Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , » Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011 1432H - Dr Abdul Hayei Abdul Sukor

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011 1432H - Dr Abdul Hayei Abdul Sukor

Share

Siapa Dr Abdul Hayei Abdul Sukor ?

Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Tahun 2011 merupakan bekas Profesor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).  Dr Abdul Hayei, 64, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

KL03_150211_ANUGERA.4110570

Gambar Dr Abdul Hayei (tiga dari kiri) bersama keluarga.

Semasa ditemui, Abdul Hayei meluahkan rasa syukur kepada Allah atas pemberian anugerah tersebut yang disifatkan sebagai bukti bahawa perkara kebaikan masih wujud.“Saya tidak pernah berputus asa dan akan terus menjalankan kewajipan memberi sumbangan kepada agama dan negara. “Ia adalah satu kewajipan bagi umat manusia yang mempunyai amanah untuk menyebarkannya di bumi Allah,” katanya.

Abdul Hayei juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan sangat aktif berdakwah menyampaikan syarahan agama, kuliah dan tazkirah di seluruh negara, selain menjawab persoalan agama menerusi laman web rasminya iaitu drhayei.com

 

Selain itu, bekas pensyarah di UM daripada tahun 1980 hingga 2003 itu juga banyak memberikan sumbangan dalam penulisan artikel dan majalah ilmiah. Beliau juga pernah menghasilkan sebuah kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.

 

 

Siapa Wee Soo Yen?

wee soo yen

Gambar Wee Soo Yen (tiga dari kiri) bersama keluarga dan hadiah yang diterima.

Wee Soo Yen, pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini. Wee berjaya memperoleh A dalam matapelajaran Bahasa Arab pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.  Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

 

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah. “Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

 

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut. “Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya. Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

 

Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011 yang lain ialah:

1. Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha, 60, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

2. Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Profesor Dr Ismawi Zen, 58, yang pernah sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Masjidil Haram, Mekah pada tahun 2008

3. Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

4. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Hasmah Abdullah, 59. Hasmah menyifatkan penghargaan yang diterimanya sebagai satu pengiktirafan kepada kaum wanita.

5. Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, 59.

 

Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

 

**Diolah dari Mstar Online.

9 komen:

Hot Mama said... [Reply to comment]

tahniah pada semua penerima anugerah...:)

Entri Terkini : Datuk Shah Rukh Khan kembali ke Melaka bagi penggambaran filem terbaru Don 2

fiz mr.beloved said... [Reply to comment]

Bangga bila ramai org klate mendapat anugerah..hehe

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

whoaaa.... dasat betul laaa.... minat betul dia ngan bahasa arab....

blog-tips-kurus said... [Reply to comment]

Kagum dengan Wee SY itu. :-)

Hidayah Ismawi said... [Reply to comment]

hehe... abah kita tu :)

Seri Bahasa said... [Reply to comment]

prestasi pelajar Wee Soo Yen mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab patut dicontohi oleh para pelajar yang beragama islam.

phreak-id said... [Reply to comment]

serious respek kat chinese tuh. Dulu aku mengada nak amik arab gak masa PMR. Sekali tuh hamik kau, dapat 8A 1D. D tuh arab. kelakar lak bila difikirkan balik. Boleh A Bahasa Inggeris tapi D Arab..

Terbaru > Monday Blues > Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3) >Blog Best : Roq's Blog

ahmad endo said... [Reply to comment]

berkenan plak aku ngan wee....dahlah time nama dia di umumkan lama plak cameraman fokus...hehehe...aku nak blaja bahasa arab jugaklah pas ni...hehehe

Anonymous said... [Reply to comment]

Apa pendapat kalian jika anugerah Maulidur rasul diberikan kepada org bukan islam yang hanya mendapat A dlm PMR utk bahasa Arab? camne cara penilai2 ini menilai calon mereka? adakah mereka tidak sedar calon yg dipilih itu bukan beragama Islam yang memang mereka tidak kena mgena dgn kelahiran Baginda S.A.W. atau pun digelapkan mata hati kerana politik?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais