BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , » Kajian Tinjauan : Soal Selidik dan Temubual

Kajian Tinjauan : Soal Selidik dan Temubual

Share

survey-form

Apakah kajian tinjauan?

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial.

Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

 


Ciri-ciri kajian tinjauan:

  • kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,
  • kutipan data yang cepat,
  • penggunaan saiz sampel yang besar,
  • maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan
  • dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian
  • (Chua, 2006)

    Cara pemilihan sampel:
    - pensampelan rawak mudah(simple random sampling),
    - pensampelan berstrata (stratified sampling),
    - pensampelan sistematik (systematic sampling) dan
    - pensampelan kelompok (cluster sampling).

    Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000).

    Cara buat kajian tinjauan?
    menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon.
        Soal Selidik
        Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.
        Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.
            Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:
            - sesuai dengan kesediaan responden,
            - format instrumen yang sistematik,
            - arahan yang jelas,
            - surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian
            - ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan

            (Chua, 2006).

            Panduan membentuk item-item soal selidik
            - penggunaan bahasa yang mudah,
            - selaras dengan responden,
            - elakkan soalan yang sukar,
            - soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,
            - elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang,
            - elakkan soalan yang kabur,
            - elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
            - elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif

            (Merican, 2006).

            Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)
                interview
                Temubual
                - temu bual berstruktur,
                - temu bual semi struktur,
                - temu bual tidak berstruktur.
                Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000)

                Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat.
                    Aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual
                    - menentukan jenis temu bual dalam kajian;
                    - rancangan temu bual;
                    - stail, kandungan dan susunan soalan temu bual;
                    - ciri-ciri soalan temu bual yang baik;
                    - aras bahasa dalam temu bual;
                    - penyusunan soalan temu bual dan
                    - tempoh sesi temu bual (Chua, 2006).
                      Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
                          Kaedah temu bual
                          - temu bual bersemuka,
                          - temu bual tidak bersemuka dan
                          - temu bual bantuan komputer.
                            10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik
                            - tidak mulakan sesi temu bual yang dingin,
                            - sentiasa sedar tentang tujuan temu bual,
                            - soalan ditanya secara semula jadi,
                            - soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat,
                            - berwatak sebagai pendengar yang baik,
                            - pakaian dan penampilan yang sesuai,
                            - tempat yang selesa,
                            - menghormati responden,
                            - berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan ,dan
                            - menghargai responden.

                          10 komen :

                          azlan said... [Reply to comment]

                          assalamualaikum cik..terima kasih untuk maklumat ni..nk tnye ckt,,boleh bg beberapa bibliografi tuk dirujuk x??n ade x maklumat tentang isu semasa melakukan soal selidik atau tinjauan??

                          Anonymous said... [Reply to comment]

                          masalah dalam melakukan tinjauan ade tak?thanks

                          Anonymous said... [Reply to comment]

                          bleh kongsi ckit x permasalahan yang dihadapi ketika melakukan kaedah kaji selidik dan temu bual terhadap orang awam.

                          Anonymous said... [Reply to comment]

                          salam... terima kasih cik berkongsi ilmu ini... saya gunakan sebagai rujukan..tq

                          Anonymous said... [Reply to comment]

                          mekasih... banyak input saya dapat... untuk sesi viva saya nanti

                          Mohamad Azim said... [Reply to comment]

                          salam,. macam mana nak wat soal selidik mggunakan kaedah online?

                          Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

                          @Mohamad Azim

                          boleh guna GoogleDocs ...create form.. memang mudah! nanti just share link supaya org dapat jawab survey kita tu..

                          selain tu, boleh try Surveymonkey :D

                          Anonymous said... [Reply to comment]

                          Tq 4 info...cuma nak tanya sikit.apa beza borang kaji selidik ngn borang soal selidik?

                          MOHD ZUBER said... [Reply to comment]

                          maaf sekadar ingin bertanya mana kita boleh dapat model soalan kaji selidik

                          Anonymous said... [Reply to comment]

                          D mana bole dpt contoh2 soal selidik?

                          Post a Comment

                          Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                          ♥ Search This Blog ♥

                          Loading...

                          ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

                          My Shoppe =)

                          ♥ Post Terkini Dahlia ♥

                          ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

                          Make your own

                          ♥ Tweet tweetttt... ♥

                          ♥ Super Very Important Followers! ♥

                          Related Posts with Thumbnails

                          Menarik!!!

                           Banner
                          Blogged.my

                          ♥ Arkib Blog ♥

                          DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais