BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , » Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2012 | EG-Tukar Jan 2012

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2012 | EG-Tukar Jan 2012

Share

Permohonan pertukaran guru online melalui sistem EGtukar bagi sesi Januari 2012 dah dibuka! Cikgu-cikgu yang ingin memohon pertukaran antara negeri, antara daerah ataupun dalam daerah, tak kira nak bertukar mengikut suami, nak balik ke kampung halaman sendiri, ataupun ingin mencari pengalaman di tempat baru, take alert!! 

egtukar

Makluman terkini dari laman web EGTukar:

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011. Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012.

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, Sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”) Sekian dimaklumkan.

 

Sejak dua minggu lepas lagi, aku dapat surat makluman pasal EGTukar Januari 2012 ni. Dah namanya Guru Data, so kerja-kerja pengemaskinian maklumat 102 orang guru sekolah aku sebelum memohon pertukaran memang aku yang buat sebelum ni. Tapi, kali ni dalam surat edara aku terima tu, dinyatakan kalau ada pindaan, hubungi pegawai JPN. Mudahlah kerja aku nampaknya!

 

Kali ni juga dah dinyatakan, EOperasi yang digunakan untuk pengemaskinian data masa EGTukar sebelum ni dimansuhkan serta-merta. Semua urusan pindaan hanya dalam laman web EGTukar sendiri. Oke jugak, kalau tak, mau pening jugak lah eden nak masuk website itu ini, sistem itu ini.. Ops, tapi dah tak perlu nak buat, apa nak fikir lagi kan?

 

IMG_20110812_074422

Surat Makluman Permohonan Pertukaran Guru Online Jan 2012 Melalui EGTukar yang diminitkan pada aku…

 

Baru je berSMS dengan member geng Data cakap tak perlu kemaskini sebarang maklumat guru yang ingin memohon, alih2 dapat SMS dari PPD direct ke handphone aku, diminta mengemaskini. Kali ni memang akan jadi problem sikit aku rasa, sebabnya GPK aku baru, dan Pengetua aku pun dah bersara wajib. Tapi so far, memang takde pulak cikgu yang nak memohon datang jumpa aku. Esok nak kena tanya gamaknya…yerlah, tarikh akhir untuk pengemaskinian maklumat adalah sehingga penghujung Ogos 2011 ni jer.

 

Cakap pasal pertukaran sekolah ni, aku sendiri memang teringin nak bertukar. Even dulu pun, aku lah pemohon tetap pertukaran antara daerah. Konon nak balik Kuantan lah. Tapi dah dipesan, pertukaran GDM susah sikit, so aku rasa aku perlu alasan yang lebih kukuh untuk bertukar. Bukan apa, jangka masa 5 tahun di sesebuah sekolah bagi aku, dah terlalu lama. Ramai yang aku lihat, bila dah berakar umbi kat sekolah, jadi mual pun ada. Aku pun dah rasa hampir macam tu walaupun aku kat sekolah ni, baru nak masuk 5 tahun. Aku perlukan rangsangan baru!

 

Alhamdulillah, aku dapat HLP, so tak perlu aku nak mohon EGtukar dah. Just tunggu untuk bergelar pelajar sarjana sepenuh masa. 2 tahun keluar mencari ilmu dan pengalaman baru, then reposting kembali yang entah ke mana nanti. Tapi the problem is. aku masih menunggu permohonan UPM yang aku rasa tipis. Doakan aku berjaya mendapat tempat di UPM ya! Tak sabar nak bergelar pelajar kembali!

 

Back to Permohonan EG Tukar sesi Januari 2012 ni, kat sekolah aku ni ada 4 calon nak bertukar…3 orang guru perempuan bujang nak balik Kelantan (2 Opsyen Maths, 1 Pendidikan Khas), 1 orang guru lelaki dah berkahwin nak balik Terengganu. Ada mana-mana cikgu yang nak tukar suka sama suka tak? Huhuh..macam lah boleh kan?? Tapi ada gak yang cakap, kalau dapat sokongan daripada sekolah yang kita mohon pertukaran tu, lebih senang permohonan pertukaran diluluskan. Wallahualam.

 

Kepada cikgu-cikgu yang memohon pertukaran untuk Januari 2012 melalui EGtukar ni, isi borang elok2 ya.. Baca doa banyak2, usaha, tawakkal, then serahkan kepadaNya. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluknya.

16 komen:

misya mialen said... [Reply to comment]

tq for dah info;D sy antara org yg akan isi nnt;D

puanbee said... [Reply to comment]

moga cita-cita akk utk bergelar pelajar tercapai kak ..amin!

Anonymous said... [Reply to comment]

nak tanya, sek cekgu kat area mana?

ohcikgu said... [Reply to comment]

ni mesti ramai cikgu nak tukar nanti. hehe..

Anonymous said... [Reply to comment]

nak tnya kan..kalau yg dah pnh mohon tu adakah kna guna password lama ka?thanks cg dahlia..

wan said... [Reply to comment]

nak tnya kan..adakah password kna guna yg lama kalau sy nie dah pnh mohon dlu?tq cg...

DaHLia said... [Reply to comment]

@wan

yup, guna yang sama saja mcm dulu..
kalo masih ada masalah, contact JPN

Anonymous said... [Reply to comment]

sape nak blik kelantan tu kim salam jer laaaa... kec ada pak2 sedara yg power2 kat atas sana nun.. den dan berakar umbi kek cni memohon tukar.. baik korang beli aset e.g rumah dll kat mana korang ngajar le nih..

Anonymous said... [Reply to comment]

kenapa tak boleh nk masuk dalam laman web eg tukar tu? ada problem ke? blh bgtau alternatif lain x?

Anonymous said... [Reply to comment]

miting yang dalam negeri daj setle dah.dengar kata nama yg dapat tukar dah ada di PPD.last week miting pertukaran dari smk ke SMA dah setle.hari ni mula miting yg mohon dari SMK ke SMK antara negeri.harap2 kali ni Allah pilih untuk tersenarai nama saya dlm senarai yg layak untuk ditukarkan ke terengganu.amin.amin.amin

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun harap sangat dapat pindah..dah 6 tahun kat sini..

Anonymous said... [Reply to comment]

bile keputusan eg tukar ni???

husnizai said... [Reply to comment]

tukar! tukar! dah 15 th dok d Perlis, nak ikut suami bertukar ke Kelantan x dpt! apa cerita?? opsyen Geografi.Nak jadi takdir, semasa ketiadaan suami d sisi,putriku 6 tahun telah menemui ajal secara tiba2.Seorang diri sebagai ibu menghantar anak ke hospital dan mguruskan jenazahnya.Sudah hilang semangatku..dan fobia dihati bila anak2 lain demam&sakit.semuanya aku alami,rasai&pendam seorang diri sehingga satu peringkat aku pulak menjadi pesakit Psychiatry.tolonglah sesiapa yg boleh tolong!!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

cik gu Dahlia...nak tanya...permohonan pertukaran untuk jun 2012 dibuka ke tidak tahun ni...atau sekali setahun je?

puyufish.blogspot said... [Reply to comment]

Nak minta tolong cikgu boleh ka... saya nak minta balik kampung kt pahang..kalau boleh pertukaran untuk bulan jun ni..

Anonymous said... [Reply to comment]

ada nk tukar?dari kelantan ke johor?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais