BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , » Blogger Kita Memang Cerdik Pandai Kan?

Blogger Kita Memang Cerdik Pandai Kan?

Share

Dah dua minggu aku diselubungi kekeliruan dengan satu perkara di alam blogging ni. Teruja, konfius bercampur baur. Tapi disebabkan oleh kesibukan dengan tugas, tambah pulak dengan kecewa dengan sikap kurang profesional seorang yang aku hormati sebelum ni, memang aku tak berpeluang nak buat penyelidikan drastik dan juga siasatan menyeluruh.

 

duty_callsAku tak nafikan, trafik untuk seseorang blogger memang tersangatlah penting dan menjadi prioriti mereka yang memang inginkan wang sampingan daripada blog. Aku pun macam tu. Dan disebabkan trafik ni la kita sanggup bersengkang mata berblogwalking setiap hari tanpa henti, ping blog di sana sini, buat promosi di forum, YM, FB dan sebagainya serta bertukar banner dan link dengan rakan-rakan blogger lain. Ada juga yang lebih mampu, menyewa ruang iklan blogger lain ataupun berhempas pulas bermain SEO untuk meningkatkan trafik ni.

 

 

Blogger memang golongan bijak pandai, pantas dan up to date! Disebabkan ciri-ciri inilah, pelbagai kaedah baru dicari, dipasang dan digunakan di blog. Maka muncullah pelbagai kaedah yang dicipta antaranya kaedah auta-blogwalking (auta=tipu) dan yang terkini kaedah yang aku pun tak tau apa istilah paling sesuai digunakan dalam kes ni, kongsi trafik, bagi trafik, ataupun curi trafik? Rasanya ketiga-tigalah kut.

*Nescafe Ais – Blogger Curi Trafik? Benarkah Ianya Berlaku?

*Tupaikaran – Semakin Ramai Blogger Suka ‘Curi’ Trafik Blog Lain

 

Actually ni bukan kali pertama blogger main kaedah macam ni. Dulu ada juga seorang blogger yang menawarkan cubaan mendapatkan trafik ni secara percuma untuk sehari. Dan kalau berminat untuk teruskan khidmat tu, perlu buat bayaran. Aku hanya cuba yang percuma je sebab aku tak rasa peningkatan mendadak di UV mahupun PV aku kecuali bilangan referral yang melonjak daripada blog tersebut. Sebab tu aku tak rasa nak selidik apa-apa pun sebab blog dia more to English blog, sediakan link download movie. So, tak adalah aku nak suspicious sangat. 

 

 

blog1Tapi yang kali ni, memang aku pelik sebabnya aku tak nampak entry kejar SEO dalam blog tu, dan tak jumpa mana extraordinary, or the blogger hanyalah orang biasa (bukan artis, YB dsb) tapi bila tengok bilangan user online masa tu, memang aku tergamam jugak. How did he do that? Tengok list, ramai yang join, dan bagi feedback dengan bukti referral, tapi takda pulak aku jumpa bagi bukti trafik based on UV or PV. So, sebab suspicious sangat, aku pun try menjoinkan diri dan selidik ke akar umbi melalui khidmat sifu Neslo yang expert dalam segala macam koding untuk aku rujuk dan ajukan pertanyaan.

 

 

Bagaimana kaedah Kongsi, Curi + Bagi Trafik ni berfungsi?

Melalui kod Iframe yang diletakkan di blog. Sila kaji ilustrasi cikai yang aku sediakan  di bawah ni mengikut pemahaman aku:

blog

Curi Trafik, Kumpul Trafik, Ambil Trafik

Bila Blog lain (yang bertulisan hitam) pasang kod banner yang aku bagi, semua visitor dari blog-blog tu akan masuk ke blog aku. Jumlah visitor yang akan terpapar di statcounter blog aku nanti adalah jumlah visitor yang pasang kod aku bagi tu. Semakin banyak blog yang pasang, semakin banyaklah visitor aku. Lebih-lebih lagi kalau blog tu memang visitor ramai. Dapat pasang kat google.com best gak kan? Miahahaha.. Ops, ni contoh jer ok, Aku lebih utamakan trafik dari pembaca setia DJ ni dan kuasa SEO blog ni.

 

cats

Screenshot bukti cubaan menggunakan kod Iframe tu, diletak di blog aku, dengan URL dalam kod Iframe tu adalah ke blog tu. Blog dirahsiakan sebab owner tak bagi kepochi..haahaah

Kongsi Trafik, Bagi Trafik, Sedekah Trafik, Pemurah Trafik

Aku pulak akan bagi backlink pada korang dengan letak URL blog korang jugak dalam HTML Add gadget aku. So, dari situlah proses berkongsi ataupun  bagi trafik tu berlaku. Tapi tak boleh letak banyak-banyak sebab letak kod tu, sama macam nak letak blog korang tempek di blog aku ni haa… Konsep, sama macam bloglarian tu.

*MrDaha – Menjawab entri Hatitupai : Semakin Ramai Blogger Suka Curi Trafik Blog Lain

 

Kod Apa Yang digunakan?

Kod HTML yang digunakan untuk buat kaedah macam atas tu namanya Iframe. Boleh refer kod di bawah ni:

<iframe allowtransparency="true" frameborder="0" height="0" hspace="0" marginheight="0" marginwidth="0" name=" " readonly="true" scrolling="yes" src="http://URL/" vspace="0" width="0"></iframe>

Kod ni disertakan dengan kod banner di bahagian atas. Memang kalau yang kurang mahir HTML kod, memang mungkin susah nak perasan kod ni.

Penggunaan kod ni juga dikhabarkan memberatkan blog sebab konsepnya sama seperti menempek blog tersebut di blog kita. Bila blog kita loading, dia pun akan loading sama, thats why jadi berat contoh jelas ialah Bloglarian, tapi Bloglarian tu dia set untuk kuar blog tu di page BL dengan ubah setting pada kod di atas. Bloglarian tu tak perlukan korang letak banner dia ke apa, so konsep iframe dia oke je.

 

 

Salah ke guna kod Iframe ni?

Aku tak kata salah, dan aku tak cakap betul. Yang penting, pada niat dan tujuan sendiri. Dan aku lebih suka kalau sesiapa nak buat kaedah gini, clarify dulu pada semua. Biarlah kedua-dua pihak setuju dan faham dengan cara yang digunakan. Jangan sampai ada yang tertipu sudah. Tu kira dah peringkat menganiaya orang lain yang berhempas pulas.

!

Aku tak pasti samaada advertiser membenarkan penggunakan macam ni dalam sesebuah blog sebab bila aku buat sedikit research, ni lebih kepada blackhat SEO yang mana traffic yang masuk kadangkala adalah ghost semata, dan bukan trafik real. Jangan sampai tertangkap dengan advertiser sudah, kang kena banned, kena suspended, naya!

*Dauspozi – Dasar Blogger Iframe, Buat Duit pun dengan Iframe!

2

Thanks to gentlemen, OhDaus, Darkbatman, dan Cikgu Aried untuk backlink yang sihat.

 

Macam mana nak elakkan ditipu?

Bagi yang tak rela diperlakukan sebegini rupa, korang kenalah alert dengan banner-banner yang korang pasang di blog. Belajarlah selok belok kod HTML pada template korang tu. Eventhough korang exchange banner, tapi selidik laa kod yang diberi tu, mana tau ada Iframe kod ni. Kalau korang rela, letak lah, kalo tak rela, buang je kod Iframe dari banner blogger tu.

 

Kata Dahlia >> Rela bermain SEO dan berhempas pulas menghasilkan content berkualiti daripada cara mudah dan pantas ni. Biar rasa perit jerih meng”up”kan blog sendiri, daripada menempel tanpa usaha sendiri.

275 komen:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 275   Newer›   Newest»
alinac lover said... [Reply to comment]

adoi..pening juga ya.hehe

Amir Izzat said... [Reply to comment]

assalamualaikum. amir baru je tahu pasal ni..laa..ada jugak blogger kita yg pandai... Hehe..pandai betul. tapi apa gunanya kalau online counter tulis " satu juta orang sedang online' sedangkan tak wujud...haha..

hurm..nak main SEO la lepas nih..

rossoneri said... [Reply to comment]

haish,rumitnya cara nih..daripada pening2 pala wat benda nih,baik perah otak nak karang article

Kujie said... [Reply to comment]

puas baca entri ni.....hiks!

red ONe said... [Reply to comment]

baru paham..thx yea...

mR.sYaH said... [Reply to comment]

macam2...
tp apa2pun saya xberapa nk faham.. heheh...
baca pun mcm rumit.. baik buat entri yg best2...

Dauspozi said... [Reply to comment]

Sama mcm kak Jie... PUAS baca entry ni.. Kalau boleh daus nk je bagi penerangan panjang lebar mcm akak ni kat blog daus tp x mampu.. hihi.. Gudjob kak..

Mama Zharfan said... [Reply to comment]

thanks for this entry
me nak buat entry tp and link to ur entry ni yer...sbb me pun rasa mcm something is not right with iframe ni..

kaizen shinobi said... [Reply to comment]

sumpah aku tak tau menahu tentang natang nih~ ngeh3

aku baca pun pening... ade jugak macam tuh ke? tak paham tol~ hoho

fiz mr.beloved said... [Reply to comment]

info yang manarik..jgn la kita menipu cz nanti hasil yang kita dapat adalah haram..

faiz said... [Reply to comment]

entry dengan kajian terperinci! terbaik la cikgu..

puanbee said... [Reply to comment]

hurm bee baru tau! bee ada pasang banner tu..pelik sikit bila bee online baru ada refferal dr dia..dan bee dah remove jugak lah takut kantoi dgn adevertiser..

hakimfaridzul said... [Reply to comment]

ish!
jahat betul!!!
grrrrr

munna said... [Reply to comment]

ada lagi yang try cara macam ni... munna lebih pentingkan kualiti dan mesra bloggers

ezany said... [Reply to comment]

sistem ni pun tak adil sebenarnya.. blog B, C, D letak iframe blog A.. tapi blog A cuma rotate jer iframe blog B, C, D.. kalo blog A letak sekali sume mau hang blog dia nanti.. ramai gak yg tertipu tapi tak perasan pun..

arghh.. serius aku tak puashati org dpt trafik guna cara tak bermoral ni.. sila beretika kalau nak berblogging.. :p

Ustaz Love said... [Reply to comment]

Salam..

Baru terasa nak perasan jd blogger fofular (mcm RM ke, Ben Ashaari ke.. sbb trafik tinggi) hehe..

Patut la seminggu dua ni blog Ustaz Love sangat lembap.. ingatkan laptop yg problem :D

tehr said... [Reply to comment]

saya lebih suka dapat 1 tin air penuh isi berbanding 100 tin kosong
walau pun tin kosong itu bila dijual boleh pula membeli 2 tin air

yanmie said... [Reply to comment]

Salam,

weehhhooo hampir2 gak terjerat mcm nie. mmg puas baca!


www.yanmieonline.com

caliph shuriken said... [Reply to comment]

owh cmtu jln citer dia...

DaHLia said... [Reply to comment]

@alinac lover

tu ler pasal.
kalau sesiapa tak tahu kod ni, macam dimanipulasi pun ada

DaHLia said... [Reply to comment]

@Amir Izzat

waalaikumussalam..

semakin canggih teknologi, makin canggih lah manusia kita :D

main SEO lebih best, tapi penat ...kalo dapat memang berbaloi

DaHLia said... [Reply to comment]

@rossoneri

heehe lain org lain fokusnya, sbb tu lah jadi perkara2 macam ni..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Kujie

thanks Kak Jie..
puas gak tangan ni menaip...hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@red ONe

welcome dear :D
apa yg sis faham, sis kongsikan sini

DaHLia said... [Reply to comment]

@mR.sYaH

senang citer....
blogger skrg makin ramai guna kod iframe... :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Dauspozi


seb bek aura blogging ku datang malam tadi...boleh laa taip dengan puas :D
3jam....hahahaa

DaHLia said... [Reply to comment]

@Mama Zharfan


its right kalo everybody knows about it... dan digunakan dengan cara betul

DaHLia said... [Reply to comment]

@kaizen shinobi


hehe...sis pun tak sengaja kepochi sangat nak tau..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@fiz mr.beloved

biasalah...kadang2 sifat tamak dtg menguasai diri :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@faiz

tQ dear...
penat buat kajian... hoho

DaHLia said... [Reply to comment]

@puanbee

tu laa...
sis pun takut kantoi jugak..
kang sesia jer...huhuh

DaHLia said... [Reply to comment]

@hakimfaridzul


hehe macam kucen laks.. :P

DaHLia said... [Reply to comment]

@munna


:D lain orang lain tujuannya..
sbb tu lah jadi macam ni...
DJ pun teruja jugak, tp bila dah selidik betul2, rasa teraniaya sebab tak di terangkan dengan betul caranya. better bagi good backlink daripada buat macam tu

DaHLia said... [Reply to comment]

@ezany

tu laa...yg main rotate2 tu yang tak daya tu...dulu siap suruh bayar kalo nak servis gitu. seb bek sis tak terpengaruh, sebabnya beza dalam 400UV je.. kat situ jadi tipu...hope ramai yang sedar dan pentingkan kualiti daripada kuantiti..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Ustaz Love

Salam ustaz love..

:D tak salah nak perasan...
tapi sebaiknya kita selidik dulu cara yg kita gunakan dengan sebaiknya supaya tak memudaratkan blog sendiri gak nanti..

sama laa..sejak pasang tu, DJ pun ingat connection yg super lembabp..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@tehr

:D cikgu tehr kalo sekali kuar ayat, memang power..hehe

anyway, agree with u :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@yanmie

tu la kak yan..
sesiapa pun boleh terjerat kalo tengok bilangan mencanak sebegitu...

DaHLia said... [Reply to comment]

@caliph shuriken

yu8p..gitulah :D

blog-tips-kurus said... [Reply to comment]

padat & jitu penerangan Cikgu D ni. memang sesuai!! :-)

Nescafe ais said... [Reply to comment]

Salam.

Panjangnya entri ni. Kalau saya tulis, mesti ambil masa 3 hari baru siap. Saya kalau tulis entri pun paling banyak adalah dalam 15 baris.Itu pun dah habis fikir siap buka kamus. Jenuh juga nak menjana idea.

BTW, iframe tu apa yer. Baru dengar benda ni. Benda tu macam frame gambar ker.. Saya masih lemau dan keliru.

darkbatman said... [Reply to comment]

uikkk ade referal aku..ahahaha. yg cikgu shida ne sebulan punya kan? nt mau org ckp ak bg traffic xbtl kt ko..adoi

Laili said... [Reply to comment]

fuhh..nasib baik faham apa yg nak disampaikan :)

* tak kisah sgt ttg trafik sebab berblog sekadar ingin berkongsi maklumat dgn yg lain :)

d_LA said... [Reply to comment]

Thanx CD..isu hangat skang pasal ni kan..huhu..

gadisBunga said... [Reply to comment]

komplikated la babe..

Miza Yusof said... [Reply to comment]

artikel yang baik dan perkongsian yang sangat berguna. thanks DJ :)

miza pun main temepk je kod backlink tu tapi tak tau apa fungsi sebenar. tengok kawan blogger tempek, nah miza pun tempek sekali. hihihi :D

suffer8zine said... [Reply to comment]

nice entri

Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

cikpuanhady said... [Reply to comment]

paling bahaya apabila dibanned oleh advertiser..hohoho..tak pasal-pasal..agak-agak advertiser kira ni cam fraud traffic ke ek?

bardboo said... [Reply to comment]

skrg mmg kecoh pasal iframe ni..tp ni sy baru je ikut tutorial dr blogger anarmnet..letak script yg boleh halang iframe..huhu..

gaung said... [Reply to comment]

jadi kalau kita n tahu kita terguna iframe atau tidak kita kene cek semua coding dlm blog kita ker? kami dtg dari miles of smiles... i love this page.salam perkenalan

ENTRY TERBARU: BLOG aku kalahkan Kosmo

Booja said... [Reply to comment]

info menarik... tp kalau letak iframe xde la ikatan antara blogger yang sebenar......

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

macam2 cara kan, thanks for sharing

kayyana said... [Reply to comment]

adoilah hai.. pening jugak... cikgu, saya nak tnye, SEO tu aper?

megat said... [Reply to comment]

rumusan yang menarik! dapat juga membuka mata semua pihak yang terlibat. mungkin ada yang tidak tahu atau lupa, hasil duit yang dapat dari teknik tersebut juga haram.

a n a s t a s y e a said... [Reply to comment]

Dulu pernah dengar jugak pasal code iframe nie masa join satu contest. Masa tu pihak penganjur dah warnig awal .. awal lagi yang join tak boleh guna code iframe bila join. So .. hari nie baru faham sikit2 . Tak tahu sampai macam tu sekali kesannya .. huhuhu! dahsyat!

anastasyea's latest post .. Blogger Bijak! Layakkah Aku?

LyNn'Azlina said... [Reply to comment]

perasan pasal kod iframe ni...sebabnya saya pasang blog contest saya guna iframe kat blog utama.pastu pasal trafik tinggi dari matahaw dan ohdaus guna iframe jugak...pasni nk buanglah...trafik bukan real kan...xbest...

Belalang Hijau said... [Reply to comment]

owh, mcm tu ye...
terima kasih sebab kongsi benda yang hebat nih...
nmpk nya belalang kena check beberapa banner d blog belalang yang belalang suspek guna benda mcm nih...

Tupai Karan said... [Reply to comment]

salam dahlia..

lega mesej yg aku nk sampaikan dapat diterima ramai.. kita bukan nak dengki ka apa ka tp people should know the truth kan. memang la tindakan nak 'bagi backlink/trafik' tu satu usaha bagus tp biarla kena dengan caranya. Cthnya mcm dahlia buat ni, bila tulis entri ada letak link. Ni baru la backlink berkualiti. Dan pembaca ada pilihan utk klik/tak, bukannya secara tak sedar 'ter'load blog yg xsepatutnya lantas memudahkan owner blog yg distribute kod iframe dia utk tersenarai kat entri popular gengblogger dengan cepat!

yup agree dgn dahlia, kalau dua-dua pihak faham dan setuju tu mmg xdak hal tp kalau satu pihak tak tau kod apa yg dia tepek kat blog dia mmg xadil la.

My entri macam kat atas tu la : Semakin Ramai Blogger Gemar 'Curi' Trafik Blog Lain

Kamil said... [Reply to comment]

biasa kalau jumpe kod iframe mmg dh buang kod tu..hoho

phreak-id said... [Reply to comment]

Bahaya kalau kantoi ngan nuffnang


Terbaru > Sahabat Blogger Dah Macam Twitter? >Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com > Akhirnya Safee Sali Berpindah ke Pelita Jaya | Liga Indonesia

sarah-najwan said... [Reply to comment]

salam DJ..
dgn kebizian akak skrg..mmg akak kene baca byk kali baru faham maksud n3 ini..thnks krn sharing..

Nizam said... [Reply to comment]

nice job sis DJ.. kasi celik sikit orang yang tak bertanggungjawab tu kan...
main curi2 pula...

a n a s t a s y e a said... [Reply to comment]

credit utk blog cikgu dahlia

anastasyea's latest post .. Terkedu dengan Tipu Muslihat Trafik Iframe ..

zulkbo said... [Reply to comment]

salam..
hari tu nama you atas
nama saya je kan..nampaknya
saya dah perasana awal..cuma
tak tahu nak explain..yang saya
perasan Byte broadband saya
cepat habis..

JAI said... [Reply to comment]

Ehh..cikgu biar betul..saya bab HTML faham suam kuku jer..tapi rasanya tak eloklah kalau ada yg salah guna coding..blogging buat cara blogging,rasanya kena ada usaha..cam main SEO..honestly saya suka main SEO kerana ia mengajar kita berfikir mcmana nak pasang strategi untuk mendapat tempat teratas google page. For me Learning and Sharing is the key to be success..

fara feroza said... [Reply to comment]

macam mana main seo

pneumedic said... [Reply to comment]

buat la apa yang anda rasa betul..

Eryati said... [Reply to comment]

ciannya..sy baru tau pasal iframe ni...

sop said... [Reply to comment]

setuju dgn cikgu.. baik dapatkan real visitor.. vistor bukan segal-galanya jika hanya jumlah traffic record yg tinggi ttp pelawat tidak lawat blog kita pun.. :)

Adzriel AB said... [Reply to comment]

cepat kaya le. lepas tu kena sumpah dek org lain.tak baik..

Norgadis Labuan said... [Reply to comment]

Info bagus ni... thanks.

eyriqazz said... [Reply to comment]

Saya tak pasti pasal innity or etc..tapi ini yang saya dpt dari Nuffnang (no name mention/I just ask what is their stand on IFrame Traffic) :

For your information, our team has been alerted about this issue and those who are found of this click fraud activity will be permanently blacklisted from our network since it is clearly against our policy.

DaHLia said... [Reply to comment]

@blog-tips-kurus


sekali aura menaip datang, gitulah jadinya..tak reti stop..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@Nescafe ais

haha..konon je la ko ni :P

DaHLia said... [Reply to comment]

@darkbatman

haha rileks...
aku tak pasang kod hantu pown :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Laili


bagus..bagus :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@d_LA

bukan nak hangatkan lagi, just nak everyone alert..dan untuk informasi diriku sendiri jugak :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@gadisBunga

status kita komplikated beb....hahaha

DaHLia said... [Reply to comment]

@Miza Yusof

sis tempek sebab nak test..
more to experiment..
2minggu fikir menda ni..huhu

DaHLia said... [Reply to comment]

@suffer8zine

TQ.. :D kongsi2

DaHLia said... [Reply to comment]

@cikpuanhady

yup.
tu yang perlu dijaga.
bukan fraud click, tp ini blackhat.
effect iklan CPM/BE ..sebab dia akan bg ghost traffic

DaHLia said... [Reply to comment]

@bardboo

baguslah kalo berjaga :D
lebih senang, just alert kod ni masa exchange banner..sbb kalo tmbh2 kod HTML lain/script lain pada blog, takut kalo dia effect loading gak nanti

DaHLia said... [Reply to comment]

@gaung

dalam EDIT HTML, just ctrl F jer dan taip iframe.. tapi kalo iframe yg guna utk navigation bar, takde masalah pun.
masalah bila ada a href pergi ke blog lain..yang tu kena berhati2..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Booja

kod iframe ada gunanya,
tapi kalo tujuan untuk menipu, baik jangan...
biar terus terang sebelum main ambil je kod.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Sharinginfoz

welcome :D
sharing is caring

DaHLia said... [Reply to comment]

@kayyana

:D

SEO = Search Engine Optimization

Mengoptimasikan blog supaya dapat tempat dalam SERP .. supaya keluar dalam enjin carian.
Boleh Search dalam blog ni pasal SEO kalo nak belajar :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@megat

mungkin tahu, tapi buat tak tahu...

welcome :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@a n a s t a s y e a

contest Iphone kan?
sis pun masa tu blur, tapi xde suspicious..
ni bila dah suspicious, tu yg buat penyiasatan...dan ini lah hasilnya untuk dihebahkan

DaHLia said... [Reply to comment]

@LyNn'Azlina

kalo rela xpayah buang pun xper,
tapi kalo xrela, better buang..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Belalang Hijau

check, jangan xcheck..
effect loading blog tu

DaHLia said... [Reply to comment]

@Tupai Karan

xsedetik pun niat aku nak mendengki..hehe..aku baru dapat tahu, so aku nak inform org lain supaya tahu..
nak kondem2 orang memang aku tak kuasa..
ada baik dan buruk kod iframe ni..
cuma kena pandailah nak guan kut mana, dan biarlah faham sebelum guna..
jangan menyesal suda kan :D
kesian gak dengan yang lain tu..
xper, bagi masing2 bukak mata, jangan aniaya orang lain

DaHLia said... [Reply to comment]

@Kamil

sis ni baru je tersedar pasal iframe..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@phreak-id

tu ler pasal...
silap2 semua earning xleh cashout..
kesian blogger semua

DaHLia said... [Reply to comment]

@sarah-najwan

salam...
saaya ni pun baru release dr kesibukan :D
xper, nti datang baca dan faham betul2.. :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Nizam

ops, sis bukan buat entry ni nak marah diorang, just nak semua blogger sedar dan alert dengan hal macam ni..

DaHLia said... [Reply to comment]

@a n a s t a s y e a

thanks ,,
nanti DJ jenguk :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@zulkbo

salam...
nama apa yang atas? xfaham..huhuh

tula, bila loading page lambat, banyak effect pada broadband punye limit

DaHLia said... [Reply to comment]

@JAI

betul tu..main SEO memang macam main Video Game... nak menang, dan rasa nak compete jer..
tapi penat jugak laa nak main SEO ni..
kalo dpt, memang berbaloi..
dah lama DJ xmain SEO...huhuh

DaHLia said... [Reply to comment]

@fara feroza

Erm..
dalam blog ni ada info pasal SEO..
search je dekat sidebar.. :D
nanti kalo rajin, sis kongsi ;lagi

DaHLia said... [Reply to comment]

@pneumedic

yup :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Eryati

takpe, ni kira awal tahu :D
DJ pun baru jugak

DaHLia said... [Reply to comment]

@sop

itulah..
kalo nampak online ramai, tapi effect pada PV or UV atau pada earning xde, or comment xbertambah, memang tak berbaloi

DaHLia said... [Reply to comment]

@Adzriel AB

mudahan hidupnya bahagia kelak

DaHLia said... [Reply to comment]

@Norgadis Labuan

welcome :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@eyriqazz


jwpn nuffnang memang schedule..hehe

anyway, iframe traffic ni membawa kepada ghost trafik, mmg masalah pada BE/CPM campaign.

dan kalo ada aktiviti klik2, yg mana menyebabkn %CTR xlogik, jadilah click fraud..

apapun, better tak payah guna teknik iframe ni untuk kebaikan bersama kan :D

tq for sharing...

Mama Zharfan said... [Reply to comment]

sebelum ni me pernah dgr psl blog u ni, tp tak pernah terjah, once terjah dh tersuka la plak, so me follow + letak dlm blog list lah..could be my next sifu lps eyriqazz ni--me blogger picisan ajer :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@Mama Zharfan

thanks dear..
xde picisan2 ah..
blog u pun dasat gak .

optionshift3 said... [Reply to comment]

wow panjang lebaq...dengan rajah dan sebagainya..paham la sket saya tentang benda nie..saya setuju dengan pandangan cikgu bahawa pengujung setia dan SEO merupakan kepuasan kepada kita berblogging...

melvister.com said... [Reply to comment]

tu la pasal...blog oh daus mmg penipu..
trafik ribu-raban ...tapi guna teknik iframe...


p/s: korang kena buang banner backlink ohdaus dari blog

Haw said... [Reply to comment]

wah! good info.. semuanya berlaku secara tak sengaja & krn permintaan.. skrg semuanya lebih jelas & nyata.. terima kasih

ardinihumaira said... [Reply to comment]

dni macam penah dengar iframe ni. iskk.. tapi rasamacam tak penah letak kat blog. nak kena godek sat ni.. so blog larian pun tak okay eh. hu nak remove la dni cemni

DaHLia said... [Reply to comment]

@optionshift3

kena buat penerangan jelas dan jitu supaya diri sendiri dan orang lain pun faham :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@melvister.com

xboleh nak labelkan dia penipu..
mungkin dia xberniat nak menipu, cuma teruja dengan numbers..
cuma dia perlu berterus terang dulu..
supaya semua yang akan join faham dulu pasal kaedah ni..
dan sepatutnya dari kes-kes gini, kena sedar, kadang2 cara yg mudah tu akan menyusahkan kita..
kita kan blogger bijak..so kena lah pandai fikir. Jangan org letak kod, kita pun nak letak je tanpa selidik. Kalo diberinya kod ada malware dsb sapa nak tanggung?
So, pengajaran sini, semua perlu alert, dan kena kenal blog dari segi teknikal jugak, tahu kod2 html ni, tahu teknik dan taktik.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Haw

yup Haw, bila dah keinginan makin tinggi, itu yang macam2 akan timbul.. bila manusia mula akan melangkaui teknologi, tu yg cakap bijak pandai..tapi apapun better selidik dulu dan terus terang lebih baik :D
anyway sis still oke lagi dengan korang sbb bg FREE, yg tak tahan ada yg siap letak Caj.. saja ambil kesempatan.

DaHLia said... [Reply to comment]

@ardinihumaira

hati2 dengan banner yang diletakkan..
takut ada tersembunyi :D

blog larian dia xgunakan untuk bil. pengunjung, dan xde pulak kita kena letak kod ke apa pun kan..
just dia guna iframe dalam blog dia sendiri..
iframe ni = tempek blog lain dalam blog kita.

BL kan dia guna untuk kuarkan 5blog sekaligus, bukannya suh org pasang banner dia pun :D

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

manipulasi trafik pun dah terjadi yea skang nie.... ;-p

suhaisweet said... [Reply to comment]

Wah, baru tahu ni. Satu ilmu yg bagus. Tq Cikgu.

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

macam2 cara org nak senang.... anyway hai salam perkenalan.... dari ali maz perlis...

papabear said... [Reply to comment]

baru ni ada orang minatk exchange banner. bila dapat code banner tu prasan la ada iframe. aku dengan selambanya removed iframe dah letak basic html link jer... tai kesian la bagi yg masih tak faham :) Hopefully ramai lah yg baca dan sebarkan info ni :)

mommy nana said... [Reply to comment]

terima kasih atas penjelasan. akan ku belek iframe kod jika ada... :D

saiful said... [Reply to comment]

banyak sumber kat google dah citer psl blackhat SEO tapi ramai juga yg tak paham.utk jangkamasa pendek,okla.jangkamasa panjang?hancur.
Bagus cikguDahlia.N3 ni mampu mengelakkan salahfaham blogger ttg iframe.

Myvitrd said... [Reply to comment]

Semua orang dah bagi penjelasan panjang lebar dan aku adalah salah seorang yang berjaya menguji trafik ohdaus tu selama sehari.. tq daus..

Apa pon pada awalnya aku tak tahu ada unsur-unsur semacam penipuan trafik atau manipulasi trafik..

Bila kecoh dekat Gengblogger pasal iframe ni.. aku rasa macam tak adil.. sebab aku bagi 1000 UV aku terima 300 UV je so aku rugi 700UV.

Langkahnya aku delete banner tu..

Kepada yang nak guna teknik iframe ni.. sendiri tepuk dada tanya selera..

Teknik ni aku pernah test dan memang berjaya.. aku pernah wujudkan satu blog derma trafik.. tapi terpaksa di stop gara2 terlalu slow loading..

Bagi aku kalau ko kongsi antara blogger dengan rela merelakan takpe.. ibarat sama-sama tahu.. kongsep iframe tu..

Sebab aku pernah buat kajian dengan kawan aku yang memang sorang programmer website.. so sistem ni dah lama aku tahu.. cuma tak mau kecoh sebab takut ada yg salah gunakan untuk kepentingan sendiri..

Sampailah sekarang dah kecoh satu malaya.. hehehe..

Bagi aku kalau nak kongsi boleh DENGAN SYARAT.. masing-masing rela merelakan.. dan ada keadilan..

Tapi kalau tak rela.. macam aku.. aku ambil langkah BUANG JE BANNER tu n buat kerja macam biasa..

P/S : CIKGUDAHLIA.. Sorry komen panjang sangat.. rasanya ni komen saya yg paling panjang sepanjang berblog ni.. hik2

mdfaizal said... [Reply to comment]

tumpang tanye, ohdaus / dauspozi tu org yg sama ke?

Rie said... [Reply to comment]

aku still xfaham
tp xberminat pun nak guna mende2 camni
trafik mmg penting
tp aku lebih suka org dtg blog utk cari maklumat
tambah ilmu dan tukar2 pendapat :)

ecah said... [Reply to comment]

pergh..entry ni sngat terbaik..double thumbs up..

aried said... [Reply to comment]

adus..jenuh tangan nak scrol down sebab byak sgt komen... pe aried nk cakap.......................................................................... SHIT! geram tol ngan bdak2 ni...grrrr

Suliana said... [Reply to comment]

hai.. BW dari GTO.. hmm.. mcm2 ye org nak menipu. sy paham skit2 je cite ni.. malas nak beratkan otak. janji kita buat cara yg betul sudah.. be humble saje, sume tu duniawi :-)

zahidah dihaz said... [Reply to comment]

panjng lebar penerangan di sini....tapi still jugk kurang faham..kna jaln2 lgi ni...


new entry: Design pertama

nabilpotter said... [Reply to comment]

dia dataang dari xhange banner tu ka sis? o0o0..patut la traffic nabil menggila jatuh...(ada kaitan ke?)

ieda said... [Reply to comment]

thanx for sharing..macam2 jenis org pandai sekarang ni.tapi salah guna kepandaian.

Mommy Lyna said... [Reply to comment]

biasalah ramai yg suka short cut untuk apa-apa :)

Cikgu Diana said... [Reply to comment]

Terima kasih Dahlia atas penerangan panjang lebar mengenai hal ni. Tak semua orang tahu mengenainya.

Khairi said... [Reply to comment]

macam blog ohdaus tu ke. aku nampak hari tu kat blog ni, tapi dah takde.

mcm2 lah diorang skang ni huhu.

Khairi said... [Reply to comment]

@melvister.com

dah buang dah. mcm jahanam hahaha. adress web lucah pun aku ternampak kat aku nyer analytics tadi heh!

YUL said... [Reply to comment]

terima kasih cikgu, ulasan yang menarik, setelah di kaji semula barulah yul paham, lepas nie nak carik code tu, mana tau ada tersembunyi kew. maklumlah yul tak pandai sgt code2 kat blog nie,

Nur Fannun said... [Reply to comment]

nasib xde wt exchanger banner ngn mne2 blogger..cuma letak banner iklan je..

Sasa Al-Sharif said... [Reply to comment]

ekceli baru paham benda ni bila terbaca entri dari blog oh daus tu. tp dia terus terang, aku tak kisah. ada yg selindung2 tak bgtau hal sebenar dan aku dah tnya dia blk. tp aku masih letak banner diorang

Wan Gerrard said... [Reply to comment]

owh smua yang ada iframe kena buang la, hmm ok2..thanks ^_^

~ch@wi~ said... [Reply to comment]

thanks ckgu, baru la phm skrg ni..sblum jenuh sy kaji, tp x brape nk phm sgt..bg sy klo guna iframe ni bia la brtmpat, salah tu rasenye tetap salah..org yg guna kaedah tu kne bgtau awal2 la tntg bnda ni...

