Baru lepas update entry, feed blog aku kuar pasal Kadar Kompaun Saman Trafik Baru yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia berkuatkuasa Disember 2010, iaitu hari ni lah ya. Pengumuman ini dikeluarkan di laman facebook PDRM sendiri, tapi aku baca dari blog Tian Chad.

Kaedah baru ialah:-
1. Bayar saman dalam masa 15 hari, dapat diskaun 50%
2. Bayar saman dalam hari ke-16 sehingga ke-30 diskaun 30%
3. Tidak bayar dalam masa 30 hari, tiada diskaun dan kena blacklist!
Macam aku sendiri, alhamdulillah, setakat ni, aku tak pernah kena saman yang mahal2 ni. Aku pernah kena sekali je. Masa tu aku bercuti-cuti Malaysia kat Pulau Kukup. Bukan saman hadlaju ke apa, cuma menghalang lalulintas. AKu memang tahu takleh park situ, tapi buat derk je, sebab masa tu parking sangatlah jauh. Malas aku nak menapak. Memang tawakkal, tak sangka terkena saman. Dah memang tulah kut, sebab aku pergi tu pun masa kerja..tapi aku MC hari tu..ops, memang aku sakit betul, demam, tapi nak gak gi jejalan..Nakal..huhuh..
Untuk mengetahui cara menyemak saman ada 3 kaedah yang boleh digunakan iaitu secara SMS dan servis talian Internet di MyeG. Bayaran saman juga boleh dilakukan secara online terutamanya untuk yang jenis tak suka berbaris di kaunter. Untuk keterangan lanjut mengenai cara Menyemak Saman Trafik PDRM ataupun Membuat Bayaran Saman Trafik PDRM, DJ sarankan korang refer di Tian Chad : New Rate for Traffic Ticket by Polis Diraja Malaysia {klik}. Semua maklumat terperinci korang boleh jumpa di sana. :D
p/s: Kalau ada saman ekor, tapi surat xpernah sampai ke rumah pun..Kira halal laa kan?



26 komen:
wahhh. thx bagi info kak DJ.
baru tgk kat buletin utama tadi..tp insentif tu same gak ke maksudnya dgn diskaun?
Haha Cikgu Dahlia thanks for sharing =)
Susah I translate to English ;p
Masih kena minta tunjuk ajar dari cikgu tentang SEO untuk Malaysia reader ya
MACAM YEAR END SALE LAK.DISKAUN2 NI
Tahun lepas mama kena saman speeding RM300, terus byr dlm masa seminggu konon dpt diskaun kata kawan yg tolong bayar tu (tapi resit bayaran dia tak bagi kat mama). Tahu2 nak renew road last week Nov 2010, rupa2nya kena blacklist tak bayar saman Rm300 tu lagi. Cehhh...tak semena2 mama kena byr lagi RM300. Total RM450. Rugi lorrr. kwn tu ckp dah bayar bagi seribu satu alasan...sob3
huhu.sy ade saman xsetel lg ni..huhu
saman ekor boley kire tak kak???
ade 1 saman ekor nie..hehe
alamak, ada 3 lagi saman belom bayar lah. cam ne nie.. mampus.. dah lah tak de diskaun
kalau yg ada saman..tapi tak g bayor2 lagi tu macam mana plak ekk..kna blacklist gak ker?? huhuhu takot nya..kita ada 2 saman tk bayor lagi ni
saman ekor, surat tak pernah sampai
dah tu masih kena bayar 100% dan kena senarai hitam
kalu lagu ni, cara kejam ni
aku pegi pdrm bukit aman. ada brader tu dah selesai beratur pjg bayar saman. time mau balik kat kete tetengok ada saman baru terselit kat viper cermin. kesian aku nengok..mgkin xde parking,brader tu main letak je mana ada kosong tepi jln.. memg xpatut abg trafik saman lg.. tutup lubg, gali lubg gamaknya
t'kena kat wangsa walk mall, x mau byr parking yg rm1 coz kjap jer singgah (x smp 10 minit pun) bila sampai kete trus t'nampak surat saman...huhu...last week pegi trafik ampg jaya diorg kata blm update lg suh dtg minggu dpn, so agak2 kalau byar lepas 28hb kena blacklist x?
@ahfat
welcome... :D
@Jejaka Terhangat
samalah tu :D
@Tian Chad @ 永遇乐
welcome :D
aiseh, mau bukak kelas SEO lah nampaknya..hehe
@Pujangga
yerlah gamaknya :D
@mamawana
jangan percaya dah kat dia tu..
kalo xsempat, mama buat pembayaran online je dekat Myeg..lebih mudah
@Syafiq Rosli
dah settle ke belum ni?
@puterapescado
yup..sekali lah tu
@CikLilyPutih
dah settle ke lum ?huhu
@tehr
saman ekor pun separuh masa diskaun tu
@Anonymous
yerlah, kalo yerpun, consider je lah org nk bayar saman..
kesian brader tu..hari yg xelok untuk dia..
@Anonymous
parking tu biasanya saman Majlis Perbandaran jer..
melainkan "menghalang laluan", itu PDRM..tengok bebetul surat saman dari mana..takut kang ada tersalah pulak..
saya baru je lepas kena saman..jalan2 tempat org, tgk org semua parking, kita pun sama la..dah la dah mlm... tempat yg tak sibuk lak tu..adehhhh.... berapa ya kalau saman parking pdrm ni?
hari ni saya pergi syarikat insurance, kononnya nak memperbaharui cukai jalan, tapi terkedu jugak la saya bila orang insurance tu kata terdapat satu saman dikenakan terhadap saya oleh pihak pdrm. Puas saya fikir bila pulak saya kena saman ni? akhirnya baliklah saya kerumah dalam keadaan hampa. sampai dirumah saya layari internet cuba try check saman saya memang terdapat dua saman yang kedua-duanya bertarikh pada tahun 2009 bermakna dah lama yang peliknya saya tak pernah dapat apa2 notispun dari pihak yang mengeluarkan saman...jadi apa cerita tu?
polis ni bangang...nak saman pilih2 kete jgk..nampak ada letak jata atau logo JP, istana, kerabat tak saman..nampak rakyat marhaen cepat-cepat saman..takut orang sempat ambik kete..nak bantu kerajaan bina bangunan 100 tingkat tak cukup duit...rakyat kena derma melalui saman yang dikenakan...
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...