Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , » Baru balik Kursus Persediaan Penerima Biasiswa HLP dan CBBPTB KPM 2011

Baru balik Kursus Persediaan Penerima Biasiswa HLP dan CBBPTB KPM 2011

Share

3 hari berada di Dynasty Kuala Lumpur untuk Program Intervensi bagi Penerima Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa, memang memberikan maklumat dan ilmu baru kepada aku. Walaupun dalam keadaan penat, banyak input yang aku dapat daripada penceramah, dan ramai rakan seangkatan yang dapat aku kenali.

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 

Kursus Persediaan 2 ni melibatkan seramai 242 orang warga pendidik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu Guru dan juga Pensyarah IPG. Kalau sebelum kami, Kursus Persediaan 1 untuk bakal PHd, kami yang 242 ni adalah yang bakal menyambung pengajian dan memperoleh Sarjana dalam masa dua tahun ni. InsyaALLAH.

 

IMG_20110721_185841

Selain ilmu, dapat sijil (boleh masuk kad biru), beg, buku nota dan pen pun dapat..

 

Honestly, saat pertama aku jejak ke Kursus ni, memang rasa takut, risau dan persediaan pun hanya 30%. Dengan tempat belum dapat, dengan ketidak pastian untuk terima tawaran biasiswa HLP tu ataupun tidak, sebab banyak perkara yang aku fikirkan, dengan kajian pun aku tak pasti lagi nak buat apa memandangkan masa interview tu, disuruh tukar kajian dsb. Memang zero! Sebabnya? Never expect that I will get the scholar. Tapi, itulah, rezeki Allah, dah rancangan Allah untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik menanti.

Walaupun aku tak jumpa seorang pun geng satu kursus dengan aku, tapi berkenalan dengan ramai cikgu-cikgu sini, dapat jugak sejukkan hati aku. Banyak ilmu yang aku belajar. Ada yang telahpun mengikuti pelajaran, dah abis semester 1 walaupun belajar dalam masa bekerja. Kak Zahariah dengan Kak Na, memang respect lah!

Bila melihat diorang, aku terfikir, kenapa diorang yang dah berumahtangga, Kak Zahariah anak 5, Kak Na pulak sanggup setiap minggu travel dari Terengganu ke UKM untuk menuntut ilmu, tapi aku yang bujang, antara peserta yang muda, yang masih lagi baru bergelar guru  ni macam nak tak nak. Memang aku insaf, lebih-lebih lagi bila tengok keazaman Kak Ani, roomate aku selama 3 hari yang memang sentiasa nak belajar dan belajar. Kawan dengan Kak Ani, memang jelas mengingatkan aku pada kawan KPLI aku dulu, Haza. Memang persis!

Tapi, alhamdulillah, ceramah pertama dari Dr Bushro membuka mata aku untuk sedar bahawa aku golongan yang terpilih oleh Allah untuk berada di situ. Dan aku perlu menerima hakikat itu dan menghadapinya. Daripada 3376 permohonan untuk program HLP dan CBBPTB 2011 bagi Sarjana dan PHD, dengan 600+ calon temuduga, berada di kalangan 242 penerima biasiswa HLP ataupun CBBPTB , seharusnya aku berbangga! Pengalaman memohon dan tips temuduga aku akan kongsi bersama nanti, lebih-lebih lagi untuk rakan-rakan guru. Ada yang nak ke?

 

IMG_20110720_075622

Jadual memang packed abis!! Nak meronda KL pun tak sempat dowh..

 

Dalam kursus ni, alhamdulillah, kami diberi tunjuk ajar tentang cara membuat  penyelidikan. Yup, sebagai penerima biasiswa HLP ataupun CBBP TB, kami perlu memilih mode campuran untuk pengajian di peringkat Sarjana. Perlu hadiri kelas (coursework) dan perlu membuat tesis sepanjang 2tahun (Sarjana) ataupun 3 tahun (PHD) tempoh pengajian tu.

Mendengar ceramah dari Dr Bushro, Dr Maimunah, Dr Kamarudin, Dr Ibrahim, dan Dr Latif, rasa berkobar-kobar diri aku untuk memperolehi Sarjana dan seterusnya mendapatkan title Dr macam mereka tu. InsyaALLAH. They are very inspiring! Lebih-lebih lagi Dr Maimunah dengan Dr Kamarudin. Respect them so much~~ tapi kalau dapat dengar Kisah Kertas Lukisan Dr Maimunah tu, mesti lebih best :D  Baca kat blog Dr Maimunah je lah jawabnya nanti. Dengan Kerangka Konsep yang diilhamkan oleh Dr Kamarudin, memang salute!

Tak lupa juga kepada adik-adik Urusetia Kursus dari Bahagian Tajaan Pendidikan, Nik Munerahanim, Sahida, dan lain-lain yang tidak jemu menjawab segala pertanyaan kami berkaitan tawaran yang telah kami terima. Terima Kasih Bahagiaan Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebab memberi Cuti dan Biasiswa untuk kami menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi serta kerana sangat mengambil berat!

 

IMG_20110721_124704

 

Perasmian Penutup Kursus Persediaan HLP dan CBBPTB ni disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Datuk Abd. Ghafar Mahmud. Masa sesi bergambar selepas majlis penutup tadi, aku memang sengaja duk belakang Datuk sebab nak tumpang camera focus. Sempat berbual dengan Datuk Abd Ghafar, rupanya beliau kawan kepada Pengetua aku sekarang. Kecik betul dunia.

Gambar aku posing dekat kursus memang takde lah.. Takde geng nak posing.. Yang ada sini mostly sopan2, segan ah nak lepas laku. Hiks. Tunggu gambar posing dengan KPPM dalam Facebook HLP je lah nanti. Tapi, sampai la ni aku tak jumpa lak FB tu.. Adoihh.

 

p/s: Belajar satu perkataan baru ..cendera durja..korang pernah dengar?

28 komen:

coklat berapi said... [Reply to comment]

wuuu saya nak biasiswa tu juga sis..btw terharu sis komen blog sy..slalu stalker blog sis(kantoi);p

Ecah Shafiee said... [Reply to comment]

pergh..gudluck sis..

Anonymous said... [Reply to comment]

waaa.......suke,suke,suke....

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

camne nak apply..kalau dah terlepas.. camne nak apply.. mcm saya dah ada sarjana.. baru 4 tahun menjadi guru.. boleh dapat ke??

Anonymous said... [Reply to comment]

salam. saya ucapkan tahniah! saya pernah rasa seronok n bersemangat mcm saudari. saya bukan nak menjatuhkan semangat yang berkobar2 tp sekadar berkongsi pandangan je. selepas saudari belajar, saudari akan dianugerahkan sarjana/phd. tp kemudian untuk apa jika kementerian sendiri x iktiraf. kawan yang tak belajar dapat kenaikan gred, anda yang belajar??? akhirnya ketinggalan. memangla nampak mcm mementingkan diri tp ...cuba fikir2 n tanya kerani kat sekolah. apa baik buruknya. kalau ada alternatif spt belajar sendiri tnpa biasiswa atau sebagainya. apa pun rezeki d tangan Allah....good luck dear friend!!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum...tahniah...anda adalah orang yang terpilih oleh ALLAH...carilah dirimu dengan apa yang telah diperolehi...untuk apa kita perolehinya..selepas perolehi hasilnya ke manakah arah tuju kita....tujuannya hanya yang SATU....insyaALLAh..semoga sukses dunia dan akhirat..amin...

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, taniah. nak tahu juga, masa interview, apa soalan yang diberikan ye

Anonymous said... [Reply to comment]

Tahniah.. jumpa di HLP/CBBTB 2011.

syamsulazhan said... [Reply to comment]

mohon share soalan temu duga samraymi@gmail.com terima kasih

syamsulazhan said... [Reply to comment]

mohon share soalan temu duga samraymi@gmail.com terima kasih

syamsulazhan said... [Reply to comment]

mohon share soalan temu duga samraymi@gmail.com terima kasih

Anonymous said... [Reply to comment]

takde soalan nak dikongsi, cikgu? bakal menghadiri temuduga hlp/cbbtb 2012.

Anonymous said... [Reply to comment]

Tq utk info yg diberi..harap sudi share soalan temuduga hlp..sy bakal hadiri temuduga pd 9 jan 2012 nti..
areizlina@yahoo.com

Anonymous said... [Reply to comment]

saya juga...bakal menghadiri temudugu hlp/cbbtb 2012...Harap sudi kongsi soalan temuduga..TQ
oceanic_czer@hotmail.com

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun bakal hadiri temuduga pada 12 jan ni...boleh tak berikan beberapa tip temuduga? syukran

Anonymous said... [Reply to comment]

ada tak sesiapa yg dapat temuduga hlp pend. awal kanak2 5 jan ni...

Anonymous said... [Reply to comment]

ada tak sesiapa yg dpt temuduga hlp pen didikan awal kanak-kanak 5 jan

Anonymous said... [Reply to comment]

salam....
tahniah...
mohon kongsi pengalaman persediaan ketika temuduga...
sitiebad@yahoo.com

Anonymous said... [Reply to comment]

saya bakal menghadiri temuduga 3jn n. mintak share soalan temuduga jg.tq. email sy ss_bba23@yahoo.com

Anonymous said... [Reply to comment]

salam.saya imterview esok.takutnyaaaaa.kena buat cv ke?

ad said... [Reply to comment]

berapa lama kursus persediaan hlp?

DaHLia said... [Reply to comment]

@ad

3 hari je cikgu ad :D

puan bunga tulip said... [Reply to comment]

Assalamualaikum cikgu dahlia, harap cikgu dahlia sihat dan diberkati Allah selalu.
Alhamdulillah, saya baru saja menerima keputusan temuduga HLP dan saya berjaya...
cuma saya rasa mcm tak berapa keruan di hati. utk pengetahuan cikgu dahlia, saya megajar di satu institusi di labuan. suami saya juga bekerja satu unit dengan saya. dan kami dikurniakan 4 orang anak (eh,,,citer pasal family plak,,,hehe)
saya mmg sangat teruja nak sambung master sebelum ni,,, cuma sekarang berpeluang dengan tajaan biasiswa,,,
cuma banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, jika saya sambung belajar di semenanjung, saya perlu korbankan perasaan anak2 dan suami... semalam mmg kami talk to heart, dia memang tak sanggup saya berjauhan dari dia. bila tengok wajah anak2 yang masih kecil dan mengharapkan perhatian, saya betul2 jadi sayu dan serba salah. (anak saya berumur 10, 4 tahun, 3 tahun dan 9 bulan)
ketika saya menulis komen ini, rasanya perasaan nak sambung belajar tu mcm dah luntur, sedangkan ini yg memang saya inginkan sebelum ini... apa2 pun saya mengarapkan Allah menunjukkan jalan jalan yang terbaik untuk saya, suami dan anak2... saya doakan cikgu dahlian berjaya dalam bidang yang diceburi

p/s : apa tindakan KPM kalau kita tolak biasiswa ye?

DaHLia said... [Reply to comment]

@puan bunga tulip

waalaikumussalam Puan Bunga Tulip..

tahniah sebab berjaya.. Allah beri rezeki untuk puan. Alhamdulillah.
Kalau saya di tempat puan pun, sure saya rasa serba salah. nak ikutkan kemahuan diri ataupun tuntutan keluarga.. Sebaiknya puan buat solat sunat Istikharah. InsyaALLAH bila dah dpt keputusan nanti, puan akan lebih redha dengan keputusan yang puan tidak buat. Ni dugaan dariNya.. minta bantuanNya ok.. saya yakin, Dia akan memberikan jalan terbaik untuk Puan.. :D

Honestly, saya sebelum ni target nak kahwin je.. so, kalau dapat kahwin, takde lah fikir2 pasal sambung belajar apa ni.. Tapi dah Allah bagi rezeki sambung belajar, saya ikutkan je :D Kalau leh, memang nak kahwin, jaga anak jer..huhuhuh (ini jujur tauu.. ) ..

Macam kes puan ni sebab di Labuan.. kalau kat sini, senang jugak kan.. tu yg jadi complicated..
Takpe puan, pengorbanan yang puan buat lebih daripada ikutkan kemahuan. InsyaALLAH diberkati..terima kasih kerana mendoakan saya :D

saya tak pasti apa tindakan KPM kalau kita tolak.. maaf :D terima kasih kerana doakan saya.

DaHLia said... [Reply to comment]

@puan bunga tulip

waalaikumussalam Puan Bunga Tulip..

tahniah sebab berjaya.. Allah beri rezeki untuk puan. Alhamdulillah.
Kalau saya di tempat puan pun, sure saya rasa serba salah. nak ikutkan kemahuan diri ataupun tuntutan keluarga.. Sebaiknya puan buat solat sunat Istikharah. InsyaALLAH bila dah dpt keputusan nanti, puan akan lebih redha dengan keputusan yang puan tidak buat. Ni dugaan dariNya.. minta bantuanNya ok.. saya yakin, Dia akan memberikan jalan terbaik untuk Puan.. :D

Honestly, saya sebelum ni target nak kahwin je.. so, kalau dapat kahwin, takde lah fikir2 pasal sambung belajar apa ni.. Tapi dah Allah bagi rezeki sambung belajar, saya ikutkan je :D Kalau leh, memang nak kahwin, jaga anak jer..huhuhuh (ini jujur tauu.. ) ..

Macam kes puan ni sebab di Labuan.. kalau kat sini, senang jugak kan.. tu yg jadi complicated..
Takpe puan, pengorbanan yang puan buat lebih daripada ikutkan kemahuan. InsyaALLAH diberkati..terima kasih kerana mendoakan saya :D

saya tak pasti apa tindakan KPM kalau kita tolak.. maaf :D terima kasih kerana doakan saya.

Anonymous said... [Reply to comment]

TQ!. kerana info dari cgu DaHlia byk bantu sy...
sy telah bjya dlm t/duga HLP 2012.
Inshaalah... moga cgu DaHlia terus success...
// risau gak kalau x dpt masuk usm! kalau ulang-alik UPSI mmg terasa jauh! sbb sy. d penang...
//apa kata.. KPM 'sure ke leh dapat universiti yang kita pohon nanti atau kena minta lebuh dari satu 'U' takut terlepas peluang..!
TQ!
hasbullahahmad2000@yahoo.com

puan bunga tulip said... [Reply to comment]

salam dahlia,
semenjak tahu keputusan tu kami mmg tak putus buat solat istikharah...
dan utk pengetahuan cikgu dahlia juga saya tgh tunggu kenaikan pangkat... bila dah jadi kes mcm ni, saya memberanikan diri telefon bahagian sumber. puas juga merayu ngan cik adik bsuara merdu tu supaya kami boleh tahu keputusan. keputusannya nama kami berdua tak ada utk kenaikan pangkat... apapun ketika komen ini ditulis, saya redha. tp suami saya nampaknya mcm nak suruh saya sambung belajar. tapi bila balik petg tadi, bila buka pintu kesemua anak menerpa memeluk, termasuk yg kecil 9 bulan bergayt2 di kaki saya minta didukung... aduh, cair hati saya...
mana mungkin saya mengorbankan perasaan mereka semata2 saya ingin mengejar impian... apa2 pun saya masih tidak beputus asa moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik sebelum penerimaan dan penolakan biasiswa berakhir jumaat ini...

apa2 pun saya gembira mengikuti perkembangan cikgu dahlia... saya sangat happy bila cikgu dahlia sudi berkongsi ilmu dan menyebarkan ilmu pada orang lain... moga ini akan menjadi saham yang tidak akan putus hingga akhirat nnti...

Anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum cikgu dahlia! kak memang kagum dengan cikgu dahlia sebab ada masa dan ruang untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. sebab tulisan cikgu kak berpeluang tahu tentang hlp ni. dan alhamdulillah akhirnya kak juga terpilih untuk hadiri kursus persediaan ni. tapi akak pun belum dapat tempat di universiti. kak pun dah berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak. namun satu niat akak nak belajar adalah demi agama, bangsa dan negara di samping menjadi inspirasi keluarga... terima kasih

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais