BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , » Kesahan dan Kebolehpercayaan | Validity and Reliability

Kesahan dan Kebolehpercayaan | Validity and Reliability

Share

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

validity-and-reliability

Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang diukur itu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur;

 

Terdapat dua jenis kesahan iaitu:

(a). Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh ubah itu dapat dipastikan. Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau pengharapan.

(b). Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza. Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.

 

Empat prosedur yang biasa digunakan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian adalah:

i. Kesahan kandungan (Content Validity) - sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian itu;

ii. Kesahan muka (Face Validity) – ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur

iii. Kesahan konstruk/gagasan (Construct Validity) - berkaitan dengan persoalan samada terdapat atau tidak bukti yang menyokong bahawa skor ujian itu dapat mengukur sesuatu trait psikologi, ciri, kualiti atau konstruk

iv. Kesahan hubungan-kriteria (Criterion-related Validity) – Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian:- Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive)

Kesahan Semasa/Serentak (Concurrent Validity )
 Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriterian tertentu
 Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.

Kesahan Ramalan
 Kesahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.

Contoh:-
 Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/ tingkahlaku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku
 Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperolehi daripada pelajar mengambil ujian tersebut

Konstruk : Konstruk ialah APA (perkara) yang ditaksir, dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak , perkara yang cuba dibangun atau diperkembang dengan mengajarkan sesuatu mata pelajaran. Konstruk dikenalpasti dari sukatan pelajaran. Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan NILAI

 

Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan (consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal selidik. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau sampel atau responden yang sama.

Kebolehpercayaan merujuk kepada takat ketekalan alatpengukur itu mengukur apa yang hendakdiukur •Alat ukur yang mengukur sesuatu gagasan atau pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi• Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkanmarkah yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau pembolehubah yang samadikatakan tidak tekal seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah

 

Jenis-jenis Kebolehpercayaan (Reliability)

(a) Konsisten dalaman (internal consistency) -Satu ujian diambil hanya sekali. Mengukur sejauh mana item dalam satu ujian adalah konsisten antara satu sama lain dan dengan keseluruhannya.

    Terdiri daripada tiga jenis:

i) Kebolehpercayaan belah dua (split-half reliability) – item soal selidik atau ujian dibhagaikan kepada dua bahagian. skor berasingan dikira  untuk setiap ujian. Pekali kebolehpercayaan kedua skor diperolhi dengan menggunakan rumus Spearman-Brown

ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson 20 & 21  (KR20, KR21) – untuk instrumen yang mempunyai item dikotomi.

iii) Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha – digunakan untuk instrumen berskala pelbagai seperti likert scale, Thurstone, Guttman atau Semantic Differential.

     

    (b) Uji dan uji sekali lagi (test - retest) – darjah di mana skor ke atas ujian yang sama adalah konsisten pada selang masa tertentu, Didapati skor yang diperoleh pada ujian yang pertama menghampiri skor untuk ujian yang diuji sekali lagi. Semakin sama skor pada ujian yang dijalankan pada selang masa tertentu,semakin stabil skor ujian tersebut.
    Prosedur
  1. Menjalankan ujian terhadap kumpulantertentu
  2. Selepas dua minggu, ujian yang samadijalankan ke atas kumpulan yang sama
  3. Hitungkan pekali korelasi antara skor ujian yang pertama dengan skor ujian kedua.
  4. Menilai keputusan yang diperoleh

(c) Kesetaraaan dan Kestabilan (Equivalent and Stability)

(d) Ujian bentuk setara (Equivalent consistency) – dua ujian yg berbeza tetapi setara dari isi kandungan, JSU, format soalan, dan arahan menjawab diberi kepada peserta, pada masa sama atau berlainan.

(e) Scorer

 

ICC = Intraclass correlation coofficient (ICC) is used to measure inter-rater reliability for two or more raters. It may also be used to assess test-retest reliability. ICC may be conceptualized as the ratio of between-groups variance to total variance.

 

Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Penyelidikan

 

 

Sumber rujukan lanjut :

1. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif

2. Validity and Reliability

9 komen :

Anonymous said... [Reply to comment]

banyak membantu untuk buat assigment..

Anonymous said... [Reply to comment]

menarik nota ni,, byk membantu dlm menyiapkan tugasan

din said... [Reply to comment]

kedekut, x bg copy.. hehehe.. terbaik lah penerangan..

sulaiman abd raj said... [Reply to comment]

tahniah... puan data yg d catat amat menarik, ringkas, tepat, relevannnnnn. apa pula pedapat @ ulasan puan tentang isu isu penilaian?

Anonymous said... [Reply to comment]

sorry nak tanya..kenapa xboleh nk copy ek?kata perkongsian ilmu?

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@Anonymous

Maaf, mmg sy setkan post sini xboleh right click dsb. Ini disebabkan ada insan2 yg tidak bertanggungjawab mengambil hasil tulisan saya tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Su kelopak ungu said... [Reply to comment]

terima kasih, pengkongsian maklumat yg diberikan telah mnambah kefahaman saya

Anonymous said... [Reply to comment]

satu maklumat yang sangat berguna buat pelajar seperti saya. semoga puan dapat kongsi kan lagi ilmu berkaitan penyelidikan. terima kasih dan saya minta izin menggunakannya

Huhaida Sajarudin said... [Reply to comment]

Alhamdulillah.. satu perkongsian maklumat yang sgt membantu.. sebagai bahan rujukan untk menjawab exam nanti.. dan juga dalam penyediaan assgn.. Terima kasih... Semoga Allah memberkhati si pemberi ilmu ini.. Aaminn..

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais