BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , » Pemboleh ubah @ Variables –Bersandar, Tidak Bersandar, Moderator, Intervensi

Pemboleh ubah @ Variables –Bersandar, Tidak Bersandar, Moderator, Intervensi

Share

Pemboleh ubah (variables) ialah konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik (Gay & Airasian,2000) yakni merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan; yang berubah-ubah dari segi kuantiti atau kualiti.  Penyelidikan melibatkan hubung kait antara pemboleh ubah- pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang mana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Contoh pembolehubah yang sering diselidik dalam penyelidikan pendidikan ialah pencapaian, sikap, gender, motivasi, gaya pembelajaran, kemahiran berfikir, kemahiran membaca, dan kaedah pengajaran.

 

banner_science_variables

Secara umumnya, pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan dapat dikategorikan kepada pemboleh ubah tidak bersandar (Independent variable), pemboleh ubah bersandar (dependent variable), pemboleh ubah luaran (extraneous variable), pemboleh ubah moderator (moderator variable), dan pemboleh ubah intervensi (intervening variable)

Pemboleh ubah tidak bersandar (Independent variable)- IdV

  • pembolehubah yang dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain (bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu perkara kejadian
  • dalam kajian eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar merupakan rawatan ataupun pembolehubah dimanipulasi. Misalnya penyelidik ingin mengkaji kesan dua kaedah pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar.
  • Kaedah pembelajaran koperatif ----------------> Pencapaian pelajar

                 (P/ubah xbersandar)                             (P/ubah bersandar)

Pembolehubah bersandar (dependent variable) – DV

 

  • pembolehubah yang menerima kesan satu atau lebih pembolehubah tidak bersandar, sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi ataupun yang diperhati oleh penyelidik (Jaeger, 1990)
  • pemboleh ubah ini juga dikenali sebagai pemboleh ubah hasil (outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria (criterion variable)
    Pemboleh ubah luaran (extraneous variable) -EV 

    variable

     

    • Pemboleh ubah luaran ialah pemboleh ubah lain (tidak bersandar) yang penyeldiik percaya memberi kesan ke atas pemboleh ubah bersandar dalam sesuatu penyelidikan.
    • Pemboleh ubah ini dikenal pasti melalui sorotan literaturdan saranan teori berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar.
    • Pemboleh ubah ini perlu dikawal daripada mempengaruhi hasil penyelidikan dengan menjadikan pemboleh ubah iniu sebagai pemalar (constant)
    • Contoh : Tahap sosioekonomi yang berbeza mampu pengaruhi pencapaian kanak2 prasekolah, maka libatkan kanak2 dari satu tahap sosioekonomi sahaja.

            Kesan pembolehubah ini boleh dikawal secara statistik menggunakan analisis    kovarians (ANCOVA)

      ANCOVA = menyingkirkan sebarang varians dalam skor pemboleh ubah bersandar yg berpunca daripada pemboleh ubah luaran dan menjalankan analisis varians (ANOVA) yg biasa ke atas skor yang diperbetulkan.

    Pemboleh ubah moderator (moderator variable) – MV

    • pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak dimanipulasi tetapi disedari penyelidik dan diukur dalam penyelidikan.
    • contoh : umur, budaya, kecekapan bahasa subjek penyelidikan adalah antara pemboleh ubah moderator yang wujud dalam penyelidikan pengajaran TESL.

      moderator variable
    • pemboleh ubah ketiga yang memberi kesan ke atas pekali kolerasi antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar.
    • sekadar mengubah kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar tanpa membentuk perkaitan.
    • contoh : kajian bagaimana motivasi mempengaruhi strategi pembelajaran. MV yang mungkin wujud ialah umur pelajar. Kekuatan hubungan motivasi (X) dan strategi pembelajaran (Y) meningkat mengikut peringkat umur (Z).

      Pemboleh ubah intervensi (intervening variable) 
      • pemboleh ubah yang mewujudkan hubungan antara  pemboleh ubah tidak bersandar (IdV) dan pemboleh ubah bersandar.
      • IV

        contoh : penyelidikan kebolehan membaca kanak-kanak, data dikumpul termasuk maklumat demografi dan data fizikal eg umur (pemboleh ubah Z) dan ketinggian kanak-kanak (X). Hasil analisis menunjukkan ketinggian kanak-kanak mempunyai hubungan positif yang signifikan denagn kebolehan membaca (Y). X dan Y dipengaruhi oleh p/ubah ketiga iaitu umur dan kalau umur (Z) diabaikan, hubungan X dan Y tidak akan wujud.

        - pemboleh ubah ini memainkan peranan penting dalam menjelaskan hubungan atau proses sebab-akibat yang berlaku antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar.

      6 komen:

      Adah Awie said... [Reply to comment]

      haaa...yang nie tq banyak2...sangat berguna....

      Pesona De Nina said... [Reply to comment]

      Assalamlamualaikum Cikgu...
      Alhamdulillah, saya merupakan penerima HLP untuk 2012. Saya banyak baca blog cikgu untuk dapat maklumat yang sangat berguna....sekarang saya nak buat assingment ni...hehhe...tq cikgu...teruskan memberi info berguna...

      Afidah said... [Reply to comment]

      Alhamdulillah.. entry ni memberikan kefahaman kepada saya tentang hubungan pemboleh ubah. terima kasih cikgu.. :)

      SMKKS said... [Reply to comment]

      Bebalnya aku, masih tak faham macam mana nak cari variable dalam kajian saya. Boleh bantu tak????? Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!

      Anonymous said... [Reply to comment]

      mohon saya ambil manfaat darinya boleh.. terima kash banyak atas perkongsiaan ilmu..

      ct-sue said... [Reply to comment]

      Assalam. Mohon bertanya...adakah pemboleh ubah bersandar memerlukan pembinaan item untuk diuji? Terima kasih...

      Post a Comment

      Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      My Shoppe =)

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais