Tengok gambar-gambar dan video kejadian banjir di Kuantan yang ramai kawan aku dok share kat FB pagi ni, mulalah aku risau. Rumah aku kat Sungai Isap tu woo.. Kawasan teruk banjir tahun 2001 sampaikan hanya nampak bumbung! Dek kerana kejadian banjir besar tahun 2001 lah tetiba Sungai Isap glemer satu Malaysia!
Pemandangan dari atas kejadian banjir kilat yang berlaku di bandar Kuantan 4/12/2011
Semalam lagi kawan aku dok Cikgu Jaja dan Cikgu Tie cakap ada certain place kat bandar Kuantan tu dah naik air, tapi aku tak sangka lah sampai keadaan banjir di Kuantan rupanya sangat serius! Yang lebih mengejutkan aku, bandar Kuantan sendiri bergenang dengan air!
Moh tengok gambar-gambar dan Video kejadian banjir kilat di Kuantan, 4/12/2011 yang daku cilok dari FB Fanpage Kuantan. Thanks kepada semua yang tolong upload! Deme semua kata banjir kilat sebab hujan lebat xsampai sehari, air dah penuh kat bandar Kuantan. Banyak kereta-kerata dan lori tersadai. Kasihan warga Kuantan!
Jalan ke traffic lite, keluar dari Pasar Besar dan Terminal Bas Kuantan
Jalan traffic lite Megamall-ECM, depan kelab malam apa ntah namanya…
Jalan depan Megamall, kat ECM… kut? Sebab nampak Kamdar di kiri..
Premis depan Megamall. Takde buaya pun, photoshop jer tu!
Dengarnya, kejadian banjir kilat yang berlaku malam semalam ni dah surut dah pagi tadi. Apa yang aku nampak dalam gambar-gambar ni. Mostly kejadian banjir kilat ni berlaku di jalan-jalan utama. Tak pasti sama ada Jalan Besar dekat Masjid Kuantan tu pun mengalami banjir atau tidak. Maklumlah, aku takde di Kuantan. Mak aku pun semalam dah ke Pasir Gudang, ikut adik aku, so harapnya kawasan umah aku tu tak banjir lah tahun ni. Takut gak dengar kejadian air pasang besar yang diramal berlaku hujung bulan ni!
Bila fikir-fikir balik, apakah punca kejadian banjir kilat di bandar Kuantan malam semalam ni ek? Baru beberapa hari lepas Kajang yang kena banjir kilat, ni Kuantan pulak. Tak pernah aku dengar Kuantan kena banjir kilat macam ni sekali! Adakah disebabkan sistem longkang (pembentungan) yang perlu ditambahbaik kut disebabkan oleh kepesatan pembangunan di Kuantan?
Jom layan Video Kejadian banjir kilat di bandar Kuantan 4 Disember 2011.
Apapun, aku pasti ada hikmah di sebalik kejadian banjir ni. Mungkin sebabnya banyak maksiat yang dah makin berleluasa kat bandar Kuantan ni, tu sebab banjir kilat berlaku, nak bersihkan bandar Kuantan. Who knows? Apapun, mudahan kejadian banjir tak berlaku lagi di Kuantan lepas ni. Risau dengan rumah aku tu!
Masa banjir tahun 2001 dulu, kami adik beradik mengeluh dengan kejadian banjir tu, tapi mama terus cakap, semuanya Ujian dari Allah. Allah nak kita sentiasa ingat pada-NyaMujur rumah kita banjir, masih lagi ada rumah. Kalau terbakar?
Ops cakap pasal terbakar, teringat lak kejadian kereta terbakar kat ECM petang semalam, 4 Disember 2011. Kereta Ford Lynx kut.. terbakar dalam perjalanan nak naik ke ruang parking tingkat atas East Coast Megamall, Kuantan. Curam tu wooo!! Katanya sebab wiring-wiring kat audio ke apa ntah.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba berjaya mengawal keadaan. Pemandu dengan penumpang dalam tu dapat selamatkan diri. Tak dapat aku bayangkan kekalutan yang berlaku bila kejadian terbakar macam ni. Ni baru jalan menuju ke parking, bukan di parking. Tu pun bahagian atas. Kalau parking di basement?? Minta-minta dijauhkan dari kejadian seumpama gini. [Info lanjut kebakaran kereta di ECM]




12 komen:
banjir sana sini sekarang ni..teruk je..
kuantan banjir? fuh..
aloh la..akak baru tau pagi ni sb semale lps ghorik tido slaluh..heheheh..hujan xde la lebat kat IM..tapi xsangka banjir kilat kat bandar..seb baik xgi jenjalan soping moping semale..kalu dok..abis kete stuck..huhu
Tempoh hari bandar Kajang dinaiki bah kilat sekarang pula bandar Kuantan. Bandar Kuantan kalau malam memang happening.
Nampaknya musim tengkujuh kali nie banyak tempat yang kena banjir kilat....
Uish, teruknya banjir. Sekarang dah musim tengkujuh ke?
kita berkongsi entry yg sama cikgu:)
mlm td mmg terkejut ler tgk jalan naik air..
terbantut nk g jalan2..
tgk air jer mlm td:)
rajin saudari ambil gambar dalam hujan + banjir ^_^
Rumah kita kat Sg Deraka, on the way ke Kempadang tu. Mlm td ok lagi... Tg Api pun ok lagi. Harap2 tak naik airlah rumah kami nnt.
kul 12.30 mlm semalam sye lalu jalan nak ke teluk cempedak,ok je ...mgkn ni dkt kwsn bndr je..biasalah,banjir kilat selalu berlaku kat bandar..semoga banjir cepat surut n tiada kemalangan jiwa..
hari sabtu baru ni,ala masa bulan gerhana penuh tu 13/12 ktn hujan lebat sgt,tak pnah slama 22 tahun aku ddk kat indera mahkota satu,pertama kali dlm sejarah umah aku banjir.tau tak kenapa?penduduk mintak bonggol kat mpk,dpt tapi yang tak syoknyer dia buat btul2 dpan umah aku.apalagi bila hjan jer banjir sakan la wei.anak aku jadi pelik dan tak pcaya umah aku sorang jer yang kena banjir.2 kali pulak tu satu pukul 8.15,kali ke2 pukul 10.15mlm.aduh letih betul dibuatnya..
iTu tanda2 doa2 dari penduduk bandar kuantan yg x suka LYNAS.. DITUNJUKAN bala awal..kalau x sedar lagi x tahu ler..nak tunggu bandar kuantan tenggelam terus kot.............
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...