Hye readers..
Harap maklum yer, sekarang ni ada beberapa rakan2 guru Dahlia sedang berdebar untuk temuduga Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (HLP/CBBPTB) bagi Program Sarjana dan PhD di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tahun 2012. So, sebagai penerima HLP 2011, Dahlia berkongsi informasi dan cuba menjawab pertanyaan calon-calon ni yang dihantar melalui emel. Bukan taknak direct jawab melalui emel, tapi sebolehnya biarlah dapat dikongsi bersama calon lain dan seterusnya selepas ni kan. Lifelong learning kata orang! Dan seperkara lagi, dapat jugak blogni berupdate dan ada visitors
kan…
Kali ni nak jawab persoalan Cikgu Hanani dari Kelate tapi mengajar kat KL.
--------------------
As'kum Wkumsalam
Cg Dahlia, harap tidak terlalu lewat utk ucapkan Tahniah atas kejayaan cikgu mendapat biasiswa HLP thn lepas.. Terima Kasih ^_^
Saya pun cikgi dok kat KL ni, tapi asal kelate..Cg Dahlia ore klate gok ke? Yup, IC saya 03 ..tapi duk lama kat Kuantan
:))
Saya , alhamdulillah, setakat ini dpt interview pd Jan depan. Boleh panggil Kakni sahaja, simple..nama hanani aje..;) Tahniah Kak Ni
Dapat emel cikgu ni dari blog cikgu yg superb itu..Emm ade nak tanya cikgu sikit pasal HLP, boleh ?
1. Sepanjang pengetahuan akak, kita kena sediakan portfolio tentang pofesyen kita, kan? Akak nak tanya, portfolio yg cikgu sediakan dlm bentuk ape ye?Adakah gunakan fail dan isi maklumat di dalam nya atau ape ye..:)) Kalau ikutkan portfolio peribadi, memang semua guru kena ada portfolio A dan B.. A untuk maklumat peribadi, kuruss dan sebagainya..B untuk HSP, Sukatan, SOW.. yang tu memang kita sediakan dalam fail jer..ring file. Tapi, masa saya temuduga dulu,memang saya tak bawak sebab Portfolio saya tahun lepas, memang merata! Kalau sebelum ni, Portfolio A saya maklumat diri, surat2 perjawatan, surat2 panggilan kursus, dan segala informasi berkaitan perkhidmatan peribadi.
2. Portfolio itu hasil kerja kita, kan? Adakah ia berbentuk bahan2 sahaja seperti lampiran kerja dan sebagainya? Adakah boleh kita kepilkan sekali gambar-gambar berkaitan.. Rasanya jawapan di atas dah menjawab.. Mungkin Kak Ni refer kepada Modul? KLaKalo ada, bawak je apa sahaja barang yang Kak Ni fikir penting untuk dapatkan HLP ni.. biar ada daripada takde.
3. Portfolio itu adakah kita berikan keterangan lampirannya, atau just sekadar bahan-bahan itu sahaja? maksud akak perlukah kita ceritakan satu persatu peristiwa berkenaan bahan itu(contoh macam buat laporan aktiviti bergambar macam kat sekolah) Kalau Kak Ni ada, boleh bawak lah portfolio tu.. tapi kalau nak menyediakan dalam masa yang singkat, takut jadi boloqs lak.. Yang penting persediaan diri dan dokumen yang diminta. Susunan sijil dalam folder pun biar kemas :D
4. Adakah kita perlu membawa resume?Dan apakah lagi agaknya dokumen-dokumen sampingan yg mungkin akak tertinggal. Yup, saya memang bawa resume setelah disarankan oleh senior2 di sekolah. Mereka siap pesan suruh bawa keterangan tugas yang pernah saya buat di sekolah dan disertakan sokongan dan pengesahan Pengetua. Saya bawa dan letak dalam folder. Saya listkan tugas2 saya setiap tahun mengikut bahagian, Tugas Kurikulum, Ko Kurikulum, Lain-lain dan apa2 pencapaian yang pernah saya capai di sekolah.
5. Berkenaan Cadangan penyelidikan, adakah perlu membawa nota-nota atau artikel sampingan berkenaan tajuk cadangan penyelidikan kita itu? Saya tak pasti akan keperluan ini. Tapi akak boleh je kalau nak bawak. Tapi, kalau dah pasti dan yakin dengan cdgn penyelidikan tu, rasanya tak perlu dah semua tu. Sebolehnya sendiri cerita pada dia apa ada dalam artikel tu berbanding nak bagi dia dan baca sendiri.
6. Soalan-soalan yg diajukan sewaktu interview macamana ye?Adakah berupa isu semasa..Dan boleh cikgu kongsikan siapakah panel Inteviewer itu.. Panel memang terdiri daripada pegawai2 atasan di bahagian2 KPM sendiri. Macam saya hari tu, dedua Dr. Boleh bertanya pada pegawai yang mengurus temuduga tu nanti. Soalan yang ditanya mostly pasal bidang yang dipohon dan bidang kajian kita.
Sekian, dulu buat waktu ini, nanti kalu akak ada nak tanya lagi, bleh akak email ye..
Didahulukan ucapan terima kasih, jazakillah khairal jaza'..Semoga dipermudahkan perjalanan MA cikgu dan juga keluarga..amin..:))



13 komen:
Cikgu Dahlia, terima kasih banyak atas jawapan yg berguna utk akak..hehe
Ada satu lagi nak tanya ni, bleh lagi tak?Takpe yg ni, kalu cg ade masa boleh la jawab..
Pasal tesis, selepas tamat pengajian adakah tesis itu adalah hakmilik KPM ye?
Timekasih ye cikgu..jazakillah khairal jaza'...
@Kakni
Kak Ni,
mudah-mudahan membantu lah ye :D
selepas tamat pengajian, kena hantar satu nashkah ke KPM untuk diletakkan di perpustakaan KPM kat Putrajaya tu.. untuk Universiti pun kena ada gak.. diri sendiri pun kalau nak simpan sediakanlah :D
jangan risau, KPM bagi elaun tesis RM1500 bila dah submit tesis tu :D
Timekasih Cg Dahlia..ok..
Bagaimana pula dgn hakcipta, adakah hasil tesis itu boleh digunakan utk KPM sebagai hakcipta mutlak, atau ia adalah semata-mata milik IPT yg tempat belajar?
Ada apa-apa perjanjian tentang ini tak Cikgu?
Terimakasih ye sudi tunjuk ajar, saya budak baru belajar..Semoga Allah mengganjari Cg dengan kemudahan dan kecemerlangan dlm MA Cg..amin..:))
@Kakni
baca dalam UPSI ni pun, dia cakap hak cipta mutlak dia..bukan penulis.
yg KPM saya xingat..tp dia suh anta lah...
Oo..timekasih ye cikgu..:))
As'kum..
Cikgu Dahlia, tiba-tiba masa tengah2 nak buat persiapan terakhir utk interview, terlintas nak tanya,
Semua sijil, transkrip, surat lantikan dll yg asal, kena buat salinan fotokopi tak utk dibawa bersama sewaktu interview?
Time kasih in advance..:))
@Kakni
wkumsalam..
kalau apa yg ada dan disuruh bawak dalam surat panggilan, WAJIB bawa..jangan tinggal satu pun..
kalau tak minta, untuk stdby, oke je :D
sbb tahun lepas, mmg sy bawak satu salinan untuk stdby.. walaupun tahu diorg dah ada :D
Ooo..hehhe ..faham faham..timokacihh
Cikgu Dahlia dulu, interview bulan berapa dan dapat tahu keputusan interview ye?Boleh kongsi..Agak2 berapa bulan ye Bahagian Tajaan proses keputusan interview..heheh
tengq in advance..
@Kakni
interview = 18/04/2011
result = 31/5/2011
:D
semoga berjaya eh!
Okkk..time kasih, jazakillah khairal jaza'..
aminnn..
by the way, may i say..heheehe..Sis, u're superb!!!appreciate ur support veri much..:))
@Kakni
thanks Kak Ni.. :D
Ameeeennnnn...
Semoga golongan ini akan dipermudahkan rezeki kerana membantu pihak yang ingin berjaya juga seperti dia.......
Semoga golongan ini diberkati Tuhan dan murahkan rezeki kerana sanggup membantu manusia yang ingin juga berjaya seperti dia....
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...