Firdaus Kasim said... [Reply to comment]

pendedahan panas!!

SYaMiLa said... [Reply to comment]

macam tu rupanya...

fareed said... [Reply to comment]

Salam CD,

tetiba baca terperasan ada sebut bloglarian. harap tiada salah faham tentang BlogLarian, di sini sedikit penjelasan terhadap isu ini dan kaitan dengan BlogLarian

http://www.furdunesia.com/2011/02/kecoh-pencurian-trafikbloglarian.html

Sam Posmen said... [Reply to comment]

aisey! macam ini pon ada. semuanya nak di tipu

HAW said... [Reply to comment]

@DaHLia

maksud cikgu sy nyer still ok lagi ke?.. boleh d teruskan?

Pejuang kesenian Extreme said... [Reply to comment]

Hangat juga isu ni diperkatakan..asal pergi mana2 je asyik cerita pasal iframe..

DaHLia said... [Reply to comment]

@hazman aka species1980

biasalah, blogger kan golongan cerdik pandai semuanya

DaHLia said... [Reply to comment]

@suhaisweet

welcome suhai..sharing is caring..
biar semua orang jelas tentang perkara ni.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Alimaz-Kembara Terasing

yup...sehingga lupa, kesenangan tu kdg2 boleh memudaratkan kita dan orang lain.

DaHLia said... [Reply to comment]

@papabear


yup, tulah, jangan sampai kita ditipu..sebab tu la blogger kena juga belajar koding2 HTML..basic pun ok, supaya xkena tipu.. kalo kita kurang ilmu, makin mudah laa org aniaya kita.

nasib baik papabear buat tindakan betul.. :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@mommy nana


biasanya pada banner .. checklah..tp kalo xsilap, ada blogger tahu mcm mn nak elakkan iframe ni..refer komen atas2 ni..

DaHLia said... [Reply to comment]

@saiful

itulah, google ada info, tapi taknak cari..patutnya blogger lebih alert dan ada sikap ambil tahu supaya tak tertipu.

rasa mcm da ada yg salah faham...huhu..
padahal mmg sis nak cakap, iframe ni bukannya haram...boleh tp dengan syarat.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Myvitrd

memang sangat panjang! :D

yup. bila dua-dua pihak ok, boleh je..tapi kalo satu pihak xberterus terang dgn pihak satu lagi, tu yg tak elok..

DaHLia said... [Reply to comment]

@mdfaizal

tidak sama sekali!
kedua-duanya orang yg berlainan :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Rie

betul tu Rie, itu yg sebaik-baiknya

DaHLia said... [Reply to comment]

@ecah

thanks ecah!
angkat sekali jari kaki...ehhee

DaHLia said... [Reply to comment]

@aried

sis pun jenuh gak...\
best sgt sbb dpt komen banyak camni..separuh laa..separuh dr sis reply..hhehe...

DaHLia said... [Reply to comment]

@Suliana

thanks for being here :D
tak perlu beratkan otak, tp ambil tahu supaya tak terkena kelak

DaHLia said... [Reply to comment]

@zahidah dihaz

xfaham sb xtau pasal isu ni kut?

DaHLia said... [Reply to comment]

@nabilpotter

dia bukan curi sampai hilangkan trafik kita... cuma curi utk trafik dia sendiri.. trafik kurang sbb ramai cuti...sis pun sama jugak :D sbb lama xmen SEO..skrg ni kalo nak SEO, kes Mesir..tapi sis xpandai nak karang pasal tu

DaHLia said... [Reply to comment]

@ieda

tu la pasal..
guna di jalan yg salah

DaHLia said... [Reply to comment]

@Mommy Lyna

DJ pun suka shortcut bebanyak kat desktop :D

FareedSairi said... [Reply to comment]

@Sis Dahlia
Terima kasih kak, saya cuma nak bgtau je jika ada yang tersesat kat sini dan tertanya pasal BlogLarian. hehehe. Terima kasih bebanyak :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@Cikgu Diana

sama-sama .

Sharing is caring :D
biar sama-sama alert dan mendapat manfaat

DaHLia said... [Reply to comment]

@Khairi

hari tu aku letak sbb nak testing :D
skrg sb dah tau itu faktor loading blog aku makin lembab, aku buanglah :D

biar aku bg trafik dr blogroll daripada lembabkan blog aku

DaHLia said... [Reply to comment]

@Khairi

tu yg xtahan tuu...
web2 pelik mula masuk..isk tercemar kesucian kan :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@YUL

xpandai, tetap kena belajar segala sudut teknikal blog kita ni..jangan sampai nanti tatau apa2, susah tauu... blog ni dah menjadi kesayangan kan..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Nur Fannun

banner iklan pun kena hati2 tau..kalo ada kod iframe tu, remove bhgn iframe tu..xmenjejaskan pun linking ke blog org yg beriklan :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Sasa Al-Sharif

kalo terus terang, baguslah..
dan kalo sasa merelakan, its ok..
tapi alert sikit kalo pasang nuffnang ke apa di blog..sbb iframe ni kemungkinan boleh menjaana click fraud..so takut jugak kan..boleh refer blog eyriqazz untuk info pasal ni

DaHLia said... [Reply to comment]

@Wan Gerrard

bukan macam tu..ada iframe yang perlu, ada yg mmg xperlu..

perlu iframe untuk sorok Navigation Bar ataupun untuk divert trafik ke blog baru (Sendiri punya)..

iframe xperlu bila iframe tu menyebabkan loading blog kita lembab. Bila ada sharing ke URL lain, yang jelas2 akan load blog tu sekali bila load blog kita..Tapi kalo rela, tak menjadi masalah :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@~ch@wi~

yuup..penggunaan iframe ni perlu bertempat..dan mestilah diperjelaskan dengan sebetulnya. jangan aniaya org lain

DaHLia said... [Reply to comment]

@Firdaus Kasim

agak2 boleh masuk MELODI x?? hehee

DaHLia said... [Reply to comment]

@SYaMiLa

hati2 oke :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Sam Posmen

biasalah, dah bijak sangat

DaHLia said... [Reply to comment]

@fareed

kalau baca dan faham betul2, readers akan faham yg mende ni berlaku bila ada exchange kod/instal kod kat blog.
harapnya xde yg salah faham

DaHLia said... [Reply to comment]

@HAW

kalo dah berterus terang dgn kaedah yg digunakan dan other parte (blogger tu) setuju dengan kaedah tu, ia tak salah bagi sis.

tapi kena hati2 dengan Advertiser kalo ada letak iklan di blog. Jangan kena banned sudah :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Pejuang kesenian Extreme

supaya semua alert pasal ni :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@FareedSairi

yup..
xpe, biar masing2 terang dan jelas

Ismail N said... [Reply to comment]

Salam..
Thanks atas tip yang menarik. Penerangan pun bagus dan mudah difahami.

Nescafe ais said... [Reply to comment]

Ada komentar yang macam lalang perangainya disini. Di blog sana cakap lain. Di sini cakap lain. Cukup cukuplah oh cukuplah kamu berpura-pura..

kOtAk^mAgiKa said... [Reply to comment]

info yg bernas..hehe

Zul's Stuff said... [Reply to comment]

terima kasih di atas info yg berguna ini..klau aku x singgah kt cni ari ni..xtau lgi yg aku kena tipu...thanx again k..

Yastro said... [Reply to comment]

Terima kasih kerana info nih...

nur said... [Reply to comment]

DJ
thanks info ni.. terag dan jelas.. akhirnya keputusan di tangan sendiri..
Jemput ke:ALL IN ONE

aried said... [Reply to comment]

Sis, nak tnya kenapa blog aried pun ada refferal blog lucah yg sis cakap tu? grrrr.....

huhu...blog sis pun jadi sumber traffik blog aried..tq sis

good_boy said... [Reply to comment]

ada gak baca tentang iframe yang encik nescafe terangkan kat forum syoknyerblogging..serius baru tau..huhu

hanani said... [Reply to comment]

oh, ada gak ye yang macam ni. saya baru tau.. wahhh macam-macam cara orang tipu nak naikkan trafik ke blog. Info yang memang bagus untuk saya yang baru ni.TQ cikgu.. (saya pun cikgu gak) :)

Entri Terkini: Lebuhraya Utara Selatan sebelum exit Tampin,Alor Gajah..

mrs.sabri said... [Reply to comment]

dah baca semuanya..dah faham segalanya setelah membaca entry kat blog mr.daha..ohh...rupanya iframe tu tak salah la pada blogger otai yg nak menolong blogger baru kan..ucapan setinggi penghargaan kepada blogger otai yg btl2 ikhlas nak tolong menaikkan trafik kat blog2 baru ni..'give n take' bukan bermaksud mencuri..kedua2 belah pihak sama2 faham dan sama2 redha..kalau yg btl2 faham tu,faham la kan..yg buat2 tak faham tu tak tau nak kata apa la..

n u r k i m a said... [Reply to comment]

fuhh!baca benda ni tetiba sakit kpla...sbb rumit sikit nak fham..tp at least baru la fham cmne dia berfungsi..bfore ni nak tau gak camne dia bfungsi tp xtau nak cari n tny sape..huhuhu~

ZulkifliMN said... [Reply to comment]

Maksudnya traffic tu trafic hantu lah yer?

Nurul chumel said... [Reply to comment]

pernah jugak letak banner yg mcm Iframe ni. tp dah delete. sebab nak loading blog makin lembab. Lepas remove, semua nya back to normal. :)

sabree hussin said... [Reply to comment]

wah teruja jugak bila baca ni.. macam2 style la sekarang ni ye. desperate nak duit dan desperate nak traffic ke ni? sudahnya tak perlu lagi bersusah payah untuk bekerja, duk menipu advertiser je sumber pendapatannya

techtikus said... [Reply to comment]

Hmm dari menipu diri sendiri dgn nombor2 yg besar tp tidak bermakne lebih baik menghasilkan content blog yg bernas dan promote secara berhemah untuk dapatkn visitor. Baru puas hati.

Yastro said... [Reply to comment]

Betul2 thanks sis..kerana info ini baru saya tau,kt blog sy ada satu free backlink yg bener2 memberatkan blog(siott tul laa)saya...kaedah iframe jugak. Nasib bek dh buang...terima kasih skli lg.

dinsblog said... [Reply to comment]

kalau bukan trafik real tak best lah...kalau buat semata-mata nak increase earning bagi aku mcam tak beretika...baik guna method biasa2 jer untuk naikkan trafik...lagi bertahan lama.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Ismail N

salam kembali..

sharing is caring..
penerangan supaya harapnya semua faham

DaHLia said... [Reply to comment]

@Nescafe ais

tau xper..
cikgu kena layan berhemah...
hahahaa...

DaHLia said... [Reply to comment]

@kOtAk^mAgiKa

tQ dear :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Zul's Stuff


welcome :D
thanks sbb singgah

DaHLia said... [Reply to comment]

@Yastro

sama-sama Yas

DaHLia said... [Reply to comment]

@nur

yup..kalo rela, tak salah..
tapi kalo xrela, kasihan

DaHLia said... [Reply to comment]

@aried

ada jugak ke?
tulah, pelik kan..
mcm mn leh terlepas ke blog lucah..huhuh

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 275   Newer› Newest»

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais