Best sungguh stori mori pasal gaji sbpa sekarang ni kan. Topik terhangat lah di pejabat2 kerajaan! Bab duit, apa yang tak best, kan? Rasanya kat pasar2, kedai2 pun tengah hangat nak naikkan harga. Ke dah naik dah? Walaupun pekeliling rasmi SBPA untuk perjawatan umum, guru dan PDRM dah pun diumumkan dan disedia untuk download since minggu lepas, masih ada Lampiran C yang belum direlease oleh JPA sendiri.
Khabarnya Lampiran C tu dah sampai ke Bahagian Sumber Manusia Kementerian masing-masing, cuma tak dihebahkan secara rasmi kepada semua penjawat awam lagi. Bila sampai masanya, (entah bila) Lampiran C SBPA tu akan dikeluarkan oleh Kementerian masing-masing. So, disebabkan tak keluar lagi, mulalah penjawat awam membuat telahan sendiri tentang gaji yang bakal diterima bermula Januari 2012 tahun depan. Sure dah berangan2 kan??
Beberapa hari lepas, aku ada post Pengiraan Gaji SSM ke SBPA yang ada menunjukkan kuantum perpindahan gaji untuk setiap skim perkhidmatan. Siap dengan contoh lagi! Boleh rujuk di post Pengiraan Gaji SSM ke SBPA untuk lihat dengan lengkap. Slide tu pun aku tak pasti dari mana sumber, tapi aku dapat kat Facebook. Then, dalam bidang perguruan sendiri, dah circulate dekat Facebook juga, Jadual Sifir Gaji Guru mulai Januari 2012. Aku rasa, ramai cikgu-cikgu dah tengok Jadual Sifir Gaji tu kan? Belum? Tengok sini..
Dekat bawah ni pulak Contoh Kuantum Pengiraan Gaji Baru SBPA (slide biru).
Contoh Kuantum Pertambahan gaji SSM ke SBPA untuk gred jawatan lain, boleh rujuk post Pengiraan Gaji SSM ke SBPA. So, kalau refer pada Jadual Sifir Gaji Guru ni dengan Contoh Kuantum Perpindahan Gaji SSM ke SBPA tu, dedua aku rasa tidak tepat. Kenapa?
OK..ni khas untuk cikgu-cikgu buat pengiraan sendiri k. Sebab aku tak setuju dengan kedua-dua contoh pengiraan dan sifir gaji tu adalah seperti berikut : kiraan ni berdasarkan contoh untuk Guru Gred DG41 (SSM) atau 1-1 (SBPA)
| Cikgu A | Cikgu B | Cikgu C | Cikgu D | |
| Gaji Tahun 2011 (SSM) | P1T9=RM2419.45 | P1T10=RM2509.90 | P1T11=RM2600.35 | P1T12=RM2690.80 |
| Gaji Tahun 2012 (SSM) | P1T10=RM2509.90 | P1T11=RM2600.35 | P1T12=RM2690.80 | P1T13=RM2781.25 |
| Gaji 2012 Ikut Contoh kuantum (Slide biru) Gaji SBPA | T4 = RM2600 T3 = Rm2375 (sebab KGT= RM225) so, mesti ambil Rm2600 kan? takkan nak ambil lebih rendah? | T5 = RM2825 T4 = Rm2600 so, mesti akan amik yang lebih tinggi kan? Takkan ambil SBPA, nilai gaji lebih rendah? | T5 = RM2825 T4 = RM2600 so, mesti akan ambil yang lebih tinggi kan?? | T6=RM3050 T5=RM2825 T4=RM2600 takkan nak ambil RM3050 kan? melampau lak peningkatannya.. |
| Gaji 2012 Ikut Jadual Sifir Gaji SBPA guru tu… | DG41 @ 1-1 T4=Rm2615 T3=RM2385 so, mesti pilih RM2615 kan? takkan nak gaji lebih rendah? | DG 41 @ 1-1 T5 = RM2845 T4 = RM2615 T3= RM2385 So, tangga gaji yang paling dekat untuk Cikgu B ialah T4 kan? | DG41 @ 1-1 T6 = RM3075 T5 = RM2845 T4 = RM2615 so, mesti pilih RM2845 kan? | DG41 @ 1-1 T6 = RM3075 T5 = RM2845 T4 = RM2615 so, mesti pilih RM2845 jugak kan? |
Betul kan kiraan aku ni? Ikut kefahaman aku, macam tu lah..huhuh
Korang faham tak apa yang aku nak sampaikan sebenarnya?
Kalau ikut slide biru yang contoh kuantum perpindahan gaji SSM ke SBPA tu, 3 tangga gaji SSM akan berada pada tangga gaji yang sama dalam SBPA.
Kalau ikut Jadual Sifir Gaji Guru mulai Januari 2012 tu, 2 tangga gaji sama SSM akan berada pada tangga gaji sama dalam SBPA.
Ada yang terlebih untung, dan ada yang untungnya sedikit.. So, nampak macam tak adil lah pulak kan?? Di mana seniority itu? Takkan guru yang lewat setahun boleh sama level gaji dengan kita yang lebih senior? Mana sifir yang betul, mana yang salah? Memang banyak kekeliruan di antara kedua2 nya ni…
Kesimpulannya, aku nak sampaikan… Tak perlu nak percaya pada spekulasi pengiraan gaji semua tu.. tunggu sahaja lah Lampiran C yang mungkin akan tercatat Jadual Sifir Gaji Guru, Perjawatan Umum dan PDRM yang sebenar dan sahih! Yang penting, buat keputusan dahulu sama ada nak terima SBPA ataupun tidak. Aku pun tunggu taklimat je ni untuk menyelesaikan segala kekeliruan aku sebelum menandatangani borang persetujuan terima SBPA tu.
p/s: Korang terima SBPA ke tak? Rasa macam nak buat poll lak sini ….






43 komen:
tak paham kenapa ada tangga gaji... padahal kenaikan gaji ikut peratus 15%/8%/5%....?????
Selai pekeliling tidak dikeluakan mmg susah nak sahkan kebenarannya...
@Anonymous
yang tu lagi seperkara pelik...
lepas ni nampaknya, takde dah ikut tangga gaji.. so semua orang lepas tahun depan, yg dapat naik gaji (markah lebih 75%) tangga gaji di atas awan... :D pelikssss kan??
kamu xde taklimat lagi ke anon?
@Liza
Pekeliling rasmi SBPA dah ada dikeluarkan..
Yang belum keluar, Sifir Gaji SBPA jer... Lampiran C tu yang masih tidak dikeluarkan..huhuh
kenapa x boleh like yer?
@cikgu isza
xde pasang LIKE button :D
kalau suka, SHARE je.. hehe... bawah tajuk post ada butang SHARE :D
macehhhh
Mmmm...akak tak sempat nak fikir lagi...
Betul kata Dahlia
DG44
P1T10- RM4335.51
Naik satu anak tangga RM4485.79
Bila pergi ke SBPA nak pilih RM4,485.00 ke RM4,735.00? Klu RM4485...sama dengan orang P1T9..mcm tak adil pulak kan?
tu la macam2 spekulasi tentang tangga gaji nih.. tunggu je sekolah mama 1st mesy 2012 27 haribulan nieeh
bertambah meriah blog sis ni..da lama x masuk sini..x aktif blog da skrg..huhuh..keep it up sis..mieran :)
Cuepacs sendiri memberi nasihat supaya jangan ghairah sangat hendak menandatangani opsyen SPBA. Tunggu Cuepacs meniliti terlebih dahulu SPBA.
15%, 8% etc tu kenaikan gaji untuk kumpulan premier....
Weh...apasal pengiraan ko ada undur ke belakang, ambil nilai terendah..mesti ke depan walau jaraknya melampau...even jadual di atas tu takleh dipercayai..pergerakan mesti ke depan...
lumayan betul gaji cikgu yea... siok betul...
nak tau apa disadvantage skim yg baru ni.....nnt ko buat poll le...
akak x amek tau langsung.. yg ado kt slip itulah gaji kita kan? huhuhuuh
Slide biru di atas tu betul pengiraannya, yang saudara/ri buat tu tak betul sebab perbezaan gaji tahunan kurang. Ianya mesti lebih atau sama.
haha..cikgu cikgu..anak murid kertas makin cerdik, kat moral makin runtuh. gaji naik tak ingat banding ngan penjawat awam lain, org lain pun ada ijazah jugek la..
dan yg paling best cikgula jugak yang paling ramai hentam gov dlm politik..ish ish.. kalau tak tau nak bersyukur lagi tak tau la..kata org bapa borek, anak rintik. so cikgu, jgn sempitkan dlm bab akademik je..rohani dan jasmani pun cikgu kena jaga coz anak2 murid nie dlm hidup mereka almost 50% bersama guru..influence anda semua sangat la besar.
p/s : tahniah buat cikgu2 sekalian..berbelanjalah dengan berhemah!!
ok. aku tgk tapi tak paham mende pun. heheheh!!!
Kita tunggu yang betul2 keluar. Cikgu2... tunggu yang sampai kat sekolah ... sah sah betoiiii ....
ada kaedah "bracketing" bg junior-senior yg naik ke T(SBPA) yg sama. maksudnya, walaupun gaji sama T(SBPA), Bulan Pergerakan Gaji Tahunan akan berubah ikut senioriti. rujuk contoh di sini untuk gred N --> http://www.ciast.gov.my/webciast/files/SBPA/4%20Gaji%20N%20-%20Contoh.pdf
apa yg diberikan di atas tu semua salah....itu semua adalah spekulasi untuk menyedapkan hati saja....sapa yg mahu lampiran c SBPA sebenar boleh emailkan saya...di nikogerufu@yahoo.com...
saya dapat dari PARLIMEN MALAYSIA
@Anonymous
sy bab2 duit memang suka fikir :D
@cikgu rose
akak sama pemikiran ngan saya.. hehe
saya ingat ada yg xfaham dgn apa yg saya cuba sampaikan..huhuh
@Anonymous
mieran, sis minggu ni kerap turun Putrajaya... duk sana lagi x?
@akubiomed
yeahhh...jangan ghairah :D
thanks :D
@Anonymous
kumpulan pelaksana mcm mana pulak?
@Daddy Cool
mana ada aku undur ke belakang, memang dah ikut seperti contoh dalam slide biru tu lah :D
satu pencapaian yang menarik ni kalau gaji guru makin bertambah.. rasanya patut awal2 lagi macam ni..
Kalau ikut Prinsip Pemindahan Gaji dalam Pekeling Perkhidmatan Bil 13/2011 tu..memang betul la kiraan gaji cikgu dahlia ni...cuma yang pening sekarang ni mana satu Jadual Gaji Sebaris yang betul...memang nak kena selalu tanya CC la JPA dah hantar ke belum JGS tu kat jabatan...walaupun dah baca pekeliling tu tapi masih banyak persoalan yang tak terjawab!
Salam..
betul cg dahlia, bila buat macam tu, senior ngan junior sama tangga gaji..supposed it should be tukar tangga gaji yg sama bukan mata gaji,,contohnya SSM T8 tukar menjadi SBPA T8..tul tak
Emmmmmm. macam salah je perkiraan cikgu....
Pemahaman saya bagi PA yang pergerakan gaji bulan Januari 2012 akan diberikan satu pergerakan gaji dalam SSM dan kemudiannya dipindahkan ke SBPA ke gaji yang sama atau terhampir. Sekiranya pemindahan tersebut kurang dari satu pergerakan gaji pada SSM, PA tersebut akan diberikan satu tangga gaji. Dalam perkiraan cikgu kurang elemen tu sebagai contoh:
Cikgu B
2011 = RM2509.09 (P1T9)
2012 = RM2600.35 (P1T10)(KGT SSM = RM90.45)
Pemindahan ke SBPA = RM2615 (yang terhampir dan kenaikan kurang satu tangga gaji di SSM = RM14.65)
Gaji baru = RM2845 (T5)(bukan RM2615)
Dalam pekeliling ada dinyatakan.
SBPA ni bukan berkenaan tentang kenaikan gaji tetapi lebih kepada pemindahan skim saraan. Memudahkan kerajaan dan kakitangan awam.....lebihkan pergerakan gaji tahunan. Gaji tahunan ni tidak pernah disemak semenjak 1991. Bila nak laksana je....semua akan fikir tentang gaji sahaja. Tidak. Banyak lagi yang tersembunyi. Apa yang kerajaan beri, kerajaan nak kan balasannya.....
@Anonymous
Apa yang blogger kira tu betul lah...
Contoh kes DG41
1)P1T8 RM2329 + 90.45 =RM2419.45
(Gaji SBPA terdekat ialah RM2615)
2)P1T9 RM2419.45 + 90.45 =RM2509.90
(Gaji SBPA terdekat ialah RM2615)
@Anonymous
Betul la dah lebih satu pergerakan gaji gred asal..dalam contoh hang tu... kenaikan tu dikira bukannya RM 2615 - RM 2600.35 = RM 14.65...tapi sepatutnya RM 2615 - RM 2509.09 = RM 105.91..baru la betoi...rujuk PP BIL 13/2011.
katakan cikgu A junior setaun dr cikgu B, bila dipindahkan gaji ke SBPA, gaji mereka akan jadi sama. jadi bagi elak dari masalah ini, tarikg pergerakan gaji akan berubah. cikgu B yang lebih senior TPG dia akan jadi 1 januari walaupun TPG asal dia 1 oktober. manakala gaji cikgu A yang junior tuh, akan TPG akan jadi 1 april. dalam lampiran C akan ada bracketing gaji berserta TPG baru.boleh rujuk dalam facebook Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang
Prinsip Pemindahan Gaji
63. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir
diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana
perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
BACA DULU......
jadual yg cikgu buat tu kurang elemen ini......
aman_arab : hang faham tak? aku cerita pasal pemindahan ke SBPA bukan kenaikan gaji. Cikgu yng di TPG 1/2012 tu diberikan pergerakan dahulu pada JGM. Bermakna jika pada 1/2012 gaji dia RM2600.35 pada JGM, bila dipindahkan ke JGS yang terhampir adalah RM2615. Pemindahan tu adalah kurang 1 pergerakan gaji pada JGM. jadi kat JGS kena ambil tangga gaji RM2845....walaupun kenaikan tu melampau. bagi yg TPG lain tidak berubah.
@aman_arab
mana KGt tahun 2012? takkan tidak dinaikkan dahulu? tk ker nanti Dg41 akan kurang satu tangga gaji?
@aman_arab
Banyak komen di blog lain mengatakan perlua ada pergerakan gaji bulan Januari dahulu di JGM baru boleh dipindahkan ke JGS. Hanya TPG bulan Januari sahaja yang terlibat....TPG lain kena tunggu bulan KGT masing-masing......
@Anon:
Ishk..aku pun cakap pasal pemindahan gaji jugak la..susah sangat ka nak faham pekeliling tu?...kan jelas dia cakap MATAGAJI TERAKHIR gred asal...faham tak benda ni?...kalau ikut contoh hang tu...matagaji hang bulan 12/2011 dok kat P1T9 kan...tu la matagaji terakhir hang...bukannya P1T10...yang dalam pekeliling tu bagitau naik dulu satu tangga lepas tu baru compare ke matagaji setara dalam sbpa,kalau tak dak pindah ke tertinggi berhampiran...yang tu kaedah ja...hang paham tak beza kaedah dengan prinsip!
Depa bagi kaedah suruh naik dulu satu tangga kat gaji asal lepas tu baru compare kat SBPA...sebab bila dah naik satu tangga gaji asal baru compare..dah tentulah perbezaan matagaji akhir tu tak kurang dari satu pergerakan gaji biasa gred asal..faham tak ni!
perlu diingat...kiraan tu untuk pemindahan mata gaji dari SSM ke SBPA pada 1 Januari 2012 ja..hang paham tak..hat aku cerita tu pemindahan gaji..sebab dalam pekeliling cerita pemindahan gaji ja..tu belum dicampur Kenaikan Gaji Tahunan untuk tahun 2012...sekiranya benar seperti yang diwar-warkan KGT akan berubah tahun 2012 dimana senior akan dapat KGT pada 1 Januari 2012..(benda ni tak disebut pun dalam pekeliling)..baru la pada 1 Januari 2012 naik satu lagi tangga gaji dalam SBPA tu!
opss...baru aku perasan...ni kira misunderstanding ni...aku dok ingatkan cikgu dahlia kira gaji pada 1 januari 2012...rupanya kira gaji untuk tahun 2012...kalau gaji tahun 2012 memang salah la sebab tak campur dengan KGT 2012...hehe sori ye cik anon...salah faham je ni..sori jugak cikgu dahlia dok main buat 'hingaq' kat sini.
kenapa 10tahun genap perkhidmatan..bukan 8 tahun je ke?adakah ex-ppld 1,2,3 tahun dikira pakai atau tidak..ini yg confius..nk tido pun xleh nih..haha
kenapa 10tahun genap perkhidmatan..bukan 8 tahun je ke?adakah ex-ppld 1,2,3 tahun dikira pakai atau tidak..ini yg confius..nk tido pun xleh nih..haha
Entahlah cikgu 2, jadi pening semua ni. Tunggu je yang sebenarnya.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...