Ini ialah entry khidmat masyarakat untuk penduduk Pulau Pinang. Hanya copy paste je ni. Harap Maklum. Agar maklumat sampai dengan jelas dan tepat. Jadi, kepada sesiapa berkaitan, iaitu tinggal di Pulau Pinang,buatlah persiapan yang cukup dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Amaran Banjir Kilat di Pulau Pinang
Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan. Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 Nov ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.
"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 Nov ini ekoran perubahan monsun," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.
"Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700", katanya.



19 komen:
bencana alam semakin byk skrg ni...
kene berjaga2 ni
Panas! : ENTER
naseb baik stay dekat selangor, keh keh keh
bad habit betul...dah nak banjir baru nak cuci longkang
Hmmm... nak kasi inform kat member2 area seluruh negeri PENANG la nampaknya...
sebab ape pulak nie leh banjir??
Latest Entry Blog Razis "Kereta: Kereta Kelisa Berkelajuan Seperti Evo 10"
banjir kilat??...kena berjaga2 dr awal....
entri terbaru: ESQ UTP Angkatan Ke-4 di Toronto
orang pulau pinang alert!!!
hehe :)
nak kena btau geng kat sana ni
cikgu dahlia: takut dgn banjir kilat ni!
harap2 banjir ini tak jadi..
kalau jadipun tak teruk.
harapnya ni adalah ramalan shj...
alahai komputer kena letak kat atas laa ni...
huhu... kalau negeri lain sbuk dgn bnjir kilat.. ktrng kat pntai timur ni tiap2 tahun ade musim bnjir.. hehehhe.. musim tngkujuh
ooh~
tidak..
nnti blik umah..umah bnjir lak..
harap2 xler seteruk mana
lagi nak jadikan malaysia hub hiburan malam. grrrrr
alamak, harap2 liza sempat balik dari penang before the banjir...
seronoklah ini
walaupun banjir jangan lupa tengok malaysia lawan Myanmar,
pasal banjir kita pikir lepas nie,hehehehe
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...