BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » PROSPEK ganti PTK mulai 1 Julai 2011 | Kaedah Penilaian 360 Darjah??

PROSPEK ganti PTK mulai 1 Julai 2011 | Kaedah Penilaian 360 Darjah??

Share

PROSPEK atau Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi akan menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah. Menurut Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, terdapat lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru (PROSPEK) tersebut.

8 Prinsip Teras PROSPEK

  • Falsafah,
  • Tujuan,
  • Dimensi Kompetensi,
  • Kaedah Penilaian dan Pembangunan Kompetensi,
  • Fleksibiliti,
  • Kawalan Kualiti,
  • Ganjaran, dan
  • Pencapaian Penilaian.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan.

Selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.

Kaedah Penilaian PROSPEK

Kaedah penilaian PROSPEK bagi kumpulan pelaksana iaitu penjawat awam tidak lagi berasaskan peperiksaan seperti PTK sebelum ini tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.

Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi

  • 'cemerlang dan berpotensi tinggi',
  • 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau
  • 'memerlukan pembangunan'.

Ganjaran Penilaian PROSPEK | Faedah Pembangunan Diri & Kemajuan Kerjaya

    Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.
    Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.
    Faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri.
    Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.
    Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya.
      PROSPEK | Siapa Panel Penilai?
      Ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan. Keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.

      Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai. Buat masa ini pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.
        3 Permohonan CUEPACS terdahulu
        - Kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu;
        -   Kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.
        -  Insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.

        Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.
        Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA

        **Dipetik dan diolah dari Sumber Asal : BERNAMA untuk rujukan.

      10 komen:

      blog-tips-kurus said... [Reply to comment]

      360 darjah.. hrp2 sukses! :-)

      Cesc Luzeza said... [Reply to comment]

      macam tu pulak yerk..tapi masih tk berapa nk jelasla lgi..uhuhuh

      sarah-najwan said... [Reply to comment]

      ini kene buat ceramah nih agar seme faham dgn sejelas2nya..

      tehr said... [Reply to comment]

      masih kabur lagi ni, cikgu
      dah berjalan nanti baru faham rasanya

      gloria said... [Reply to comment]

      salam cigu dahlia...kalo cigu nak copy entri gebeng tu, dialu2kan...bangunkan msykt kuantan neh...hehehe

      smat hari guru:)

      @juera said... [Reply to comment]

      salam..tq share..tp x brpe jelas sgt la psl ni..

      sahromnasrudin said... [Reply to comment]

      assalamualaikum..

      saya kurang setuju dengan penilaian 360 darjah kerana dibuat sesama rakan sekerja tetapi jika JPA berani buatla dikalangan pelanggan..contoh di pejabat tanah, biar pelanggan yang nilai perkhidmatan ADOnya..baru betul..ini rakan sekerja mesti dah komplot siap2 huhuhuhuhhuh

      Anonymous said... [Reply to comment]

      mcm ni kene guna kipasla.......kalau x berhasil guna air cond 16 kuasa kuda

      dayang said... [Reply to comment]

      klu ikut cara ni memang ok tp penilai kena adil seadilnya coz klu tgk luaran cara mcm ni memang kena kuat kipas klu tk kipas confirm tk dpt punya ....... tggu n lihat lah perlaksanaan

      Anonymous said... [Reply to comment]

      setuju dengan 2 jenis pendapat.1, PROSPEK adalah cara yg ideal untuk mendapatkan penilaian menyeluruh.2,perlu usaha lebih dari personel tersebut dari segi hasil kerja dan terutama sekali hubungan baik dengan pihak atasan/bawahan.KENAPA HUBUNGAN INI PENTING? Sebab majoriti kita bukan berfikiran terbuka seperti rakyat negara maju yang yang dapat membezakan antara hal peribadi dan kerja.

      Post a Comment

      Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      My Shoppe =)

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais