Nauzubillah min zalik!!! Sungguh aku rasa nak muntah bila melihatkan gambar babak mesra sepasang lelaki (gay kut) sedang french kiss (cium mulut) antara satu sama lain. Dan nampak dalam gambar tu, macam majlis perkahwinan.. Tapi, apa yang lebih memalukan ialah….
Siap berbaju Melayu dan bertengkolok bagai tu wehh!! Islam ke bukan mamat berbaju Melayu tu? Entahhhh….Dari sumber blog NurulAin, mamat ni adalah pelajar perubatan Malaysia di Dublin yang baru je dilaporkan hilang kelmarin oleh mak pak dia kat Utusan. Memang orang yang sama ke weh? Tadi masuk website asal gay tu, hanya boleh tengok cache je.. Website tu dah kena banned lah kut.
Berita Kehilangan Ariff Alfian':
Pelajar perubatan hilang di Dublin [sumber]
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. "Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). "Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. "Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. "Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
Kalau betul lah dia lelaki dalam gambar tersebut, memang kesiannnn sangat kat family dia… Rupanya parents dia pun macam dah dapat agak apa yang berlaku kat anak dia ni.. Maybe dah pernah nampak gambar ni kat Internet lah kut…
Keji tauuuu sarung-sarung cincinn.. penat je pak ko anta ko sunat!!
Ni pulak berita terkini pasal Ariff Alfian, yang dilaporkan selamat di Dublin tu.. tapi macam ada hal sebenar disembunyikan jer.. Adakah gambar di atas ni memang benar seperti diperkatakan?
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland. Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi. Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
''Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya, ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang dilaporkan oleh ibu bapanya semalam. ''Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini. "Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan kehilangan Ariff Alfian yang dibuat oleh bapanya, Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia kelmarin. Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan kehilangan pada 2009. "Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai rekod yang sah untuk memasuki Ireland.
"Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya," kata sumber tersebut. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam usaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada pelbagai pihak termasuk Petronas. ''Pegawai kita juga sedang mendapatkan maklumat daripada masyarakat Malaysia di Dublin. Kes ini juga dalam pemerhatian Wisma Putra,'' katanya. Utusan Malaysia juga difahamkan pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan. Bagaimanapun, pada November tahun yang sama, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.
Emosional aku bila tengok betapa gembiranya mamat ni bersama suaminya Jonathan tu.. sesungguhnya aku kesiannn kat mak dia, ayah, dan adik beradik dia..mesti hancur luluh hati mereka... huhuh.. apa lah agaknya yang mamat ni fikir? Ni lah salah satu contoh akal letak kat tapak kaki! Nak tengok gambar-gambar lain, tengok je kat blog Nurulain ok..
Anyway, kalau betul ni gambar Ariff Alfian, aku doakan dia dibukakan hati oleh Allah untuk kembali ke pangkal jalan, dan kembali bersama keluarga yang sentiasa merindui dia. Sama-samalah kita berdoa agar perkara macam ni tak terjadi pada ahli keluarga kita dan juga umat Islam yang lain lepas ni.. Aminnnn..
Amal Maaruf, Nahi Mungkar!



20 komen:
memang dia la tu orang nya...orang yang sma.....kesian... :(
Sesunguh nye die manusia yang melampaui batas
salam..
tak mau cakap banyak dan mengutuk dia..
takut juga jadi ke adik beradik atau
saudara mara..mana nak sorok muka masa
tu..
DOA saya jika benar itu beliau..semoga
beliau berubah dan kembali ke jalan Allah
pintu taubat masih terbuka..amin
Ya Allah..
memalukan dan sangat menyedihkan :(
Saya terkilan kerana sebagai seorang yang terpelajar dan islam sepatutnya dapat membezakan halal dan haram. Harapan saya beliau sedar dan kembali ke pangkal jalan.
kenapa mesti pakai bj melayu itu..
aduiyai mamat nie
pakai kot dhler..
tak layak mention perkataan 'suami' tu...
hancur luluh hati ibu dan bapa
entahlah sedih tgk orang islam yg dah tak islam ni.....
sedih tgk org islam yg dah x islam ni....kesihan ibu yg melahirkan dia.....
kenapalah jadi macam ni.... aduhai.....
sekarang ni sapa2 ada anak,sedara2 yang spesis cam ni,kalo nak kena hantar obersi hati2 sikit.sebabnya 99.99% spesis ni kepala batu.degil yang teramat sangat.biar muntah darah sekali pun mereka tak kan berubah kalo kena tegur kecuali dari hati mereka sendiri.bila mereka melangkah ke obersi, siap sediala menghadapi kehilangan mereka.semua tau kat europe ni ada bbrp tempat membolehkan perkhawinan gay ni.semua agama melarang tapi disebabkan kat europe human right mereka kuat agama tolak tepi.nak wat camna,manusia,bila dah over pandai tetap ada bangangnyakan..
Memang kembang tekak sangat bile tengok diorang buat aksi cium mulut tue....uwwweekk
Sesungguhnya kecerdikan dan kejayaan seseorang insan itu tidak semata-mata terletak pada kecemerlangan akademik sahaja. Iman dan agama yang diamalkan itulah asasnya. Tidak cemerlang dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam mengemudikan hidup. Ibu bapa jangan terlalu menaruh harapan tinggi dan memuji-muji kepada anak-anak yang cemerlang dalam pelajarannya.
Ya Allah...apalah nak jadi....otak dah bijak...pai hati dia bua mcm ni kat parents dia...agama dia...negara dia? T_T
amat menyedihkan. Malaysia kini punyai semakin ramai golongan sebegini yg semakin berani. Ramai yg bertuhankan nafsu tanpa rasa segan silu. Persoalannya. Apakah yg kita boleh lakukan utk memperbaiki keadaan ini? Apakah yg negara mampu lakukan utk memulihkan musibah ini dri terus menjerat masyarakat kita. Bala bila diurunkan, bukan shj atas golongan ini, tpi smua akn tkena tempiasnya
luluh hati mak ayah dia tgok gambar camni..smoga dia bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga..
dunie nak kiamat.....ape ler ko punye citerasa...jantan sama jantan....ikut belakang la nie...
betul ke Arif Alfian yang kawin sejenis tu?...macam ade beza skit dengan gambar dalam paper kat M.sia?. Tapi.. kuat benar perasaan suka kat lelaki.. dia ni.. turutkan betul kata hati...peduli ape dosa, malu ke hape!, janji hati puas!...dah lagi pergi belajar negeri orang putih...pandai cari yang segak-lawa. yang peliknya, majlis kawinnya skit punya formal. Ada pakcik-makcik, kakak-abang...kaum keluarga, kawan,... partner orang putih mamat ni ke? Begitu diraikan sekali!..bukan main menyorok dalam bilik stor...oleh Ammar Fahrin
Keluarga terkilan lah kau post menda2 mcm ni.Membuka aib org lah.Kalo nak doakan kebaikan xpe lah jugak.
Is this the way of getting to know yourself?Mengutuk org dekat blog?Ayat tu biarlah "kena" dengan cara.Mcmana kalo org tulis pasal anak ko kat blog?
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...