Ujibakat Akademi Fantasia secara Online! Tunjukkan kehebatan anda dengan menghantar video ujibakat anda tanpa perlu hadir ke sesi ujibakat yang diadakan di dua lokasi berbeza. Inilah keunikan dan kejutan awal dalam Akademi Fantasia 9 oleh ASTRO bagi Akademi Fantasia musim terakhir ini.
Jom tengok Iklan Promo Video untuk Akademi Fantasia Musim ke9 ini terlebih dahulu.
Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia 9 @ AF9
Berikut adalah lokasi-lokasi uji bakat:
| Tarikh dan masa | Lokasi |
| 11, 12 & 13 Februari 2011 (Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang) | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
| 28, 29 & 30 Januari 2011 (Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang) | Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah |
Uji bakat ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 - 45 tahun (warganegara Malaysia & Singapura)
Langkah Penyertaan Online Ujibakat Akademi Fantasia 9 (13 - 26 JANUARY 2011)
Terdapat 40 lagu untuk dipilih. Anda tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan borang kerana anda boleh melengkapkan borang online dan juga menghantar video uji bakat anda secara ONLINE! Langkah-langkahnya mudah sahaja:
Pilih lagu yang disenaraikan di bawah.
| Senarai Lagu Pilihan Untuk Lelaki | Senarai Lagu Pilihan Untuk Perempuan |
| 1.Selamat Malam - Faizal Tahir 2 Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir 3 Drama King - MUH 4 Extravaganza - Bunkface 5 Billionaire - Travis McCoy 6 Bukan Cinta Biasa - Afgan 7 Ketulusan Hati - Anuar Zain 8 Bila Cinta - Gio & Felly 9 Noktah Cinta - Hafiz 10 Yang Pernah - Estranged 11 Dan Bila Esok - Sofaz 12 Akulah Kekasih Mu - Axl's 13 Tinggal Kenangan - Salem 14 Tak Mungkin Berpaling - Zamani 15 Pelita - Api 16 Susun Silang Kata - Aizat 17 Inilah Cinta - Akim 18 Sorry Sorry - Super Junior 19 Baby - Justin Bieber 20 Yank - Wali Band | 1 Ku Ada Kamu - Adira 2 Nobody - Wondergirls 3 Realiti Dewi - Alyah 4 Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali 5 Jahat - Stacy 6 Hati yang Kau Sakiti - Rossa 7 Matahari - Agnes Monica 8 Pelamin Anganku Musnah - Azian Mazwan Safuan 9 Bila Cinta - Gio & Felly 10 Bertamu Di Kalbu - Jaclyn Victor 11 Helo - Beyonce 12 Sejak Ku Bertemu Padamu - Sanisah Huri 13 Gila - Mila 14 Puisi Cinta - Ella 15 Rela - Tila 16 Aku Tak Percaya Cinta - Liyana Jasmay 17 Cinta Sempurna - Yuna 18 Tari Tualang Tiga - Saloma 19 Cinta Ini - Dato' Siti Nurhaliza 20 Ku Bukan Aku Tilu – Tilu |
Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
Muat Naik video anda di www.youtube.com
Muat turun borang ujibakat yang terdapat di laman web ini.
Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda di sini
Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.
Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.
Tempoh ujibakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011.
Senarai juri untuk ujibakat AF9 ialah:
Cat Farish
Shafizawaty
Edry Hashim
Untuk maklumat lanjut berkaitan Akademi Fantasia Musim ke-9 ini, layari
Laman Web Rasmi Akademi Fantasia 9
p/s: Tak sabar nak menonton Video Peserta Ujibakat AF9. Ada Blogger yang bakal join x?




5 komen:
Assalamualaikum....
Dengar pemberitaan melalui radio memaklumkan Akademi Fantasia kali ini adalah yang terakhir... Jika benar begitu ada baiknya, selain dari menjimatkan duit utk sms, rancangan tu pun dah terlalu lama lantas menjadi semacam lemau.
Artis pula terlalu ramai dihasilkan dengan jarak selangan masa utk tiap seorang juara itu terlalu dekat. Jika diselang 2 atau 3 tahun sekali mungkin ada sedikit baiknya bagi menjamin kualiti artis yang dihasilkan.
Artis bukan sahaja perlu pandai dan sedap menyanyi tapi perlu berprilaku baik, sopan dan beriman, sembahyang tak tinggal.
bagus tu..dah x de seri AF skrg..baik ditamatkan terus..
ank masuk,,
af dh mcm xda pe yg spcial lg nw.sme jer mcm prgram realiti tv yg lain..
napa plk xtruskn ja smpi af10 ke strusnya ke... aq pon lum puas g tengok af nie.. nak sertai ujibakatnya juga.. tp xdpt2 pon.. huhu
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...