BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , » Episod Akhir Drama Nora Elena Final (Episode 24 - 16 Jun 2011 Khamis)

Episod Akhir Drama Nora Elena Final (Episode 24 - 16 Jun 2011 Khamis)

Share

Drama Nora Elena episod akhir akan bersiaran hari esok, Khamis 16 Jun 2011. Bagaimanakah kemuncak akhir Drama Nora Elena yang mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia tidak kira lelaki dan wanita ini? Adakah Nora Elena akan kembali kepada Seth Tan untuk menikmati hari-hari bahagia bersama ataupun akan teruskan rancangannya untuk bercerai dengan Seth Tan? Sungguh keras hatimu Nora Elena!

nora elena drama

Dalam episod 23 Drama Nora Elena pada 15 Jun 2011 lepas, Seth Tan telahpun menasihatkan Yvonne untuk berhenti kerja selepas insiden Nora Elena terjumpa seluar kecik Yvonne dalam kereta Seth Tan. Seth Tan mengamuk sakan pada Yvonne dan saat tu juga dia suruh Yvonne berhenti kerja setelah mengetahui bahawa Yvonne yang selama ni nak memporak perandakan hubungannya dengan Elena.

Then, Nora Elena masuk hospital sebab dehidrasi dan semasa dalam hospital lah Elena terdengar perbualan Seth Tan dengan Inspektor Amir, dan Malik. Yvonne pulak dah jadi macam orang gila, dan sejak hari tu Malik tahu hal sebenar siapa salah dan memperingatkan Nora Elena supaya berhati2 sebab Yvonne ada cakap nak bunuh Nora Elena.

 

Nora Elena Episod Akhir Versi Novel?

So, bagaimanakah kesinambungan Drama Nora Elena untuk episod ke24 yang merupakan episod terakhir Drama hot Malaysia, Nora Elena ni esok? Adakah kesudahan pengakhiran Nora Elena ni persis Novel asal yang diapdatasi iaitu Novel Kasih yang Suci (boleh baca online di sini) ataupun jelas akan berlainan?

Kalau ikut pada bahagian akhir Novel Kasih yang Suci tu, boleh baca dekat blog Izzamir Ridzwan, Yvonne akan culik anak Seth Tan dan Nora Elena ni dan memaksa Seth Tan mengahwininya demi kalau nak anaknya selamat. Tapi sebelum perkahwinan dilangsungkan, anak mereka (bayi) bernama Qadri tu dapat diselamatkan dan di bawa ke rumah.

Apa terjadi pada Yvonne dalam Episod Akhir Nora Elena versi Novel? Yvonne cuba mengejar Seth Tan yang lari dari majlis perkahwinan, melanggar lampu merah, dan akhirnya kemalangan dalam keadaan paling tragis. Itulah ending Kasih yang Suci.

 

Episod Akhir Nora Elena versi ramalan Cikgu Dahlia?

Aku tak rasa ending Drama Nora Elena esok sama dengan ending Drama Kasih Yang Suci ni. Sebabnya, kalau ikutkan, kandungan Nora Elena ni baru je berapa bulan, perut pun masih kecil. Tapi tak tahulah kalau esok dia buat Seth Tan bawak Nora Elena jauh2, sehingga selamat melahirkan,(mesti ada 9 bulan seterusnya) then masa tu lah baru Yvonne bertindak.

Kalau tak jadi versi tu pun, mesti episod akhir Nora Elena esok versi cut, Yvonne terus datang untuk cuba bunuh Nora Elena, tapi berjaya dihalang oleh Seth Tan atau Inspektor Amir, so then Yvonne masuk penjara. At last, Nora Elena tetap menerima Seth Tan sebagai suaminya dan kembali meneruskan peranannya sebagai isteri. Dia memaafkan Seth atas segala dosa silam dan menerima ketulusan Seth.

 

Surat Bantahan kepada TV3 terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena | Seth Tan hanya khayalan???

Rasanya ramai yang dah baca Surat Bantahan Kepada TV3 terhadap Penyiaran Nora Elena yang ditulis oleh Cik Geli-Geli tu.  Memang aku suspect dgn Nowa @ Cik Geli2 sebab rajin bebenor karang surat tu.. Biarpun tujuan dia sekadar nak memeriahkan suasana, bersuka2, bukannya serius nak hantar tv3, memang ada jugak point bernas dalam surat bantahan penyiaran drama bersiri Nora Elena tu. Eh, Cik Geli Geli dah claim belum hadiah yang Gua nak bagi tu?? Mak Jemah @ Cik Geli2 memang dah femes owkeyhhh!!!

Walau apapun, aku yakin masih ada lagi lelaki yang seromantik watak Seth Tan tu, cuma mungkin nisbahnya terlalu kecil. Tapi awal2 perkahwinan biasanya, memang lelaki macam tu kan? Anyway, dalam Drama Nora Elena ni pun jelas Seth Tan bersikap macam tu sebab dihantui perasaan bersalah dia atas dosa silam dia pada Nora Elena.

 

Overall Review Nora Elena?

Anyway, Drama Nora Elena ni memang best sesangat, jalan cerita, pembawaan watak oleh Aaron Aziz (Seth Tan), Siti Saleha (Nora Elena), Yvonne (Wan Sharmila) pun menjadi. Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh diambil dari Drama Bersiri Popular Nora Elena ni. Antaranya:

1. Jangan tonton video lucah, nanti tak tahan, mulalah buat perkara tak elok. At last, merosakkan masa depan orang lain, dan menyebabkan perasaan bersalah.

2. Pentingnya komunikasi berkesan dalam setiap perhubungan supaya tiada perasaan suspicious antara pasangan. Peruntukkan masa untuk pasangan dan hal2 keluarga.

3. Jangan meletakkan kesalahan kepada orang yang kita tak tentu lagi kesalahannya dan jangan labelkan seseorang manusia tu jahat walaupun masa silamnya hitam.

4. Berhati-hati dengan semua orang yang berada di sekeliling, tapi jangan sampai over. Terima orang sekeliling seadanya mereka.

 

Harapnya lepas ni lebih banyak drama tempatan diapdatasi daripada novel-novel yang hebat seperti Drama Nora Elena dan Drama Adamaya dahulu. Mesti ramai yang download full episode Drama Bersiri Nora Elena ni untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Last but not least, jangan lupa saksikan episod terakhir drama Nora Elena ni esok dan bagi peminat Seth Tan, jangan lepaskan peluang untuk LIVE CHAT dengan Aaron Aziz pada jam 3.30 petang di TV3 hari Khamis 16 Jun 2011.

14 komen:

IMANSHAH said... [Reply to comment]

tak berkesempatan ikut lah dahlia

Lin Azlina said... [Reply to comment]

saya jarang tengok kt tv citer ni..baca jer sinopsis kat blog orang...dah dapat gambaran..sekali ke dua kali jer tertengok aritu..cambest...

Awan Fantasia said... [Reply to comment]

CIkgu Dahlia..Nak alamt emel boleh?reply dkt r_feyque@yahoo.com.my yeah.. ^_^

Nur said... [Reply to comment]

Drama yang menjadi bualan di mana2. Jalan cerita yang menarik dan kesemua pelakon memberi lakonan yang terbaik dan menghayati watak. Tahniah.. semoga lepas ni banyak lagi drama2 Melayu yang seumpama ini.

jat said... [Reply to comment]

saya rasa mungkin akan ikut dalam novel..ini kerna ada video dimana ada part yvonne culik anak seth dan elena...dan seth datang untuk selamatkan bayi mereka

hadi said... [Reply to comment]

tapi kan takkan lah si eid tuh xder dlm episod akhir??

DaHLia said... [Reply to comment]

@IMANSHAH

rugi...hehe xpe, nanti leh tgk online bila free :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Lin Azlina

memang best..terpesona dengan watak seth tuu..huhu...sambil berangan jadi elena..haha

DaHLia said... [Reply to comment]

@Awan Fantasia

ada tu haa jelas terpampang alamt emel sis :D dahliajournal@yahoo.com

DaHLia said... [Reply to comment]

@Nur

yup mudah-mudahan..
skrg fenomena drama adaptasi novel..
sebelum ni kisah hantu..sedar x?

DaHLia said... [Reply to comment]

@jat

hehe..yup, sy xtengok video tu..
betullah, semuanya macam dalam novel je :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@hadi

dah bawa diri jauh dahhh..
at least xperlu bayar lebih upah berlakon kan..hehe

SAM ZILAN said... [Reply to comment]

MANA NI LAGUNYA

Anonymous said... [Reply to comment]

tak sempat tengok episode akhir...sayang nya...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais