BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Cara Membuat Rayuan Pertukaran Guru Egtukar

Cara Membuat Rayuan Pertukaran Guru Egtukar

Share

Keputusan egtukar bagi permohonan pertukaran guru antara negeri, dalam negeri dan dalam daerah dah diumumkan minggu lepas, 10 November 2011. Ada juga rakan guru Dahlia yang berjaya dan ada juga yang masih bersedih kerana tidak berjaya bertukar dalam sesi pertukaran januari 2012 ni.

 

egtukar

 

Tahniah kepada cikgu-cikgu yang berjaya dalam egtukar sesi Januari 2012 dan kepada cikgu yang masih lagi belum berjaya, dan masih lagi ingin cuba membuat rayuan dan memohon pertukaran sekolah antara negeri, dalam negeri, dalam daerah bagi sesi Januari 2012,  ini makluman yang Dahlia dapat dari rakan di Facebook Egtukar Untuk Guru.

 

Tempoh merayu ialah dari :

10 November 2011 hingga 24 November 2011

iaitu 2 minggu dari tarikh keputusan egtukar 2012 diumumkan.

 

Dokumen yang diperlukan ialah:-

1. Sesalinan borang permohonan (harap2 anda semua ada membuat salinan yg lebih semasa membuat permohonan dulu),

2. Dokumen sokongan (seperti yg disertakan semasa membuat permohonan),

3. Surat Rayuan (format surat rasmi), dan

4. Cetak Surat Tidak Diluluskan itu..

 

Cara Mengemukakan Rayuan EGTukar 2012 :

Berjumpa secara personal dengan Ketua Sektor Pejabat Pelajaran masing-masing. Yg berurusan di Putrajaya, sila rujuk terus ke Putrajaya..

 

Cikgu-cikgu yang nak buat rayuan pertukaran egtukar , sila rujuk Blog Toriq [klik] untuk penjelasan lanjut berkenaan pengalaman beliau membuat rayuan egtukar.

Harap Membantu... cuba dan terus cuba ya!

 

Yang tinggalkan komen beserta HP untuk suruh KPM hubungi kalian, minta maaf, saya tidak approve sb boleh membahayakan. Usaha sendiri ye cikgu.. Kita nak mintak, kita kena usaha sungguh2, doa dan tawakal.

Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Dia bagi apa yang kita perlu. Wallahualam.

62 komen:

akubiomed said... [Reply to comment]

Saya ada kawan-kawan yang isteri mereka guru mengeluh susah hendak betukar kecuali ada contact didalam kementerian.

Anonymous said... [Reply to comment]

tq yea ckgu.u helped a lot.luv u.

Anonymous said... [Reply to comment]

thanks for sharing the info cikgu....

Lin Azlina said... [Reply to comment]

salam sis..pasal g vietnam tu betul...sbnrnya psl premium beaiful. senior sy yg join..dh dpt tiket...dia ajk sy join jugak tp tak mampula...modak byk..bisnnes sbnrnya...sori lmbat balas...sy sibuk dgn motocross

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, result rayuan keluar bila ye..
kat mana nak cek, melalui web atau kpm sendiri yg akan hantar surat.... TQ

Gen2Merah said... [Reply to comment]

waahhhh.. sukanya saya baca page cikgu dahlia ni.. banyak info pasal guru di sini...

saya ada kawan yang masih belum dapat nak tukar... nanti saya infom dia psal ni...

Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

bagus.. info yang bagus.. harap mudah la nak tukar2 nagi mereka yang memerlukan

tehr said... [Reply to comment]

tak suka tukar2 sekolah
lagi bagus kalau satu sekolah je dari mula sampai pencen
hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

perlu tak buat surat sokongan daripada guru besar sekolah kita?

Ardini Humaira said... [Reply to comment]

permohonan deen xdiluluskan. hehe xpelah... kasi can dni p miri dulu :D

Anonymous said... [Reply to comment]

buat rayuan berkali2 dah tapi bini aku x dapat2 tukar lagi, sekarang ni family aku berterabur anak sorang berumur 2 thn di klang, sorang lagi umur 2 bulan di kedah, bini aku di sarawak dan aku di kuantan.. ssh sangat ke sibangsat2 di putrajaya tu nak bagi bini aku tu tukar dah 7 thn mengajar di sarawak ganti2 la ngan orang lain pulak. atau bahagian pertukaran mengamalkan sistem rasuah ada duit boleh tukar.. kalau mcm tu sng jer aku nak report kat sprm... xde

Anonymous said... [Reply to comment]

Bila keputusan rayuan akan keluar? boleh kita check keputusan rayuan di website?website mana ye nak check? terima kasih ye...

Anonymous said... [Reply to comment]

bila keputusan rayuan leh tau ye??saya dah buat rayuan...

Anonymous said... [Reply to comment]

tq..ada sesape yg merayu dah dpt tak?

DaHLia said... [Reply to comment]

Keputusan Rayuan hanya boleh diketahui pada 20 Disember 2011. Harap Maklum.

Anonymous said... [Reply to comment]

salam ... nak tanya keputusan tu nak tau camner kena tepon or melalui laman web or nanti dipos melalui surat..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..sebut pasal pertukaran..boleh jadi stresss..bile tengok kekosongan di negeri...sume dah penuh..tapi cikgu baru posting ..boleh pulak...aku yang terbuang kat sabah ne..bekali2 mohon..xdapat2 jugak..pedalaman dah rase...luar bandar ..ne sedang merase..bila pulak nak di bandar..takan sampai pencen...mintak doa..dari kalian sume..mana tau dapat...rayuan..atau penempatan semula....

Anonymous said... [Reply to comment]

hello, nak tanya...keputusan semakan rayuan eg tukar kuar hari ni ke? kalau ya, macm mne nak check ek? Thanks

roses said... [Reply to comment]

aslkm. saya dh ke putrajaya petang td(21/12).Keputusan tk ada lg sbb dimaklumkan org KPM lom mesy.

Anonymous said... [Reply to comment]

SALAM..SY PERGI WT RAYUAN KPM KATA 20/12 KUAR TPI COL LINE BZ.

Anonymous said... [Reply to comment]

cikgu sy nk tnya ade ke tidak rayuan sebenarnye... sbb seingat saya, saya call kpm dlm bulan ni.. rs2nye awal bulan... tp yg sy konfiusnye org tu cakap keputusan rayuan xde sebab rayuan sbnrnye xde...yg kpm bukak utk kite pegi rayu tu.. saje2 je... mmm xtau nk ckp..

Anonymous said... [Reply to comment]

macam mana nak bertugas dengan seronok kalau kebajikan kita sendiri terabai...

Anonymous said... [Reply to comment]

SAYA DAH DUA KALI KE KPM ASYIK BENDA YG SAME BELUM MESY.
KEPUTUSAN RAYUAN PUN TAK NAK DIUMUM KENAPA LAYAN WARGA GURU
DENGAN TERUK SEKALI.KITA YANG MERAYU ATAS PAGAR SEKRG.SY DAH PINDAH IKUT SUAMI THE NEXT SY AKAN LETAK JAWATAN DAN MASUKKAN DALAM MEDIA.

Anonymous said... [Reply to comment]

lebih baik kerja sendiri daripada makan gaji...

Anonymous said... [Reply to comment]

Betul ke org cakap nak tkr kena pakai duit, baru dapat..

Anonymous said... [Reply to comment]

yup...pegawai2 kat ptrajaya layan guru dgn teruk.kita bukan saja2 nak g kacau diorg kat sana.nak tau kputusn jek...klu bukan tugas diorg,kita pun xkacau la.da tu tugas diorg,make it well la.apa kes nak maki2 org.rasa nak dedah jek nama pgawai pompuan tu.besau nau ke pangkat smpai nak maki2 org...mcm mn nak keje klu hati duk teringat kluarga kat kg.

Anonymous said... [Reply to comment]

bagitau la tentang keputusan rayuan ni..jgn buat warga guru tertanya tanya..kasihan la kami yang berjauhan dgn anak dan suami..

shikin said... [Reply to comment]

saya dah 8 kali isi online..dr suami mula sakit hingga PERGI tak kembali lagi..kini dgn anak-anak di ngr Pahang tanpa saudara mara.. nak ceritakan keperitan menjaga arwah semasa sakit tak sanggup rasanya..berulang alik dari K.Lipis ke KL untuk rawatan kanser tanpa bantuan sesiapa..anak-anak terabai tinggal dgn jiran dan mcm-mcm lagi..tak menanggung tak merasa..tak sanggup lagi di sini

Anonymous said... [Reply to comment]

aku dah naik mnyampah ngn egtukar ni..............

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, saya bersimpati n ucap takziah dengan shikin said, saya pasti anda org yg tabah n kuat semangat orgnya...Allah sayangkan anda...pasti ada hikmah kebahagiaan di hari muka...sabar itu sebahagian daripada iman...kunci kekuatan mukmin..saya juga sedang mengisi pertukaran, berada bersama ank disebuah pulau...membaca ceritera pahit juang insan lain yg bergelar pendidik membuatkan sy lbh kuat mengharung hidup dgn ank di sini tanpa putus asa semoga dapat bersama suami suatu hr nt..

Anonymous said... [Reply to comment]

assalam...nk tanya, klu alsan mngandung kena bagi surat laporan dr gak ke? klu kita nk buat surt sokongan dr cmne formatny ye...x reti la nk buat surat ni...

Anonymous said... [Reply to comment]

skg ni nk tukar sush..kna ader duit bru leh tukar..tp ader je permohonan tukar xberjya tibe2 leh tukar..dapt memo bulan februari..masuk skolah bulan 3...ngajar sthun,bru kawen 5 bulan dapt tukar skolah ikut bini...hem...kabel besor balak agknya...

Anonymous said... [Reply to comment]

barua2 kat kementerian dok hayun teloq ka?
Kalau puak depa kena mcm cikgu2 sah depa tolong, kalau x kenal mcm pencacai angkat najis la depa layan..
Nampak sistem kemas, tapi lagi menyusahkan orang..bodo
Mmg org sumpah sampai tujuh keturunan la barua 2...

Anonymous said... [Reply to comment]

Hari ini minta GB untuk menyokong Surat rayuan saya, tapi tak ditanda tangan sebab beliau beritau surat tak akan dilayan oleh KPM. Betapa hampanya bila mendengar.

Anonymous said... [Reply to comment]

kementerian pelajaran malaysia memang satu kementerian yang bagus dan berjaya. mereka telah berjaya memisahkah beribu pasangan pendidik. mereka juga telah berjaya memisahkan anak-anak pendidik.mereka juga berjaya merosakkan sistem pendidikan negara. mereka berjaya merosakkan ramai anak bangsa. kenapa? itulah dimaksudkan dengan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. apa yg kita lihat sekarang, ramai guru tidak mempunyai semagat mengajar seperti dahulu kenapa? guru2 dulu disatukan keluarga, tetapi sekarang guru2 dipisahkan dengan keluarga. anak2 guru dahulu banyak yg berjaya dan berdisiplin tapi sekarang anak2 guru banyak yang bermasalah. kenapa? anak2 guru sekarang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna daripada ibu bapa. ibu bapa hanya blh berjumpa dgn anak2 hanya seminggu sekali (minima) atau tunggu cuti sekolah yang panjang. tahniah KPM. kenapa di katakan berjaya merosakkan sistem pendidikan negara dan anak bangsa. guru2 sekarang kebanyakkannya kurang keikhlasan mengajar terutama yang terpisah dengan keluarga. mana tidaknya, ashik teringatkan anak2, suami atau isteri. jadi pelajar2 akan terabai atau mngajar sambil lewa untuk menanti masa hendak bersama keluarga. dari situ pelajaran anak didik akan terabai. bila tiba keputusan peperiksaan negara (SPM,PMR,UPSR) semua meningkat...... tapi yang sebetulnya xxxxxxxxxx fikir sendiri. Tahniah KPM........ Tahniah Tan Sri Muhyidin. Anda telah berjaya...... Keluarga Yg teraniaya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua. semoga suatu hari nanti perkara begini akan dirasai oleh keluarga anda semua wahai warga bahagian pertukaran dan Tan Sri Muhyidin. Amin....

Anonymous said... [Reply to comment]

Ksian dgr crte ckgu d k.lipis tu.x kne dgn dri atau fmily depa,:-)ape nk rse.x hern klu rmai glongn guru kni yg ptut dhtr ke tjug rmbutn.ptut depa, kte htr ke sne.atau htr ke bilik gerigi besi,bru pdn

Anonymous said... [Reply to comment]

tak tahukah macamana dia orang ni proses permohonan. katanya kena tunggu giliran lah, macam-macamlah. Orang yang dah lama minta, tak dapat-dapat. Guru yang baru posting atau junior, senang senang je dapat masuk kat kawasan yang saya minta tu .... itu yang tak faham ni.

Anonymous said... [Reply to comment]

Di setiap negeri ada masalah masing-masing.. sy dah 6 kali mencuba utk berpindah tetapi belum juga ada rezeki... rakan2 saya yg lain senang jer dapat pindah alasannya menjaga emak dan hendak berkahwin... walaupun lama mana pun kita mengajar mungkin pihak kpm lebih utamakan murid2 daripada kebajikkan guru. Ramai guru pedalaman yang hampir gila mengajar dan juga sakit d pedalaman tetapi tetap juga tidak dapat berpindah atasan alasan mengutamakan murid. sememangnya guru pedalaman mengutamakan murid menggunakan duit sendiri untuk membeli alatan tulis dan buku secara percuma kepada murid2 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan sendiri tetapi tinggal janji.

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam smua wrga guru. Sya pn ada pgalman gak. Ttg staf di Putrajaya yang smbong gler. Ada ke kita pgi nk mrayu, kita dilayan cam bdak2 lak. Kerani je...

Anonymous said... [Reply to comment]

memang perit bila berjauhan dengan anak n suami...dh berterabur dh jd keluarga,mana tak nyer suami duk kt lain,isteri kt lain anak pun kt lain.sya pun mengalaminya juga.sedih bila tgk ank saya membesar tanpa ibubapa disisi.hujung mgu jer dpt jumpa anak n suami.minta tukar xdpt2.kenapalah mereka2 ini tidak ada peri kemanusiaan...macamana nk mengajar dengan baik.hati duk igt anak kt kg jer.Di fikiran hnya fikir bla nk cuti jer..setiap hari duk tenung kalendar jer.

Anonymous said... [Reply to comment]

hmm..first posting i kne hantar kat srwk..masa tu lepas pantang, anak pun xlepas menyusu lagi..tinggalkan anak kat besut, suami kene kursus di KL..skrg suami terpaksa ikut i ke srwk, dah 6 tahun berlalu...suami plak dpt pindah ke KL bln 7 2012 nanti..malangnya permohonan saya belum diluluskan..katanya cuba buat rayuan, dilayan atau tidak blm tahu..ank dah nak masuk darjah 1, mana nak didaftar pom blm tau...masa mula2 nak dtg srwk, org KPM kata pergi dulu, nanti sng mohon tukar..tup2.. 4 kali mintak xdilayan pun...org bujang duk kat swk xsampai 2 tahun dpt balik tgganu, dpt sekolah blkg umah lagi...ooo pilu.....kereta & brg2 umah dah nak diangkut ke smnjg..abis tuh i nak p sekolah naik ape?..takkan kul 9 baru smpai dpn gate kut...haruuu batull

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
dgr cerita hari ini keputusan rayuan keluar.nasib saya pun sama.dah 7 tahun di sabah.8 kali isi tp tak dapat2..rasa na m@#i je pegawai tu..bujang dan baru posting senang2 je dapat..apa kes dah kawin susah nak dpt.pasal duit (rasuah ke?!!) saya sendiri sudah alami. di minta bayar sehingga rm6k ..fikir2 kan lah

Anonymous said... [Reply to comment]

salam.. kalo xde knl orang dlm kpm mmg ssh nk dpt..sy pn dh 7 thn di srwk. skrg dh 3 anak.. dh 3 kali buat rayuan kt putrajaya utk tkr ke semenanjung tp msh x dpt jgak.kalo x dpt jgak ujung thn ni sy nk ltk jawatan.

Anonymous said... [Reply to comment]

sedih sy bc kisah kak syikin...huhu...b'air air mate ni..mg akak snts tabah mharungi dugaan hidup..sy pn bru nk isi borang tukar utk bln og/september nt...mg Allah mudahkan urusan kmi..tmbhan pula sy bru disahkan mengandung..huu_insan jauh dr bumi kenyalang

Anonymous said... [Reply to comment]

kesian plop bila dengar yg dah tjuh n lapan tahun xdapat tukar..anak2,suami n isteri semuanya bertaburan tinggalnya..inilah tuntutan kerja yg terpaksa dihadapi oleh guru2 sekarang.yang jarang kita lihat pada perjawatan yg lain..tapi masih ade lagi yg mahu dengki dengan guru2..memang xfaham dierang ni...

ida said... [Reply to comment]

dear syikin..Allah sgt mencintaimu..dugaan yg begitu besar telah diuji.Semoga arwah suami dan keluarga syikin senntiasa dibawah rahmatnya..

Anonymous said... [Reply to comment]

beginilah nasib guru2 yg senasib dgn aku..berjauhan dgn ank bini dh 6 tahun..x th lg macammana nk bertindak..dulu sblm hbs latihan diorang ckp belum cukup tempoh.bila dh ckup tmpoh barua2 cakap xda kosong di negeri yg diminta..mcm2 alsn yg diberikan..smpai bila kami harus dipermainkan oleh barua2 yg bertopengkan manusia.nk tgu kena byr 3k or 4k br boleh pindah???gunalah kuasa kamu selagi kamu berkuasa wahai kpm...

Anonymous said... [Reply to comment]

sepatutnya GB sign je lah kan? sekadar mencuba.... GB pun 2x5 juga.

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
byk info2 yang terbaik disini.. jika sesiapa ada contoh surat rayuan terbaik dengan ayat2 yang terbaik.. sudilah kiranya meng"email"kan kepada saya di permateruna@rocketmail.com.. terima kasih..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..share2 la ayat power utk buat surat rayuan...tq

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun berjauhan dengan suami..saya di lipis suami di kuantan.wpun tak jauh atau masih dalam negeri yang sama tapi perit nak menjaga anak2 yang masih kecil..semua atas tanggungjawab kita..tidur malm tak lena bl anak sakit..anak nak ke sekolah pun kita yg urus.

musliha said... [Reply to comment]

ermm..setiap orang ade masalah...kita sendiri pun boleh fikir yg diorg pun ade masalah untuk pindahkan kita yang berjauhan.namun,yang menjadi persoalan dan melukakan hati sesiapa yang memohon apabila keputusan yang dibuat tanpa keadilan yang selayaknya...kadang2 kerana hal ini,ia menutup peluang kepada orang yang sepatutnya..tapi satu yang kita kena pegang,rezeki dari ALLAH...sesedih mana hati,mohon ALLAH permudahkan segala urusan kita...
pengalaman mohon pindah...banyak.kdg2 terasa nak sangat balik tapi bila xdapat,terasa amat sedih.tapi bila duk ngan kwn2,smpai sanggup jaga anak2 sorg diri berjauhan,dengan kes keguguran tanpa bantuan saudara mara,malahkan suami berjauhan amat memilukan...semoga ALLAH permudahkan urusannya dan urusan kita....

Anonymous said... [Reply to comment]

Sistem dah rosak kerana pemimpin dah lama rosak..rosak dah teruk sangat..kita kena buang dan pakat ganti yang baru..

Anonymous said... [Reply to comment]

Negara kita ni bukan makin maju..tp dr segi amalan demokrasi dh makin rosak..sy x citer bab politik secara langsung tau, hok tu..pandai2 awk masing2 nilai..tp klu kita tgk kt negara mcm Indonesia,dgn mengambil satu contoh..klu nk minta jadi cikgu pun kena rasuah..kena ada kaum kerabat dlm tu,,kena guna kabel politik lak gitu..so klu tgk kt negara kita yg tercinta ini..amalan ni dh jd citer biasa..spt tuan dan puan citer kt atas tu..org yg sepatut dpt keje..dia xdpt,sbb xder bantuan tgn ghaib,cikgu yg byk hal sendiri serta masalah yg berat2 pun xleh tukar,hok dptnya cikgu yg ada sedara dia kt KPM..atau kabel politik gitu,so kita umpama spt yg leh menyalak bukit tu,tp bukit xleh dgr..tp klu semua pakat2 gigit2 bukit tu..nescaya pasti ada sedikit perubahan nnt,sy tulis sbb sy pun cikgu..dh 10 tahun minta tukar..tp xper..kita usaha ikut cara depa nk tu..dgn Allah kita memohon pertolongan,klu Allah nk..dia leh tukar sapa2 dia nk..bg naik sy dia nk,bg jatuh terhempas org nk jd mcm tu..kpd org KPM sana..sapa2 yg berkenaan..anda perlu adil kerna anda menjalankan amanah dr Allah..dan pemimpin2 yg tahu hak seseorg tu..perlu mengembalikan hak mereka..kita akan dihisab juga nnt..sy rasa anda dan sy tidak termasuk dlm 70,000 yg tanpa hisab tu hehe,walAllhua'lam

Anonymous said... [Reply to comment]

Betul tu...saya sendiri kes sakit kronik pun x dapat.agaknya betul2 nk mati baru
dpt.kalau mcm tu baik tak payah buat egtukar.sistem yg tak adil ......

Anonymous said... [Reply to comment]

bkn egtukar je tak dapat, pertukaran suka sama suka pun tak dilayan apa lah JPN/KPM buat di pejabat? cuba pindahkan mereka ni ke sekolah, biar guru2 yg memohon tukar berada di pejabat pula. biar mereka merasa perasaan apabila berjauhan dgn keluarga dan tak dapat pula pindah... kalau melalui egtukar tak dapat diluluskan, kita boleh terima. tetapi sekiranya permohonan suka sama suka pun tak dilayan??? baik jgn wujudkan kedua-duanya...ibarat janji manis je.

sakuraNkasih said... [Reply to comment]

salam. saya betul2 ingin bpindah ni. kalau saya dah isi egtukar (bkn yg rayuan)... then, borang tu hantar ke jpn dan ke putrajaya, boleh jgk mcm tu?
utk perpindahan antara negeri, kputusan di tgn ppd atau jpn?
sesape tau tlg jwb yek. tq.

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya nak tukar sbb dh x tahan dok kat sjkc..lg2 la pas pilihanraya ni.lg2 pulak BN yg memerintah balik.lg2 la ptadbir cina kt sekolah saya makin press cikgu2 especially kami yang cikgu2 melayu kt sekolah ni..

Anonymous said... [Reply to comment]

memang sangat2 x adil...saya yg tua Bangka terpaksa berulang-alik 2 jam dari rumah ke sekolah. Tinggal anak dengan tok nenek yang telah uzur...Suami dah meninggall sakit kanser . Mohon tukar ke sekoalah yang agak dekat sikit pun x dapat.Konon2 x ada kosong...masa nk pohon tukar tu bukan main lg pegawai di JPN Terengganu suruh mohon dan nak tolong...tapi tiba masa x ada pun...Ya Allah...x tau ke orang perempuan tua yang putus haid ni sakit semua anggota sendi tulang paha, kaki krem, kalau bawa kereta 2 jam walau pun sekali seminggu...alangkah sedih nya hidup sebagai seorang ibu tunggal berjauhan dengan anak-anak. Nak bawa anak suasana sangat tidak sesuai...x payah lah nk cerita di sini hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa sebenarnya...kenapa susah sangat cikgu TUA nak tukar ...cikgu baru bukan main senamg dpt mengajar dekat dengan kawasan masing2.....macam mana kebajikan guru2 lama?????????????????????????Nk suruhn tunggu mati dulu ke? Wahai pegawai2 di JPN atau KPM tolong lah buat kerja anda dengan betul, ikhlas, bersih, suci dari dosa2 rasuah....kalau nk mati dengan senang di dalam kubur anada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

semuanya serba susah..perpindahan antara negeri pun suasah..pindah antara daerah pun susah...bila kita bagi surat meluahkan perasaan , dikatanya kita menuduh dia x buat kerja, seterusnya menghukum kita (membekukan perpindahan) atas surat tersebut...dunia2...

Nor Azilah Mohd Haran said... [Reply to comment]

april 2014 adalah kali kelapan saya mohon pertukaran. anak dah dua, dah lima thun posting n berjauhan ngan suami..entahkan untung entahkan malang tak thu nak ckp apa lg..

Anonymous said... [Reply to comment]

ajar dari awal bah....pening saya

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais