Hangat sangat ke Cerita Cinta Syyhh Uncle Seekers dengan Mantan Permaisuri Agong? Semua blog nak ambik pot pasal dia. Aku pulak? Baru sekarang saja nak komen serba sedikit. Tapi aku rasa, aku di antara yang terawal tahu, sebelum kisah yang sengaja aku rasa, mencari publisiti ni masuk dalam akhbar perdana kita bebaru ini.
Aku mula tahu pasal kisah hubungan uncle seekers dengan Siti Aisyah ni pada 14 November, dari blog ambooyats, sempat gaklah aku membaca semua part kisah cinta Syyhh tu dan tinggal komen di blog uncleseekers tu. Seriously aku cakap, memula aku baca, memang rasa macam terpengaruh, seronok membaca, sampaikan nak je bersambung. Entah apa kena aku masa tu. Terlintas gak nak cover up pasal isu ni. Sebab konfom2, mesti malatops punya, tapi tetiba ada sinar yang menerangi…

Siapa Uncle Seekers ni? Sesiapa yang peminat kisah2 mistik, misteri memang pasti kenal la Uncle Seekers ni.. Dia laaa yang empunya cerita Seekers yang mencari2 hantu dan ditayangkan di NTV7 beberapa tahun dulu. Tak silap aku, Seekers ni antara cerita yang meletopkan NTV7 selain daripada Edisi Siasat yang hosnya Wan Kamaruddin tu. Memula dulu, aku melayan gak cerita Seekers ni, lama kelamaan, memang aku rasa takde pekdahnya nak mencari benda yang tak nampak. Baik mencari keredhaan Illahi, daripada sebok mencari hantu. As long as dia tak kacau kita, watpe kita nak kacau dia.
Anyway, cakap pasal Seekers ni korang patut tengok Dunia Baru The Movie kan kalau tak silap aku yang ada si Kamala (pelakon India yang dalam Puteri tu) duduk dalam rumah tinggal, dan ingat memang betul2 ada hantu. Memang pandai je aku rasa sindiran yang digunakan itu… :D Tapi kalau usha Video2 kat Youtube, sendiri boleh tengok personaliti dia.

YAM Permaisuri Siti Aishah pun kongsi besday dengan I tau!
Siapa Siti Aisyah? Bekas Permaisuri Siti Aisyah ni ialah Raja Permasuri Agong termuda sekali pada usia 29tahun dalam sejarah Malaysia setakat ini. Beliau menjadi Raja Permaisuri Agong ke-11 pada 26 April 1999 - 21 November 2001 iaitu isteri kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj. Aku ingat lagi, masa YAM Siti Aisyah ni jadi Permaisuri Agong, semua macam amazed, dan merasa bertuahnya menjadi beliau. Ingat lagi gosip2 dulu. Hehe..biarlah simpan dalam lipatan sejarah zaman U dulu. :D
Kisah Cinta Syyhh? The Queen and I
Anyway, pasal kisah ni, yang aku nampak, cerita ni hanya banyak memberi motivasi dan dorongan kepada empunya cerita untuk terus berkarya. Aku nampak ramai blogger share link ke sana. Macam bersekongkol pun ada gak. Biarlah yang nak mencari kisah tu, cari sendiri, jangan kita tolong passing2 keaiban orang sudah. So, jangan harap aku nak share link ke cerita tu oke..Aku rasa, segala link2 ke blog si Uncle tu, tak mendatangkan apa2 faedah pun pada memana blogger, bersubahat adalah. Dia takkan bagi korang backlink punya pun. Baik korang pergi komen kaw2 kat blog tu, biar ada trafik untuk korang daripada berkongsi cerita yang entah betul entahkan tidak tu :D
Entah apa motif sebenar pendedahan ni aku sendiri kurang pasti. Andai kisah itu benar sekalipun, aku tak rasa kewajaran Uncle ni untuk terus2an bercerita pasal itu ini, tunjuk gambar dipeluk bagai. Ada pulak kisah diheret ke kedai pakaian dalam? Dan kenapa perlu tunjuk gambar yang agak seksi? Untuk melakukan cerita ke? Aku sendiri malu.
Kalau ya pun, janganlah memalukan YAM Siti Aisyah, dia seorang wanita yang perlu dijaga maruahnya, bukan kerana nama dan pangkat dia, tapi jagailah sebagaimana jaga maruah dan aib seorang isteri dan anak perempuan. Jangan kerana dendam, dan nak tunjukkan bahawa diri benar, keluarga YAM masih lagi berhak ke atasnya, bukanya si penulis yang langsung tiada kaitan. Apapun, hanya Allah Maha Mengetahui Segalanya. Aku harapkan yang benar terbela. Amin






20 komen:
salam...
kisah yg sangat menggemparkan..
masa baca yang the last part nampak cam dia nak tunjuk baik plak tp masa first2 tu ye ye mengutuk2 keluarga YAM Queen Aishah ni. Tapi ntah lah Wallahualam itu antara dia ngan Allah sebab kita ni nak menilai pun kang terlebih kata salah dosa plak nnt. hurrmmm
pakcik hantu tu saja nak mencari publisiti. bukan main bangga lagi bila melihat blog nya meletup sejak tersiarnya kisah kontrovesi ni
MALAS NAK CAKAP PA..MELUAT BILA BACA ENTRY2 DIA TU
hari tu baca sekali pastu malas dah nak layan..
ada gak baca sikit kat blog seekers tu, tapi rasa loya pun ada.. nak cari publisiti murahan je tu.. heheh
entah apa la agenda tersembunyi uncle seekers yang sebenarnya..
setuju dgn DJ... buat apa lah kita sebarkan aib tu..biar uncle tu tanggung dosa die sendiri... mmg dosa la mengaibkan org... sgt xsetuju dengan tindakan uncle sebarkan cerita ni.. mcm die hebat sgt smpai permaisuri gilakan dia.. padahal orang ckp permaisuri tidak sihat...
saya sokong ayat last tuh..
tak patut seorang wanita dimalukan macam tu dengan cerita semua hal peribadi dia..
even mende tu betul skalipun..
saya baca kisah dia dari part 1 sampai le ke part yang terakhir, part 7..Uncle Seekers ada tambah sikit content artikel dalam entri ketujuh.. apa-apapun, tunggu dan lihat apa yang akan berlaku..
hmmmmm tgk gambar2 tuh,mmg kesian...xboleh ambik apa2 tindakan ke?
dulu rajin gak membca kat blog dia tp lame2 jadi pening sebab rasa cam ngarut jer..
Yup..mak pun rasa mcm nak muntah bila baca pasrt 1-6..semua mak baca n buat judgement sendiri. Tp x berani nak komen..kan x psl msk ISA mak!
Lastly, kesimpulan yg leh mak buat, kerana dendam dan publisiti je lbh
baru je baca part 7 td...nyampah giler...siap letak alamat condo YAM Siti Aisyah and no hp Dato seri..isk...
i hate him
nak berbanngga pun ada batasnya.. ni semua benda cerita.. tak patut betul..
hebat sangatke perangai macam ni...jantan dayus....nak bermegah dan berbangga sampai mengaibkan orang...
macam2 je perangai dia ni..inilah manusia bersifat hantu...
w/pun permaisuri siti aisyah tu xde kena mengena ngan aku, aku akan belasah uncle biadap tu
uncle cakap mcm die tu tak sanggggaaaapppp jer!! huh!!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...