KAJIAN KUANTITATIF (Kuantiti)
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative (Sebab-akibat)
iv) Kajian Eksperimental
KAJIAN KUALITATIF (Kualiti)
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kualitatif:
i) Etnografi
ii) Kajian Tindakan
iii) Kajian Kes
iv) Sejarah
v) Naratif
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF
i) Bentuk Data
| KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
| Data berbentuk angka yang boleh diukur. | Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. |
ii) Instrumen Kajian
| KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
| Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. | Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. |
iii) Reka bentuk Kajian
| KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
| Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut. | Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. |
iv) Peserta Kajian
| KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
| Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu. | Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian. |
v) Metodologi Kajian
| KAJIAN KUANTITATIF | KAJIAN KUALITATIF |
| Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian. | Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. |
KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.



16 komen:
Assalamualaikum.. tq.. ruangan ini telah byk membantu saya memahami ttg Kajian Penyelidikan..
Assalamualaikum.. TQ.. ruangan ini byk membantu saya lebih memahami ttg Kajian Penyelidikan..
mudah difahami..ayat yang mudah dan trus kepada point..tq..semoga diberkati.
ha, sem ni study subjek ni! :) thanks for the info tau! useful. ^^
amat membantu, terima kasih
makacih yer
tq ..artikel ini amat membantu dalam memahami kaedah penyelidikan..terima kasih ..banyak2
terima kasih...
tq...banyak membantu untuk ulangkaji peperikaan
bagus dan menarik, tapi sy nak tau lebih mendalam, apa itu analisis dokumen, minta tolong sesiapa yang boleh bagi penerangan, terima kasih
salam.. sy artikel ini amat membantu sy utk final exam researh methods..tksh .mg suksess..
kalau sy buat kajian perpustakaan then sy nk ada 50 org responden y mna di ambil dalam buku jga, kaedah sampel ape y boleh sy gunakan..
tq so much
analisis dokumen 2 mcm folio students ke?
mantopppp...
tq for the info
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...