Analisis data adalah kegiatan mengubah data hasil penelitian menjadi informasi yang dapat digunakan untuk memberikan kesimpulan penelitian. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan analisis statistik.
Taburan data sampel perlu di kenalpasti terlebih dahulu untuk membolehkan kita menggunakan statistik ujian yang betul. Bagi data yang diambil dari taburan normal, taburan sampel nya juga normal. Bagi data yang diambil dari taburan bukan normal, teorem had memusat diperlukan.
Ujian kenormalan juga boleh digunakan untuk menguji adakah data tertabur secara normal.
- Bina histogram , Bina plot batang-daun
- Kira pekali kepencongan dan kepuncakannya.
- Gunakan hubungan min, mod dan median dengan bentuk taburan.
- Atau gunakan perisian untuk menguji kenormalan data.
Analisis Statistik merupakan tatacara, teknik dan kaedah yang digunakan untuk tujuan memahami data dan maklumat, membuat penelitian, meringkas dan membuat analisis bagi memperihalkan berbagai ragam data. Peranan utamanya ialah supaya data yang berbagai macam ini mudah difahami oleh orang ramai.
Analisis Statistik ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens.
STATISTIK DESKRIPTIF
kumpulkan, olah, sajikan, analisis
(metode yg membantu proses pengambilan keputusan bagi kelompok yang diteliti saja)
Menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk menentukan corak set data, meringkaskan maklumat daripada set data dan mempersembahkan maklumat yang dikumpul daripada sampel dalam bentuk yang menarik. Oleh kerana pemerihalannya terhad kepada sampel sahaja ia tidak digunakan untuk tujuan membuat kesimpulan dan generalisasi menyeluruh kepada populasi yang dikaji
Statistik yang mempelajari metode meringkas dan menggambarkan bahagian yang penting dari suatu data iaitu:
(1) Taburan Frekuensi = Paling Asas & kurang digunakan antaranya Peratus (%) dan Mod
(2) Ukuran Kecenderungan Memusat = Min (interval data), Mod (nominal data), Median (ordinal data)
(3) Ukuran Serakan = Minimum/Maksimum, Julat (perbezaan di antara maksimum dan minimum), Sisihan piawai (ukuran sejauh mana subjek-subjek yang dikaji berbeza daripada min kumpulan)*
*the more heterogeneous the group, the higher the standard deviation
STATISTIK INFERENS
kumpulkan, olah, sajikan, analisis, intepretasi
(metode yg membantu proses pengambilan keputusan pada kelompok yg lebih besar dari yang diteliti {generalisasi})
Prosedur-prosedur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang dikaji berdasarkan maklumat daripada sampel yang diambil dari populasi.
Aras Keertian,a : Menerima atau menolak H0 bergantung kepada tahap signifikan atau aras keertian (level of significance). Aras keertian juga dipanggil sebagai kebarangkalian berlakunya ralat jenis I, iaitu dalam membuat keputusan, hipotesis nol ditolak sedangkan pada hakikat ianya benar. Maka semakin besar nilai aras keertian, semakin besar kemungkinan kita akan menolak hipotesis nol yang benar
Lazimnya nilai a yang digunakan ialah 0.1, 0.01(Perubatan) atau 0.05(Sains sosial).
Kajian Hubungan
Kajian Perbezaan/ Perbandingan
CONTOH:
Seorang pensyarah ingin mengetahui adakah belajar secara dalam kumpulan menyebabkan peningkatan prestasi dalam exam berbanding belajar secara individu..
Tujuan : menguji adakah teknik belajar memberi kesan kepada pencapaian markah.
Mengkaji dua kumpulan sampel yang independent
Pembolehubah kajian : markah peperiksaan
Skala pengukuran: nisbah.
Hipotesis H0: Tiada perbezaan purata markah di antara belajar berkumpulan dan belajar sendiri.
Statistik ujian yang sesuai :
1.Normal - independent t-test.
2.Tak-normal – u-mann whitney test



1 komen:
Posting bagus. Jika sejauh ini anda merasa perlu jasa konsultasi,
pembimbingan atau pendampingan secara pribadi dalam penulisan proposal atau laporan penelitian, anda bisa pelajari bagaimana
saya bisa membantu anda
dalam bentuk Layanan Konsultasi Penulisan
atau klik di sini untuk menghubungi saya.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...