12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan
Ya Allah, apakah pentunjuk yang diturunkan olehMu ini? Tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang memuji2 persandingan kayangan, tidak disangka, ada 11 nyawa yang direntap dalam sebuah kemalangan ngeri di Km223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Kemalangan ngeri tersebut membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta. Innalillahiwa innailaihi rajiunn…
Menurut polis, kejadian kemalangan ngeri itu berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Melambung! Tak dapat aku bayangkan keadaan masa tu.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti. Semua 12 mangsa yang meninggal dunia dan 40 mangsa yang cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. – BERNAMA
Gambar Kemalangan – Bas Menghempap MyVi
Video Kemalangan dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya. Maaf, audio agak bising.




42 komen:
ya allah.......moga mereka di tempatkan di kalangan org2 yang beriman............
yaALLAH, KIFARAH hebat dr yg maha esa....
Iktibar untuk kita yang masih hidup. Mati itu pasti.
sedih sgt2
minta izin ambil sedikit maklumat dari blog awak.
al-fatihah....semoga x berlaku ke atas saudara-mara kita
alfatihah....
Innalillahiwa innailaihi rajiunn…takziah buat keluarga mangsa~semoga ia x berlaku pd saudara mara kita,,insyaALLAH,,
subhanallah.. dahsyat nyer..
kuasa Tuhan Yang Maha Besar.
Siapalah kita berhak mempersoalkannya..
10-10-10.. tarikh keramat ea.. tanda2 kebesaran Allah S.W.T.. iktibar dan pengajaran untuk kita semua..
Al-fatihah untuk arwah...
al fatihah.. sy mntk sekeping dua pic dr blog cikgu..
innalillah..dahsyat sungguh kemalangan ni..
ngeriiiii...
dengar citer dari saksi kejadian..eksiden ni disebabkan oleh mat2 rempit yg tgh beraksi dan menyebabkan driver bas x dpt kawal..cerita sebenar wallahualam..tiada di tempat kejadian..
minta izin jugak ambil sedikit maklumat dari blog awak.
siapalah kita nk psoalan tarikh 10.10.10 tu....ajal tetap mjemput tanpa mgira masa wlpun ssaat...maka insfalah
kemalangan yg dahsyat
salah seorang mangsa...kawan saya...kami sama2 konvo pada jumaat ini 15/10/2010....semoga beliau tenang
Al-Fatihah.. Kesiannya diorg :(
AL FATIHAH.....KEPADA KELUARGA MANGSA2 YANG TERLIBAT HARAP BERSABAR LAH MENERIMA UJIAN INI...SEMUA NYE INI ADA LAH KETENTUAN ILLAHI...AJAL DAN MAUT X MENGIRA MASA DAN TEMPAT....SUBHANALLAH....
Ya Allah, ngeri sungguh!
Marilah kita semua ubah sikap lebih berdisiplin di atas jalan raya..disebabkan kecuaian kita org lain yg merana.
Al Fatihah ke atas roh2nya..
semoga ahli keluarga mereka tabah..
ajal maut di tangan Ilahi....
alhamdulilah nasib kedua ibu bapa saya tidak tlibat lewat beberape minit melalui hiway itu..takziah pd ahli kluarga yg tlibat...
Ya Allah...moga semua yg terlibat tabah dan redha dgn dugaan ini..dan ditempatkan dalam rahmat Allah jua...
innalillah..semoga semua mangsa ditempatkan bersama roh org beriman..amin~~
Innalillahh.Al fatihah.
mmg ada nmpk geng2 mat rempit mlm semalam..tp menghala ke selatan...bas tu nak ke kl...
al-fatihah....
Takziah kepada keluarga mangsa...
innalillah... untuk yang sudah pergi...
berderau darah bila tengok video tu.. mahupun gambar tak berapa jelas menunjukkan mangsa... ya allah.. masyaallah... nauzubillah...
salam....mohon izin utk share di facebook......thanks..
aah..mat rempit byk ke arah selatan..tp itu semua kuase yg MAHA ESA...mnntukn ajal maut seseorg...10.10.10...
takziah kpd keluarga mangsa terutamanya keluarga azmi yg sepatutnya konvo di upsi hari jumaat ini. kehilangannya amat dirasai....alfatihah...
berderau ak ble dngo ade kemalangan bas bekas2 tentera..coz ayah ak g...ble kol dia dpt dngo sore dia bru lega...bersyukur sgt bkn bas yg dia naik..pe pn takziah kepada mangsa...mungkin ade hikmah di sebalik kejadian..al fatihah...semoga tabah menghadapinye..
sepatutnya kita kene peka terhadap apa yg Allah rancangkan...tarikh 10.10.10 bukan lah tarikh keramat yg perlu dibanggakan...tp sbg tanda peringatan kpd kita yg masih hidup.manfaatkan lah setiap saat yg kita ada dgn mengingati-Nya.....Semoga yang telah "pergi" itu menghadap Allah dengan penuh bekalan di dada.kita yg masih hidup,sedekahkanlah Al-Fatihah..semoga dgn keikhlasan Fatihah yg mereka terima dpt menerangkan jln "mereka" di sana....Al-Fatihah....
innalillah..mtk jauh la bnda mcm ni...
takziah kpd kluarga mangsa..
ya allah..!! besarnya kekuasaanmu.. kita semua hanya mendengar berita, cuba anda semua bayangkan suasana diwaktu itu dan apa perasaan keluarga mangsa yang kehilangan orang yang paling tersayang.. marilah kita sedekahkan "al_fatihah" kepada mangsa supaya tenang disana..
sedekah banyak-banyak supaya mangsa aman disana
alfatihah~
tidak ada perkara yang mustahil bagi yang percaya. semua ini adalah kehendak dari Tuhan yang kuasa. Di sebalik semua ini ada hikmahnya untuk kita ambil iktibar. Bagi kita yang masih hidup, banyak2kanla ibadat mengikut kepercayaan agama kita. jangan kita terlambat untuk memperbetulkan jalan kita yang sebenar. Bagi keluarga2 yang berkabung kuatkan semangat, jangat kita terlalu tunduk pada kelemahan. kita serahkan semua ini dalam ketentuan Tuhan...
semoga mgse2 yang t'libat tnang dsana.....
kpde mreke yg msh hdp jgn t'lalu taksub dgn kmewahan dunia...
krane semua itu hanyelah sementara.....
byk2 kn lh m'bt amalan....
sedekahkan al-fatihah kpde mreka yg tlh pegi....
AL-FATIHAH.....
setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini.. jd ingatlah sekalian manusia.dunia hanya pinjaman kepada kita. allah telah tunjukkan satu persatu kepada manusia.yang leka tidak endahkan.yang sentiasa mengingati pasti tidak akan rugi di atas nikmat2 yang kita rasai. semoga yang masih hidup mengambil iktibar di ats kekuasaan ALLAH.amin.. AL FATIHAH..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...