Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Jothy’s Fish Head Curry, Kota Kinabalu ni lah yang saman blogger Poh Huai Bin @ Sixthseal tu ..kredit picture to Angeline.. kang aku plak kena saman!
Saman! Atau dalam bahasa omputehsnya biasa orang sebut “I sue u” ataupun ayat lebih “See u in court”. Saman menyaman ni memang dah jadi trend dalam masyarakat sekarang ni. Salah sini sikit saman, situ saman. Tapi, ada jugak saman yang memang patut kena sebagai peringatan kepada sesuatu pihak.
Yang terbaru sekali, pasal blogger disaman sebanyak Rm6 juta gara-gara Kari kepala Ikan? Opss…apa kes? Ok ni pasal Blogger Sixthseal.com disaman Rm6 juta oleh sebuah Restoran yang menyediakan Kari kepala Ikan ni di Kota Kinabalu Sabah. Ini semua adalah berkaitan artikel yang merupakan Review yang dibuat oleh Sixthseal ni di blognya pada May 2010 lepas.. Pengarah restoran membuat tuntutan kerana menurutnya artikel tersebut memfitnah Jothy’s Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant yang merupakan restoran masakan India yang amat popuar di KK dan seringkali disyorkan oleh panduan pelancongan Lonely Planet.
Fuhhh…Kecur liur tengok ni!!!
Plaintif (orang yang membuat tuntutan) mendakwa akibat daripada artikel di blog Sixthseal.com tu, Jothy’s Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant telah mengalami kerugian dan kerosakan, dan memberi impak kepada reputasinya samada tempatan mahupun antarabangsa.
Laporan Akhbar >> Google, blogger sued by restaurant for RM6 million
Posting di Blog Sixthseal.com >> Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant
Bagi aku, posting Poh Huai Bin @ Sixthseal tu tak ada salahnya. Dia hanya berkongsi pengalaman dia sendiri berada di situ. Yup, aku setuju dengan pandangan Melromeo berkaitan isu ini, ayat akhir di artikel tu memang sangat menyentap perasaan. Lebih-lebih lagi difahamkan, tukang masak di restoran tersebut adalah isteri Pengarah Restoran tu sendiri. Kalau aku pun terasa sampai ke tulang sum sum kut.
Tetiba teringat citer 80an dulu..Hamid Gurkha gosok gigi ikan dengan berus gigi …
Tapi apapun, aku rasa sesiapa pun sewajarnya harus bersikap terbuka untuk menerima teguran dan kritikan dari orang lain. Ambil setiap teguran itu sebagai kelemahan yang harus diperbaiki, bukannya tetap mengatakan bahawa kita sentiasa betul. Dalam kes ni sendiri, dah dia makan tak sedap, tak kena pada selera dia, takkan dia nak cakap sedap, kan? Owh, itu sangat menipu oke! Lagipun, tak perlu nak fikir singkat…rasa makanan tu kadang kan memang berubah, dan ntah-ntah memang betul hari tu ikan tu tak segar. Dan ingat jugak, mulut dan perut orang ni lain-lain. Penerimaan orang jugak berbeza dalam segala hal.
Anyway, untuk blogger sekalian, hati-hati dalam review2 ni…Tapi aku memang tak kuasa kalau asyik nak mengipas je, nak angguk kata betul walaupun sah-sah tak betul. Sebab tu aku tolak beberapa tawaran review produk yang aku tak guna. Takmoh subahat walaupun habuannya lumayan! Ops, tetiba teringat aku pernah review beberapa agensi di sini:
1. Jadi Penunggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan
2. Bengang…Hampir Jadi Incredible Hulk!
Anyway, aku suka jugak makan kari ikan! Tapi biarlah tak power pun, asalkan masakan orang yang aku percayai seorang Muslim :D
p.s: Jangan lupa rebut hadiah lumayan untuk korang kat blog ini!






51 komen:
Bahaye kut sekarang ni orang sikit-sikit main saman. Entah pape. -_-'
Bacaan Tambahan! : Kenapa 2 bukan 1 je?
Kena hati2 menulis... (nada risau..)
gile betol.
bahaya kot!
ssh menerima teguran..itulah manusia zaman kini..huh.. -,,-
6 juta tu , mane la nak cari .. alamatnye kna bjaga2 la pasni klau nak buat review.. ko pon same . hehe
wah! 6 juta ..banyaknya nak kena saman...
manusia memang macam tu...mereka suka walaupun benda tu bohong dan mereka tak suka walaupun benda itu betul...
what the FCUK..... gila lah... takkan nak saman 6juta... nuffnag pun dapat berapa je... saja je dorang ni... kata negara bebas bersuara.. teruk2!
salam kenal....
mama pon cegu cegi jugak :)
datang baca tip2 berguna kat sini...
tq..
jom tukar2 link....
saje saman nak kaye free..biasa la tuh..
mungkin juga orang yang meletakkan komen akan disaman nanti
no komen
haha
bahaya jgak
rmai nak kaya cepat skrg ni
takut nak bagi pendapat. hee karang dia datang jenguk. isk
itu sifat terbuka tu penting..
terbuka menerima kritikan atau teguran..
hurmmm...... EGO sungguh restoran tue... napa tak kasi amaran je ke....haissh.... tapi jenis yang tak leh terima kritikan customer nie memang payah....kita sebagai pelanggan sentiasa ada hak bersuara apa.... haissh
uish.. banyak tuh.. tapi tak boleh ker kalau nak beri pendapat kita.. tak semua orang pk dan ada rasa yg sama kan??.. kalau betol ko sedap buktikan jelah.. hihi..
bila dengar pasal saman2 ni, takut jer rasa nk menulis review...kena tuleh hal diri sendiri xpun kena review baik2 jerla nampak gayanya...nnati xpsal2 tetiba kena sue lak...huh!6 juta...
skg ni nk kaya senang je, main saman2.
p/s: pasal request tutorial tu sisi boleh contact di sini suffer8zine@yahoo.com (ym, email, fb, skype, fs, dll)
Terkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak
awas blogger... hati-hati
kan ...ntah paper..takkan lah kerana review tu boleh rugi kalau masakkan dia sedap ? fikir2 kan lah!
sentiasa beringat2lah..
tbe2 teringat cikepal..dia kan selalu gak review sal makanan ni..hehe, bahye woo skang..
terimalah kritikan dengan hati yang terbuka..
be ware blogger2.. anyway blogger the best..go on..
salam...
aiii..cikgu beringat..kang ada entri cikgu yg kena saman..
hehehe..gurau jer..
tekak lain2.. kalau sedap mesti kita puji melambung2 kan.. entahla.. tak penah g sana pun..
ceh..takkan semua nak review baik aje! terima aje lah sebagai sudut positip, lagi pon setiap org ada pandangan masing2..kata..'customer always right'..relevan lagi kah? ececece..over lak ieda ni kak, hahahaha! :)
kena hati2
salam kak..
inilah penangan
kari kepala ikan
he he..
adoi mcm2 taku la plak nk review2 ni...
CD,
cilok sket baca sket ye..
pada pandangan saya....tak salah pun nak tulis sedap tak sedap ke apa jua pun tu pandangan dia..kalau dia rasa sedap dia kata sedap kalau tak sedap takkan nak juga mengaku sedap kan...macam2....
oke la tu dgr kabar dia dapat duit dari blog dlm 7 juta wahaah..ade lg 1 juta..katenya haah
terima kasih, mike tompkins...diam lah!, cikgu shida
6 juta....pehhh gile rm betoi tuu...
pasal kari kpale ikan pun nk saman smp 6 juta ke..
dia untung smpai ke 6 juta tuh..
agak2 lah..reputasi dah buru lg buat tindakan mcm tuh mcm mne beb org nak dtg lg kdai dia next time..
psst : ape jd eh kt blogger tuh.?
review x sedap kena saman,
kalau review sedap, agak2 dpt komesyen x??
6 juta tu! mcm tak masuk akal jer
Salam. Terkejut juga dengan berita ni.. Besar tu jumlahnya. Tapi dimanakah pula letaknya hak kita sebagai pengguna? Sepatutnya kita mesti dapat servis yang sepadan dengan wang yg kita bayar, betul tak?
Tapi tu lah, Ayat killer dia tu pun melampau sangat
Terbaru > VideoKlip Hafiz AF7 - Awan Nano Memang Terbaekk! > Maxis Om Nom Nom : The Conclusion [Kami 1st] > Gadis-Gadis di Jabatan Ku.
ermm..org klu xleh trime kritikan ssh gak..saman je la plg sng..nk cover malu
Sekarang ni semua kene hati hati kan..
Bayangkan 2 perkara dan pilih salah 1.. Duit atau Terima kritikan? Dah tentu duit kan.. Sebab tu saman-menyaman ibarat macam trend yang diamalkan di malaysia.. haish.. Hati2 me'review'..
p/s : Silap2 review blog orang lain pun nanti ada jugak kes saman menyaman..hu3
adakah saman untuk tanggung kos lain?
isk isk
salam
suka berkata benar walaupun seringkali membuatkan orang menangis..mana lebih baik, kita menangis atau buat orang menangis..sekadar berbicara dipagi jumaat =)
nak tulis betul pun salah .. nak tulis yang salah jadi betul .. lagi bertambah2 salah. =)
anastasyea's latest post .. Blog DoFollow: Spam Mula Menyerang Blog Anastasyea
wah..bahaya ni..kena pandai2 ingat semasa buat entri
moga dielakkan..
http://balqisinsyirah.blogspot.com/2011/01/kegunaan-lain-handset.html
wah bahaya ni bagi kaki makan cam akak ni..takut kena saman..bukan jutawanlah
hmm..bagi aku kalau nak review tu boleh. tapi jgn lancang sangat itu ayat. kalau ayat mcm tu sesapa baca pun akan rasa woops...!
la...macam nie pon ada...takkan kita tak boleh komplen barang yang kita tak puas hati...sebab tue hari nie aku beli ikan buat kari kepala ikan sendiri...tak sedap sendri la komplen..hehehe
I saman u u saman i kita sama sama kaya ok :-)
Yang tak tahan tu..Restoran ni nak saman Google sekali..ingat senang ke nak saman Google tu
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...