Untuk pengetahuan semua, tarikh 8 Mac adalah tarikh istimewa yang diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia @ Antarabangsa (International Woman’s Day). Manakala 8 Mac 2011 bersamaan hari Selasa pula merupakan sambutan hari wanita sedunia ke 100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk tahun 2010 ialah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Begitu juga tema Hari Wanita Sedunia untuk tahun 2011 iaitu “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita”
Tidak kira siapa anda, mahupun di mana jua anda berada, selagi anda bergelar wanita mahupun perempuan, Hari Wanita Sedunia ini adalah untuk anda. Indah kan kalau pada hari ini wanita dilayan seistimewa mungkin, bangun daripada tidur dikejutkan mesra bersama sejambak bunga, sarapan pagi disediakan suami, dan pendek kata, beshnya kalau hari ini dilayan seperti permaisuri! yerlah, bukan selalu pun, sekali setahun jer kan. Opss adil ke? Hari Lelaki tak pernah pulak termaktub dalam mana-mana kalendar pulak kan?
Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan? Mungkin itu yang menjadi persoalan memandangkan tiada hari khas untuk lelaki. Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac adalah simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan mereka. Sejarah perjuangan ini adalah daripada peristiwa mogok besar-besaran beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York yang berlaku pada 8 mac 1857. [Klik untuk maklumat lanjut] .
Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke empat barulah kaum adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa wanita atau ibu, siapalah kita?
Kredit to : Azilas untuk mengetahui Sejarah Hari Wanita Sedunia
Kau digelar penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambutmu
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hati mu bak kaca yang rapuh
Kuat kan lah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk di junjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah WANITA hiasan duniawi
Mana mungkin lahir nya bayangan yang lurus elok
Jika gatang dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang di bentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan....
Indah kan bait-bait lagu Wanita dendangan kumpulan nasyid Dehearty ni. Wahai lelaki, bolehkah kalian Hidup Tanpa Wanita? Sedih sangat bila dengar penganiayaan lelaki terhadap wanita lebih2 lagi wanita didera, dirogol dan dibunuh. Mana pergi sifat pelindung yang Allah kurniakan ke atas lelaki? Mana pergi 9 akal kepada lelaki berbanding wanita dengan akal nan satu itu? Wahai wanita, persiapkanlah diri dengan ilmu dan iman yang teguh agar tidak bisa dipandang rendah oleh lelaki.
Readers, sudi2kanlah berdoa untuk Dahlia ya:
"Ya Allah Ya Tuhanku..ku mohon kepadamu
Sentiasalah berkati wanita ini di dalam apa jua yang dia lakukan. Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan
kerana dia amat memerlukan cinta kasih-Mu.
Pimpinlah setiap langkahnya..
agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan
Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi wanita ini.
AMIN.... "
Selamat Hari Wanita Sedunia 2011 buat semua wanita di Malaysia!




17 komen:
selamat hari wanita sedunia untuk semua kaum hawa yg dtg membaca :)
salam hari wanita untukmu juga..
Selamat Hari Wanita Akak..genap la umur akak 100 tahun yer..huhu
selamat hari wanita utk u & me and all wanita sedunia
me siggah click HB
tumpang promo
nak menang purse clarks ori? jom vote!
selama hari wanita sedunia!!! Moga kaum wanita terus maju tetapi masih berlandaskan jalan yang ditentukan Allah S.W.T
selamat hari wanita kak dahlia :)
thanks atas tunjuk ajar selama ni..
hehe..selamat hari wanita sedunia. :)
selamat hari wanita sedunia sis!
;)
slamat hari wanita to you cik DJ.... ;-P
Selamat hari wanita to Dahlia dan semua wanita di dunia!
selamat hari wanita jugak...:)
selamat hari wanita ..x kan jasamu hilang di dunia
amin
selamat hari wanita untuk cikgu dan semua wanita
kenapa ada Hari Wanita? Sebab bagi memperjuangkan hak wanita, supaya tidak ditindas seperti apa yang selalu menjadi isu dalam kehidupan seharian kita.
Selamat hari wanita, untuk semua wanita di luar sana dan juga khas buat Cikgu Dahlia. :)
Selamat hari Wanita Sedunia. Besar sungguh pengorbanan anda walaupun ada dedikasi sambutan hari tidak akan dapat membayar jasa da kasih sayang yang dicurahkan
wah, lupa la tarikh keramat ni. just nak kongsi kata-kata :
syurga tu bawah tapak kaki ibu tu maksudnya ibu adalah perintis jalan ke syurga untuk anak-anaknya.
semoga berjaya menjadi ibu yang merintis jalan ke syurga. amin.
Selamat Hari Wanita juga untuk Dahlia.. :)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...