BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , » Tips Menjawab Soalan PMR 2011 Sains Kertas 2 Terkini

Tips Menjawab Soalan PMR 2011 Sains Kertas 2 Terkini

Share

Pasal tips dan teknik menjawab soalan kertas 2 Sains PMR 2011 ni rasanya semua calon PMR 2011 dah alert dan dah ditunjuk ajar oleh guru-guru sendiri kan? Takper, Cikgu Dahlia kongsi je mana2 yang patut kan…mana tahu boleh refresh kembali segala ilmu yang diterima sebelum ni kan..

Peringatan !!! Semasa memberi jawapan untuk Soalan Sains Kertas 2 PMR 2011,

  1. Berikan jawapan yang ringkas, tepat dan padat.
  2. Jangan buat jawapan double yang boleh menyebabkan awak salah.
  3. Beri jawapan berdasarkan markah yang diperuntukkan pada soalan tu. Kalau 1 markah, 1 jawapan tepat sahaja!
  4. Boleh tulis jawapan sama ada dalam BM atau BI, tetapi jangan tulis bahasa rojak, bahasa SMS! Tulisan pun pastikan jelas dan terang untuk dibaca pemeriksa.

Pokok pangkal paling utama, calon PMR 2011 dan semua pelajar Tingkatan 3,2 dan 1 perlu alert dengan format soalan Sains Kertas 2 Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR ni.

Bahagian A

Soalan 1-6 >>  Soalan yang menguji pengetahuan Sains, pemahaman anda dalam Sains sehinggalah ke aplikasi Sains dalam kehidupan. Hanya tuliskan jawapan ringkas dan tepat.

Bahagian B

Soalan 7, 8 >> Soalan yang menguji Kemahiran Proses Sains, so soalan 7 dan 8 adalah lebih banyak berdasarkan pemerhatian anda pada rajah, kemahiran menjalankan eksperimen, dan lebih kepada teknik menjawab berdasarkan soalan yang diberi.

Kebiasannya, jawapan untuk Bahagaian B ni ada pada soalan tu sendiri. Calon PMR 2011 yang mengambil Kertas 2 Sains ni perlu mencari jawapan dalam soalan tu sendiri dan menulis jawapan dengan tepat, antaranya seperti di bawah:

Cari keyword yang Cikgu Dahlia “bold”kan ni dalam soalan…dan tuliskan jawpaan mengikut cara yang dinyatakan

  • Difference >> Tulis perbezaan berdasarkan kedua-dua gambar yang anda dapat lihat pada soalan tersebut. Gunakan ayat perbandingan ataupun nyatakan perbezaan bagi kedua-dua gambar.      Contoh 1 : Mentol A menyala lebih terang dari B
         Contoh 2 : Mentol A menyala dengan terang, mentol B menyala dengan malap

  • Inference >> _______ sebab _______ (apa yang berlaku sebab apa). Mulai tahun 2011, penggunaan “depends on/influenced by/bergantung kepada” tidak dibenarkan! Tips: Tulis ayat difference tadi dan sambung kerana …………                                      Contoh : Mentol A menyala lebih terang dari B kerana mendapat lebih banyak voltan.
  • Manipulated variable >> Variable yang terletak pada paksi-x graf (melintang)
  • Responding variable >> Variable yang terletak pada paksi-y graf  (menegak)
  • Constant/Fixed Variable >> Apa yang sama dalam gambarajah eksperimen.. elakkan tulis apparatus sebagai c-v, tapi bahan oke.                                                          Contoh salah: Isipadu bikar                                      Contoh betul: Isipadu air.             Air ialah bahan, bikar ialah apparatus!
  • Predict >> Refer pada graph dan nyatakan nilai yang dapat anda baca pada graph. Atau jika tiada graf, beri nilai ramalan berdasarkan jadual.
  • Hypothesis / Relationship >> As the M-V increase, R-V _____ (refer graph)..yg penting, sebut manipulated variable dulu, baru responding variable.                  Contoh: Semakin bertambah luas permukaan, semakin cepat masa yang diambil. 
  • Operational Definition >> "________ (What to define dalam soalan)" is the __________ (R-V) <—refer paksi y graf …kalau sama, gunakan "________ (What to define dalam soalan)" is the reading of __________ (alat pengukuran R-v)      Contoh : Current is the reading of Ammeter

Semoga semua calon dapat menjawab soalan Sains Kertas 2 PMR 2011 dengan jayanya!!

22 komen:

Gen2Merah said... [Reply to comment]

cayalah cikgu.. terima kasih for the info yang berguna ini

lulu said... [Reply to comment]

TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam..cikgu dahlia..saya cikgu solehah dari sarwak..confused tnntg penggunaan influenced by dan depends on utk inference...knp tahun ini x dibenarkan?

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih cikgu, tip yang amat berguna untuk pelajar-pelajar saya, mohon share difb. Jutaan terima kasih

N'dninety said... [Reply to comment]

Assalam cikgu dahlia. Sy spt cikgu solehah baru tahu plak tahun ni dah x boleh guna perkataan2 " influenced by" "depends on" utk inferens..sy pun tertanya2 gak. Nk kena rujuk pemeriksa kertas ni.hihi..Anyway a big thanks 4 this new info cikgu.;)

Anonymous said... [Reply to comment]

terima kasih cikgu, tapi saya tak berapa faham ttg OPERATIONAL DEFINITION. kalau soalan tak ada graf, macam mana nak jawab?

DaHLia said... [Reply to comment]

@Gen2Merah

sama2..
semoga dpt meningkatkan kecemerlangan pelajar tahun ni :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@lulu

sama2 :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

saya tak ingat kata2 Ketua Pasukan saya kenapa tidak dibenarkan, tapi begitulah yang diputuskan semasa mereka bersidang dengan KPB ...

saya xdapat nak tanya dia balik tahun ni sebab xdpt menanda PMR 2011, sambung belajar :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

sila2...
sharing is caring :D
nanti tlg fahamkan pelajar, kalau2 diorang masih tak faham..

insyaALLAH, bila dah tahu cara jawab soalan2 macam ni, untuk dapat LULUS tu mudah je sebenarnya :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@N'dninety

wkumsalam...

yup..perkara ni diberitahu semasa sesi penandaan Sains PMR 2010 tahun lepas..
sempat lagi nak tukar budak jawab seperti dinyatakan di atas :D cubalah..
tapi mmg itu yg dah diputuskan..
boleh refer pada pemeriksa :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

Kebiasaannya soalan Sains PMR no8 memang ada graf, sebab itu adalah salah satu Kemahiran Proses Sains :D

Ok, untuk jawab Operational Definition ..
"term dalam soalan O.D yang dia nak" is the ________ (r-v pada graf)..kalau xde graf, cari r-v eksperimen tu.. kiranya _______ is the ________ (r-v)

In case kalau yang dia tanya tu adalah r-v jugak... kena tambah gini..
_______ (apa dia nak dalam soalan OD) is the reading of ________ (alat pengukuran dia)

contoh soalan:
Define operationally the Current.

Daripada graf, kita nampak, dekat paksi-y pun tulis current..takkan kita nak tulis jawapan

CURRENT is the CURRENT.

Jwpn atas ni memang salah...logik kan??

so, jawapan sebetulnya:
CURRENT is the reading of AMMETER


nampak x, beza dia seperti berikut:

_______ is the _________ (r-v)
_______ is the reading of ________ (alat pengukuran dia)

kedua cara atas ni betul untuk jawab soalan O.D tu.

Kalau masih tak faham, leh YM dengan cikgu ... ID : dahliajournal

N'dninety said... [Reply to comment]

@DaHLia

Minggu terakhir ni masa mmg sgt2 berguna. lebih2 lg dpt info baru ni wpun thn lalu dah mula (sy plak yg termissed info. almaklumla kali terakhir ikut kursus bbrp thn yg lalu). Mujurla sy terjumpa blog cgu dahlia yg nih dan baru td sy maklumkan pkara ni kpd pljr sambil2 bincang soalan koleksi2 negeri.Moga segala perkongsian akan berterusan pd ms akan dtg. Hanya Allah dpt mbalasnya. Tqvm;)

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih cikgu atas penerangan ttg Operational Definition. Dah faham skrg.

PanitiaSainsSDARYJB said... [Reply to comment]

Salam cikgu.. mohon share and copy ye info2 ini...

Anonymous said... [Reply to comment]

betul ke inference tak boleh guna depends on/influence by/bergantung kepada?

Anonymous said... [Reply to comment]

Cikgu.. nk tulis tu gune pensil atau pen ?

Anonymous said... [Reply to comment]

Thanks! cikgu kami ada ajar, tapi lupa... cari2 di internet, akhirnya jumpa juga!!! sama sperti yg diajar oleh cikhu kami... Thanks alot!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

@Anonymous mesti lah plajar tingkatan guna pen... kalau guna pensil,kena tolak markah.. silap2 kena kasih kosong,..

Anonymous said... [Reply to comment]

Now 2012. Biar lmbt asal baca :P . Thnx for the information that very useful for my PMR . Kbai :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Thanks for the very useful notes :)

Cikgu Hailmi said... [Reply to comment]

cikgu, jemput baca jugak kaedah tips lain yang lebih mudah untuk menjawab atau menulis soalan yang berkaitan dengan hipotesis sains pmr

Blog cikgu hailmi
http://cikguhailmi.blogspot.com/2013/02/teknik-menjawab-soalan-7-8-kertas-2-sains-pmr-hipotesis.html

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais