BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , , , » Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | Jadual Kadar Kenaikan Gaji Sebaris Kakitangan Kerajaan?

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | Jadual Kadar Kenaikan Gaji Sebaris Kakitangan Kerajaan?

Share

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, Jumlah Kenaikan Gaji bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan.. Hangat betul topik berkaitan ni di pejabat-pejabat kerajaan, hospital mahupun sekolah sekarang ni! Rata-rata nak mengambil tahu bagaimana kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai SBPA ni. Cikgu Dahlia pun sangat berminat nak tahu!!!

 

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ini diumumkan oleh PM dalam pembentangan bajet 2012 Jumaat lepas. Sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Baru Perkhidmataan Awam atau SBPA ini akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunapakai sekarang since 2002 kalau tak silap aku lah! Sebelum SSM, Sistem yang digunapakai adalah Sistem Saraan Baru (SSB). Sepengetahuan aku yang baru lagi 5 tahun bergelar penjawat awam, masa zaman SSB, ada la term2 gaji melintang , menegak, mendatar etc. tapi SSM pula semuanya mengikut tangga gaji.. Kalau dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) pun, hanya dapat RM1k dan sijil, bukan kenaikan gaji. Kenaikan gaji hanya pada kenaikan tahunan..ikut tangga gaji. Kecuali zaman ada PTK dulu,kalau dapat Cemerlang, boleh naik P lebih tinggi.. so, kenaikan gaji memang RM200-300 lah… lumayan abis.. Cikgu Dahlia tak dan lagi nak merasa semua tuu…

 

Rata-rata blog aku nampak akan tempek benda yang sama pasal SBPA ni..seperti berikut:

Sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi. SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ini juga akan menaikkan gaji maksimum tiap gred yang mana akan wujud lebih banyak mata gaji. Maka, penjawat awam berpeluang untuk mendapat gaji maksimum yang lebih tinggi sehingga kepada 37.7% Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

 

Then, keluarlah jadual kadar kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang belum pasti lagi dari mana sumber kesahihannya tu!

sbpa

 

Entah sapa lah punya kerja ni ek? Takkan lah kenaikan mengikut gred macam tu sekali..memang aku rasa sangat tidak logik. This is only rumours!!! Hope penjawat-penjawat awam tidak berangan macam aku bahawa akan dapat kenaikan sebanyak itu. Makcik kayo!!  Tunggu jelah pengumuman terperinci yang akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung dengan kadar gaji baru di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni. Toksah buat rumours yang akan menambahkan lagi orang hasad dengki dan spekulasi sana-sini..

 

Jom baca kembali dengan teliti apa sebenarnya yang dibentangkan oleh PM dalam belanjawan 2012 tu di sini >> teks ucapan Belanjawan 2012 << Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ni termasuk dalam Fokus Keempat Belanjawan 2012 iaitu Memperkejap Perkhidmatan Awam.

 

Dalam teks ucapan Bajet 2012 tu ada menggariskan elemen-elemen utama dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA ini iaitu:

 

  1. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
  2. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.
  3. Laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
  4. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kepada readers yang bergelar kakitangan awam terutamanya, jangan percaya bulat2 dengan apa yang ditulis, dibincangkan di blog-blog pasal kadar kenaikan gaji ni. Kalau ikut kefahaman ayat terakhir atas no.4 tu, hanya mereka yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji.. so, banyak pro dan cons yang perlu kita selidik dulu sebelum mengganggap semua penjawat awam mendapat durian runtuh ni.. Tunggu sahaja pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing-masing nanti. Nak tanya korang punya kerani ataupun HR, diorang pun masih pening lagi..Maybe mereka akan ditaklimat atau kursus dulu. Sabar oke.. Nanti dapat punya habuan korang tu.. Semoga Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni menguntungkan semua penjawat awam…Semuaaaaaa :D

68 komen :

akubiomed said... [Reply to comment]

Aduhai tak sempat tahun depan akan ada spekulasi kenaikan harga barang.

Fitri Senin said... [Reply to comment]

Kalo cikgu dahlia cmne?? Sy pn fhm hanya yg opt ikut sbpa je dpt kenaikan tu. Kalo yg tak pilih opt tu xdela dpt apa2?

sarah-najwan said... [Reply to comment]

apa2 pun..kita tggu dr JPA yg sahihnya..
sekarang yg penting..tingkatkan prestasi keje tu
jgn asyik dok bahas pasal ni lagi..

***nape dah xjadi cikgu dahlia?keje apa skrg eh? dok ppd eh?
akak masih menanda lagi walau perut dah memboyot 4 bulan skrg..ehhe...

Anonymous said... [Reply to comment]

sokong...sokong..................

DaHLia said... [Reply to comment]

@akubiomed

tu yang bahaya kalo jadual gaji ni dipercayai bulat2 ...

DaHLia said... [Reply to comment]

@Fitri Senin

yup, kalo ikut pemahaman saya, macam tu lah..

maybe dalam SBPA, option sehingga 60 tahun... so rasanya yang dikata mata gaji sebaris tu, dah takde P1, P2,P3 macam sekarang.. sbb kalo ada pun dah tak guna, kan PTK dah dimansuhkan..so takkan ada peluang nak gaji P lebih tinggi.. sebab tu laa akan jadi sebaris, dan lebih tinggi sebab P3 dah masuk dalam garis yang sama...

apapun, tunggu je Pekeliling Perkhidmatan berkaitan SBPA ni dikeluarkan kelak.. kena kaji sebetulnya dulu sebelum terima..fikir untuk jangka masa panjang, bukan untuk 2,3 bulan je kan.. :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@sarah-najwan

aish..dok PPD??
jauh laaaagii tuuu..
saya teringin nak menanda lagi tapi tak boleh dah tahun ni..syarat tak lepas..kenapa?? tungguu..heheheh

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

:D

Anonymous said... [Reply to comment]

kalau ikut pemahaman saya, berdasarkan bajet yang dibentangkan tempoh hari, kenaikan di atas bukanlah kenaikan tahunan tapi pelarasan bagi mereka yg opt. ke SBPA, kenaikan tahunan adalah 7%-13%.

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

sis pun faham macam tu..
hanya sesiapa yang memilih Opsyen SBPA je yang akan dapat.. kita kena kaji dulu pro dan cons selain daripada fikir nak naik gaji jerrr :D

Anonymous said... [Reply to comment]

lol ... yang gaji sebaris tu yang dapat kenaikan 80 hengget hingga 320 henggit setahun . sekiranya menerima SBPA baru dapat 7-13% tu . JPA.

Anonymous said... [Reply to comment]

80-320 adalah perubahan kenaikan gaji tahunan. Contoh kalau sebelum ni kenaikan tahunan 40 jadile 80. Sementara 7-13% tu
adalah kenaikan gaji sekarang kepada jadual gaji sebaris yang akan diumumkan. Jadi kenaikan tahunan pada gred yang paling rendah dalam gaji sebaris nanti takkan kurang dari 80 pada jadual gaji baru.

Kalau tak sign SBPA tak dapat apa pun.

Shark said... [Reply to comment]

perkara no.4 tu selalunya automatically atau cara manual utk tukar opsyen bg yg dah ssm,klu dilantik selepas pekeliling kuatkuasa no hal la..mmng pilih sbpa,so ini utk semua penjawat awam sedang berkhidmat akan menikmati pelarasan kenaikan gaji tahunan lebih tinggi d skim baharu ini,spt kes ssb dlu setelah wujud ssm semua penjawat awam yg dilantik semasa sbb ditukar opsyen ke ssm,sma dgn kes skrg yg ssm akan ditukar ke sbpa,klu x minat tu mungkin buat pilihan lah,tapi siapa yg tak nak duit lebih kan.Pasal jdual gaji tu no komen,tunggu pekeliling dr jpa..hrp mcm tu la kan..

Anonymous said... [Reply to comment]

pemahaman saya ialah..kenaikkan tahunan merupakan perkara yang berbeza dengan kenaikkan gaji yg memilih skim SBPA...contohnya kalau skang penjawat awam bergred 41 menerima kenaikkan sebanyak 90 ringgit,kini akan ditingkatkan kepada jumlah tertentu,manakala jika basic permulaan 1967.20 akan menerima 7-13% selepas memilih skim SBPA...mcm tu la hendaknya..JPA release la cepat..hehehehe=)

Anonymous said... [Reply to comment]

semua kakitangan akan mendapat dua imbuhan;
Pertama - Pelarasan gaji 7-13% iaitu 13% bagi Gred gaji terendah. Contoh basic RM800 akan menjadi RM904(X13%)
Kedua - Kenaikan gaji tahunan meningkat kepada minima RM80
setiap tahun.
Gaji baru anda adalah RM904+RM80(1tahun)X25tahun=RM3+++
Setuju tak?

Jobless Girl said... [Reply to comment]

Rumors spread fast esp tentang kenaikan gaji ini.

primaladevi said... [Reply to comment]

Nowadays the workload a teacher carries cant be explained by words. with the new systems and syllabus change a teacher need to update oneself all the time. be all rounder and learn all the time.SO, i guess all the teachers really deserves this kinda increment.

Anonymous said... [Reply to comment]

Bab RM904+RM80 (1tahun) je....thn depan darab jumlah lain plak...macam mana plak leh jadi RM3++++...ni mesti bukan cikgu matematik ni hehehehe

Whatever it is cikgu yang sorang ni sokong dan pilih skim yang baru (sambil sebelah tangan lagi isi borang DG44 time based) yeeehaaa

Anonymous said... [Reply to comment]

Jangan asyik fikir ganjaran dunia je...buat kerja dengan ikhlas. IsyaAllah hidup bahgia

aman_arab said... [Reply to comment]

Kalau tak keberatan..bolehlah ke blog saya untuk tahu kadar gaji DG 41, DG 34 dan DG 48 dalam SBPA tu.. http://amanarab.blogspot.com/2011/10/gaji-cikgu-dg-41-dalam-sbpa.html

Anonymous said... [Reply to comment]

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen. So, xyah buat pandai speculate. STFU idiotssss

Anonymous said... [Reply to comment]

Anon Oktober 12,2011 5.05PM... haha komen ko aku s7 tp dah digaji sebaris darab lagi 35 hingga 40% klu tk caya perhatikan contoh perubahan gaji DG34 tu...haha jngn percaya sgt..

Anonymous said... [Reply to comment]

7-13% bukan durian runtuh , hanya keep the change......he he he

Anonymous said... [Reply to comment]

Agree with u, primaladevi..
But sad to say, cikgu sekarang banyak nak mengelat kerja.asek opportunist pasal mc...contoh1, saya batuk.Ada possibility saya kena h1n1?boleh ke ngajar kat sek? Nnti kesian budak2 kena jangkit' (cikgu penyayang-dlm erti kata lain,saya nak mc,xmau g ngajar!) contoh2-saya dah keluar lebih 2jam.kena jugak amik mc.nnti HM tak accept time slip'(bila disuruh HM call doctor sendiri, cepat2 ckp...erm,takyahlah) contoh 3-tolong tulis memo doctor, say a nk cuti awal(utk pengetahuan,hanya penjawat awam bergelar cikgu je yg paling suka bab escape ngajar,cuti awal-awal ni..).contoh lagi best, dah 38-39minggu, doctor kaki say a pun dah gentian skit ni, tak karat nak nail tangga..bleh bagi mc? "nak mc sampai bila?" sampan bersalin...okay tak??? Mangkuk ayu* ,punyalah pemalad tahap cipa*.mak mertua aku lagi dah Umo55..kaki Dalit sebab arthritis,ajar exam classes form5&6kat SMKA kat Terengganu...boleh je panggil budak turun keels bawah..sebab berkat kerja dia lah alhamdulillah anak2dia berjaya semuanya...JADI, KEBERKATAN KERJA TULAH YANG PALING PENTING UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM ESP PENDIDIK?.setuju tak cikgu dahlia???

Anonymous said... [Reply to comment]

kita selalu brangan2 bila kerajaan umum kenaikan gaji...terfikir kah kita keikhlasan kerajaan nak bagi gaji yg sebegitu tinggi..mana dia nak cari duit..dengar kabar kerajaan nak kena jual tanah yg bernilai cemercial di sekitar KL coz kerana nak tunjukan kerajaan amat-amat perihatin kpd penjawat awam atas alasan tranfomasi menuju kearah negara maju..

Anonymous said... [Reply to comment]

CARA PENGIRAAN YG BETUL SBPA.

1.gaji sekarang x (7-13 mengikut kategori)% = Jumlah gaji baru sbpa.

2. Jika gaji dah mati > setahun mengikut pada formula SSB dulu ...dapat 1 tahun kenaikan gaji dan bila nak diletakan tangga gaji dapat 1 lagi tangga gaji yg berikut nya.
BAGI YG MEREKA YG BELUM MATI GAJI ;

GAJI SEKARANG x (7-13MENGIKUT KATEGORI)% = JUMLAH GAJI BARU LEPAS TU CARI TANGGA GAJI YG HAMPIR DENGAN GAJI BARU TERSEBUT SAMADA SAMA ATAU LEBIH SEDIKIT DARI GAJI BARU TERSEBUT.. ITU SAJA KITA DAPAT.

3. Faedah kenaikan gaji setiap kakitangan akan diperolehi mengikut kenaikan gaji tahunan masing masing kecuali bagi mereka yg dah mati gaji mengikut cara di perenggan kedua di atas .

3. mengikut perkiraan saya pertambahan tangga gaji lebihkurang antara 6- 7 tahun mengikut kategori.

4. bagi mereka yg hampir pencen ...kalu pencen 2 tahun lgi dan di tambah jika terima pencen 60 , mereka akan pertambahan 4 tangga lagi sehingga pencen 60 jadi tak sempat mencapai tahap maksima tangga gaji baru.

Anonymous said... [Reply to comment]

baca saja.

IT@Guru said... [Reply to comment]

ramai yang tak faham kat sini , saya terangkan setelah mengkaji sifir gaji dari 2002 SSB, SSM 2003, dan SSM 2007
so kesimpulannya macam ni.

7%-13% hanya apply pada P1T1 saja . so bagi PA yang akan posting pada 2012 cuma dapat gaji baru dengan kenaikan 7%-13% saja. kenaikan tahunan dapat setelah dia pergi p1T2,p1t3 dan seterusnya. SBPA cuma ada P1 saja. P2 dan P3 tiada lagi.

bagi PA yang dah lama contoh gaji dia sekarang P1T10 RM1450 (andaian kenaikan tahunan RM50) dan katalah gaji dia masa P1T1 RM1000.

so gaji masa P1T1 berubah RM 1000 + 13% = RM1130 (jika 13%)

kenaikan tahunan katalah yang lama RM 50 yang SBPA RM80 so beza RM 30.

so gaji P1T10 yang baru dia

RM1130 + (RM 80 X (10-1) =RM1130 + RM720 = RM1850


so gaji P1T10 lama RM1450 P1T10 baru RM1850, banyak tu

so PA yg dah lama akan lebih merasai kesan kenaikan ini.

Anonymous said... [Reply to comment]

dengar cite.. sapa yang ambik option sbpa wajip pencen 60 tahun.. n if xperform bagus kejanya.. akan diberhentikan kerja..

Anonymous said... [Reply to comment]

Ape yg saya faham PA yg masih menggunakan skim semasa akan guna jadual yg diberi manakala PA yg mengambil opsyen SBPA akan mendapat kenaikan dr 7 - 13%......bukan tak? 5 kali dah saya baca dan ini le yg saya faham maksud no:4 tu.

Anonymous said... [Reply to comment]

Ape yg saya faham PA yg masih menggunakan skim semasa akan guna jadual yg diberi manakala PA yg mengambil opsyen SBPA akan mendapat kenaikan dr 7 - 13%......bukan tak? 5 kali dah saya baca dan ini le yg saya faham maksud no:4 tu.

Anonymous said... [Reply to comment]

Ketika penjawat awam lain berseronok dan meluangkan masa bersama famili di hujung minggu,pada waktu malam dan berseronok memohon cuti utk pergi bercuti..guru- guru pula harus bekerja pada setiap sabtu dan kadangkala ahad sekali jika ada program2 perkhemahan atau program2 yg perlu dihadiri demi kepentingan anak2 mereka yg tak tahu mengenal budi guru- guru..ketika pekerja lain boleh mengambil cuti untuk menjaga anak yg sakit, menghadiri perkebumian nenek, kakak, abang, mertua guru2 pula sebaliknya..perlu pergi memohon MC! sebab apa, sebab cuti rehat khas hanyalah untuk kes ibu bapa yg sudah masuk kubur..kalau ibu bapa sakit tenat di ICU sekalipun tidak dibenarkan ambil cuti..ada orang awam atau kerajaan prihatin tentang kes2 seperti ini??? Wahai DOKTOR yang memberi kenyataan guru- guru yang ialah opportunists kamu bukanlah seorang guru dan tugas kamu yg memerlukan ON-CALL waktu malam pun disediakan ELAUN..guru-guru yang berkerja setiap sabtu dan cuti sekolah tidak disediakan ELAUN..kami tidak mempunyai cuti tahunan seperti penjawat awam lain..so kalau nak cakap apa2 gunakan otak cerdik kamu tu yang layak sampai mendapatkan medical certificate..jangan pakai sebut tanpa apa2 pengetahuan...kami ni bekerja tidak kira masa TANPA BAYARAN LEBIH.. DAN TUGAS KAMI BUKANLAH MEMERLUKAN 9 JAM SEHARI MALAH LEBIH KERANA SEHINGGA LEWAT MALAM MASIH PERLU MENATAP KERTAS!

Anonymous said... [Reply to comment]

teruknye keja cikgu yeeee...tapi ramai member aku ahli keluarga aku kerja cikgu ok je....siap boleh buat kerja part time lagi.....jng mengada ngada la cikgu....aku pun cikgu juga....tak le teruk mana pun....semua kerja aku buat kat sekolah....ok je....kat sekolah aku ramai cg yg kaki sembang, kaki ngantuk, kerja semata mata dlm kelas je....ustaz sekolah aku boleh bukA KEDAI TAYAR LAGI....HABIS KELAS PETANG DUK KEDAI TAYAR....

Anonymous said... [Reply to comment]

ntahle no komen...semua org boleh bercakap sbb dia tidak duduk ditempat cikgu...kalau dah duduk baru tahu...org kata cakap biar berlapik...jgn cakap ikut sedap mulut jek...keje ckgu jauh lebih bz dr keje pejabat...sbb semua nak kena buat...kecuali kalau sek tue muridnya 5 org mmgle tak sibuk....

aroff said... [Reply to comment]

Slm. Kenapa sesetengah pihak rasa x puas hati dgn guru? Ada yg mendakwa guru adalah anak emas yg sentiasa mendapat kenaikan gaji lebih dr perkhidmatan awam yg lain. Korang setuju ke cikgu2? Setakat ni, xder apa2 kenaikan pun. Ingat tak masa sambutan hari guru tahun ni? PM kata nak kelaskan guru mengikut 4 kategori. Jalan ke benda tu? Setahu saya, klu masuk PTD kenaikan pangkat lebih cepat berbanding guru. My fren yg muda drpd saya pun dah gred N52. Sy baru jer masuk DG44 last month. Alhamdulillah....slps 10 thn service. Sbnrnya gaji guru berijazah lebih kurang jer ngan jawatan lain yg setara la. Kecuali doktor, jurutera dan akauntan. Diaorg lg tinggi giler. Apa pun, bersyukurlah. Kena renung balik. Yg kita ada sekrg adalah setakat mana usaha kita sebelum ni.... Allah Maha Adil

aroff said... [Reply to comment]

Kalau cikgu boleh duduk relaks macam tu, bayang kan kat kelas macam mana dia mengajar. Agaknya masuk kelas melenggang, keluar kelas pun camtu gak. Tak payah tanda buku, buat soalan exam, ambil kedatangan pelajar, isi buku rekod mengajar, tanda jawapan ujian pelajar, jsu, skema jawapan, guru penasihat kelab, sukan, jurulatih pelajar, pengurus kelas, mesyuarat, majlis-majlis kat sekolah, pergi kursus, mesyuarat panitia, report card, key in markah, PEKA, ULBS, kerja kursus pelajar, jaga displin pelajar, duty mingguan, hmmmmmmmm...... Kalau x jln semua tu, haru biru la student kat sekolah...

aroff said... [Reply to comment]

Belum lagi kelas tambahan petang, malam lagi, hari sabtu pun datang lagi buat kelas. Kelas yg mmg diminta oleh student atau pun sukarela kita sendiri. Kalau x kerana nak mendidik anak bangsa..... Sanggup ke nak buat tu semua?

roytravelog said... [Reply to comment]

Dengar ceritanya pulak untuk sign 60 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Dan yang memilih sbpa akan hanya menikmati pencen bulanan apabila telah mencapai usia persaraan 60 tahun. Kita sama-samalah tunggu pekeliling keluar. Skrg ni terlalu banyak spekulasi.

Anonymous said... [Reply to comment]

Yang paling bestnya...kenaikan gaji tahunan mengikut prestasi tahunan.. kalau dapat bawah 75% dinasihatkan berhenti kerja.
Yg dapat 76 - 94% dapat kenaikan 7% dan yg paling lumayan 95% ke atas dapat 13% kenaikan. Nampaknya sistem mengipas bermula semula lah....kalau macam ni punya sistem..coz bos yg bagi markah... Harap2 bukan mcm mana yg saya dengarlah.

Anonymous said... [Reply to comment]

apa ceh lagi???...kan semua jbtn dah diberi taklimat ttg sbpa???

Anonymous said... [Reply to comment]

apapun aku puji cikgu dahlia ni. setiap kali exam dia akan bagi maklumat yang amat berguna untuk pelajar,ibubapa hatta guru2.aku guna sepenuhnya maklumat masa anak aku ambik pmr baru2 ni. ni dok tak sabar2 nak tunggu result,korang nak pening2 pasal sbpa,go ahead. he he

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam,

Saya telah diberi taklimat oleh KPPA dari JPA sendiri.

Kenaikan gaji tahunan adalah benar seperti yang dipaparkan disini untuk gred 1-54, kecuali untuk JUSA. Bagi JUSA pelarasan gaji mereka akan menerima kenaikan sebanyak RM 3k - RM 7k, tertakluk kepada tangga gaji mereka.

JUSA tiada tangga gaji, hanya gaji Minimum dan gaji Maksimum. Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan prestasi.

Jika dilihat betul2 SBPA, adalah terbaik untuk golongan JUSA. Tidak dinafikan ianya juga adalah baik untuk gred 1-54 kerana tangga gaji tahunan adalah lebih panjang agar gred ini selesa di gred sedia tanpa dinaikkan gred.

Pekeliling akan dikeluarkan dalam pertengahan bulan Dis untuk pelaksanaannya mulai 1 Jan 2012.

Anonymous said... [Reply to comment]

selalu kite dgr ada org kata keje cikgu nie relaks n ada yg kata dah keje cikgu br tau relaks ke tak?erm..sebenarnya relaks n x relaks tu pd cikgu tu sendiri klu dia jd cikgu utk jd pendidik mmg keje dia x relaks sbb dia tau tugas dia n biasanya sekolah2 besar mmg xde cikgu yg kata dia relaks,tul tak?tp klu keje jd cikgu sbb nk kn gaji je mmg diorg yg kite selalu nmpk relaks je.lepak kat kantin lelama tunggu bdk dtg panggil br masuk kelas ngajar klu x panggil x ngajar.benda nie btul ok sbb aku pn keje kt sekolah jd aku tau gelagatnye.jd pd cikgu2 paham la erti pendidik bila anda paham erti tu anda keje smpi 8 jam pun anda takkan merungut sbb anda tau keje anda.

Anonymous said... [Reply to comment]

Dari Facebook Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA:

Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Dalam masa yang sama janganlah lupa mengenai 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Ini.

Anonymous said... [Reply to comment]

sabo....cikgu2 ni kalau kena kutuk sikit, marah nye berapi2.. tapi kita kena berpijak dibumi nyata. Rasanya semua orang tau (kecuali menteri2 kot) camane tugas cikgu. Ala kalau check paper pelajar pun x kan tiap2 malam. Kalau ada aktiviti sukan pun x kan tiap2 hari. Kalau wat tuisyen pun bukankah parents semua kena bayar? Jadi x yah la marah2 sgt kalau org bercakap perkara sebenar.

Daniel said... [Reply to comment]

Benda ni dah dibentangkan di pejabat kastam selangor..lain2 tak ingat sgt...

Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Ada jawatan yg akan dijumudkan dan akan dimasukkan di bawah Pelaksaan(dulunya sokongan)


Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

Anonymous said... [Reply to comment]

Kalau betul spt yg daniel ckp...abis la kalau sesiapa yg x sebulu ngn bos...

Awang said... [Reply to comment]

Guru diharap tidak komplain kerja banyak dan teruk. Polis pun kerja teruk juga, sampai ada yang cedera kekal kena langgar oleh perempit motosikal. Begitu juga dengan profession lain.
Ringkasnya beban kerja dan cabaran bergantung bidang kerja dan pangkat/gred yang disandang. Yang penting, bersyukur ada kerja dan berkhidmat sebaiknya.

Anonymous said... [Reply to comment]

Hahaha..buat apa nak pening2 buat spekulasi...tunggu je la..kalau kita memekak2 pun banyak tu gak kita dapat..keje biar ikhlas..bukan susah mana pun kita keje gomen ni kalu nak dibanding dgn org swasta..syukur je la banyak2 sbb kita ada profesion yg stabil..tak payah la nak banyak bunyi...sori..hehehe..

Anonymous said... [Reply to comment]

Kerja Cikgu susah? Kerja Cikgu senang? Kerja swasta susah? Penjawat awam senang? X payah nak debate pun. Semua orang ada kesusahan, kesenangan sendiri. Yang penting laksanakan tanggungjawab. Kerja halal. Tak nak kerja, nak goyang kaki, nak mengelat, terpulang kepada diri sendiri. Sendiri buat, sendiri tanggung. Setiap perbuatan pasti ada akibat. Tak di dunia, di akhirat. Itu sahaja.

Zulkifli Bin Ab.rashid said... [Reply to comment]

mcmna plak skim separuh mahir,mahir..jika sblum ni..didlm gred R1-R16..ditukar kpd ape plak?

matyu said... [Reply to comment]

gua pon msih pening, apasal nk bgi2 syrat tuk naik gaji,..
klu yg mlas kje tuh juga tgjwb bos2 tuk nsihat,
mslhnye ade bos sdri kje x btul camner nk nsht ank buah

matyu said... [Reply to comment]

sekrg setiap kje mesti di rekod btul2,.. klu ckgu rph mesti tiap mggu htr, yg mls msk kels fahm2 je lah,..

Anonymous said... [Reply to comment]

Ramai cik gu yang belum lagi bercuti untuk hujung tahun walaupun sekolah telah bercuti. Terutama sekali bagi guru-guru yang kena mengawas spm, baru boleh bercuti mulai hari ini 14/12/2011. Itupun sekejap jer dah kena naik sekolah untuk persiapan bagi tahun 2012..CRK 5 hari x ambil lagi, bukan tak minta tapi crk adalah hak pengetua nak bagi ke tidak ia bukan satu keistimewaan, kata pengetua! betul kata cik gu di atas tu CRK untuk menziarahi pengkebumian. Kalau sakit ke x boleh ambik...Saya dah berapa tahun x mbik CRK, tahun lepas satu hari pun x ada x hadir ke sekolah. Tahun ini nak juga mohon CRK nak menjengok org tua kat kg. x boleh...So bagi mereka yang berada di luar fiki-fikir lah..Saya x nak nak komen apa-apa. Saya tetap berkerja dengan penuh tanggungjawab dan full komited walaupun ada banyak cerita pasal cik gu....

Anonymous said... [Reply to comment]

keje cikgu busy??..lawak2..

Anonymous said... [Reply to comment]

cikgu buat bisnes MLM je.

mie said... [Reply to comment]

bab gaji??kita terima yang sepatutnya lah...janji halal...bab busy kerja??kita wat yang terbaik...sume orang ada tanggungjawab..sume org ada busynya...sume org ade senangnye...bersyukurlah...xyah nak ungkit2..cikgu byk keje???tu memang dah ketentuan utk kita..polis kena langgar..? tu ketentuan utk dia jugak..jgn la kita ada perasaan hasad dengki..syaitan sume tuh...Allah Maha Kuasa

Anonymous said... [Reply to comment]

betul tu....semuanya bergantung pada kita. Buatle kerja sebaik mungkin untuk kesenangan dunia dan juga akhirat. amin...

Anonymous said... [Reply to comment]

W2-1 (Hampir Serupa tapi tak serupa gaji SBPA Penolong Akauntan W27)

T1 1,555.00
T2 1,701.00
T3 1,847.00
T4 1,993.00
T5 2,139.00
T6 2,285.00
T7 2,431.00
T8 2,577.00
T9 2,723.00
T10 2,869.00
T11 3,015.00
T12 3,161.00
T13 3,307.00
T14 3,453.00
T15 3,599.00
T16 3,745.00
T17 3,891.00
T18 4,037.00
T19 4,183.00
T20 4,329.00

Anonymous said... [Reply to comment]

Kalau ada guru-guru yang tak puas hati kerana elaun tak dak sebab kerja siang malam...tak patutlah. Bagaimana pula dengan kerja sebagai pensyarah yang kerja wajib 8-5pm dan pastu ada yang sampai lewat malam. Pastu selain mengajar, dia juga perlu menulis, mencari geran, semak kerja-kerja pelajar dsb dan macam-macam lagi...ada pula ISU gaji pensyarah lebih rendah dari gaji GURU???? tak de pun para pensyarah bising! guru-guru hanya terbeban dengan mengajar..mengajar saja disamping urus itu dan ini. tapi terus terang gaji cikgu lebih lumayan dari pensyarah..dan baru ni ada seorang cikgu menyesal jadi pensyarah sebab dia tidak tertanggung dengan beban perlu menulis, menyelia pelajar, bersyarah, menyemak tugasan dsb! guru-guru jangan cepat melenting kalau tidak dapat elaun. Para pensyarah dengan gaji yang tidak setimpal yang juga kena kerja siang malam, masa cuti sebab KPI adalah penerbitan, jum $ yang dibawa untuk IPTA, jumlah pelajar pasca dsb....tak bising pon! belum lagi kerja-kerja lain yang tidak tersenarai..

Anonymous said... [Reply to comment]

yang banyak-banyak bagi komen ni patut kena berdiri depan cermin yang besar..tanya pada diri sendiri..sejauh mana usaha dan prestasi kerja aku?..apa yang aku dah buat kat sekolah?..takut nanti kerja tak seberapa tapi bising je lebih..

Anonymous said... [Reply to comment]

ada bnyk klebihan sbpa.. alhmdulillah.. tp yg bimbangnya apa nasib guru yg kerja 24jam utk skola, asik2 muka dia pagi petang di skola, prestasi pepriksaan awamnya naik,krja update, teliti (macam2 org puji).. ksiannya cuma x pandai ngipas bos myebabkan prestasinya rendah.. ni hakikat yg brlaku.. mana yg rapat dg bos pdhal terang2 slalu x masuk klas, mc, prestasi plajar merosot tp mrkah prestasi lbh tinggi..bos plk berat sblh asik dgr ckp 'pemangkunya yg x brtauliah'.. longlai dg kemurahan guru mmberi hadiah kat dia.. krajaan byk mmberi ruang tp tdapat golongn pentadbir yg salah guna kuasa.. aniaya namanya.. dh byk kes dgr...lg hebat bila dgr calon APC lain.. yg dapat org lain.. apa cite?

Anonymous said... [Reply to comment]

sedih bila ada rakan2 yg kerja mmg tiptop.. tp bos tak suka wlaupn ramai memuji hasil krjanya xcellent, ringan tulang.. rasanya if SBPA ikt prestasi... traniaya rakan2 pendidik yg benar2 ikhlas bekerja tp markah prestasinya worst!! napa brlaku ketidakadilan? kdg2 pntadbir ni bkn ikut akal tp ikt nafsu semata2...hrp dato' seri najib prtimbgkan lg sedalam2nya.. ini akan merundumkn lg prestasi krja guru2 yg mmg cemerlang.. ksian kt ckgu2 ni.. hnya Allah yg mmbalasnya..

Anonymous said... [Reply to comment]

Bersyukurlah anda dapat gaji dan guru-guru janganlah kerja lebih sikit dah nak marah sebab tak dapat elaun. Adik dan abang ipar saya ialah guru sekolah menengah dan rendah. So saya taulah kerja guru bukannya teruk sangat...dan saya bandingkan dengan kerja sebagai pensyarah..tak terbandinglah! Point saya disini ialah Bersyukur dan buatlah kerja kita masing-masing dengan ikhlas! Jangan merungut sana sini..sebab bersyukurlah kita ada KERJA berbanding yang TIADA KERJA atau kerja SWASTA yang ada ijazah tapi gaji RM1200 ja (adik ipar saya)!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

@Anonymous

slalu dgr segelintir cikgu2 cukup kuat soranya komplen pasal keje dan gaji. dah naik lebih dari orang lain pun bising lagi. takder bezanya keje cikgu skrg ngan keje orang lain, msg2 menanggung beban tersendiri. sy sendiri as a lecturer terkejar2 sana sini dan selalu sangat weekend terkorban utk involved dgn aktitivi pelajar, universiti dan projek. blum lagi benda2 lain.

buat jer keje tu sungguh2.

biar la said... [Reply to comment]

pilihanraya nt pangkas PAS

biar la said... [Reply to comment]

next punya pilihanraya pangkah pas la jawabnya

Anonymous said... [Reply to comment]

salam,terbaca komen - komen di ruangan ini,terpanggil plak untuk menulis...selesai baca suma,barula tau rupanya pensyarah dok sibuk nak komplen keja guru.kerja kita sma mendidik."memanusiakan manusia"...klu nak sebut time keja dari jam 7am smp 3-4pm.kami pn sma.bezanya duk pejabat ngn duk umh.apa bezanya duk umah ngn pejabat klu tetap bt keja.kdg2 ank terpaksa cr makanan sendiri.yang mula jm 7am - 1.00pm tu ank ank murid.gurunya kena mn yg xnak wat keja keja sekolah di umah stayla smp jm 4pm.persediaan untuk esok.bg yg blk jm 2pm bwk keja blk umhla.pensyarah pn sma kn.jdk pttnya korg rsa,pahami perasaan guru.bukannya mengutuk keja guru senang.ok korg bt research,kmi pn bt. barula dapat guru cemerlang(bepa org dpt guru cemerlang? bkn perkidmatan cemerlang ye..harap maklum.perkidmatan cemerlang pn RM1500 je sekali setahun.syukurla 10thn akn dtg klu dapat,ssb terpaksa bg laluan untuk kawan2 yg lain.komitmen mcmnapn sumer guru xkn dpt, ada kuota setiap sekolah.cikgu bnyk duit....btl tu,tak yah nafikn mmg btl guru byk duit.duit kwamp, duit 1malaysia..emm yg kemudian duit tu abis diagihkn kepada plajr.Guru dpt x,sesen pn xder.dr edar brg shgga penyerahn $ semua guru yg handle.gov bg duit ja.ibubapa komplen mrh2,guru jgk kene berdepan.last2 kereta kne calar.tp guru tetap jgk mengajar.ssb itu mmg tugas kmi.guru jentik sikit, ibu bapa dtg mengamuk...ank xpndi ibubapa canang guru xmengajar.pensyarah siswi xlepas 3x buang u la jwbnya.siswi tu yg dipersalahkan.kmi kne ajr jgk smp dpt..xlepas2 guru 2 kena jwbla dunia akhirat(guru yg dipersalahkan)..nauzibillah.jauhkanla.tgs2 pentadbiran plak, jd pentabir, jd ketua panitia, jd su.sma mcm pensyarah bkn hny mengajar.msk kelas 'chalk n talk'.maklumla skop guru xseluas pensyarah, xsehebat pensyarah.......ssb itu tgs guru diperlekehkan.guru apa kelas duduk mengajar 15-35orang pelajar.pensyarah mengajar 45-200siswi.tp pensyarah kne igt nisbah 1murid:5org siswi. sal kpi plak?kpi pensyarah penerbitan, penulisan semuanya diterjemahkan dari otak ke dalam bentuk penulisan.guru pn ada kpi,nkra yg plu dicapai.jgn ckp pensyarah jer kena ketuk ngn kpi.tp kmi sedar,kpi kmi xsehebat pensyarah,kmi terjemahkan hasrat pendidikan ngra kepada kemenjadian pelajar(jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial)yang tinggal digilap oleh pensyarah.jd kenapa nak kecoh, tgs kita sma.marila sma2 kita didik anak2 malaysia supaya bila kita masuk kubur, malaysia tetap dengan "anak jati malaysia" yang penuh dengan nilai2 ketimuran.dan bukan cerminan kepada mana - mana negara lain.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais