BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , » Momentos Tesisito …

Momentos Tesisito …

Share

Akhirnya, siap jugak aku mengarang proposal untuk permohonan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan tu. Ceh, dah nak dateline baru sibuk nak apply, apa kes? Apa nak buat, nak mintak dengan tak mintak sama banyak je aku ni. Ni kalau kawan aku Ciikgu Tie tu tak ajak mintak, memang aku tak kuasa la.. Tapi dah member ajak, cuba2 lah kan. Cik Tie cakap tujuan utama dia nak cari jodoh masa buat Master nanti. Kira sambil menyelam minum air lah tu kan :D Jangan nanti yang ada tu tua2 dan dah bekeluarga sudah. Ceh, cakap2 macamlah dapat. Buat proposal pun last minute! haha..

 

Proposal aku ni takdalah gempak mana pun, dan masih lagi perlu dimurnikan esok. Setakat baru mula menaip jam 9.30 malam, dan berhenti jam 12.30 malam tadi, almost 85% siap. Ada lagi bahagian yang aku blur, langsung tak tahu nak tulis apa. Memang aku dah lupa abis! Google dalam internet pun masih lagi blur. Almaklumlah, dah lama sangat aku tinggalkan dunia2 penulisan ilmiah ni, last sekali tu masa buat tesis awal  tahun 2003 tu laa..Mana lah aku nak ingat, kan? 8 tahun tu beb!

 

Then sebelum tidur tadi, tetiba je datang memori tentang Tesis aku zaman Degree dulu. Terus aku panjat kabinet dapur umah aku untuk ambil tesis aku. Senyum je masa aku pegang buku kulit keras hijau aku ni..hasil usaha 4 tahun demi untuk menggenggam ijazah.

tesis

 

Projek Sarjana Muda yang penuh dengan kontroversi disebabkan aku. Still ingat ayat seseorang tu “You Burden Me” .. since then aku hilang respect pada orang tu disebabkan ketidakprofesionalisme dia handle semua tu. Nasib baik jelah aku nak grad on time, so terpaksa jugak buat dan siapkan tesis tu dalam keterpaksaan. Bila aku belek2 tadi, macam kelakau lah jugak zaman aku buat tesis dulu..Jom usha momentos tesisito aku ni..haha.. korang yang grad zaman sekarang ni, jangan nak gelakkan kecetekan ilmu aku zaman dulu tau!

 

DSC03419

DSC03421

DSC03422

 

Paling aku tak tahan nak gelak ialah bila tengok bahagian Lampiran, betapa buruknya foto-foto yang ada. Dulu mana ada kamera digital segala beb! Ambil gambar, anta cuci baru boleh tengok rupa gambar. Photoshop ke, Photoscape untuk edit gambar bagi nampak terang pun aku tak kenal. Yang tahu hanya PAINT. Tu pun nasiblah tahu kan.

LINK TESIS AKU... korang jangan gelak naa..

26 komen:

suffer8zine said... [Reply to comment]

nk usya kejap

Terkini : Jual Aiskrim Susu Badan?

fizalinolie said... [Reply to comment]

Wah! masih simpan lagi tesis nyer yer... Tapi memang patut pun banyak kenangan time nak siapkan tesis 2.. Teringat time buat projek tahun akhir... Memang sibuk giler...:)

Apa-apa pun...
Jom baca entri terbaru saya : GADGET MENARIK

DaHLia said... [Reply to comment]

@suffer8zine

ayat poyo je tu masa tu...hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@fizalinolie

walaupun pahit, mesti simpan..
bukannya senang nak buat tu..
banyak liku kena tempuhi, kena marah dsb.

gadisBunga said... [Reply to comment]

thesis tu dah macam harta karun, mana boleh dibuang. ye dak?

aku pun masih simpan malah kalau nak gi interview keje aku akan bawak thesis aku sama sebab melibatkan design. bangga weh dgn keje masa final year. huhuhu~

tehr said... [Reply to comment]

dah jadi gambar klasik tu, cikgu
nilai seninya makin tinggi

♥ Ana Joe ♥ said... [Reply to comment]

hehehe...bangga ngan keja kita la.. :)

sherry said... [Reply to comment]

masa zaman akak dulu, kaler cover tesis yang famous adalah kaler maroon!

relevan said... [Reply to comment]

Penat buat tesis ni yer..

DaHLia said... [Reply to comment]

@gadisBunga

yup..
dengan tesis ni lah kita jual ilmu, pengalaman dan kemahiran yang kita ada :D
disarankan sangat masa interview, bawak tesis dan cerita pasal projek tesis kita ..

DaHLia said... [Reply to comment]

@tehr

original gambar da tenggelam dek banjir :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@♥ Ana Joe ♥

bangga bila tengok betapa mampu bina ayat berilmiah ni..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@sherry

maroon memang lawoo..
kaler tesis ni ikut fakulti :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@relevan

maunya tak penat...
bermain dengan mental dan emosi..hee

Puanbee said... [Reply to comment]

nama akk memang canggih lah ..! ingat nama glemmer jer..

a n a s t a s y e a said... [Reply to comment]

Kenangan masa buat tesis .. hehehe =)

anastasyea's latest post .. AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Liza said... [Reply to comment]

Owh, I thought u amik education, SAW lah ni... Liza mmg education kat UTM dulu.. Sis senior setahun je la dgn me & my hubby, dia awam gak....

DaHLia said... [Reply to comment]

@Puanbee

uiks tu nama bandar..hehee.
anyway, ingatkan sis je ada nama tu..
tapi makcik pernah ada kawan nama ermie dahlia, ada yang emi dahlia..so mcm dah common pulak..tapi still rare laa..

DaHLia said... [Reply to comment]

@a n a s t a s y e a

kenangan masa kat U memang xdapat dilupakan...pahit manis mengharung hidup demi masa depan

DaHLia said... [Reply to comment]

@Liza

i SAS :D
Civil - Environment..
sambung KPLI selepas bosan kerja eng.
hubby SAW ke? susah nak knal la..sbb SAW sangat ramai

Seri Bahasa said... [Reply to comment]

thesis tu kenangan abadi...kalau seri ada mesti jugak simpan ada gunanya kelak sebagai rujukkan.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Seri Bahasa

yup..kena simpan elok2..
kenangan tuuu

nur said... [Reply to comment]

SIMPAN NI.. NNT CUCU CICIT NK TGK..
Jemput ke:ALL IN ONE

Anonymous said... [Reply to comment]

cikgu dahlia, saya nak tanya format buat proposal ni font and spacing dia ape ye? n cikgu buat in english or bm?

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@nur

betul tu Nur..
tp bila baca balik..
sungguh kanak2 rasa penulisan itu..heheh

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@Anonymous

saya buat dalam BM..
font Times New Roman, saiz 12
spacing 1.5 :D

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais