BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Isu Pemansuhan PPSMI Terkini – Tahun 2021 Sekolah Menengah, Tahun 2016 Sekolah Rendah guna Bahasa Melayu sepenuhnya

Isu Pemansuhan PPSMI Terkini – Tahun 2021 Sekolah Menengah, Tahun 2016 Sekolah Rendah guna Bahasa Melayu sepenuhnya

Share

Kabinet hari ini memutuskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada 2021. Dengan itu, pelajar yang sedang mempelajari matapelajaran matematik dan sains di bawah sistem PPSMI akan dibenarkan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris sehingga mereka selesai pengajian di Tingkatan 5.

 

220708

PPSMI faktor pelajar mendapat keputusan yang baik?

 

Butiran Penting melalui pengumuman penting Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah:

> Semua murid dari tahun 2 sehingga tingkatan 5 tahun ini yang kini sedang mengikuti sistem PPSMI akan dibenar meneruskan pengajian mereka mengikut sistem tersebut sehingga mereka tamat belajar.

> Mulai tahun depan semua pelajar sekolah kebangsaan dari tahun 3 hingga tahun 6 akan dibenar untuk meneruskan pengajian mereka dalam matapelajaran matematik dan sains sama ada dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau kedua-duanya sekali.

> Mana-mana pelajar yang sedang mengikuti kedua-dua matapelajaran tersebut dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, akan dibenarkan meneruskan pengajian mereka dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya.

> Pembelajaran dan Pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya akan bermula dari tahun 2016 untuk sekolah rendah.

> Untuk sekolah menengah pula, kedua-dua subjek berkenaan akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 2021.

 

ppsmi

Kemahiran berbahasa guru PPSMI pun masih lemah.. Kenapa PPSMI gagal?

 

englishscience

Malu untuk bercakap, takut kena perlekeh tu masalah pelajar kita!

 

Dahlia sendiri, memang salah sorang guru PPSMI yang terlibat dengan PPSMI sejak mula posting dan tidak pernah ke Kursus Etems tu kerana mendapat pengecualian. First posting kena ajar subjek English, selepas 2tahun, barulah dapat subjek dalam bidang sendiri, Science dan Addmaths. Untuk kedua-kedua subjek ni, penggunaan Bahasa Inggeris Dahlia lebih banyak dalam subjek Sains berbanding Addmaths. Tapi, kalau bagi dahlia lah, dengan English ni, lebih direct term2 dia. Nak cari keyword soalan pun lebih senang. Tapi itulah, kalau kita jer syok sendiri mengajar kat depan berspeaking bagai, tapi students masih lagi ternganga, tak mampu nak faham, sampai kadang2 jadi walking dictionary, memang aku sokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Malaysia kita sendiri.

 

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Pelajaran ni adalah lebih baik berbanding pemansuhan terus PPSMI itu sendiri. Ingat lagi, masa isu PPSMI kata dimansuhkan terus mulai tahun 2012. My Science students pernah menyuarakan kekecewaan, sebab sejak dari Tahun 1, sehingga 2012 mereka Tingkatan 3, jumlahnya 9 tahun menggunakan Bahasa Inggeris, takkan masuk Tingkatan 4 terus tukar jadi Bahasa Melayu. Tak sangka diorang pun berfikir sampai macam tu sekali. Tapi dengan pengumuman pemansuhan PPSMI tunggu sehingga habis Tingkatan 5 bagi pelajar-pelajar yang bermula dengan PPSMI dari mula masuk sekolah lagi,  dan kebenaran menggunakan bahasa Melayu semasa P&P pasti melegakan pelajar dan guru-guru PPSMI kan.

 

Kebaikan PPSMI ni kita dapat lihat pada pelajar  yang kebanyakkanya pelajar di bandar utama yang memang mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan mudah mendapat kemudahan berbanding pelajar di luar bandar ataupun pedalaman yang mana dengan sekatan bahasa, agak sukar untuk dia memahami sesuatu isi pembelajaran itu.

 

ELAUN 

Untuk BISP Sekolah Menengah, 5% daripada gaji basic. Dalam gambar di atas ni merujuk Sekolah Rendah, 10%. Teringat hari tu tolong print slip gaji member, dia tak buat pun tuntutan elaun BISP selama 6 tahun dia berkhidmat. Bagus betul dia! Tetiba tersegan kat diri sendiri.. hehe, takperlah, keperluan masing2 berbeza kan..  Dengan duit BISP tu lah sepatutnya boleh digunakan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran berbahasa Inggeris, maybe attend kursus dan sebagainya. 

 

Cakap pasal elaun BISP (Bayaran Insentif Subjek Pendidikan) ni, baru tadi dok bincang kat FB Group, nanti nak kena bayar balik BISP tu memandangkan aku sekarang tidak berkhidmat di sekolah. Bila dah dapat arahan, jangan risau, saya pasti bayar balik.. sebab tahu bukan hak saya untuk terima elaun tersebut kan.. Okeylah sebab hanya BISP, member2 lain ada yang kena bayar balik Elaun Wilayah dsb, makan beribu lah nanti tu.. Takper, dah bukan hak kita, kita kena pulangkan balik… :D

11 komen:

akubiomed said... [Reply to comment]

Saya tidak menyalahkan PSMI kerana saya sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak pernah pun mengunakan bahasa Inggeris sebahagian bahasa petuturan di rumah selain bahasa Ibunda. Terus terang anak-anak saya gagal menguasai bahasa Inggeris terutama yang digunakan didalam subjek Matematik tetapi beliau dapat memahami mudah apabila diajar di dalam bahasa Melayu. Kalau dengan mengajar bahasa Melayu dapat menguasai Matematik saya harus diutamakan buat apa menyusahkan.

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya kagum dengan kebanyakan guru yang mengajarkan subjek Science dan Maths dalam BI dalam melaksana dasar kerajaan melalui KPM. Mereka bersungguh-sungguh mempelajari dan menggunakan BI walaupun kadang-kadang berbelit2 lidah untuk bercakap dalam bahasa tersebut. Yang pasti mereka perlu menulis persediaan mengajar dalam BI. Untuk itu,saya fikir mereka layak menerima bayaran BISP. Syabas saya ucapkan lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang tidak menerima bayaran ini walaupun mengajar subjek tersebut.
Cuma satu yang menjadi kemusykilan, kebanyakan guru BI sama ada opsyen atau tidak tetap menerima bayaran BISP. Kalau dulu bayaran ini dikatakan untuk program 'Buddy Support System' tetapi sekarang untuk apa ya? Penekanan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris pun semakin longgar dan dah dah diberi pilihan untuk memilih BM atau BI. Cuba kita fikir sama-sama...

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya x kisah kalau ppsmi dimansuhkan kerana memang ramai pelajar yang ketinggalan terutamanya subjek sains dan math.Sdgkan bahasa Inggeris pun mereka x score, inikan nk belajar science math dlm BI(yang sy maksudkan ialah pelajar2 lemah yang bukannya sedikit di Malaysia ni).Golongan mereka inilah yang betul2 tertindas dalam pelaksanaan ppsmi.Dari pengalan sy,mereka ini bukan x tahu konsep tapi bila nk jawab esi atau struktur,x tahu nk menjawab dalam BI.Slalunya dibiarkan kosong.Kadang2 golongan ni x tahu pun soalan tu bertanyakan tentang apa(sebab dalam BI).Tapi x dinafikan ade juga yg selesa belajar dalam bahasa Inggeris..Saya pun selesa mengajar dalam bahasa Inggeris sebab memang masa degree dulu bahasa pengantar mmg semuanye dalam BI.Terms sume dah terbiasa dalam BI.Dan mmg patut pun dibuat secara 'soft landing'.Bagi peluang pelajar pilih bahasa mana yang mereka lebih selesa supaya tiada yg ketinggalan atau tertindas.Pada tahun 2021 nanti,harap2 dasar MBMMBI dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kita memang sepatutnya mengutamakan bahasa ibunda (Bahasa Melayu). Kemajuan sesuatu bangsa bukan terletak pada BAHASA APA yg digunakan tetapi keinginan untuk MAJU!

Anonymous said... [Reply to comment]

SAYA TAK SETUJU KRN ANAK SAYA DAH BACAPUN SELAMA TIGA TAHUN DALAM B.INGGERIS.LANI NAK TUKAR KPD B.MELAYU.ITUPUN SEKLAH BESTARI.KPM KATA TAHUN 2016 SAJA,KENAPA SEKARANG?SAYA NAK TANYA KAT SIAPA?

Anonymous said... [Reply to comment]

LAGI DUA TAHUN ANAK SAYA NAK DUDUK UPSR.SAYA NAK TAHU ADAKAH SOALAN UPSR BAGI SAINS DAN MATEMATIK KELUAR DALAM BAHASA ATAU INGGERIS ATAUPUN KEDUA-DUA SEKALI?KALAU SAYA TERUS KE KPM,TANYAADAKAH SEKOLAH MENGIKUT ATAS ARAHAN?CIKGU PULA PAKSA MEREKA TULIS JAWAPAN DLAM BAHASA,SAKIT HATI BBETUL

roselina said... [Reply to comment]

sekolah saya mengarahkan kami membayar balik elaun PPSMI dari januari hingga ogos 2012, masalahnya sekolah2 lain tidak mendapat apa2 arahan atau pekeliling terbaru PPSMI, kami masih mengajar dgn 80% BI sedangkan sekolah yg 100% Bm pun tak potong?

greg desi said... [Reply to comment]

saya berpendapat kesan daripada pemansuhan PPSMI cuma akan kita rasai apabila kita mencapai wawasan 2020. belum tentu agaknya negara kita akan mencapai taraf negara maju ketika itu. adakah bahasa melayu akan hilang begitu sahaja kalau kita gunakan BI dalam dua subjek sahaja sains dan matematik. saya berpendidikan sekolah rendah dan menengah yang menggunakan pengantar BM. sehingga ke peringkat universiti saya msih tidak mampu menguasai BI terutamanya dalam penulisan. saya bertutur dalam bahasa melayu,ibunda dan dialek negeri dalam kehidupan seharian tetapi tidak dalam BI. saya adalah hasil KBSM. majoriti pelajar era ini mengalaminya. akuilah kenyataan ini. tak perlu untuk menyalahkan mana-mana pihak. sampai bilakah kita akan dibelenggu politik dalam sistem pendidikan kita? sekian

greg desi said... [Reply to comment]

saya berpendapat kesan daripada pemansuhan PPSMI cuma akan kita rasai apabila kita mencapai wawasan 2020. belum tentu agaknya negara kita akan mencapai taraf negara maju ketika itu. adakah bahasa melayu akan hilang begitu sahaja kalau kita gunakan BI dalam dua subjek sahaja sains dan matematik. saya berpendidikan sekolah rendah dan menengah yang menggunakan pengantar BM. sehingga ke peringkat universiti saya msih tidak mampu menguasai BI terutamanya dalam penulisan. saya bertutur dalam bahasa melayu,ibunda dan dialek negeri dalam kehidupan seharian tetapi tidak dalam BI. saya adalah hasil KBSM. majoriti pelajar era ini mengalaminya. akuilah kenyataan ini. tak perlu untuk menyalahkan mana-mana pihak. sampai bilakah kita akan dibelenggu politik dalam sistem pendidikan kita? sekian

Anonymous said... [Reply to comment]

Masih ingat lagi bila PPSMI diperkenalkan.. Guru BI pun adakalanya buat terjemahan utk memberi kefahaman yang lebih kpd pelajar tetapi guru Sains dan matematik wajib berbahasa inggeris sepenuhnya. Sampai ada guru yang terpaksa menghafal skrip untuk mengajar. Berbelit lidah..tetapi utk melaksanakan kehendak kpm dan menyampaikan pengajaran guru mt dan sn gagahkan jua. Mendpt imbuhan PPSMI adalah wajar utk susah payah guru mt dan sn membantu guru bi meningkatkan pencapaian bi. Tapi akhirnya guru bi jua yang kekal imbuhannya. Guru SN dan MT bila tlh tak diperlukan diketepikan begitu sahaja..

yatie said... [Reply to comment]

EMMM, sya br nk buat Kew. 8, penamatan BISP. Bulan 3 dulu dah cakap dgn Bos, tp masa tu ...sapa yg berani. Jabatan /PPD tk keluarkan arahan. Ada setengah2 PPD negeri keluarkan surat arahan... senang kerja pentadbiran. Dah keluarkan SPP KPM Bil. 3/2003 dan rujuk pulak pek. Ikhtisas (jumlah jam mengajar)... dan dibawa ke mesyuarat pengurusan 01.10.2012, baru dibuat arahan penamatan bayaran BISP - sejak Jan/2012 tuh!.
Pada yang belum buat penamatan tu , lambat laun kena juga. Kalau tak ikut tarikh tu, nanti Pengetua & pentadbiran yg kena surcharge. Nk buat macamanakan... kena pulak buat surat Pemulangan Wang Awam.

Anonymous said... [Reply to comment]

Rasanya dah berlaku salah faham mengenai bayaran balik BISP.Dah check dah...tak ada surat arahan bayaran balik pun.Cuma yang ada ialah surat arahan pemberhentian BISP mulai 31 Mac 2013 dan permohonan semula BISP mesti dilakukan oleh PPP.Dan memang telah dinyatakan Oleh TPM kita bahawa untuk ting 4 dan ting 5 p&p akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga 2015.Itulah yang dapat saya selongkar dalam portal dan akhbar.Susah kerana kita sebagai pendidik kerap tidak dapat maklumat yang sewajarnya.Entah dimana silapnya, samada kementerian pendidikan atau pentadbiran sekolah.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais