Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , » Jadi Penunggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan

Jadi Penunggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan

Share

Ni aku nak share pengalaman aku menjadi penunggu setia di HTAA Kuantan hari ni. Kalo cakap HTAA ni harap korang sedia maklum la ya, ini hospital kerajaan. Aku bukanlah nak memburukkan hospital ni ke apa, just nak share an experience yang sememangnya boleh menyebabkan yang tak sakit pun menjadi bertambah sakit, tambah2 lagi sakit hati!

12.45 pm – Aku sampai di rumah selepas balik dari Taklimat Pengawasan SPM 2010.

1.30 pm – My sis with her baby dibawa oleh kami (abang ipar aku, aku, adik aku dan Ninin) ke HTAA selepas Klinik Desa refer kami ke sana sebab Baby kena Kuning @ Jaundis sebanyak 300.

1.35 pm – Aku buat pendaftaran di bahagian Emergency sbb HTAA ni takde bahagian Pesakit Luar. Jabatan Pesakit Luar dipindah ke Bukit Sekilau.

1.50 pm – Baby dan kakak aku dipanggil masuk ke bilik saringan pertama. Kami disuruh ke ruang menunggu untuk pemeriksaan seterusnya.

 

DSC03071

Gambar diambil pada 1.55 pm (Rujuk sudut kanan bawah)

 

Ruangan menunggu ni amatlah terhad. Aku ngan adik aku bergilir2 pangku baby ni. Kakak aku duk atas wheel chair, nasib baik aku sempat rempat wheel chair di pintu masuk, kalo tak, memang berdiri je laa jawabnya. Aku dan adik aku pun lama pangku baby sambil berdiri. Datang gak rasa sedih, sebab takde pun yang sudi bagi tempat duduk. Bukannya semua yang ada di situ sakit. Itulah masyarakat kita.

Nak jadikan cerita, masa menunggu, depan aku ada sekeluarga. Mak budak tu tengah migrain ke apa ntah. Duk atas wheel chair ni, tetiba datang Jururawat lelaki mintak wheelchair tu. Aku dengan adik aku rasa nk tergelak je. Takkan laa dah takde sangat wheelchair kat situ. Bukannya ada jangkitan luar biasa ke, ada kes besar pun. Takkan wheelchair pun boleh abis. Lagipun, consider la, kerusi yang disediakan untuk menunggu pun tak banyak. Baru aku realize, betapa daifnya di hospital ni. Yerlah aku tahu, budget kan limited.

 

2.30 pm – Masih lagi menunggu dan terus menunggu giliran. Giliran dipanggil dengan nama, bukannya ada nombor dan sebagainya. Aku rasa pengurusan akan lebih cekap kalo sistem nombor diperkenalkan.

Semasa di bilik saringan, boleh kelaskan kes pesakit mengikut warna kod. Kalo kritikal warna merah, separa kritikal warna kuning, stabil warna hijau. Dan beri nombor ikut kod tu. Aku rasa lebih efektif. Bukannya hanya ikut que semata. Puas gak aku cari Piagam Pelanggan kat area menunggu, tapi tak jumpa. Yerlah, dalam Piagam Pelanggan biasanya akan ditulis berapa jangka masa rawatan untuk setiap pesakit dsb. Hope ada kakitangan HTAA yang baca cadangan aku ni.

DSC03072

3.14 pm – Masih menunggu. Nasib baby ni tidur, tapi memang nampak dia macam so tired. Risau aku. Proses menunggu dah hampir 2jam. Tapi nampaknya masih lambat akan dilayan.

DSC03073

 

3.17pm – Hanya 2orang bertugas. Memang kita kekurangan doktor yang sudi berkhidmat dengan Kerajaan kan.. Kenaapa? Seharusnya faktor ni perlu dikaji dan sediakanlah pelan sebaik-baiknya untuk kesemua bakal doktor supaya terus berkhidmat untuk negara sendiiri terutamanya untuk hospital2 awam ni.

 

3.40 pm – Aku dah rasa tak keruan, kesian + bengkek dengan penantian ni. Puas mundar mandir, aku beranikan diiri untuk bertanya pegawai yang bertugas. Dia suruh aku masuk Bilik 3 dan tanya doktor sendiri. Kalo dia boleh consider, boleh la..

Aku bukan apa, memang aku faham kena ikut Q, tapi kalo dah yang menunggu rawatan ni baby, duk pulak terdedah dengan pelbagai jenis orang yang dengan penyakit ntah apa2, takkan laaa tak boleh nak consider langsung. Cubalah berfikir, siapa perlu dan patut didahulukan?

Aku cekalkan diri masuk je Bilik 3 dan rujuk pada yang berkenaan. Jururawat je, bukan doktor. Sebab dia pakai baju putih misi tu, tapi line dia warna biru..

“Doktor, saya ni bawak baby kuning kat luar, dah 2jam lebih menunggu. Takkan tak boleh consider dulu”

“kita ikut que laa..memang kita cuba untuk dahulukan. Yang pukul 12 tghari pun belum”

“Dah tu saya kena tunggu lagi 3jam la? baby tu pun dah meragam, lama sangat. luar pulak macam2 terdedah”

“Kita dah check, baby masih stable. So, tunggu que laa. Kita pun dah panggil doktor dari atas. ”

 

Aku time ni dah macam terkedu.. Dah tu nak tunggu sampai kuning dia dah high level baru nak consider? Gila ke apa? Aku terus call adik aku yang USM, dia cakap, 300 tu dah tinggi. akak aku pun cakap yer, sebab JD yang check tengahari tadi pun terkejut tengok bacaan. Dia masih kata stable. Geram sungguh aku! Sebab angin sangat + penat + stress, aku pun terkeluar perkataan lembap masa aku berjalan keluar. Tapi slow je laa..hikhik..

 

4.20pm – Barulah kami dipanggil. Yang kelakar, doktor takde cek apa sangat pun, just tengok badan dia, cakap kuning. Then boleh lak tanya aku berapa bacaan..Aku dah macam tak mampu nak kuar apa dah.. Tetiba lak dari 300, dia leh cakap, “600 kan?” terjegil mata aku. Kalo dah 600 tu, memang dah teruk sesangat, tak fikir logik ke? Alahai.. Bagi buku taknak bukak. Yang teruknya, hampir bergaduh laa doktor lagi sorang tu dengan patient lain. Makcik tu datang dr kul 9.00 pagi rupanya..Sapa la tak bengang kan?

 

Bukan aku nak salahkan doktor ke pengurusan ke apa, tapi dalam kes2 ni, perlu diambil perhatian. Aku pun faham, HTAA pun kadang tak mampu nak handle2 kes kalo dah sakit leher pun nak datang situ. Lepas tu pulak, klinik2 lain refer kes ke situ, tapi kena laaa cari best solution untuk overcome menda2 alah semua ni. Hari ni saja dah berapa orang bengang. Aku tak tahu lah kalo hari lain macam mana. Yang pasti, memang aku serik, dan aku rela pergi Klinik Swasta je.

 

 DSC03075

 

4.30 pm - Last2, doktor tu cakap, masuk wad. Lepas ditolak ke sana sini, abang ipar aku gi daftar wad dan aku ikut Nurse lelaki tu ke wad 6A. Memang khas untuk bayi dan ibu sahaja dan hanya ayah baby je boleh masuk melawat.

 

Hopefully baby akan cepat sembuh. Dah rindu nak dengar tangisan mu. :S

24 komen:

pandapolarbear said... [Reply to comment]

hai blogwalking cni..n baca en3 awk...=) asl kuantan ye..

tehr said... [Reply to comment]

memang meletihkan bila jadi penunggu hospital, cikgu
nak kata serik tu, tak la juga
tapi dah memang biasa sangat

Azman Roslan said... [Reply to comment]

kenapa iklan innity ni halang bahagian post.. tak dapat nak baca entri la..

d_LA said... [Reply to comment]

cian baby tu, memang nmpk sgt kuning..tp dulu dla pnh msk emergency HTAA gak, xtawlah naseb bek mmg trus dorang bwk msk bilik doktor..syukur sgt2..tp kes kawan dla pun camtu, tunggu smpai tertdo..last2 balik rumah semula..semoga baby tu cpt sembuh yer..

..nOj.. said... [Reply to comment]

hadoi htaa. tempat emergency case pun tak takde nye emergency. seme org pg situ. rasenye org sakit sikit pun leh jadik bertambah2 sakit. byk betul pengalaman kat situ. malas nk cite. menambah luka didada je. hehe

mahira oya said... [Reply to comment]

semoga baby cpt sembuh...
mmg letih menunggu..

mR Gee.!! said... [Reply to comment]

itu lah 'kehebatan' dan 'kecekapan' spitaL kiter...
itu belum cerita pasaL attitude 'misi' nye lagih...

aku xrefer semer.. tapi mmg kebanyakkan nya mcm tuh...
geram , sbb aku penah ade pengaLaman mase sambut anak 1st duLu..

siap aku ugut, 'nak aku panggiL kan tv3, utk komplen..?'
baru kaLut2 wat keje..

suka_haha said... [Reply to comment]

kak jadi penunggu ek hehe... Ramai tak yang lari? hihihi.. jom komen sini lak hehe

addy saufi said... [Reply to comment]

apa2 pon sya rela ke klinik swasta...korek je la duit kt mn pon dr dpt yg free tp lembab.... nk wat cmne minda gomen da dr dl camtu...sya pon keje gomen gak....

ShueQry said... [Reply to comment]

memang mengharukan, saya tumpang simpati..kat Mahkamah lebh kurang camtu juga, kesian melihat orang awam nunggu dari jam 9 pagi, jam 3 petang baru kena panggil, tu pun tak ada nombor sebab main panggil nama macam zaman 80-an..sebagai staff kerajaan, kita terpaksa ikut saja arahan pegawai dan tak leh nak buat apa-apa untuk perbaiki keadaan tu, idea pun kena tolak mentah-mentah sebab kita berjawatan rendah,terpaksalah tutup telinga bila orang awam ngomplen itu ini, begitu begini...pegawai pula tak nak handle aduan orang awam, dengar saja, tapi tak buat apa-apa...andaikata mahkamah ni ada mahkamah swasta macam ospital ada klinik swasta dan hospital swasta, konpom laku..ops..

yastro said... [Reply to comment]

Hmmm....aku dah kene dulu kat Putrajaya...sakit hati jerrrr

Razis said... [Reply to comment]

tajuknyer macam apela. nti org ingat penunggu yg kluar mlm2 tu...

Whoopz said... [Reply to comment]

Hurm.. Kesian kat baby.. Gwa kalau bwk mak gwa g htaa ni memang gwa mintak bantuan anak jiran gwa yg jd nurse kat ctu.. Cpt je urusan..

a n a s t a s y e a said... [Reply to comment]

Susah la kalau semua doktor macam tu. tak kesian ke kat baby tu. Kalau anastasyea la .. sanggup lagi bawa ke hospital swasta dari menunggu berjam-jam. Tak apa .. biar mahal asalkan kesihatan baby terjamin.

Anonymous said... [Reply to comment]

bese la tu cikgu....kalau saya pon saya bengang... kene tunggu lama2...=)
insyaAllah masalah ini akan selesai...
-penolong pegawai perubatan-

Anonymous said... [Reply to comment]

bkn la nak cakap lebih....kalu awk cikgu tentu gaji lebih...bwk la hsp swasta...tak sampai beribu pun caj yg kena kalu setakad jaudice.

Kesian la org lain yg gaji kecil...biar mrk guna hosp kerajaan. Secara tak langsung hosp tak sesak...sbb yg menyesakkan adalah org mcm awk. Sy yg gaji kecil dr cikgu pun mampu ke hosp swasta...sbb dah tahu hosp kerajaan memang sesak.

Bg peluang kpd org lain yg sgt memerlukan. Lagi pun bukannya hari2 kita kena jumpa doktor. Jika sakit baru jumpa...so tak kan itupun tak boleh berkorban.

Bila sy baca entry awk rasa geli geleman dgn telatah awk...tapi kena terus baca nak tahu apa yg awk smpaikan.

Benar hosp kerjaan adalah utk rakyatnya...tapi biar la rasional sikit...gaji ribu2 pun nak jugak subsidi dari kerajaan. Berilah subsidi tu kpd makcik2 & pakcik2 yg susah dan tak mampu tanggung kos rawatan d hosp swasta.

Bukankah itu lebih afdal dan secara tak langsung niat kita dpt membantu org lain. Insya Allah, Allah akan balas jua pengorbanan kita & mungkin baby itu bertambah cepat sembuh berbanding d hosp kerajaan.

Inilah belajar tinggi2 pun tak mampu nak fikir bantu org lain. Maaf ini adalah pandangan sy aje. Jgn marah ya cikgu.

frm: org kuantan jugak

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

Anony yang orang kuantan jugak.

tolong faham, kami ke sana sebab kena refer ke sana dari Klinik Desa berhampiran.. dan kami tak tahu pun kalo jaundice boleh pergi ke KMC ke mana ke...ingatkan kalo dah kena refer sana, pergi je la sana. Bukannya masalah sokmo kena, ni baru first time nak mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan.

Saya sekeluarga memang takde pengalaman mendapatkan rawatan di sana, ni kali kedua selepas arwah ayah dimasukkan ke emergency dan meninggal di sana. Dan ini pengalaman pertama kami menunggu di situ. Memang tak sangka langsung selama itu semua orang terpaksa menunggu.

Saya bercakap bukan on behalf utk diri sendiri jer, tapi untuk orang lain, yang juga menunggu lama akibat pengurusan yang tidak efisien. Kalo dah semua orang pergi ke hospital swasta, hospital kerajaan nak buat apa? dan mana extra privilege yang kami dapat sebagai kakitangan kerajaan?

Saya tak marah, tapi jangan menuduh melulu..awak tak berada di tempat saya dan family yang langsung tiada pengalaman di sana. Untuk pengetahuan, sejak kecil lagi,(arwah aayah tentera) kami kalo demam, xprnah langsung nak ke hospital/klinik kerajaan. Memang klinik swasta. Even saya nak amek nebulizer pun, Ananda, Penawar, tu semua antara klinik saya pergi, Kalo u orang kuantan, u pun tahu berapa kos rawatan di situ. Bukan murah. Arwah ayah yang selama ni kencing manis pun, tak pernah dapatkan ubat dari HTAA. Kami lebih prefer ke Klinik Syed. Sini bukan masalah mampu ke tak mampu. Kalau tahu macam ni, saya pun tak sanggup nak tunggu. Baik laburkan duit dari laburkan masa. Jangan ingat saya dan family ni keje kerajaan, tapi kedekut untuk kesihatan sendiri. tolong fikir dengan akal ye en anon.

Saya

Anonymous said... [Reply to comment]

smbg lagi...itulah anugerah yg tidak terhingga Allah beri adalah akal. Tapi cikgu tak guna sepenuhnya. Klinik Desa minta refer kpd doktor dan bukannya hospital. Sbb hospital adalah bangunan batu.

Yg merawat adalah doktor. Memang klinik desa suruh ke hospital dan dapat rawatan susulan. So..yg perlu kita jumpa adalah doktor. Tidak menjadi satu kesalahan undang2 dlm M'sia ini kalu kita terus pegi jumpa Doc swasta walau diminta ke hospital kerajaan. Yg penting rawatan tersebut dibuat dgn segera.

Alasan tak ada pengalaman...mengarut aje..kata ada family yg pernah masuk hosp kerajaan!! apa cerita? Tak kan tak tahu suasana hosp tu mcm mana? Tgok pun berserabut dgn org yg ramai. heee...apa laaa cikgu ni. Jgn marah yaaa..

frm: org kuantan jugak

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

kelakar la ko ni..cakap aku tak guna akal sepenuhnya. Ko memang selalu guna akal sepenuhnya selama ni? Tak pernah ko tak berada dalam keadaan panik, tertekan yang menyebabkan ko bertindak tanpa akal sepenuhnya? Kesian ko..cuba menidakkan ketidaksempurnaan diri ko..Teringin gak aku kenal manusia perfect macam ko ni.

Ko tak payah nak buat lawaklah yer. Aku tak dengar pun JD tu cakap jumpa doktor. Dia suruh kami ke HTAA dan dalam buku perkembbangan bayi pun ditulis refer to HTAA. Ko ni yang tak guna akal sepenuhnya.

Ko baca tak komen aku dan post aku? Aku rasa ko yang tak guna mata ko bebaik, baca satu persatu dan tafsir setiap patah dengan akal ko ye. Malas aku nak ulang perkara sama, ko baca lah balik komen aku sebelum ni yer.

Pasal takde pengalaman tu pun, tolong laa bukak mata ko luas2, baca komen aku. Memang takde pengalaman langsung nak dealing dekat situ.. Takpe, ko tak rasa lagi bila nanti kau sendiri terpaksa jugak meratap kat Hosp Kerajaan tu. Ko tak tahu ke, ada jugak kes dr Swasta forward ke HTAA? Kesian ko kan...

Oh lupa, aku rasa penat je layan ko ni..Sebab minda ko kelas bawah. Maybe sebab berdengki dengan aku la kut kan. Or ko memang saja nak membangkitkan marah aku. Takpe, aku tak marah, tapi badan aku yg sakit ni, lebih sakit baca komen ko yang macam tak berakal, tak guna mata baca betul2.

Aku ni kira baik melayan ko yang tak bernama.. Kalo ko berani sangat, cuba la bagitau sapa ko. Tapi sebelum tu, ko baca satu persatu post aku, komen2 aku tu yer..Tafsir bebaik.

p/s: Teringat nasihat exPengetua aku bila dealing dengan orang macam ko ni....memang baik ignore je drpd melayan. :D

Anonymous said... [Reply to comment]

hehehe..cikgu ni memang cakap tak serupa bikin...tak yah komen byk2...tgok ayat kat bwh tuu...kata ignore..penat aje headmaster tu..nasihat kat dia....tu laaa sifat seorang yg hipokrit. Membedal org ikut suka hati...benda tu tak betul...benda ni tak betul...dia aje yg betul. Kalu mcm tu buat dunia sendiri laa..bukak hospital sendiri ke...

hehehe ada ke dia pertikai siapa aku. Kalu aku tarok nama Bedah..nama Jamal Andilah...Uji Rasid ke...ko kenal ke aku. Apa raaaaaa...jgn marah cikgu..

Frm: Org kuantan jugak (Awie...kenal ke?)

Anonymous said... [Reply to comment]

salam cikgu dahlia.. terdetik plok hati nk mengomen bila baca entry ni..

satu peel manusia kt malaysia ni ialah diorg x reti nk membezakan sakit diorg tu satu emergency ker tak.. thats y sumer emergency department kt mana2 govt hosp m'sia ni penuh sesak sepanjang masa.. cthnya dh seminggu demam dok peram kt rumah x pegi2 klinik n then bila dh rasa mcm teruk sgt baru terhegeh-hegeh nk g kt kecemasan.. izzit satu kecemasan kalu boleh biarkan demam gtu punyer lama..bila dh smpi kecemasan org bg tag hijau mula la nk mengamuk sakan.. yg jadi mangsanya org yg betul2 dalam kecemasan (mcm ur baby) n petugas2 hospital yg tak pernah dihargai khidmatnya malah dikutuk keji lagi adalah..so skrg salah siapa?
apa guna kerajaan sediakan outpatient clinic & clinic 1malaysia kalu kita sumer yg sakitnya x seberapa ni sebok nk g menyemak kt jabatan kecemasan. fikir2kan n selamat beramal..

psst!! saya bukanlah kakitangan hospital tapi saya amatlah menghargai penat lelah mereka yg cuba memberi rawatan terbaik kepada rakyat malaysia yang kebanyakannya x tau bersyukur... ;)

fattah said... [Reply to comment]

korang , korang. terima kasih sebab complain-complain korang didengari. sebabnya sekarang ni HTAA akan mengutamakan kanak-kanak. sapppp! terus turn korang. jangan risau, alhamdulillah doktor-doktor yang ada pun sudah berkaliber dan cekap. tak semua staff HTAA begitu. sama-samalah memahami.

Anonymous said... [Reply to comment]

Terdetik nak utarakan sedikit sebanyak butir kata...
Jabatan Kecemasan HTAA jadik macam tu disebabkan masyarakat kita sendiri...kita semua dah sedia maklum,kalau dah nama Jabatan KECEMASAN, pastila sepatutnya petugas petugas di sana bersiap siaga merawat kes kecemasan seperti severe head injury pas eksiden, serangan jantung yg boleh membunuh, pergaduhan yg membabitkan kehilangan darah yg banyak,gun shoot wound, atau setaraf dengannya.Kalau anda nak tau, kebanyakan kes yg hadir di sana bukanla kes kecemasan tetapi kes bukan kecemasan seperti demam seminggu, batuk bertahun, bisul dan mcm2 lagi. Anda blh bygkan jika petugas2 sana terpaksa di luar daya kemampuan kerana terpaksa handle KES BUKAN KECEMASAN lagi. ditambah dengan kes kecemasan yg sepatutnya.Utk handle kes yg betul2 KECEMASAN mmg mkn masa yg agak lama. Anda sepatutnya tahu yg mana dikatakan kes kecemasan dan sebaliknya.
Kat jabatan kecemasan x gunakan sistem nombor spt cadangan anda JABATAN KECEMASAN bukannya gunakan sistem OPD tetapi guna sistem triage yakni tagging. Untuk pengetahuan anda juga, semua Jabatan kecemasan hospital di dunia ini gunakan sistem Triage (secara mudahnya : SARING)Dapatkanla juga maklumat ttg apa yg dikatakan KES KECEMASAN melalui staf disana, yg penting jgn ego utk belajar. secerdik mana pun kita, ada gak displin ilmu yg kita kurang. Jadik belajala...proses belaja ni dari buaian sampai ke liang lahat.Bagaimana anda boleh mengatakan di jabatan kecemasan sistem nombor lebih baik dari sistem triage yg telah digunakan dikesemua hospital kerajaan dan swasta diseluruh dunia? saudara dah buat research mengenainya? Tak susah,baik anda baca di internet. Bukak search engine,dan taipla sistem TRIAGE. Akan ada maklumat tu. rajin2kanla membaca.
Dlm kes wheelchair yg selalu tiada tu bukan disebabkan HTAA mmg xde wheelchair tetapi juga disebabkan ORG AWAM. Utk pengetahuan saudara, org awam yg meminjam wheelchair di sana utk membawa pesakit, acapkali mereka x memulangkan wheelchair terbabit. Kdg2 mereka tinggal kat toilet, kat kantin, bahkan ada yg letakkan di seberang jalan tanpa memulangkannya. Klu sikap mcm 2,letak sejuta wheelchair pun tetap xkan ada.

Anonymous said... [Reply to comment]

SALAM ALAIK.SAYA SUHANA..TQ TU DOKTOR HTAA KERANA SELAMATKAN SAYA...KPD YG X EMERGENCY TGGU JELAH DI LUAR TU.JIKA ADE DUIT MASUKLAH HOSPITAL SWASTA.EMERGENCY NI RAMAI ORG X LEH BEZAKAN SBNRNYE.DULU SY PUN SLALU MRH BILE PERGI HTAA SBB LAMBAT.

AKHIRNYA TAKDIR TUHAN SY SNDR DIHANTAR DARI ALFARABI KE HTAA DLM KEADAAN EMERGENCY.TEKANAN DARAH 50/30..SAYA BOLEH IGT MASA TU SY BOLEH DGR RAMAI DOKTOR BERLARI KEJAR SAYA.SY SGT TERUK KEADAANNYA..DARAH TUMPAH DGN BYK..ITULAH EMERGENCY.SAKIT N LEMAHNYA TUHAN AJE YG TAHU.

BERAPA LAME BEBERAPA DOKTOR BERGELUT MENYELAMATKAN SAYA.TERIMA KASIH..

KEMUDIAN APABILA SY DAPAT BERCAKAP DAN SEDIKIT PULIH SAYA DPT MELIHAT PAKCIK YG TERBAKAR BADAN DI SEBELAH SAYA.

SAYA TEGASKAN JGN MARAH DOKTOR DAN NURSE DI HTAA DI WAD KECEMASAN.DOKTOR TAK CUKUP!!!!EMERGENCY NI DIE LAYAN ORG YG SGT KRITIKAL DAN BAHAYA..

MARAHLAH PEMERINTAH.GAJIKAN DOKTOR N NURSE SECUKUPNYA..SY KEMUDIAN DUDUK ICU.AWAK TAK RASE KEADAANNYA CIKGU..

JADI CIKGU %) KALI LEBIH SENANG DARI LAYAN ORG SAKIT..

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais