BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , » (Gambar) Mykad Baru 2012 | Kad Pengenalan Malaysia

(Gambar) Mykad Baru 2012 | Kad Pengenalan Malaysia

Share

Mykad baru ataupun Kad Pengenalan warganegara Malaysia  yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan serta tahap kualiti akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara mulai Januari tahun depan. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.

 

Gambar Mykad baru 2012 adalah seperti berikut:

mykad baru

Turisan ke Tulisan sepatutnya ek??? Anyone ada Kamus Dewan untuk check?

 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, “MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.” “MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya ketika menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

 

Memang tak dinafikan cip Mykad yang kita  ada sekarang ni memang sangat sensitif, mudah karat dan sehingga menyebabkannya sukar dibaca selain daripada bahan mykad sekarang yang sangat rapuh dan mudah patah, kan? Banyak dah kes yang Dahlia jumpa, Mykad mereka di laminate sebab dah patah. Yerlah, nak ganti Mykad baru, memerlukan kos dan makan masa juga kan? Masalah kalau cip Mykad atau kad bank atm kita tak dapat baca, ambik je getah pemadam tu, padam dekat cip tu, biasanya lepas dipadam boleh dibaca. Tapi memang sangat leceh kan? Hopefully Mykad baru ni mencapai kualiti dan standard yang tinggi.

 

111015183018

Lawak pulak aku tengok Mykad sebesar itu kan??? Replika jer okeyyy!!!

 

Pemohon baru yang memohon Mykad mulai tahun depan, akan diberikan MyKad struktur baru tersebut manakala pemegang MyKad lama (yang sedia ada sekarang) boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru. Merujuk kepada Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, tiada kos ataupun bayaran dikenakan  untuk permohonan baru kad pengenalan bagi umur 12 tahun (dalam masa 30 hari) tetapi kalau lewat daripada tu dikenakan bayaran proses RM10 manakala untuk gantian Mykad rosak, mykad hilang, tukar alamat ataupun pindaan butiran dalam Mykad, bayaran akan dikenakan tidak melebihi RM10. Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk Laman JPN sendiri.

11 komen :

nur said... [Reply to comment]

SIS..
HAI..
SIBUK YE SIS..

PASAL NEW IC NI MUNGKIN BETUL TURISAN KOT.. MACAM UKIRAN BY LASER GITU.. (TEKA JE NI,BLOM CHECK KAMUS DEWAN CIKGU..)

AYuNG said... [Reply to comment]

thanx 4 the info:)

Blog Sensasi said... [Reply to comment]

thnks 4 the info...harap2 mykad ni lebih tahan lasak dan kurangkan masalah berurusan nanti

rebellion said... [Reply to comment]

jangan mykad ni kate upgraded tapi cip cepat rosak cam biasa sudah.

thrasher115 said... [Reply to comment]

memang Turisanle cikgu oi...turis maksudnya menuris (carving) bukannya menulis(writing) so turisan dengan laser ayat yang betul lah hehehe

Daddy Cool said... [Reply to comment]

Turis...kikis...lorek...apo laie...

Mana plak nak tulis situ...

Betul la tuh..

ohcikgu said... [Reply to comment]

harap lebih baik berbanding yang dulu tuu..

akubiomed said... [Reply to comment]

Hmm..best ada tandatangan di MyKad macam tandatangan Gabenor Bank Negara pada Matawang Malaysia

caliph shuriken said... [Reply to comment]

yup, teknik guna eraser tu mmg berkesan, hikk...

musi said... [Reply to comment]

laser lakukan toreh kat objeknya - soo turisan lah kan? mykad konon jer .... patut boleh serba guna spt- semua atm,pinjaman,incomtex,tuchngo,smarttag dll . . gah jer.

Anonymous said... [Reply to comment]

just nak share dng korang semua...mykad baru ni mmg cantik, dan menurut pendapat seorang pakar teknologi(sorry lupa nama dia), bahan mykad baru ni mmg tahan sehingga 20 tahun, tak mcm mykad yg lepas...asyik lekang berlapis2 dah tu chip selalu rosak! saya baru dpt mykad baru, dah test di kaunter imigresen, memang laju bila baca chip kata petugas kaunter di situ. harapnya usaha kerajaan ini dimanfaat oleh rakyat jelata. jom pakat2 buat mykad baru(tiada paksaan tau!)

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais