BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , » Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Emmi Farini

Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Emmi Farini

Share

 

Business interview

Salam,

Sy seorg guru dan sy telah mendpt panggilan temuduga utk program CBBP TB yg telah sy pohon. Sy ingin brtanya apakah persediaan yg perlu sbl mnghadiri temuduga dan soalan lazim yg biasa ditanya.Adakah kita perlu menyediakan Powerpoint presentation?
Terima Kasih

 

 

Jawapan Dahlia :

Tahniah cikgu sebab dapat panggilan temuduga untuk CBBPTB. All the best untuk sesi temuduga nanti.

Untuk temuduga nanti, persiapkan diri sebagai rakyat Malaysia berkenaan isu2 semasa Malaysia, persiapkan diri sebagai seorang guru termasuk semua isu berkenaan Perguruan. Dan yang terbaru pasal SBPA. Masa saya temuduga tahun lepas, tak ada pun persoalan pasal benda2 ni semua, tapi just standby je lah kan.. Lagipun sebagai seorang guru, kenalah ada pengetahuan tu semua kan. So, pengetahuan sebagai seorang guru tu kena betul2 ada dalam diri cikgu :D

 

Yang paling penting sekali, cikgu mesti mahir dengan bidang yang cikgu pohon. Maksudnya cikgu yakin dengan proposal cikgu. Mesti pakar dalam bidang yang cikgu nak kaji tu dan segala isu berkaitan dengan bidang itu. Kalau kena hentam ke apa, kena berani untuk defend. Tapi defend tu kena ada right stand lah. Saya hari tu memang teruk kena hentam sampaikan panel cakap, “Kajian awak ni, baik kita buat Action Research je, tak payah susah nak bazirkan duit kerajaan nak buat research” Saya senyum dan masih defend. Tidak setuju dengan dia. Akhirnya panel bagi soalan “Kalau saya bagi peluang pada awak, apa yang akan awat buat kajian selain daripada yang awak buat sekarang ni (proposal)?” So, saya pun terus je bagi idea lain.. dari segi tajuk, objektif, kaedah dll.

 

Pasal PPoint ke apa, saya hari tu takde pun buat Ppoint ke apa.. just jawab soalan dia je. Tapi kalo cikgu nak sediakan, dan ada Ipad ke apa, maybe boleh bagi wow factor pada interviewer kut… Or maybe u ada digital modul ke apa untuk tunjuk pada panel such as personal blogs, website, etc. Dahlia dulu just sebut je blog Dahlia ni..dan FB dan blog sekolah yg Dahlia jadi Admin. Time2 tu jugak panel surf. Kalau ada Ipad masa tu, mesti lagi gempak. Tapi, kalo korang takde, janganlah nak ada2 kan jugak sampai nk create blog dsb.. Just be Yourself, jangan jadi orang lain! Tonjolkan keunikan dan kelebihan diri anda..itu lebih penting!

 

Apapun, jangan terlalu risau, just relax je! Yang penting jawapan semasa temuduga tu mesti berani dan meyakinkan. Jangan sambil lewa, jangan melawan.. jangan memberontak.. jangan terlalu diam masa interview, tapi jangan terlalu OVER .. tahu batas2nya..  :D  Lastly, dokumen bawak tu mesti lengkap tau …

1 komen:

Anonymous said... [Reply to comment]

askm. saya sedang menanti keputusan temuduga hlp phd kpm 2012. tak terlewat rasanya merakamkan ucapan terima kasih kpd dahlia krn blog dahlia telah menjadi rujukan dan panduan saya sms membuat persediaan menghadiri temuduga tempoh hari. Alhamdulillah, temuduga berlangsung dgn agak 'panas' dan dijlnkan dlm dwibahasa. Saya menjwb berdasarkan soalan..kalau ditanya dlm BM..bahasa Melayulah yang saya jawab. kalau ditanya dlm BI...bahasa inggerislah yang saya jawab. Mereka mencadangkan saya menukar tajuk/bidang kajian....bergantung kpd surat tawaran (mcm boleh dpt je) HARAPAN? entahlah...saya dgn beraninya menyahut cabaran antara posting dahlia yg mencadangkan agar diajukan soalan ini...jawapan penemuduga..."tunggu bulan Mac, ye" sambil tersenyum. Yg penting sy dah cuba sebaik yg boleh (sehabis baik, ke...saya pun tak pasti)...skrg meneruskan tugas sbg guru BM di sebuah sekolah menengah di Lembah Klang. Terima kasih dahlia...moga segala urusan dahlia dipermudahkan oleh Allah SWT. Salam ukhwah: CikguNora.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais