BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu SPPB | Permohonan Pinjaman Perumahan Online untuk Kakitangan Kerajaan

Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu SPPB | Permohonan Pinjaman Perumahan Online untuk Kakitangan Kerajaan

Share

Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam secara online melalui Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPBB) akan berkuatkuasa mulai Januari tahun hadapan, 2012 menggantikan cara manual yang digunapakai sekarang semasa membuat permohonan pinjaman perumahan iaitu mengisi borang dan menghantarnya ke kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

 

sppb3

Portal SPPB bagi Peminjam Harta Pertama [Klik Sini]

E-Borang bagi Peminjam Harta Kedua [Klik Sini]

 

Kaedah Permohonan Pinjaman Perumahan Online SPPB

Kakitangan kerajaan yang pertama kali membuat permohonan pinjaman perumahan ,menerusi portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu, SPPB akan diberi kelulusan bersyarat dengan segera dan apa yang perlu mereka lakukan selepas itu ialah membuat bayaran wang pemprosesan dengan menggunakan nombor rujukan yang diberi melalui permohonan dalam talian itu. Urusan pembayaran wang proses juga boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u dan CIMBClicks berbanding secara wang pos ataupun draf bank sebelum ini.

 

Para pemohon hanya perlu mencetak salinan permohonan mereka itu serta menyediakan dokumen-dokumen sokongan dan menyerahkannya kepada Bahagian Pinjaman dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat.

 

Kebaikan Skim Pinjaman Perumahan SPPB

Melalui pelaksanaan Portal SPPB ini, antara kebaikan yang boleh dimanfaat bersama  baik BPP mahupun pemohon adalah:

i) Mempercepatkan proses kelulusan pinjaman perumahan Perbendaharaan;
ii) Mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman sedia ada;
iii) Mempercepatkan proses pembayaran wang proses melalui kemudahan Internet banking; dan
iv) Memudahkan pemilihan Insuran/Takaful dengan kemudahan Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online

 

Melalui portal itu, penjawat awam juga boleh membuat permohonan pinjaman perumahan secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Portal SPPB itu katanya turut menyediakan perkhidmatan menyemak status permohonan, status pembayaran, baki pinjaman serta penyata tahunan.

Semua Permohonan Pinjaman Perumahan Online mulai Januari 2012!

Datuk Shuib Md Yusop, Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) berkata: "Kita memberi masa tempoh kepada peminjam kita sehingga akhir tahun untuk membuat permohonan secara manual. Maka mulai tahun depan 2012, Januari, kita mensyaratkan semua pemohonan akan dilakukan secara online."


Bahagian Pinjaman Perumahan, BPP Perbendaharaan Malaysia menyediakan pinjaman antara 80 hingga 450 ribu diberi kepada penjawat awam. Jumlah Pembiayaan akan mengambil kira gaji pemohon mengikut kadar kelayakan pinjaman seperti berikut:

sppb

Maklumat lanjut berkenaan permohonan pinjaman perumahan SPPB boleh didapati di :

p/s: Sebagai penjawat awam, aku sendiri masih belum menggunakan keistimewaan pinjaman perumahan ini. Harga rumah semakin naik, tapi aku masih belum terfikir untuk membeli rumah untuk dijadikan aset.. Adoi~~~

9 komen:

uncle hyree said... [Reply to comment]

samalah uncle pun..masih belum beli lagi rumah...potongan terlalu banyak..kalau beli dan dipotong tinggal bakinya...huhuhuuu nak makan apa? hihihih

Eyriqazz said... [Reply to comment]

baik beli cpt2...rumah pertama yang eyriqazz beli 2 tahun lepas, RM268k..sekarang dah nak siap, dah ada yang nak beli RM400K....

@juera said... [Reply to comment]

thanks info =)..tgh mncri umah sbg aset kedua sy..bli umh kna cpt2 skrg tkt mkin lma mkin mhl arganya..=)

PakTeh said... [Reply to comment]

kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah yang terbaik dan termurah. kelayakan pun dah tinggi sekarang!. kongsikan dengan saya jika masih kurang yakin...

Stanley Goh said... [Reply to comment]

Salam 1Malaysia
Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan
Kami ingin bawa kepada perhatian semua kakitangan kerajaan mengenai Skim Pinjaman Ubahsuai Rumah anjuran MOF.
Jikalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang pinjaman ubahsuai atau binaan rumah, sila tujukan pertanyaan anda kepada gohchintiong25@hotmail.com atau call saya di talian 012-3700275.
Sekian dan terima kasih kepada Dahlia Journal yang telah banyak berbudi kepada kita semua.

kapla said... [Reply to comment]

rumah 2-storey di Semenyih Parkland 233k..yg kje bangi,kajang,putrajaya bek bl cpt nt nek kow2 pnye.prefer gomen staff.pm me jey4445@gmail.com for info

Anonymous said... [Reply to comment]

masalah tak kalau beli rumah pajakan 99 tahun?adoi..susahnya nak decide..rumah dah berkenan dah.tapi ada yg cucuk kata leasehold tak bagus..

Mohd Nurul Akmal Md Yusof said... [Reply to comment]

beli je leasehold..jarang sgt kerajaan ambil tanah yg dh didirikan umah..

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam/ selamat sejahtera semua,
saya tengah pertimbangkan nak beli rumah.masalahnya, gaji bersih kecik sangat...layak ke memohon pinjaman perumahan?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais