Teknik--teknik berstatistik adalah ditentukan oleh jenis data. Pemahaman asas mengenai jenis data membantu dalam pemilihan kaedah analisis dan ujian statistik yang sesuai. Data boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Data Numerik dan Data Bukan Numerik.
Data Kuantitatif – NUMERIK
nilai-nilai data adalah bilangan atau ukuran berangka. (numbers)
Data kuantitatif boleh wujud dalam bentuk:
(i) Diskret - Boleh mengambil nilai-nilai yang tepat sahaja.
Contoh: bilangan buah bagi setiap pokok dalam kebun, saiz kasut bagi pelajr sebuah kelas dan bilangan anak dalam setiap keluarga dsbnya atau
(ii) Selanjar - Tidak boleh mengambil nilai yang tepat tetapi boleh dihampirkan kepada ukuran tertentu
Contoh: tinggi pelajar, berat buah jambu , halaju kereta, PNGK pelajar-pelajar sarjana UKM-NPC, gaji pensyarah dan sebagainya.
Data Kualitatif – BUKAN NUMERIK
Nilai-nilai data adalah kategori bukan berangka.
Cth: jenis darah, jantina, warna



0 komen:
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...