Ok.. since semalam lagi, aku tak lelapkan mata. Sebabnya? Menyiapkan slide presentation untuk Sabtu ni. Actually just nak maximum 12 slides je, tapi… kena come up with own research proposal, itu yang jadi problem pada aku. Dah laa masih blur dengan topik yang nak aku buat dan komponen2 dalam Research Method ni actually. Gasaklah.. terima je komen daripada pensyarah Sabtu ni.. Kalau aku nak senang, ikut je macam orang lain buat, ambil kajian yang dah lengkap satu persatu, tapi bila fikirkan in future, better aku bersusah dari awal, then teruskan guna proposal ni untuk Research aku nanti.
“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”
Selepas siapkan slide, aku plannning nak gak tido barang sejam dua, sebelum Subuh. Tapi, fikir2 balik, takut terbabas, so aku pun berlari2 anak melayari ke alam maya.. Jenguk blog ni, blog tu.. Seriously, memang aku agak menyampah dengan beberapa blog sekarang! Blog yang suka main pop-up2 window tu lah.. Nak kena LIKE baru tutup. Takpun tunggu beberapa sampai beratus saat. Apa Kes!! Dulu paksa U Follow I, I Follow You.. Sekarang? Paksa LIKE 2 pulak?? Sungguh aku menyampahhhhhsssss… Ok, aku tekan butang pangkah!
Tambah menyampah lagi, bila terjumpa blog yang meniru content aku sebijik2.. Bukannya copy paste certain contents, tapi memang dia boleh sedut semua content blog www.cikgudahlia.com aku ni selepas aku publish post. Kiranya, bila je aku click PUBLISH, bukan takat akan publish kat blog aku, tapi terus publish kat blog dia.
Hebat kan???? Aku tahulah aku ni idola ko kan beb.. dan ko sedang nak menguji ilmu CSS or SEO thingy ko, tapi agak2lah… Aku memang tak redha dunia akhirat oke! Walaupun blog ko tu takde iklan ke apa ke.. Entry aku yang santai2, yang aku letak gambar aku, khas untuk aku pun ko nak cilok apa kes! Eiiiii apa punya perangai lahh!! Tak tenang ko hidup, walaupun aku tahu ko sedang gembira aku cakap pasal ko.
Guys, actually ada beberapa blog lagi yang blogger ni auto cilok.. Ops, aku takkan bagi free link untuk dia. Blog tu guna domain blogspot jer pun… Kalau korang nak, korang search jer tajuk post aku ni..dan beberapa tajuk aku sebelum ni..takpun, guna beberapa ayat karangan aku.. Dah lama rupanya makhluk ni buat kerja terkutuk ini..
Semuanya hasil cilok sampaikan entry beratus dan beriban!!
Aku harap dia berbahagia lah hingga akhir hayat di atas ketidakredhaan orang yang dia ciloks.. Loser punya makhluk!!!! Nampak sangat pengecut ~ lalalalala….
Dah, daripada aku layan mangkuk hayun pencilok tu, baik aku sembahyang Subuh mintak keredhaan Allah biar aku makin ditambah rezeki… Adiosssssss~~~~
p/s: Layan je laa aku mengamuk sekali sekala k bebeh!!






8 komen:
assalam cikgu dahlia
Dah pun nama dia kopipasta. tu yg copy and paste jerk kejer nyer. sabar jer lah cikgu. tu antara saham akhirat buat cikgu nanti :D
wah hebatnya dia ni..smpai leh copy paste camtu sekali... blog mana tu erk...
saya pun tak suka bila bukak blog jer terus ada popup window...mintak like dulula...paksa2 lak
mak ai..
ni dh kes cetak rompak nie..
ada juga yg mcm ni ek..
mmg nk kne bann nie
alahai..ada juga blogger jenis tu ye..
wah
cilok semua sekali pun ada?
baru tahu juga ni, cikgu
sapa pun sakit hati kalau macam ni
Isk... tadi baru search kat Google. Memang semua entri dia copy-paste (sesuai dengan nama dia "kopipasta") termasuklah entri ini (memang keterlaluan yang amat)... Apa2 pun sabar ye Dahlia. Jangan patah semangat ye.
hoho..ramai dah aku jumpa macam nih. sabar ajelah dibuatnya.
bab paksa like tu. memang aku pangkah site tu. haha..
pandainya dia copy macam tu ek .. adoi hal peribadi pun nak di copy melampau tu , insaf lah weh
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...