BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » BAB 1 : MENGENAL PASTI MASALAH

BAB 1 : MENGENAL PASTI MASALAH

Share

clip_image002

 

Masalah kajian ialah isu pendidikan, konterversi, atau kebimbangan yang akan mendorong kepada keperluan melakukan penyelidikan.

(Cresswell, 2008)

 

Masalah kajian ialah suatu jurang diantara perkara yang diketahui dengan yang tidak diketahui .(Mahzan, 2005)

 

Sumber Masalah?

Sesuatu kajian bermula dengan masalah. Masalah boleh dikenalpasti melalui pengalaman sendiri, membaca sorotan literature, ataupun daripada laporan dan isu terkini.

 

Menurut Ary, Jacobs, Razaveih & Sorenson (2006), masalah boleh dikenalpasti melalui:

 

~ Pengalaman - Masalah yang dihadapi semasa mengajar dalam bilik darjah.             

    eg : Mengapakah pencapaian pelajar rendah dalam subjek berkenaan ?

 

~ Sumber Sorotan Literatur (jurnal, laporan, tesis) - Ulangan kajian yang telah dijalankan pada lokasi dan sampel berbeza , Soalan kajian lebih mendalam/ berbeza berdasarkan kepada sorotan literatur , Kemungkinan kajian yang sama boleh dilakukan pada subjek yang berbeza, Kemungkinan kajian berkenaan boleh digunakan bagi budaya yang berbeza , Kemungkinan ketidak seragaman atau berlawanan antara konseptual, kaedah, instrumen dan kaedah statistik kajian terdahulu.

 

~ Deduksi daripada teori - Teori pembelajaran (Tingkah laku, Kognitif, Konstruktivis, Radikal, Sosial), Teori Reka Bentuk Instruksi, Teori Beban Kognitif, Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

 

~ Laporan rasmi kerajaan - Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia ke 11, Trends in Mathematic and Science Study (TIMSS), Laporan Lembaga Peperiksaan / Peperiksaan

 

~ Laporan akhbar – eg. isu buang bayi berleluasa, kemalangan melibatkan pengangkutan awam, pencapaian membaca yang rendah, isu pengangguran graduan

 

~ Penaja - Penaja mengenalpasti masalah mereka yang perlu dikaji e.g FELDA, Petronas, Proton, Kementerian Pelajaran dll

 

 

Kriteria Pemilihan Masalah

1.Adakah manusia dan lokasi boleh diakses ?

2. Adakah masa dan sumber mencukupi ?

3.Adakah anda mempunyai kemahiran berkenaan ?

4. Adakah masalah berkenaan boleh dikaji ?

 

Menulis Pernyataan Masalah :

—Menjelaskan dengan tepat isu yang hendak dikaji

—Hubungan antara pembolehubah berkaitan dinyatakan dalam bentuk persoalan

image

Persoalan Kajian?

Menggunakan 5W1H (What, Where, Who, When, Why, How) untuk membina persoalan kajian berdasarkan sumber masalah yang ada. Contohnya :

 

1. Apakah faktor –faktor yang mempengaruhi suhu bas ?

— Bilangan pelajar

— kedudukan enjin

— Saiz bas

— Jarak perjalanan

— Cuaca

— Umur bas

 

2. Apakah terdapat perbezaan suhu yang signifikan antara bas yang berwarna hijau dengan yang berwarna oren dengan yang berwarna biru ?

— Suhu memang dipengaruhi oleh warna

— Warna biru menyumbang suhu paling rendah, diikuti dengan hijau dan oren.

 

Untuk nota berikutnya, rujuk:

1.  Hipotesis Kajian – Null atau Alternatif

2. Pembolehubah tidak bersandar, bersandar, moderator, intervensi

0 komen:

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais