BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , » Tanah Runtuh Hulu Langat (Gambar) | Senarai Mangsa Terkini Rumah Anak Yatim

Tanah Runtuh Hulu Langat (Gambar) | Senarai Mangsa Terkini Rumah Anak Yatim

Share

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Taqwa, Hulu Langat boleh dilihat di sini.

Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu 21 Mei 2011 . Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja yang mana kesemuanya adalah terdiri daripada lelaki.

gAMB

Gambar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa ditimbus tanah (bahagian kanan gambar)

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa runtuhan tanah tersebut dan tertimbus di bawah runtuhan. Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Difahamkan, berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata dan keemua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri.

TANAH RUNTUH / LEMBAH AZWIN

Gambar Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Hulu Langat

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

165

Operasi menyelamat mangsa yang tertimbus oleh Pasukan Bomba, JPAM dan penduduk sekitar

Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

163 Mayat
ABNDJAS TANAH RUNTUH / HULU LANGAT
Warden 164

Maklumat terkini : Senarai mangsa yang tertimbus dalam Kejadian Tanah Runtuh

Mangsa Tanah Runtuh yang meninggal

1. Azrel (8)                   2.Nael (8)                     3. Eqim                 4. Zaim

5. Rahimi                      6. Angah.

Mangsa Tanah Runtuh yang selamat

1. Khairul (9)                2. Hairis                     3. Harris                4. Aizat

5. Alaudin                     6. Abg Din                  7. Shafiz                8.Akmal

9. Abg Iwan (33) – ditemui selamat jam 10.20 malam

Mangsa Tanah Runtuh yang masih tertimbus

1. Riz (9)                      2. Shahrul (9)           3. Boboy (10)         4. Lokman (11)

5. Fahad (9)                6. Aiman (10)            7. Hasril (11)       8. Abg Farid (34)

9. Hazim (9)

 

mALAM
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Video Tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat ni boleh ditonton di blog Ezany.

32 komen :

IMANSHAH said... [Reply to comment]

Alfatihah

mabk.abubakar said... [Reply to comment]

May Allah Bless them always.. al-fatihah..

Mario said... [Reply to comment]

errr....patutlah tiba2 je ramai datang,,,thanks sis
ezany pun ezanylah...

GreenAppleKu.com said... [Reply to comment]

Al fatihah.

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

innnalillah....al-fatihah untuk semua mangsa...

m0RniNgCoFFee said... [Reply to comment]

lupe nk minx.. huhu.. sy share kt fb sy link psal nih.. huhu sory2.. dh share br nk gtau...

Mario said... [Reply to comment]

Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga.

Al-fatihah

hazlin nazri said... [Reply to comment]

takziah

saddam said... [Reply to comment]

alfatihah.....semoga mangsa yg belum ditemui itu selamat... mangsa yg masih tertimbus (fahad) adalah anak jiran depan rumah saya.... mari kita doakan semoga fahad selamat...

Imran@Copenhagen said... [Reply to comment]

Semoga arwah berada di kalangan ornag yang beriman. Al fatihah

Mahanum Osman said... [Reply to comment]

alfatihah.... tak dapat nak dibayangkan betapa sedihnya apatahlagi mereka semua anak anak yatim. Allah lebih menyangi mereka yang telah pergi. AMIN....

zulkbo said... [Reply to comment]

salam..
Al-Fatihah..
semoga Allah tempatkan roh mereka
di kalangan orang yang beriman...

Anonymous said... [Reply to comment]

Pendapat disebalik pengajaran. mungkin ada yang tidak kena disebak fahaman yang di ikuti di sana. pada akhir zaman ini banyak rumah kebajikan yang kononnya mengajar agama tetapi memesongkan anak yantim dengan fahaman sesat sesetangah pihak. terdapat jugan rumah yang berteaskan tahfiz kononnya hanya menitik beratkan agama. tetapi lebih kepada pakaian. contoh kanak2 yatim ini di serban tebal2 di jubah. tetapi langsung diabaikan dari segi pendidikkan. langsung tidak di beri peluang bersekolah rendah dan menengah. keadaan ini telah menimpa dairi saudara sy sendiri. kononnya sekolah agama. lokasi di pajam. pelajar di beri asrama. seban tebal sebakul. dalam mudule pelajaran kononnya aliran agama dan akedemik tetapi sukatan pelajaran tersebut langsung tiada pelajaran sains. met. ingerish. dan subjek yang sepatutnya dipelajari oaleh murid contoh darjah 1hingga 6. jadi bagaimanakah masa hadapan murud seperti ini yang telah terjerat dengan sekolah yang kononnya berteraskan agama. tetapi tidak di intiraf.
murid di campurkan dengan golangan warga emas yang juga boleh menyewa bilik untuk tujuan hanya memikirkan ibadah. pengajar pula berjubah3 kepala botak berserban. kehidupan mereka ini seolah telah mengasingkan dunia mereka dari kehidupan normanl di malaysia. pakaian pula ala talibah. dan sebagainya.
sy amat berharap kerajaan harus manjaga anak yatim dan yatim piatu dari terus di explotasi oleh pihak yang kononnya menitik beratkan agama tetapi menindas golongan ini.

tentang kejadian ini saya melihat ada sesuatu yang tidak kena dipusat pengajian ini. saya percaya jika malapetaka dan bala allah itu akan menimpa pada sesiapa yang berbuat perkara yang menyebabkan allah murka. namun amat kasihan pada mangsa yang tidak berdosa. seperti anak yatim

moga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh mangsa. dan menempatkan dikalangan orang-orang beriman.

mujahidperindusyahid said... [Reply to comment]

Salam,
Hidup adalah ujian, mati adalah jalan bertemu Allah. Innalillah wa inna ilaihi ra jiun.

Kpd anonymous di atas, usahlah menabur fitnah kerana anda pon x tahu perkara yg sebenarnya. Fitnah ini merosakan amalan kebaikan kita serta menjauhkan kita drp syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Jgnlah sbb nila setitik anda mudah2 membuat generalisasi kpd semua perkara. Satu shj nasihat keras sy jgn mudah2 menghina sunnah berpakaian cara nabi SAW spt serban, jubah dsb serta melabelkan ia sbg Taleban dsb. Walaupun ia hanya sunnah jibliyah, tapi ia lambang cinta kpd nabi SAW. Jika x suka diam itu lebih baik. Dr segi gaya penulisan dan typo error anda, menunnjukkan yg anda pon bukan sehebat mana..

Ya Allah berikan lah aku kesabaran terhadap golongan yg suka menghina sunnah kekasihmu ini... sedang menahan marah grrrr

Anonymous said... [Reply to comment]

YA allah, jgnlah bg pendapat yg ngarut! apa kata sedekahkan Fatihah kepada yg dah pergi.jgn lupa, antara yg terkorban tu, anak yatim n usia blm baligh lg.jgnlah fitnah org bro! setiap satu kejadian tu adalah ujian ALLAH.
Pajam ngan hulu langat ni ada kena mengena ke?
bro, kalo apa ko cakap tu xbetul,fitnah, kalo betul, ko ngumpat.
belajar2 lah simpati n empati sama, bkn buat andaian tah apa2.ko pengetua rumah anak yatim ni ke nak buat andaian mcm2?
pelik betul aku!

Anonymous said... [Reply to comment]

May god bless and placed them among good people.

yaya kecik said... [Reply to comment]

KEPADA ANONYMOUS!!!
Bersangka baiklah kpd saudara anda yang baik itu dari Allah jua... semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah Azawajalla aminnnnnnnnn

qaseh_mia said... [Reply to comment]

amiiiiiinnnn...........moge mreka slmat d' akhirat....
kte hnya mmpu b'doa tok mreka shaje...al-fatihah.2 smue dgaan mreka..1 hri nnti mngkin kite smue...

Baca Berita Online said... [Reply to comment]

Takziah & Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat… Subhanallah… Sessungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya….

Anonymous said... [Reply to comment]

@Anonymous
lbh bek kt jgn campur tgn dlm urusan ALLAH yg melibatkan bala @ malapetaka krn stp sstu yg t'jd pst de hikmah yg t'sirat...samada ank2 yatim ni di sesatkan atau tidak,xpyh la kt nk wat hujah di sni,sbb sy taw,mdrasah ni btl,kwn sy slh sorg org kuat di cni,arap jgn b'ckp tnpa dalil2 yg kuat...lbh bek kt byk2 sdkhkn al-fatihah pd arwah2 yg telah pergi,dan di doakan smoga mereka mendpt syahid di cc ALLAH...

Anonymous said... [Reply to comment]

apesal buat madrasah kat tempat yang bahaya cam tu........alahai......

Anonymous said... [Reply to comment]

alfatihah..moga roh mangsa dicucuri rahmat...
Allah lebih mengetahui ape yg terjadi....

My Creative Shoppe said... [Reply to comment]

Al-fatihah...sesungguh setiap kejadiaan itu ada sebab dn musababnya ...tk baik kita buat tuduhan melulu..yg benarnya ALLAH sygkan anak2 yatim ini sbb itu ALLAH tidak panjangkan usia mereka krn ALLAH tidak ingin mrk2 ini tercemar dgn dosa2 yg terlalu byk di zaman skrg...sudah pasti tmpt mereka adalah Syurga...kita yg tidak ditimpa bala ini adakah sudah pasti yg kita ini akan ke SYurga????

habib yusuf said... [Reply to comment]

Allah lebih sayangkan mereka...x yah nk panjang citer...kte doakan mereka dicucuri rahmat........lagipun rasulullah sygkn anak yatim.........pasal serban2 tu x yah nk hina klo xder pokok pangkalnye......tu sunnah nabi..........klo hina tu maksudnye mhina nabi....nauzubillah........Allah buat sesuatu pasti ade hikmahnye......kne terima qadak qadar......

Anonymous said... [Reply to comment]

semoga ruh mereka dicucuri rahmat.. yg terselamat semoga cepat sembuh samada dr segi fizikal atau psikologi (dr trauma).. mudahan2 rumah anak yatim tersebut dipindahkan ke tempat yang lbh selamat.. hulurkanlah bantuan sekadar termampu walaupun sekadar bacaan Al-Fatihah.

Anonymous said... [Reply to comment]

aku xde nk komen pe.yang penting kite redha yang da pergi.

Anonymous said... [Reply to comment]

hi

Anonymous said... [Reply to comment]

kita tidak seharusnya bersangka buruk,sesungguhnya sejahat mana pun dia,seteruk mane pun dia ingat lah dia juga makhluk Allah yang mempunyai hati n perasaan yang sama dengan kita, berkongsi nikmat hidup yang sama.cuma yang membezakan kite matlamat hidup seseorang itu yang dipengaruhi anasir2 yang negatif. kepada mereka yang sedih kehilangan ahli keluarga sya tumpang simpati dan impati

Anonymous said... [Reply to comment]

al - fatihah... semoga semua yang pergi dicucuri rahmat Allah...

Anonymous said... [Reply to comment]

teringin nak menghulurkan bantuan.... macamana caranya selain melalui media prima tu ?

Anonymous said... [Reply to comment]

Jika ada yg ingin menderma dlm bentuk wang ringgit sila derma ke akaun Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Maybank (564137300901)...& sekiranya ingin menderma dlm bentuk barangan seperti makanan, pakaian baru, peralatan persekolahan & sebagainya tuan/puan bole ke YADIM Training Centre di Semungkis Hulu Langat mengahala ke Agrotek krn mereka akan ditempatkan sementara di sini bermula sabtu ini.

Anonymous said... [Reply to comment]

anonymous..........ish...ish...ish..............

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais