13.12.11 Cantik tarikh ni kan? Tarikh yang semakin menurun. Tapi tarikh ni pasti menjadi ingatan kepada ramai pengguna Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang terlibat dalam keadaan banjir kilat pada petang tadi. Lebih-lebih lagi, kejadian banjir kilat tu berlaku pada waktu puncak, time orang nak balik dari kerja!
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.
Berturutan, dalam bulan ni sahaja, 3 bandar dikejutkan dengan kejadian banjir kilat biarpun kejadian banjir kilat di ketiga-tiga tempat ni bukanlah sesuatu yang pernah terjadi. Dua minggu lalu, awal bulan Disember 2011, Kajang dilanda banjir kilat yang terburuk sejak tahun 1971. Manakala dua hari selepas itu, bandar Kuantan pula dilanda banjir kilat. Rujuk post : Gambar dan Video Banjir Kilat di Kuantan. Kali ni pula, keadaan lalulintas di Kuala Lumpur lumpuh berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.
sebuah van yang tidak sempat diselamatkan dari kejadian banjir kilat petang tadi.
berani betul kereta ni!!
Dalam kejadian banjir kilat petang tadi, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat. Dua bot Bomba dan Penyelamat dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.
p/s: Inikah harga yang perlu dibayar untuk sebuah pembangunan?



5 komen:
buat pembangunan...tapi tak terancang...fikir untuk benefit diri sendiri...akhirnya jadilah macam ni...jangan perdayakan alam sekitar...kuasa alam tiada manusia yang boleh lawan.
kes ni dah kali ke-2 tahun ni kak.. tak tahu mana silapnya.. kali pertama saya ada dekat wisma bernama masa banjir tu.. tapi kes semalam saya tengah bercuti dekat penang.. nasib motor dekat parking tu tak tahulah.. hope tak hanyutlahkan.. hehhe
ni pembangunan jenis sim city, main letak je situ sini, tak fikir kedepan.. harap pahni dapat belajar dari ni.
ingatkan tempat-tempat kampung je banjir.. KL pun kena gak.
Nampaknya KL pula kena banjir kilat.... aper la respon kementerian yang berkenaan....
nasib la aku tak dok kl
malas nak harung banjir ni
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...