Korang kenal ke tarian poco poco ni? Pernah menari tarian ni? Aku mengenali poco-poco ni pun masa menyertai Kursus Fasilitator Kem Kesedaran Alam Sekitar di Dusun Eco Resort Bentong selepas menamatkan KPLI tahun 2006 dulu. Kira wakil maktab lah masa tu, bersama dengan 3 lagi pelajar lain iaitu Yumi, Ciko, dengan Aduan.
Personally, based on experience, tarian poco-poco ni menyegarkan mata yang mengantuk, dan badan yang lemah. Kira macam boost balik tenaga kita lah. Itu yang aku rasai lepas menari tarian tu masa tu. Tu pengalaman peribadi aku. Korang pernah berpoco-poco? Atau memang tak tahu pasal tarian ni langsung?
Korang boleh tengok Video Tarian Poco Poco ni untuk melihat sendiri bagaimana cara tarian poco poco ni ditarikan.
Dan seingat aku, selepas tahun 2007 itulah, tarian poco poco ni dah jadi suatu kemestian dalam mana-mana perjumpaan komuniti surirumah, kursus-kursus badan-badan kerajaan, serta majlis perkahwinan. Bukti jelas, boleh lihat sendiri di Youtube.
Ada yang mendakwa tarian poco-poco sebenarnya berasal daripada filipina bukannya Indonesia. Boleh baca sejarah yang mengatakan Indonesia pemilik tarian ni di blog Hok Sengoti. Tarian ini ditarikan oleh golongan kristian di dalam gereja ketika melakukan sembahyang mingguan mereka. Rahsianya? Semuanya terletak pada pergerakan tarian ini yang dikatakan membentuk seperti tanda salib. Perasan kah anda?
Yang terbaru sekali, tarian atau senaman poco poco ini telahpun diharamkan di Negeri Perak. Sumber: Utusan
Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.
Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib. Saya berharap Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa.
Sumber : Zon Bebas
Semoga apa yang kita buat selama ini sentiasa mendapat keberkatan-Nya.




32 komen:
nasib baik tak reti main.. hurm.. licik sungguh kristian nak musnahkan islam
hurmmm.... setelah sekian lama barulah disedari perkara ini.... kita tunggu bagaimana keputusannya di lain2 negeri pulak....
ooo.mcm itu sbb poco2 diharamkan..
lepas ni tak nak buat dah poco2..
betullah...pergerakkan membentuk salib...haram ni..nak gitau penduduk kampung la lepas ni..hehe..
langsung tak terperasan step nya tu , bee suka jugak ikut time kerja dedulu!!
perasan juga tarian tu mmg ke depan ...ke belakang.. ke kiri ke kanan~
Salam...saya kenal tarian poco-poco ni lepas kahwin..itupun kerana suami saya kakitangan kerajaan dan tinggal di kuarters kerajaan...dulu..tarian poco-poco akan diadakan pada setiap hari sabtu sebagai senamrobik..tp saya tak pernah menyertainya...
alahai, x perlu la poco2 ni, buat senaman biasa dah boleh
Terkini : Jackie Chan Masih Hidup (Update)
oo.. dlam tak sedar kan.. huhu.. macam2 le kristian ni nak sesatkan orang islam
mmg tak tau camne nak main pun hehehehee
a ah.. dari awal kena menari poco2 kat uitm dulu dni perasan macam salib... :) marilah kita hentikannya. banyak lagi cara pergerakan yang kita boleh praktikkan...
saya memang dari dulu kurang bekenan dengan poco2 ni..
wow..siap ngn surat pengesahan lagi tu..ingatkan teori konspirasi semata2..
selalu tgk tarian ni.... tapi tak pernah pun buat poco2 ni...
dgr lagu poco2..bole gaknya,tukar gaya lompat2 lak jadi tarian pocong-pocong..huahua
Suka poco2...
Udah follow ye admin~
http://www.awanibiru.com
Byk lagi senaman lain yg ada, tak perlu poco-poco, bukannya best pun. Org kita nih kalau ada benda2 yg baru, main ikut jer. Org buat, kita pun nak buat juga.
nsb baek tak suka ber-poco2 :)
O ye ke ? Baru tau ni..
kesian rosmah mansor..beria ia dia menggalakkan kaum wanita buat aktiviti poco poco ni...mujur koi tak pernah dan tak ingin terlibat dengan poco poco ni...dulu2 punya senamrobik lagik senang...8 lagi...1..2..3...4..
Saya suka tengok je. :D
cikgu!! camna buat theme word press nih? nk jugakk!! plis ajar~
lepas ni mula la kita jumpa orang yang akan kutuk2 jawatan kuasa mufti perak ni mengenai keputusan fatwa ni mufti gila la ( seperti komen di sebuah website) mufti selfish la berfikiran kolot la :-)
tanda tanda akhir zaman
dari dulu, memang tak suka benda nih..
tu diaaa... baru sekrang kita tersedarkan.. patut laa orang syiok je.. rupanya tarian ni pun ada unsur "cross"
ye khe?? macam tue meh?? apa kami org tak lah ... evry weekend pray takde nak poco-poco pun.. church mana yang buat cam tue? stahu sy,takda pun..
baru sekrang kita seua tau kan. selama ni punya seronok dok menari. hehe
aisey...aku suka jugak menatang ni...
tapi baru aku sedar rupa2nya haram da...
pasni takmoh poco2 lagi...
Hmmm... kalau diaorang cakap "step" tarian poco-poco ni berbentuk salib.. haram... Bagaimana dengan arah yang menunjukkan Barat, Timur, Selatan, Utara?... Bukankah ia berbentuk salib juga??... Haramkan juga??... Maka hilang la arah...
MCM MANA DGN BARAT, TIMUR, UTARA SELATAN LAH?? TAK KAN HARAM JUGA??
Salam Sejahtera
untuk yang muslim
Sedih baca bila ramai yang mcm mempertikaikan golongan Ulamak ni..
Diaorang pun manusia, diaorang pun ada kerja.. Bila manusia tentunye ada kesilapan, tapi orang mcm saya yang tak belajar agama tinggi ni bukanlah orang yang layak mempertikai hukum diaorang.. diaorang nak pantau semua benda pun kakitangan tak cukup.. bukan senang diaorang nak keluarkan hukum mcm tu.. mesti banyak perdebatan yang dibuat sebelum keluarkan hukum mcm tu..
tapi hakikatnye kena ingat.. bila nak kahwin, ustaz jugak yang dicari, bila isteri ke family nazak, ustaz jugak yang kita cari, bila nak buat majlis arwah dan sebagainya, ustaz jugak kita cari, kita mati, family kita meninggal, kalau takde golongan pandai agama ni mcmmana kita nak urus, nak baca talkin dan sebagainya.. kita akan cari ustaz, ulamak,… diaorang ni sangat penting dalam kehidupan kita…
orang Islam yang sepanjang hidup langsung tak pandang masjid, solat jemaah tak pernah, sedekah kat masjid pun taknak, solat kat rumah pun tidak, tapi bila family dah nazak, meninggal… akan cari juga golongan ustaz ni.. dan diaorang akan tolong tahlilkan, kafankan, mandikan.. walaupun ada yang berbayar, tapi kalau takde orang mcm diaorang, pandai ke kita uruskan sendiri..
golongan ulamak dan ustaz no golongan yang banyak berjasa, gaji diaorang tak besar mana tapi sanggup buat kerja yang orang lain tak sanggup buat..
jadi janganle kutuk golongan ustaz ustaz ni, sedih sangat baca.. kita pandai ngaji pun ustaz ustaz jugak yang ajar… kalau bapak kita yang ajar pun.. atuk yang ajar pun, yang mengajar diaorang dari awal ustaz jugak.. kalau kita hantar anak ke sekolah tapi takde subjek pendidikan islam sebab langsung takde ustaz kan kita jugak yang membebel… jadi ustaz ni penting..
so please la.. golongan ini la yang patut kita respek, jaga hati mereka, senyum pada mereka sebab kalau tanpa mereka, takkan meriahla masjid, takkan ada orang yang tolong nikah kan kita, takkan ada orang yang akan ajar anak2 kita mengaji..
kalau fatwa yang dikeluarkan tu rasa kurang betul, kritikla dengan respek, janganla mcm menghina, mereka juga manusia, bukan malaikat, ada melakukan kesilapan..
terima kasih
salam
Sebenarnya pihak mufti Perak dah tersilap faham antara dua istilah iaitu Poco-poco dan Pocomania/Pukkumina. Anda boleh baca selanjutnya di sini:
http://thebullshitbuster.blogspot.com/2011/09/poco-poco-agenda-kristian.html
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...