumpang yang terkejar2 ingin menaiki bas tersebut...saya faham memandu itu letih..tapi penumpang bukan naik percuma..anda pemandu dibayar dengan duit yang dihulur penumpang setiap hari...jagalah keselamatan penumpang...

Anonymous said... [Reply to comment]

Subhanallah...ini semua dugaan dari Allah...ada hikmah di sebalik nya...kita renung2 kan sejenak...setiap yg berlaku,ada sesuatu di sebaliknya...

Anonymous said... [Reply to comment]

takziah
:(

John Jenin said... [Reply to comment]

Kalulah bawa slow mestilah sempat brek, mungkin condition bas dah teruk tak buat proper maintenance, dak pun driver ngantuk atau overdos ataupun condition jalan tu teruk licin ke..kena check jugak...asyik kena bayar tol je..bas kemalangan dah kerap berlaku di negara ini...bukan hari ni je...so tak yah terkejut...cuma kesian kat mangsa je...terpaksa tima akibat..Sepatutnya pemerintah dah lama buat sesuatu demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

pia said... [Reply to comment]

alfatihah untuk semua mangsa........

Anonymous said... [Reply to comment]

Ramai pemandu bas tak cukup tido pasal jadual yg padat, kene kejar trip. Sape agaknya yg susun jadual? Dulu aku penah teman sorang pemandu berborak dr KL sampai JB sebab bwk bas terhuyung-hayang. Sebab takutkan dia terlelap aku pon temankan la dia berborak, lebih baik aku spend sket masa teman dia dr aku gol kat dlm bas. Yg best sket dia bg arrr aku isap rokok dlm bas sebab temankan dia borak. Pemandu pengganti tgh tido. Dia citer dah 3 hari diorang bergilir bwk bas, tido dlm bas je selama 3 hari tu. Dia ckp tak buleh stop rehat sebab kene kejar trip. Kalo nak tambah drebar pengusaha tak nak sebab increase cost. Tambah company lain lg la mati diorang nak accept sebab wujudkan competitor baru. Pengusaha is a businessman, sembelih kos gila-gila janji bas sampai, yg penting masyyyuuuuuukkkkkkkkk...

Anonymous said... [Reply to comment]

xpe la, kte redha jek...ajal maut sume d tngan tuhan.. walaupun salah seorang mngsa adalah kwn n merangkap saudara sy sendiri..shock sgt2 ble dpt thu berita nie...cdey:-( terime jek...semoga arwh di temptkn di golongan org2 yg beriman,,amin..

Anonymous said... [Reply to comment]

apa susah susah.bnda dh brlku.bila operasi yg d tngkap pmandu lori.biasa lh.bwk brg berat,mandu prlahan.tp x bwk nyawa org.tp jpj npk lori je yg salah.bas yang pandu laju-laju 2 tgkp bwk nyawa 2.tp korang pk lah aku ni pemandu lori,bile dgr operasi je jpj sebok tgkp lori.dia x ada tgkp bas pon jd klu ada yang kene mengena@yg sewaktu denganya 2 fikir-fikir kan lah mcm mana nak buat.

Anonymous said... [Reply to comment]

masa tu ade accident buda motor kat area situ gak......tambah jem le jalan masa tu.....keluar tol klia kul 8mlm...sampai mlk kul 230 pg....penat...al fatehah utk yg telah pergi

orang melayu boleh said... [Reply to comment]

sedihnya bc ttg kisah budak tue...br habih UPSR tuh!.mcmana la tk pandai buat perkara x senonoh tue sbb kt dunia nie, mcm2 ada....tenet la,Tv,CD2....melambak org jual & tygkan.

salam ziarah
http://www.orangmelayu.com

Najlaa 'Aqilah said... [Reply to comment]

hi. singgah sini. saya la Najlaa 'Aqilah mentioned above :)

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais