BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , » Keputusan EGTukar Jun 2011

Keputusan EGTukar Jun 2011

Share

Bilakah boleh tahu keputusan EGTUKAR? Seorang teman blogger yang sudah pastinya bergelar guru, bertanyakan aku. Mengikut laman rasmi EGTUKAR, Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011 iaitu pada hari Rabu ini.

Dengan itu, semua guru yang memohon pertukaran boleh semak Keputusan Permohonan pertukaran bagi sesi Jun 2011 di lawan web rasmi Eg Tukar. InsyaALLAH daku akan buat pengumuman di blog apabila proses semakan keputusan EG Tukar boleh dibuat ya sebab ramai yang menunggu pengumuman di blog ni.

STATISTIK ANALISA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI MENENGAH SESI JUN 2011

statistik egtukar menengah jun 2011

Mungkinkah orang Kelantan memang ramai yang menjadi guru?? Disebabkan itulah permohonan masuk semestinya Kelantan mengungguli carta.

Kalau tidak percaya, tengok pula Statistik Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri melalui Sistem EGTukar bagi Sekolah Rendah untuk Sesi Jun 2011.

 

STATISTIK ANALISA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI RENDAH SESI JUN 2011

statistik egtukar rendah jun 2011

Opsyen Yang Boleh Dipertimbangkan Ke Negeri-negeri Bagi Pertukaran Jun 2011

Untuk mengetahui senarai opsyen yang boleh dipertimbangkan bagi Permohonan Pertukaran sesi Jun 2011, guru-guru boleh klik link di bawah ini. Ini juga boleh dijadikan panduan untuk permohonan EGTukar yang akan datang pula.

    Nampaknya, bagi setiap negeri, kebanyakannya memerlukan guru daripada bidang Bahasa , Kemanusiaan, serta Teknikal iaitu untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Rekacipta, dan Lukisan Kejuruteraan. Subjek Sains dan Matematik setakat yang daku tahu memang dah lambakan. So, bagi guru-guru yang dari bidang kritikal tadi, kemungkinan untuk permohonan Egtukar anda berjaya tinggi, tapi untuk tidak dilepaskan oleh pihak sekolah juga tinggi. Apapun, bila sampai di sekolah baru kelak, kena sedia terima lah apa jua subjek yang disuruh ajar.

Bagi semua guru-guru yang sedang berdebar-debar menunggu keputusan pertukaran untuk Jun 2011 ini samada dalam daerah, antara daerah ataupun antara negeri, harapnya bersabar dan doalah yang terbaik. InsyaALLAH jika Allah perkenan, Dia pasti memberikannya untuk kalian. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang di mana juga anda berada, dan sesungguh ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

 

Rasanya, ada juga guru yang sudah mendapat tahu keputusan permohonan pertukaran mereka melalui Sistem Egtukar Jun 2011 ni. Tahniah diucapkan pada mereka yang berjaya! Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011.

 

p/s: Cuba cari jalan belakang (internal server) untuk tengok keputusan cikgu sekolahku yang memohon pertukaran..tapi nan ado!!! Belum lagi lah gamaknya tu…

5 komen :

tehr said... [Reply to comment]

sistem tukar suka sama suka dah tak ada ke sekarang ni, cikgu
macam senyap je

tahniah kepada yang berjaya nanti

Anonymous said... [Reply to comment]

salam,ble inform x jalan belakang utk check result egtukar..

Anonymous said... [Reply to comment]

suami akue xdpat pun..dah 4x mohon..kcewa gla..pe lagi nak..cikgu baru dah byak, jadual dah ringan tp stll xlpas..klu la de kuasa, akue nk tlg sume kngkwan yg sgkut nie..yg de tgjwab kt negeri lain, yg de bini, anak, parents..cuba korang pk..adei..

Anonymous said... [Reply to comment]

isteri saya pun tak dapat tukar sedih nyeee......

Anonymous said... [Reply to comment]

cam ne nak wat rayuan ye!!

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais