(1) Kajian Sejarah:- membina semula masa silam secara sistematik.
eg: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri.
(2) Kajian Deskriptif:- memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan berfakta.
eg: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.
(3) Kajian Perkembangan:- menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa.
eg: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.
(4) Kajian Kes/Lapangan:- mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti)
eg: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.
(5) Kajian Kolerasi:- menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau lebih faktor lain berasaskan pekali variasi.
eg: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik
(6) Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif):
-mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat.
eg: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau PDRM
(7) Kajian Eksperimental:- menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima rawatan
eg: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar sekolah menengah.
(8) Kajian Tindakan:- membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah
eg: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan teknologi.






1 komen:
wahhh siap ade nota...time kasih la cikgu dahlia..semoga ALLAH pemudahan segala urusan cikgu sbb cikgu dah byk mberi panduan tuk mudahkan urusan kami
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...