BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , » Kemalangan Ngeri Jalan Kuantan-Pekan 7 November 2011

Kemalangan Ngeri Jalan Kuantan-Pekan 7 November 2011

Share

Terkejut dengan dua berita kemalangan yang aku dapat dari Facebook petang tadi.

1. Student sekolah aku meninggal

Dalam musim raya haji ni, sekolah aku kehilangan seorang lagi pelajar tingkatan empat tengah malam tadi. Mangsa maut apabila motosikalnya terbabas di Kilometer 6 Jalan Pekan-Kuantan dekat Pekan pada jam 1 pagi tadi. Motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan melanggar pasu bunga Majlis Daerah Pekan.

Innalilahi wa innailaihi rajiun. Al fatihah buat Allahyarham Mohd Hannafi Zahari. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

Untuk pengetahuan semua, ni kali kedua dalam tahun ni pelajar sekolah aku  meninggal dalam kemalangan. Yang hari tu, pelajar yang aku pernah mengajar sendiri. Post : Al Fatihah untuk pelajarku.

 

2. Kereta terbabas di Jalan Kuantan-Pekan : mangsa putus kepala!

kemalangan

Picture ni fresh taken by my fren Hafidz, Aku rembat dari FB Hafidz.  TQ Fren :P Perasan x ada gambar lelaki dan perempuan di atas jalan?

 

Kemalangan ni berlaku dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan-Pekan area selekoh maut. Menurut kawan aku tu, kemalangan ni baru lagi berlaku masa dia lalu jalan tu lepas Zohor tadi. 2 mangsa maut di tempat kejadian yang mana salah seorang daripadanya putus kepala dan 4 lagi cedera parah. Ngeri sangat keadaan mangsa! Sampai dia pun tak berani nak ambil gambar. Kereta ni dari Kuantan dan pemiliknya mungkin seorang tokey Printing Company kat Kuantan ni. Semasa kemalangan, anak dia yang memandu kereta ni. Al fatihah buat keluarga mangsa kemalangan ni. Semoga roh mereka yang maut ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminnn.

 

Bila dengar berita ada kereta terbabas kat jalan yang hari2 aku lalu sebelum ni, automatik aku teringat kisah hitam aku dulu yang pernah melalui jalan yang sama dan pernah aku kongsi dalam post sebelum ini:

Memori 9.12.2010 : Allah still loves me

Tragedi 9 Dec 2010 : My Minor Injuries

Tragedi 9 Dec 2010 : The Car

Ada kawan cakap, jalan Kuantan-Pekan ni memang keras sebab ada pemujaan busut diadakan di kawasan area Kg Semangat tu. Wallahualam.

 

Hari ni trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya sebab warga kota dah pun pulang ke kota. Semoga semua sampai dengan selamat termasuklah adikku yang baru je bertolak balik ke Pasir Gudang tu. Aminnn.Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan kita. InsyaALLAH.

18 komen :

Muhammad Burn said... [Reply to comment]

Alfatihah...

Jard The Great said... [Reply to comment]

al-fatihah. rasa ngeri setiap kali musim raya. mesti ada je eksiden.

Lin Azlina said... [Reply to comment]

sy pun ada dengar psl jln pekan-ktn tu keras....padahalnya dah highway..kira jalan dah okeyla....

rizal jabai said... [Reply to comment]

ngerinyerrr..alfatihah

Anonymous said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
DaHLia said... [Reply to comment]

@Lin Azlina

actually sis pun rasa mcm tu.. sbb tu kalo lalu jalan tu, mesti pecut..ahahaha

Gen2Merah said... [Reply to comment]

wahhh, ngerinya tengok keadaan kereta terbabas macam tu... kalau tempat tu keras, kena hati2 memandu....

Free Download said... [Reply to comment]

sian... malang tak berbau :( al-fatihah

ryu said... [Reply to comment]

selekoh sblm sampai ke kg semangat (dari kuantan) tu memang kawasan tetap accident.. boleh kata tiap2 bulan ada accident dan saya sendiri pernah terbabas (semasa hujan lebat) di situ dan langgar divider tengah semasa ramadhan 2009.. apa yg menyelamatkn saya adalah tali pinggang keledar.. semasa hari hujan berhati2 kerana kedudukan selekoh yg tinggi menyebabkn air hujan dari atas jalan (lane slow) turun ke bawah dan menyebabkan lane laju menjadi sgt licin..

aida said... [Reply to comment]

mana ada pemujaan busut pandai jew sy org kpg semangat 2,bwk keta hati-hati ler, tp jln 2 memang ada tanah pekuburan korang jew x tau dia jd busut sb tanah 2 dia org tlk wat jln masa dulu lepas 2 jumpa rangka org 2 yg dia org wat kubur 2 jd cam busut...saya anak jati kampung semangat...

aida said... [Reply to comment]

byk la mana ada pemujaan busut, bwk kete hati-hati la nie tgk jln lurus nak pecut jew...sy org kampung semangat,kat tepi jalan 2 memang ada tanah perkuburan,ia jd cam busut sb dulu dia org tolak tanah kat c2 wat jalan 2,masa dia org tolak tanah 2 jumpa rangka manusia rupa2nya dia org tertolak tanah kubur org pas2 dia org timbus balik kubur 2 jd cam busut sy tinggal kat kampung 2 dah 25 thn sejak lahir lg memang selalu ada kemalangan yg meragut nyawa tp semunya kerana pemanduan yg tidak berhemah lg 1 dah malang x berbau nak elak pn kla menda nak jadi dia jadi jugak...buat yg terlibat dalam kemalangan salam takziah dan al-fatihah...harap kejadia seperti ini x akan berulang lagi..

Sd Malay said... [Reply to comment]

Alfatihah, may them rest in peace...

Kamu Blogger...? Join Event Blogger Percuma Samsung Galaxy Ace dan RM 1,000 Berakhir 23 Desember 2011

It's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
Thank you very much for your attention

ryu said... [Reply to comment]

saya dah duduk pekan hampir 30 tahun sb family bekerja di pekan.. spjg 30 tahun lalu lalang di kg semangat berhampiran kampung org asli lama tu.. kubur tu memang sentiasa ada di situ sepjng saya menetap di pekan (sehinggalah baru2 ini bila lebuh raya pekan-kuantan disiapkn dan kubur itu dgn bantuan Majlis Agama Islam Pahang dan mufti pahang dipindahkn ke tempat lain) selalu nampak ada kain kuning diikat pd tiang nisan.. mungkin diikat oleh org2 yg memuja utk dptkn nombor ekor.. pernah suatu ketika dulu (lebih kurang sedekad yg lalu) pekan dikejutkn dgn cerita seorg pemandu kereta proton saga mengambil seorg perempuan berbaju dan berselendang putih di kawasan berkenaan.. yg kemudiannya hilang di tgh2 jln dan meninggalkn selendangnya dlm kereta tu.. tuan punya kereta kemudiannya meninggalkn kereta nya di balai polis pekan dan tak pernah ambil semula keretanya tu..

Am said... [Reply to comment]

Xdek kaitannya busut2 2... Semua tempat ada bende ciptaan Allah SWT. Cuma kalau kita percaya yang dia kuatlah dan karut-marut barulah dia dtg kat kita. Kalau kita biasa jer. Xjd mender2.

Ingatlah:
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.”
- Al Baqarah:117

ryu said... [Reply to comment]

http://berita-harian-online.com/lagi-kes-korban-di-jalan-kuantan-pekan/

si mati di dalam accident tersebut ialah seorg ibu tunggal dan anak bongsunya.. dalam perjalanan menghantar salah seorg anaknya yg bersekolah asrama di pekan. al-fatihah utk arwah..

UYC said... [Reply to comment]

aaaa, ngeri kot :( nk drive pn da takot skg jln kl sesak, lg2 ble ujan ni kn,,

Anonymous said... [Reply to comment]

sy pun org jati kg semangat...xde makne nye kg semangat nie ade tmpat pemujaan kubur...pepandai je korg nie...kurafat 2...mmg selekoh 2 berbahaya so hati2 je bwk kete 2,jg
n nak pecut2 sgt nak2 time ujan nie..selepas xcident hari rye 2 ade 5kali lg kete terbabas kt situ,semua nya sebab jln licin n bawak laju.....kat mne2 pun blh xcdent klu driver nye bwk laju n xberhati2..

Anonymous said... [Reply to comment]

sy org kg semangat gak..bhati2 d jalnrya..pndu crmt jwa slamat.slmt ari raya

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais