Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , » Tokoh Maal Hijrah 1432 2010 - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Tokoh Maal Hijrah 1432 2010 - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Share

Memang aku respek dengan Gabenor Bank Negara kita, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dari dulu lagi. Yerlah, bayangkan, semua not ataupun wang kertas RM ada tandatangan, kalau aku jadi dia, maunya aku tak bangga. Dan hari ni, bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat kebangsaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah. Tahniah!

 

zeti akhtar

Sharing some information here.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini dipilih sebagai penerima tokoh Ma'al Hijrah 1432H pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Zeti, 63, merupakan penerima Tokoh Ma'al Hijrah wanita pertama negara selepas 24 tahun ia dianjurkan.

 

Hadiah yang diterima

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan. Zeti dianggap sebagai penerima dua zaman kerana bapanya, tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pernah menerima anugerah itu 11 tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas penganugerahan itu, beliau berkata ia adalah penghormatan terbesar yang tidak pernah disangka."Saya sangat berterima kasih dan ini juga sebagai dorongan dan inspirasi untuk saya terus berusaha," kata pemegang Sarjana dan ijazah kedoktoran Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa dari University of Pennsylvania, AS itu.

Selain menerima pelbagai anugerah dalam negara beliau turut menerima pengiktirafan dari luar apabila dipilih menganggotai Suruhanjaya Pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencadangkan hala tuju sistem monetari dan kewangan dunia serta mempengerusikan jawatankuasa kerja usahasama serantau (EMEAP) bagi merangka pelan induk kerjasama kewangan antara bank-bank pusat.

Kejayaan Zeti untuk Malaysia

Di bawah pimpinan Zeti sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif. Antara kejayaan Zeti dalam tempoh sedekad ialah menjadikan Malaysia sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset perbankan Islam sebanyak tiga kali ganda kepada 21 peratus serta lebih 100 institusi kewangan Islam domestik dan antarabangsa kini beroperasi di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa Zeti turut menyumbang kepada penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan antarabangsa dalam penyediaan laporan 'Financial Stability and Islamic Finance' dan mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan islam seluruh dunia.

Berkongsi rahsia kejayaan, Zeti berkata beliau mengisi setiap masa yang ada dengan membaca terutama bahan bacaan mengenai kewangan, ekonomi, pembangunan kepimpinan dan pembangunan kendiri. Justeru beliau menasihatkan kepada semua terutama golongan muda agar mempunyai keinginan dan rasa ingin tahu yang berterusan bagi meningkatkan pengetahuan.

 

Penerima pertama wanita

Sementara itu, Ungku Abdul Aziz, 88, berbangga dengan kejayaan anak tunggalnya itu sebagai penerima pertama wanita untuk anugerah berkenaan. Ketika ditanya mengenai corak pendidikan yang diberikan kepada Zeti, beliau berkata anaknya itu sentiasa diberi kebebasan untuk memilih perkara yang ingin dilakukan.

"Saya sentiasa beri dia kebebasan. Dia pilih apa subjek dia nak. Dia nak ambil PhD di mana. Saya bincang dengan dia tetapi dia yang akan membuat keputusan. Saya tidak pernah memaksa dan cuba mempengaruhi beliau," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Zeti dianggap tokoh yang paling layak untuk menerima anugerah tersebut berdasarkan sumbangan besar beliau dalam pembangunan sistem kewangan dan kemajuan ekonomi negara, termasuk sistem kewangan Islam.

Beliau berkata ini terutama di zaman kemelesetan ekonomi, di mana selain pemimpin negara, Zeti merupakan antara mereka yang memberikan idea dan sumbangan dalam memulihkan kembali ekonomi negara.

"Kita berbangga dengan apa yang telah disumbangkan dan negara turut merasa gembira dengan penganugerahan ini dan saya juga mengharapkan kalangan wanita tumpang merasa gembira dengan pengiktirafan besar yang kita lakukan pada pagi ini," katanya.-BERNAMA

9 komen:

suffer8zine said... [Reply to comment]

alangkah bagus tan sri tu pakai tudung betul2 huhu, nmpk sikit ciri ke islaman n sesuai amek anugerah tu

Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

ferry said... [Reply to comment]

fuhh..rasa bangga pulak..tapi sape perintis dia?

kasih said... [Reply to comment]

tengok gak td kat tv.. tp musykil gak.. kenapa ada jambul yee.. hehe.

mie said... [Reply to comment]

dua-dua tokoh ada sumbangan nya..
agak2nya, gue boleh jadi tokoh maal hijrah tak.
hehee

ainakhani said... [Reply to comment]

wah tahniah !

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

yeahhh.... lepas nie kita semua kena rajin membaca di masa lapang.... tambah ilmu pengetahuan.... anyway baca blog nie pun dapat good info gak.... ;-p

Anonymous said... [Reply to comment]

derhaka pada ALLAH pun dapat tokoh maal hijrah...adeh

blog-tips-kurus said... [Reply to comment]

RM100k!!!!
Insya Allah, beliau akan bertudung dengan lebih sempurna 1 hari nanti:)

Anonymous said... [Reply to comment]

pelik manusia akhir zaman,lebih mengiktiraf manusia yang memperjuangkan dunia,berbanding ulama dan cendikawan islam yang berjuang pertahankan akidah dan perjuangan ISLAM. nilah fitnah bila manusia cinta dunia dan takut akan mati.
ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais