Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , » Pengalaman Cikgu Dahlia memohon dan berjaya HLP 2011 …

Pengalaman Cikgu Dahlia memohon dan berjaya HLP 2011 …

Share

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

bersyukur

Alhamdulillah di atas segala limpahan rahmat dan rezeki-Nya ke atas diriku…

 

Honestly, cakap pasal pengalaman memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tahun 2011 dulu, memang tak sangka rezeki kali ni berpihak pada aku.. Dari permohonan, proposal, semuanya aku last minute. Apply pun sebab nak teman member aku Cikgu Tie yang memang nak sangat2 sambung belajar tu. Tarikh iklan kuar ke apa, mmg langsung aku tak ambil port. Mungkin sebab dah selesa berada di sekolah, aku tak fikir pun nak sambung belajar.. fikir nak kahwin, beranak pinak ada lah! Nama terpilih untuk temuduga pun, Cikgu Tie, CIkgu Maz dan Cikgu Moon yang check dan bagitahu aku… Sama juga, result aku berjaya dapat biasiswa ni pun, Kak Sila dan Kak Lin, kawan yang aku kenal masa interview yang bagitau.. diorang tak dapat lah sebab aku dah dapat..pepagi lagi 30 Mei 2011 diorang wish me congrates…which is masa tu memang aku blur2 sebab baru bangun tido..cuti sekolah katakan..hehhe

 

Anyway, lepas dapat tu pun, aku ingat aku hanya dapat Cuti Belajar Bergaji Penuh, tanpa Biasiswa, so berat jugaklah nak tinggal sekolah dengan budak2 nak SPM, PMR..nak tinggal mama aku..tinggalkan Kuantan, last2 bila dah tahu aku memang dapat Hadiah Latihan Persekutuan which is Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa sekali, takkan aku nak lepaskan peluang kan?? Dahla dapat cuti, dapat gaji penuh, disponsor untuk sambung belajar, dapat elaun sara hidup pulak tu!

 

Nak sampai ke UPSI ni pun, macam2 hal lah.. Aku actually target nak ke UPM dalam bidang Information system, tapi kena reject sebab aku takde basic IT dan proposal aku bukan IT. So, aku kena transfer ke fak lain, yang lagilah lari daripada bidang yang patut aku buat. Dengan stress yang bermacam kat sekolah sampai menangis aku dibuatnya (tak pernah menangis lagi pasal budak nakal, tapi hari tu tewas gak tapi bukan sebab budak2 nakal…tu aku takda masalah… tapi sebab tekanan kerja) , last2 Pn Nik Munerahanim yang arrange pasal ni cakap aku boleh daftar dan sambung di UPSI dalam bidang ICT, dengan syarat disertasi mesti dalam bidang EMIS. Walaupun berat, aku melangkah juga ke UPSI ni, dan happy menjadi warga UPSI :D Allah sayangkan aku kan… suruh aku cuti berehat dari tekanan kerja dan tambah ilmu pengetahuan :D

 

Pengalaman Interview Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2011

woman_interview_crop380w

 

Actually, memang aku sendiri tak sangka aku terpilih antara 7 calon bagi bidang ni. Memang tak expect, sebab masa interview, sangat tight.. Korang just bayangkan, sampai je kat tempat tu, dahla semua yang ada situ nampak sangat well prepared, blazer, beg kelek kat ketiak, berbanding aku yang hanya pegang folder sijil, salinan proposal dan sijil, dan sebuah modul Sains PMR yang aku join venture buat dulu tahun 2009 dengan geng-geng Guru Cemerlang .. then terjumpa dua kakak ni.. Kak Sila dan Kak Lin dari sekolah yang sama.. coincidence, both apply same course macam aku, Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan. Aku okey lagi, happy lah kan sebab ada geng bilik sama.. So, masa isi kehadiran, aku last sekali.. which is I really hate actually being the last! Rupanya susun ikut jantina dan umur…ok, aku muda sangat dalam bidang pendidikan ni, baru 4++ tahun..baru cukup syarat apply lah kata orang..

 

Dalam bilik menunggu, masing2 dah berdebar.. Nama menteri2, Standard Guru Malaysia, segala yang berkaitan kami dok hafal. Then ada yang dah interview share cakap interviewer tanya pasal Proposal je. Aku, Kak Lin, dan Kak Sila, kuarkan proposal kami dan baca lah balik kan..takut point tertinggal ke apa. Lagi haruuu… proposal kami bertiga semuanya idea yang sama… Aku sangatlah terkejut..dan dalam hati time tu memang dah risau, dah target, tak dapat, sebab diorang lebih berkarisma la dari aku ni. Time tu memang tawakkal je, sebab drive jauh2, bawak mama dgn anak buah aku teman. Bawak doa guru2 kat sekolah mengiringi aku..Yup, sebelum gi temuduga, aku suruh satu sekolah doakan, termasuk Pengetua tau!!

 

Soalan masa interview? Banyak sangattt… Aku kena kondem sebab proposal sama dengan Kak Lin dan Kak Sila yang interview sebelum aku. Tapi, aku tetap bersabar.. Banyak sangatlah yang ditanya, ada juga soalan yang aku tak boleh jawab sebab blank. The best is, aku share pasal blog ni pada mereka, and on the dot one of them browse dari smartphone dia. So, maybe selain daripada iringan doa family, guru2 di sekolah, blog ni penyumbang pemilihan aku rasanya.. maybe…huhuh

 

Apapun, aku yakin dengan kuasa Allah.. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya. Dan sebab itulah aku berjaya dapat HLP dan berada di UPSI sini Open-mouthed smile..DOakan aku supaya cemerlang dalam pengajian dan penyelidikanku semasa Sarjana ni ye~!

12 komen:

Gee said... [Reply to comment]

congrats Dahlia....sya ni bila la agaknya dpt smbung Master...huhu...i wish u all the best..graduate kang post pics bnyak2 ye.. :)

ummiross said... [Reply to comment]

Tahniah dan selamat maju jaya cikgu Dahlia...

cikgu isza said... [Reply to comment]

Semoga terus cekal
:)

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

congtrats chekgu dahlia.. nanti kalau dah ada lagi untuk apply HLP.. bagitahu kat blog ye..saya nak apply gak..:-)

Lady Rina said... [Reply to comment]

congrats...:)

zack said... [Reply to comment]

kalau dah ada master..tp bukan bidang pendidikn..boleh apply lagi ke hlp ni?

Nur said... [Reply to comment]

Tahniah Dahlia, semoga berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran waktu belajar. Memang susah nak dapat..jadi jangan sia-siakan peluang yang ada.

Lin Azlina said... [Reply to comment]

tahniah dan slmt mengharungi....

murnira said... [Reply to comment]

try buka untuk semakan panggilan temuduga 2012, tapi tak dapat, kenapa ye?

OrenLimau said... [Reply to comment]

seronoknya.saya tahun depan baru nak berpraktikum.
bestnya dgr cikgu dahlia nak sambung belajar.teringin sangat :)
ALL THE BEST!

Anonymous said... [Reply to comment]

alahai saya rase takut macam tak nak g jek intebiu tu 5.1.. sy risau kena jwb kut bi.. sy nilemah skit :(

Scarlett O'Hara said... [Reply to comment]

Dahlia, minta tlg jawapankan persoalan akak ni.Akak dah pun interview CBBP Tanpa Biasiswa pada 28 Disember lalau.Masa interview tu rasanya ok je.Akak kena angkat sumpah konon2 akak dapat CBBP Tb tu.Kebetulan, akak dah dpt offer ke UTM dalam TESL.Tarikh daftar 15 Februari hingga 12 mac ni.Akak dah telefon pihak KPM dan pihak KPM kata, keputusan interview akan diumumkan pada 16 Feb ni.Tapi so far tak de lagi.Akak pun dah hantar surat rayuan supaya Pengajian Inggeris ( bidang yg dipohon semasa interview tu) ditukar kpd TESL ikut tawaran UTM, seperti yang diminta oleh pihak KPM. Masalah akak sekarang adalah: perlukah akak mendaftar sedangkan surat kelulusan cuti belajar tu akak belum dapat?Akak mmg harap sgt utk mula belajar bulan 2 ni. Tq

Kak Scarlett

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais