BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , » Hipotesis Kajian : Hipotesis Null atau Hipotesis Alternatif?

Hipotesis Kajian : Hipotesis Null atau Hipotesis Alternatif?

Share

140708

Hipotesis Kajian?

“Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993)

“Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992)

“Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995)

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.

Jenis – jenis Hipotesis

1. Hipotesis Induktif = dibentuk melalui proses cerapan. Penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji.

2. Hipotesis deduksi = dibentuk daripada teori dan akan memandu penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.

 

 

Kelebihan menggunakan Hipotesis

1. Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam.

2. Melibatkan falsafah sains.

3. Dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji.

4. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.

Ciri – Ciri hipotesis

 

  1. hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (tidak bersandar) dengan pemboleh ubah bergerak balas (bersandar) apabila pemboleh ubah lain dimalarkan.
  2. Hipotesis mesti berasakan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu dibuktikan.
  3. Hipotesis itu mesti boleh diuji.
  4. Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

Pernyataan Hipotesis

Hipotesis Nul (kosong) , H0 =  Hipotesis ini adalah merupakan hipotesis sementara yang tidak pincang (Mohd Majid, 1998).Ianya adalah merupakan hipotesis negatif atau menunjukkan tiada perbezaan / tiada terdapat persamaan / tiada perhubungan / tiada terdapat perkaitan antara kedua – dua pemboleh ubah(sama ada berarah atau tidak berarah).

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable

 

Hipotesis Alternatif / penyelidikan, Ha = Ianya biasa dibentuk pada peringkat awal sesuatu penyelidikan (Mohd Majid, 1998). Hipotesis inidigunakan sebelum data dicerapkan. Ianya adalah merupakan versi hipotesis positif ataumenunjukkan terdapat hubungan / terdapat persamaan / terdapat perbezaan / terdapat perkaitanantara kedua – dua pemboleh ubah (sama ada berarah atau tidak berarah).

Terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable

 

 

p/s: Dah biasa mengajar student bina hipotesis dengan gabungkan m-v dan r-v, tapi masih pelik, kenapa perlu ada hipotesis null dalam penyelidikan?”

10 komen:

Miss No Body said... [Reply to comment]

tak faham la kes hipotesis nie..boleh terangkan lebih lanjut tak..contoh mcm kata nak pada aras keertian 1%, mcm mna nak buat? tolong email ke attaturin@yahoo.com..terima kasih

Abu Lutfi said... [Reply to comment]

Salam,

Mohon penjelasan: Saya mahu jalankan kajian mix-method. Saya mempunyai 3 pembolehubah untuk dikaji. Perlukah saya kepada hipotesis? Bolehkah saya jalankan kajian tanpa hipotesis? Alasannya kalau boleh?

Terima kasih.

Myra Jay said... [Reply to comment]

Nanti boleh refer sini pasal hipotesis, Myra masih blur2..

Thanks cikgu, Myra dalam proses nak siapkan kajian laporan ;D

zila said... [Reply to comment]

ALHAMDULILAH....dpt intrvw 1 okt 2012....hlp phd...tq. byk maklumat membantu disini

Anonymous said... [Reply to comment]

alhamdulillah...penerangan yang ringkas dan padat ni buat sy faham ttg hipotesis ni...tqvm...:)

UBK Tok Lela said... [Reply to comment]

Salam saya mohon share bahan ya cikgu dahlia, skrg sy dan rakan2 sedang berkursus Master di Sg Karangan, Kulim.

Anonymous said... [Reply to comment]

Askum, nak tanya sket ni. Saya ni baru belajar buat kajian. Nak tanya pasal hipotesis kajian. Sekiranya objektif kajian saya adalah "Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pelaksanaan 2 masa tambahan pendidikan Islam", bagaimana hipotesis yang saya patut tulis. Sekian, mohon tunjuk ajar..

Anonymous said... [Reply to comment]

Boleh x minta jasa baik cikgu Dahlia untuk share semua nota (a-q)di atas untuk rujukan saya yg sedang dlm pengajian master nie...saya percaya, nota2 di atas dpt membantu saya. Harap xkeberatan untuk email ke>> nasyamas07@yahoo.com

Anonymous said... [Reply to comment]

saya nak minta jasa baik cikgu dahlia utk sharenota (a-q) untuk rujukan saya yg sekarang masih lagi dalam pengajian peringkat master. Harap dapat e-mail kan ke >> nasyamas07@yahoo.com

Jasa baik cikgu amat dihargai

Hazzna el-fachmie said... [Reply to comment]

salam hormat, saya mhsswa dr indonesia,,, mhon emai kan ke nurulhikmah.lmpg@gmail.com contoh hipotesis tentang perbandingan 2 metode mngajar... terimakasih.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais